Posted by: y4ku24 | March 20, 2011

Zahrul Fuadi & Tsutomu Yamaguchi: Dua individu malang yang bertuah

 

KISAH ZAHRUL FUADI

 

Pak Zahrul Fuadi, kenalan di Sendai

“Zahrul Fuadi? Hm, macam familiar nama mamat ni…” bisik hatiku.

Tiba-tiba nama warga Indonesia ini menjadi terkenal semenjak insiden gempa bumi besar di Sendai.

Di akhbar maya Indonesia, kompas.com, individu ini tertulis di dalam artikel akhbar itu bertajuk ‘Dikejar tsunami dari Acheh ke Jepang‘. Ia menceritakan tentang pengalaman Encik Zahrul Fuadi yang DUA KALI terselamat dari gempa bumi besar dan tsunami, satu ketika di kampungnya di Acheh (Disember 2004), dan sekali lagi ketika di Sendai baru-baru ini, ketika beliau sedang meneruskan pengajian peringkat PhD di sana. Sungguh malang sekali, namun cukup bertuah, kerana beliau survived kedua-dua bencana ini!

Aku tak dapat bayangkan perasaan beliau yang mengalami kedua-dua bencana ini, dalam masa yang sama masih terselamat untuk menceritakan kepada orang lain.

“La, pak ini ke! Waduh waduh!” aku menepuk dahi, setelah terjumpa mukanya di google. Syukur alhamdulIllah, saudara seIslamku ini juga terselamat.

KISAH TSUTOMU YAMAGUCHI (彊 山口)

Tsutomu Yamaguchi

Sebenarnya, bukan Zahrul Fuadi seorang sahaja yang malang tetapi sebertuah begitu.

Memperkenalkan, Tsutomu Yamaguchi, salah seorang daripada 165 nijuu hibakusha (二重 被爆者, mangsa pengeboman dua kali) yang diiktiraf kerajaan Jepun , iaitu para survivor (apa Bahasa Melayu dia ek?) KEDUA-DUA bom atom di Hiroshima dan Nagasaki!

Al-kisahnya, Yamaguchi tinggal dan kerja di Nagasaki, tetapi beliau telah ke Hiroshima selama 3 bulan atas alasan kerja. Pada 6 Ogos 1945, beliau sedang bersiap untuk pulang bersama rakan-rakannya menaiki kereta api, tetapi terpaksa pulang ke bandar kerana tertinggal barang peribadinya. Pada 8:15 pagi, pengebom amerika yang menaiki kapal terbang Enola Gay telah melepaskan Little Boy 3 km dari tempatnya.

Hiroshima di pukul rata (sumber: http://www.freeinfosociety.com)

Gegendang telinganya pecah, membutakannya sementara, dan meninggalkan kesan bakar yang serius di kiri badannya. Setelah berehat dan bertemu kembali dengan dua rakannya yang juga masih terselamat, mereka berehat pula semalaman di tempat berdekatan, sebelum bertolak pulang ke Nagasaki pada keesokan hari.

Malang tidak berbau (walaupun untuk kedua kalinya). Pada 9 Ogos 1945, ketika Yamaguchi sedang menceritakan pengalamannya di Hiroshima kepada supervisornya, kapal terbang tentera amerika melepaskan Fat Man pula di Nagasaki, kali ini JUGA 3 km dari tempatnya! Dia terselamat tanpa cedera, tetapi telah menerima efek radiasi hasil daripada letupan bom tersebut.

Cerita panjangnya boleh dirujuk di sini.

Kesimpulan

Dua individu berbeza, dua insiden malang, dan dua-dua lived to tell the tale. SubhanAllah!

Pokoknya dari dua kisah ini hanya satu pengajaran besar: Bila BUKAN tiba masanya kita dijemput malaikat maut, dua malapetaka besar melanda diri PUN, masih tetap bernyawa.

“Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya” [Surah Yunus, ayat 49]

p.s.: Kenapa Yamaguchi dan Nagasaki yang dibom, tidak tempat seperti Tokyo (ibu negara)? Hm, ‘rahsia’ itu aku simpan untuk entri yang akan datang.🙂

-y4ku24-


Responses

  1. aku tunggu rahsia itu..huhu

  2. fuh liat siot diorg nih

  3. kalau tokyo kena serang, sape pulak nak declare surrender sebab emperor mati

  4. waiting for ur next update! jgn lama sgt pls

  5. Indeed!
    Btw, nak tahu juga kenapa…

  6. Pendapat aku (selain untuk elak emperor mati dan takde orang nak surrender). Sebab the intention was not to cause maximum casualty. Just nak demonstrate firing power. Ala2 macam India and Pakistan buat bom, tapi tembak ke laut. Saje nak tunjuk ‘wei, kami dah ada bom yang boleh tembak sampai negara hang’.

    Dalam kes USA, nak tunjuk ke Jepun yang ‘wei, kami dah ada bom atom, dan kami ada kapal terbang yang boleh terbang sampai ke negara hang’

  7. zacharias: Hm, mungkin juga salah satu sebabnya itu, tapi ada lagi satu yang lebih unexpected. ni pun dapat dr cerita kenalan jepun, nak keluar tv usah haraplah.
    btw, Hiroshima bukanlah target asal, tetapi Niigata (lebih utara), tetapi ‘keadaan cuaca tak mengizinkan’ ketika itu.
    more on that later.🙂
    wait for it!

  8. salam ziarah..
    dari saifulslam .. ke sini..

    huhu… xsabar nak tau…

  9. US army selalunya bom tempat tempat yg ada kaitan dengan military jugak. macam di Libya sekarang ni, US military pilih target target military Libya macam dorang punya airdefense untuk NO fly zone- atau macam port yg digunakan oleh military Libya etc. So mungkin tujuan yg sama mengapa memilih nagasaki atau hiroshima.

  10. pembaca senyap: Salam ukhwah. For Nagasaki, yes, sbb situ tempat pembuatan submarine jepun. but for hiroshima, i m not sure that is the reason. then again, kalo atas sbb tu, takdelah satu benda yg unexpected.🙂

  11. aiseh, misteri sampai ke sudah le ni..🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: