Posted by: y4ku24 | May 18, 2009

Adventures in China Part 1 (Yinchuan): Kubu bawah tanah ala filem Indiana Jones!

Dalam tara sibuk dengan reseacrh di bidang Masters ini, aku sempat cilok masa untuk ke China. 9 hari telah  gunakan sebaik-baiknya oleh aku dan kawan baik aku, Jimi, untuk melancong ke 3 bandar di China. Beijing, Xi’an dan Yinchuan (terletak di utara Xi’an).

Selalunya mereka yang ke Cina akan ke Beijing, Xian dan Shanghai (dipanggil the Golden Triangle, boleh rujuk peta atas), tetapi memikirkan Shanghai hanya ‘another city’, kitorang tukar plan ke Yinchuan, ibu kota negeri/region Ningxia, yang ditadbir oleh kerajaan autonomi* Hui, bangsa Muslim di Cina. Berjumpa dengan saudara seIslam yang berbangsa Hui di sana sungguh membuka mata tentang betapa ramai saudara kita di negara itu yang kita tak tahu. Ada masa/kerajinan nanti aku cerita. Kali ini sebab tengah malas, aku cerita bab lain dulu.

Route yang telah kitorang ambil: Beijing > Xi’an > Yinchuan > Beijing

Entri kali ini, aku ingin cerita kat korang tentang satu kubu askar bawah tanah di Yinchuan yang tersangatlah cool, sebab bentuknya ala-ala filem Indiana Jones! Korang ke sana, korang akan rasa ‘Aku ni di lokasi filem ke, memang kubu betul?’

Malangnya, aku tak ingat pulak nama tempat tu. Hampes betul. Tempat ni baru saja jumpa, dalam 2007, dan banyak lagi yang masih belum diexplore, jadi aku kembang hidung dapat jadi antara pelancong terawal ke situ!

Turun ikut lorong masuk dari atas...

Turun ikut lorong masuk dari atas...

Lorong-lorong dia banyak, macam sarang semut. Jadi kalo takde guide, kompem korang jadi penghuni tetap kat situ. Of course, semua dikorek by hand. Kebanyakkan lorong adalah sebesar gambar di atas, tapi ada juga tempat-tempat yang besar, untuk mesyuarat dan tempat simpan makanan dan senjata.

IMG_0329

Antara benda pertama yang korang akan jumpa di bawah kaki korang ialah rangka mayat ni! Boleh perasan spikes kat tepi-tepi dia tak? Ya, ini booby trap! Kalo musuh masuk ke kubu ni, sebab gelap, jadi kemungkinan akan jatuh ke dalam gaung ni! Malangnya time tu takde kaca untuk pijak, jadi mamat rangka tu jatuh dan mati kena cucuk dek spikes tu. Mungkin kata-kata terakhir dia ialah ‘Opocot mak kau!!’. Kesian…

Ada lagi satu kawasan pulak, dengan menggunakan konsep tekanan, kalo pijak batu tertentu di bawah kaki, seketul batu akan hempap korang dari atas! Cool abis! Malang sekali, aku terlupa nak ambil gambar booby trap tu.

IMG_0331

Ini kamar general tertinggi. Dah habis 5 star la dah ni. Sebelah ‘katil’ dia ni ada ‘almari’ persendirian. Quote of the day dari guide: ‘Sedangkan general tertinggi time tu PUN tidur camni….’. Bagus la general ni, zuhud abis.

IMG_0332

Ini dapur diorang. Sebab underground, diorang kena fikir bab ventilation. Jadi tempat ni di reka khas dengan membawa asap masakan ikut bahagian hitam kat atas tu, dan disalurkan ke luar. Ada lubang khas ditebuk di bahagian atas (takde dalam gambar). So memang orang dulu bukan pakai tebuk je, diorang tahu di mana lokasi sesuai untuk buat tempat untuk main masak-masak time diorang boring-boring. Civil engineer diorang memang mantap!

IMG_0327

Sini pulak watchtower. Sebenarnya kubu ni sebelah canyon, dan jalan ni selalu askar lintas. Sebahagian dari Silk Road dari Asia Tengah, kalo tak silap aku. Watchtower ni direka supaya walaupun jaga dia duduk dalam kubu, dia boleh nampak straight ke luar. Tak perlu berdiri kat veranda ni, nanti musuh kantoi. Kalo nampak musuh, terus sound alarm, dan boleh serang hendap musuh dari atas.

By the way, korang nampak tak lubang kecik kat tepi kanan gambar? Itu la kubu yang satu lagi, masih belum diexplore sepenuhnya. Aku pulak pakai baju smart orang Hui, pemberian orang tempatan.

Pemandangan canyon di sebelah kubu

Pemandangan canyon di sebelah kubu, kalo kena musim, boleh naik keldai ikut jalan ni. Tapi sekarang bukan musim. Aiseh...

Ada beberapa lagi tempat yang aku terlupa ambil gambar, seperti tempat mesyuarat mereka, bilik senjata dan stok makanan dan lain-lain. Tapi yang tu kalo ada rezeki korang boleh melancong ke sana dan tengok sendiri la ye. Kepada yang suka kaji tentang sejarah ketenteraan dinasti Cina zaman dulu, aku syorkan korang ke sini!

To be continued!

-y4ku24-

P.S.: Nak tanya lebih pasal tempat ni pun takde masalah, boleh hantar ke e-mail aku. Tak pun, boleh tulis di ruangan komen.

==========================================

*Tertakluk bawah kerajaan pusat, tetapi punya kuasa pemerintahan sendiri di kawasan itu.


Responses

  1. ya Ulul Albab..

    berjalanlah..perhatikan kiri kanan…dan berFIKIR!!!

    ‘..rabbana ma khalqta haza bathila, subhanaka faqina ‘azab annar’

  2. next trip — Kubu Salahuddin Ayubi plak…amacam??

  3. wah, menarik…

    apa tujuan dia buat kubu tu ek?

    orang cina memang bijak dalam teknologi perang…orang islam pun belajar buat gunpowder dari diorang…

  4. assalamualaikum..
    wah..dalam kesibukan saudara masih berkesempatan lagi untuk melancong ya.saya tertarik dengan dapur di dalam kubu itu.panjang akal sungguh arkitek pada masa itu.tidak terjangkau dek akal saya untuk membina serombong asap seperti itu.

  5. sebenarnya aku rasa yang we tend to undertestimate china as in nothing interesting la,susah nak makan la(banyak babi?).padahal member aku yg gi sana sumer citer yang cina punye la ramai muslim sampai nak makan lagi senang dari nihon!!puas hati.plus culture sana suka belanja orang makan.eh apesal citer makan je ni.ok ok tukar topik.

    waiting for your next story.hehe.cool gile kubu nih.

  6. salam
    sempat tak berkongsi resepi masakan cina diorg? boleh cuba….hehehe

    sorry lari topik

    anyway kewl giler tempat diorg ni

    tp creepy macam dgn vietnam nya…

    mahu claustrophobic dibuat….

    hehehe

    tak sabar nak tunggu sambungan citer

    anyway, kubu ni kira orang islam yg bina la ni?

    teringat dokumentari ckp masa mongol tawan china, diorg lantik org islam cina jadi pembesar sbb org islam terrer dan amanah…

    • @ adiknya: orait je. tapi takde masa dah sekarang! 😛

      @ habuk: salam perkenalan habuk! kubu tu utk deploy askar, macam kem askar la. atas kubu underground ni ada kubu besar, yg boleh memuatkan beribu-ribu org. yang bawah ni antara lain nak look out for enemies yang dtg dr asia tengah.

      @ ‘atiqah jasni: waalaikumsalaam. kalo betul2 plan, mmg boleh cari masa yang terluang sikit. lagipun baru abis mid-term presentation, so sensei pun no hal. 🙂 dapur tu antara tempat yang saya teruja juga la.

      @ shah: bro shah, ada masa nanti gi la cina. serius bes! cuma bes kalo pergi berkawan la. at least seorang. teringin nak makan syabusyabu, ramen, pecking duck yang selalu keluar kat tv jepun tu? come to china, banyak restoran halal di sini!

      @ KA: salam. itu satu yang aku tak sempat buat, iaitu berhome stay. tapi bab mencuba makanan kat sana, usah cakaplah! 😀 lorong2 dia kecik, tp bile sampai bilik tertentu, jadi besar la. kemungkinan bukan orang Islam yang buat, walaupun di sini memang ada muzium menceritakan beberapa panglima Islam cina yang terkenal di dalam sejarah region ini. pergi muzium byk sgt info, tak dapat nak tangkap semua! 😀

  7. jauh perjalanan luas pengalaman….persatuan sejarah sekolah ustazah akan melawat tembok china next year…boleh tunjukn kpd mereka entry ni..boleh la mereka jadi pelancong budak sekolah terawal pula ye…:)..teruskan mengembara dan kongsi cerita..jzkllah khair

  8. Wah, pergi China!

    Selalu orang pergi melancong ni pergi bandar2 dan tempat2 bersejarah yang dah femes (cth: 7 wonders camtulah). Tapi saudara y4ku24 pergi melawat kubu! Malahan masih dalam proses eksplorasi lagi tu! Ala-ala saudara pula yang jadi pakar arkeologisnya… (^_^) Best2…

    Semua booby trap dia sangat mengerikan. Seolah2 hukuman mati on the spot tanpa ada apa2 rayuan/negotiation. (Er, trap tu semua tak terkena pula ke atas orang mereka sendiri yer, manalah tau kalau teraccidentally terlanggar ker)

    Bilik tidur sang general sangat kasihan…

    Hebat-hebat, binaan dalam gua tersebut termasuk tempat memasak dsbgnya… menunjukkan tamadun mereka yang dah membangun berabad2 lamanya. Subhannalllah!

    Tapi yang lagi bestnya, tahun 2007 baru jumpa?
    Memang strategik lagi berkesan lokasi yang dipilih sebagai kubu pertahanan ini! (^_~)

    Menanam juga cita2 mahu ke sana suatu hari nanti, InsyaAllah…

    p/s: Oh, yer… lawa baju tu!

    • @ ilina: wah, hebat juga persatuan sejarah sekolah ustazah! selalunya buat ziarah domestik saja. great wall alhamdulIllah saja melawat juga, dan memang experience yang amat menarik. cuma great wall di beijing, dan kubu ini di ninxiang, dalam 9-10jam naik bas! tetapi jika persatuan sejarah ustazah sempat ke sana, saya tabik spring! 😀

      @ Balqis: saya suka kelainan dan keunikan. 🙂 walaupun mmg great wall (salah satu 7 wonders) juga kami pergi.
      booby trap tu ngeri sbb ini kubu pertahanan. kalo diambush, jadi itu salah satu defense juga.
      kubu besar 1st floor dah jumpa sebelum tu dah (mmg nampak dari jauh, besar macam stadium), cuma underground saja baru jumpa, sbb pintu masuk kecil dan agak tersembunyi. tak jumpa pintu masuk, tak jumpa la sarang semut ni!

  9. whaa!!best2!!
    nk ikot gk y4ku24 n adiknya^^..hehe..

    mmg sgt kagum dgn org2 dlu..gler r..ni kubu abad ble nih?zmn dlu mne ad teknologi2 canggih nk korek kubu cmnih..tabik pd mrk2 yg tlibat dlm nk wt kubu nih..

    cite lg!!

  10. hmmm… semua pembaca memberikan respon yg positif… tp sy sedikit susah nak gambarkan (wpun ada gambar) + nk absorb artikel berkaitan sejarah ni… huhu

  11. kagum dengan senibina sarang askar ni. sehingga tangga pun nampak kemas dibuat.

    p/s:China ni dalam perancangan. oh, merata sungguh nak berjalan

  12. tunggu sambungan kisah kembara di bumi china part 2 pulak…
    akak teringin nak gi china lama dah, tapi belum ada rezeki lagi
    apa-apa pun, nak kena pikirkan pegi makkah dulu sbb jeles la dgn ustaz yg dah buat haji sdgkan akak umrah pun belum lagi…

    • @ abidasman: pasni cite tempat lain la plak…

      @ ina: takpa2, artikel lain banyak lagi. 😀

      @ batuterang: pergi la, sementara masih bujang! 😛

      @ a.z. haida: assalaamualaikum kak. cina negara unik, lebih2 di beijing. the fusion of old and new! makanan halal, NO PROBLEM insyaAllah. i think itu selling point utk kita yg beragama Islam ni. even time olympics, the government assured that Muslims should not worry about coming there when it comes to food. there are many halal restaurants there.


Leave a comment

Categories