Posted by: y4ku24 | October 15, 2011

A good comic title, anyone?

Sudah lama aku tidak melukis di blog ini. Sementara korang menunggu aku unlock misteri-misteri entri yang sebelum ini, aku, persembahkan korang sesuatu yang semestinya EKSKLUSIF dari warungkampung!

Seperti entri aku sebelum ini iaitu ‘KOMIK SATU PETAK’, aku peminat single frame comicsΒ (SFC) semenjak kecil. Komik jenis ini selalunya tidak menyajikan lawak straight forward, malah pembaca kena berfikir dulu baru “Oh, macam tu. Haha!”. Contoh komik sebegini adalah The Far Side oleh Gary Larson (mamat ini serius otai SFC), The Argoyle Sweater oleh Scott Hilburn dan Brevity oleh Guy & Rodd.

Bukan saja korang kena fikir, malah kadang-kadang korang tak akan faham sekiranya general knowledge korang tak berapa bagus. Waktu aku kecil dulu, aku selalu berkerut dahi tak faham sedangkan abang aku, ‘Umar Faruq tergelak besar dengan lawak SFC. “Kamu kecik lagi, mana nak faham” merupakan kata-kata pembakar semangat untuk aku memerah otak untuk memahami lawak disebalik SFC tersebut (walaupun sampai sudah aku tak faham-faham juga).

Bila meningkat dewasa sikit (umur aku sekarang 17 tahun) dan membelek semula koleksi komik-komik ini, baru aku dapat menghargai lawak-lawak SFC ini. Disebabkan ini, aku sentiasa kagum bagaimana diorang boleh keluarkan idea-idea bernas sebegitu. Memang genius!

Suatu hari yang indah, tiba-tiba aku terasa ingin sekali untuk membuat SFC sendiri. Mungkin tidak sehebat mereka, tetapi it’s a start. Jadi di sini aku ada aktiviti interactive untuk korang:

1) Cuba baca dan komen. Boleh faham ke lawak-lawak yang aku lukis? Ingat, sesetengah itu perlu berfikir dahulu baru faham konteksnya! Bagi aku, antara empat-empat SFC di bawah, yang paling mendalam maksudnya ialah nombor dua.Β Mungkin girls susah nak faham, so please prove me wrong!

2) Kalau tak faham boleh juga komen, biar yang lain cuba explain (kalau yang lain fahamlah).

3) Aku tengah mencari-cari nama untuk SFC aku ini, manalah tahu, kot-kot boleh pergi lebih jauh. Kalau nama dia mantap, aku akan abadikan dan beri korang kredit nanti!

4) Enjoy!

-y4ku24 10v35 5FC-


Responses

  1. Hehe. mcm penah tengok. mane yg english punye?

  2. wah…sy bleh fhm la…hehe

  3. Salam..
    Satu yang tak dapat faham.. Ayam..???

  4. A.Majid: English punya part 2πŸ™‚
    Candle Lilly: Kalo tak faham ina boleh jawabkan.πŸ˜€

  5. bahahhahah

  6. Kurang faham no 1 la..(sambil garu2 kepala)
    Tapi no 2 macam paham…

  7. C. Lilly & KakPah: Yang pertama tu tak berapa lawak, tetapi sekadar bermain-main dengan pantun ‘Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang’. Saya nak maksudkan yang rangkap kedua tu menceritakan yang DUA TIGA KUCING tu tak sama dengan KUCING BELANG sebab dia paling pantas BERLARI. Get it?πŸ™‚ Kena fikir dalam sikit baru faham!

    Yang kedua juga macam tu. Tag nama mereka: Bapa, Ibu, Cakar, Tambatan. Semua adalah ayam. Jadi sebenarnya setiap ayam itu mewakili empat simpulan bahasa: BAPA ayam, IBU ayam, CAKAR ayam dan ayam TAMBATAN!

    Antara keempat-empat ini, ayam tambatan sahaja membawa maksud yang positif! Get it?πŸ™‚

  8. Oo…naruhodo…dah agak dah camtu.
    Tapi satu soalan nak tanya,memandangkan komik satu petak ni memerlukan berfikir sedikit,kadang-kadang kesimpulan mungkin tak sama dengan apa yang pembuat komik nak sampaikan.So terasa ragu-ragu,’betul ke apa aku fikir ni?’
    Adakah pembaca komik satu petak ni bebas untuk membuat kesimpulan sendiri?maksudnya,tak kisahlah setuju ke tak dengan apa yang pembuat komik nak sampaikan…

  9. Ahha! Now I get it! Ish ish ish.. Sungguh mendalam.πŸ˜€

  10. Huhu… Nais effort…tp mksud die yg no. 2 tu bleh jd laen la… huhu.. :p

  11. Semuanya faham n menggelikan hati… humorous + genius …πŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: