Posted by: y4ku24 | May 22, 2009

This Month’s Feature: Apa yang korang tengah makan tu? (Part 1 of 2)

Gambar hiasan. Source: www.fujimamas.com

Gambar hiasan. Source: http://www.fujimamas.com

Suatu ketika dahulu, tatkala idea fast food dan instant food baru sahaja diperkenalkan, satu syarikat bakeri telah mencipta dan memperkenalkan satu produk kek ready mix yang begitu mudah untuk para suri rumah membuatnya. Campuran kek itu hanya perlu ditambah air! Semudah itu!

Maka syarikat itu mensasarkan bahawa produk ini pasti dapat menambat hati para suri rumah untuk membelinya. After all, it’s just add water!

Malangnya, sasaran mereka tersasar jauh. Jauh sekali. Jualan produk itu begitu menghambarkan. Sungguh misteri! Petak kepala mereka dibuatnya.

Lalu akhirnya mereka menjalankan survey untuk mengetahui apakah punca sebenar produk itu tidak laku. Setelah seketika melakukan survey, akhirnya mereka mendapat jawapan: Para suri rumah teragak untuk membelinya bukan kerana tidak sukakan produk itu, tetapi dengan hanya menambah air, mereka rasa bersalah kerana tak menjalankan ‘kerja’ mereka sebagai suri rumah. Seolah-olah mereka mengelat dari menjalankan tugas sendiri.

Dengan info baru mereka dapat ini, syarikat itu segera melakukan perubahan kecil kepada produk mereka itu. Dan hanya dengan perubahan kecil itu, jualan produk itu melonjak naik!

Cuba teka!

TELUR

Just add water and egg!

Ya, hanya dengan menyuruh para suri rumah (time tu kebanyakan wanita adalah suri rumah) menambah telur ke dalam campuran itu, ‘rasa bersalah’ difikiran mereka lenyap. At least mereka telah melakukan ‘kerja’ untuk membuat kek tersebut (walaupun hanya sekadar pecah dan gaulkan sekali telur saja). Suri rumah lega, syarikat itu untung besar.

Contoh di atas adalah contoh bagaimana marketers mendapat idea untuk mengubah jualan produk mereka untuk mengikut kehendak pelanggan. Setiap korporasi besar pasti akan ada unit pengiklanan/promosi yang kerja mereka membuat iklan/produk yang dekat di hati pelanggan. Bila pelanggan rasa ‘dekat’, mereka akan mudah untuk membeli. Sales naik. Syarikat untung besar.

Jadi tak pelik kenapa syarikat-syarikat gergasi menghabiskan berjuta-juta dollar untuk mempromosikan produk mereka. Supaya jenama produk mereka meresap ke otak kita tanpa disedari. Memang menarik bagaimana diorang hasilkan idea untuk promote barangan masing-masing.

Del monte adalah syarikat gergasi yang terkenal dengan menyediakan bahan asas masakan Itali seperti tomato puree dalam tin dan lain-lain. Pada awal penjualan, mereka bersaing sengit dengan syarikat lain yang juga membekalkan tomato puree dalam tin.

Akhirnya mereka tukar strategi. Bekalkan tomato puree bukan di dalam tin, tetapi di dalam jar/bekas gelas! Alasan idea ini mudah: Secara tradisinya, sebelum wujudnya ready made tomato puree, produk ini dibuat oleh ibu atau nenek keluarga masing-masing. Tomato puree ini selalunya di simpan di dalam bekas gelas di dalam rumah. Dengan menjual tomato puree di dalam bekas gelas, Del Monte membuat pelanggan rasa ‘macam-pernah-nampak, tapi-di-mana-ye?’ di dalam otak pelanggan, dan ini menyebabkan mereka rasa dekat dengan produk itu berbanding produk tomato puree yang lain.

Alasan idea ni mungkin tak logik, tapi terbukti berkesan bila Del Monte berjaya meningkatkan jualan produk dan berjaya menundukkan pesaing lain.

Ada juga idea promosi produk yang close to home.

Contohnya produk Ali Cafe 3 in 1. Produk ini aku respek cara promosi dia. Satunya, kalo beli Ali Cafe, dapat 2 batang Ali Tea 3 in 1. Dia promote produk lain dia melalui produk asal. ‘Dah alang-alang try produk kopi kami, apa kata try produk teh kami pulak?’. Dan mungkin salah satu planning asal syarikat tu ialah untuk membuat para pelanggan merasakan diri dekat dengan produk tersebut atas perasaan ‘Kopi ni buatan warung kopi Pak Ali kat kampung’! Tapi korang kena ingat, perkataan ‘Ali’ tu bukan nama orang, tapi di ambil dari nama herba Tongkat Ali!

Ada lagi satu. Tapi produk ni mungkin ramai tak tau. Aku tau pun sebab kebetulan keluarga aku ada buat bisnes pemakanan. Produk marjerin berjenama Buttercup.

Tak berapa tangkap? Aku ulang balik. Produk MARJERIN BERJENAMA BUTTERCUP.

Butter (mentega) dan marjerin dua benda yang berbeza. Butter mainly hasil dari susu (dan garam). Marjerin pula hasil dari tangan manusia, dibuat dari minyak tumbuhan, dengan tambahan pewarna, pengawet dan lain-lain. Senang cerita, marjerin banyak guna ‘tangan manusia’. Margerine is mainly man-made. Itu sebab kalo sesiapa pernah beli marjerin, dia lebih murah dari butter.

Kalo banding dua produk ini, of course butter lebih ‘berkualiti’, dan bagi aku lebih berkhasiat (mana taknya, marjerin banyak ‘benda-benda pelik’!). Itu sebab marjerin juga digelar sebagai ‘butter subtitute’.

Jadi ape cer produk Buttercup tu? Dia nak tipu pelanggan ke dengan ubuh nama butter untuk nampak gah sikit, tapi dalam dia marjerin?

Kalo ye camtu pun, aku rasa diorang nak buat gambaran tu secara halus. Sebab kalo benda ni korang bawak ke mahkamah nak saman produk ni atas sebab ‘tipu pelanggan dengan labeling yang salah’ pun, aku rasa korang akan kalah.

Sebab apa?

SEBAB BUTTERCUP TU NAMA BUNGA! Nama brand marjerin tu nama bunga!

Ni dia ha gambar bunga Buttercup:

And then there is smoking and cigarettes. Cara diorang promosi? Mungkin videoclip di bawah boleh membantu untuk kita fahami. [Di ambil dari filem Thank You For Smoking.]

Β 

Kesimpulannya, nak sebut di sini yang aku bukan anti produk-produk di atas, dan bukan juga anti perokok. Tetapi mungkin cara promosi mereka menyebabkan kita terbeli produk itu tanpa kita sedari. Kita sebagai pelanggan punyai HAK untuk memilih. Jadi jangan kita memilih untuk membeli sesuatu semata-mata tertarik dengan cara mereka melabel, mempromosi dan lain-lain (walaupun aku pun kadang kala tertewas juga).

Jika korang memang nak beli marjerin, silakan. Tapi kalo korang nak beli butter, make sure yang korang beli tu adalah butter!

Bab rokok juga, jangan mudah terpengaruh dengan promosi terang-terang (poster dan lain-lain) dan promosi secara halus (menggunakan filem dan lain-lain) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat gergasi rokok di luar sana.

Ramai tahu kesan merokok. Bak kata Chris Rock, comedian kulit hitam di Amerika, “Punyalah bahaya merokok ni, dia boleh membunuh mereka yang tak merokok akibat secondhand smoking!” (Kepada yang merokok, aku ucapkan good luck kat korang untuk berhenti merokok.)

Part 2 bulan depan aku akan cuba kupas berkenaan labeling produk di Jepun. Amat menarik, sekiranya korang pelajar yang belajar di Jepun! (Tajuk entri lebih kena dengan artikel yang akan datang. Ini sekadar intro saja!)

-y4ku24-

—————————————

Rujukan: Blink oleh Malcolm Gladwell


Responses

  1. salam… tengok bunga buttercup tu teringat plak bunga saf… sy da baca satu novel yang beritau bunga saf ni da kat jepun…warnanya pun kuning…guna untuk buat pewarna warna merah dan untuk dijadikan minyak saf…en luqman ada apa2 yg bleh share tentang bunga saf kat sana?

  2. The power of advertisement.

    Salam.. hehe.. nak menyibuk kat sini jugak. Sebut pasal advertising strategy ni, saya pun ada blaja sikit pasal benda ni masa 2nd year. Memang menarik bab ni.

    And i was amazed jugak lah to see how easy kita ni sebagai consumer to terpengaruh dengan iklan.

    Teringin jugak nak further in Consumer Psychology and belajar tactics to influence people through adverstisement. anyways, looking forward to baca part 2.. =)

    • @ ina: salam…erk, saya bukan pakar bunga, bunga saf pun tak pernah dengar! huhu. maaf tak boleh membantu.

      @ BudakPantai: salam Rynn. hmm, seems that we share the same interest.πŸ™‚ kalo ada free time (and duit lebih), saya syorkan buku Predictably Irrational oleh Dan Ariely. Pasal Consumer Psychology yang bes.

      part 2 nanti pun, kemungkinan boleh diaplikasikan di UK juga.πŸ™‚

  3. salam,

    lari topik sket.aku baru tengok link satu nih..persatuan dai ko usahakan sampai shokudo(canteen/cafeteria) sediakan makanan halal eh?persatuan muslim students ke tuh

    benkyou ni narimashita(dapat belajar banyak?ehehe)

    • salam.

      haah. Tohoku University Muslim Cultural Association (TUMCA). ada la sikit tolong-tolong bab translation kepada bahasa Jepun. hihi. alhamdulIllah, sekarang dah ada 7 menu halal!πŸ˜€ campus lain juga akan ikut jejak langkah, kerana jualan memberangsangkan (bukan saja orang Islam suka, orang Jepun pun suka!)

  4. Salam taakruf dan ziarah. Sebuah artikel yang begitu menarik sekali. Begitu hebat dan kreatif syarikat2 perniagaan dalam mempromosikan barang2 mereka. X sabar nak baca post ini bab yang kedua. Terima kasih kerana melawat blog saya hari tu hehe. Mai datang lagi! haha. Teruskan usaha TUMCA dlm mengembangkan Islam dengan memperkenalkan makanan yang halal. Sesungguhnya Allah SWT berfirman bermaksud “Wahai manusia! Makanlah makanan yang ada di bumi yang halal lagi baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata” (Surah Al-Baqarah: Ayat 168).

  5. Salam bro

    Tak nak baca entry ni. Sebab..

    Rujukannya buku Blink..tak habis baca lagi

    Nanti hilang waku-waku..ngeh

    • Salam. yang blink tu ada seketul dua je faktanya, yang lain tu aplikasi sendiri setelah baca buku blink!πŸ˜›

  6. seronok bila belajar bab2 consumer psychology ni, tp x sampai ati nak jdkan career, sbb x sanggup kalo kene wat promotion utk product yg x bgs..tmbh plak skrg dh byk product yg mmg merosakkan kesihatan..segala mcm segera ada..

    tanoshimi for the next article..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: