Posted by: y4ku24 | October 31, 2011

A good comic title anyone? Part 2

My second try on single frame comics, this time in English! Some are straight forward, some needs some thinking before you can understand it. Feel free to ask about it if you don’t! I personally like the first one.

(Still searching for a good comic title) 

 

 

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | October 15, 2011

A good comic title, anyone?

Sudah lama aku tidak melukis di blog ini. Sementara korang menunggu aku unlock misteri-misteri entri yang sebelum ini, aku, persembahkan korang sesuatu yang semestinya EKSKLUSIF dari warungkampung!

Seperti entri aku sebelum ini iaitu ‘KOMIK SATU PETAK’, aku peminat single frame comics (SFC) semenjak kecil. Komik jenis ini selalunya tidak menyajikan lawak straight forward, malah pembaca kena berfikir dulu baru “Oh, macam tu. Haha!”. Contoh komik sebegini adalah The Far Side oleh Gary Larson (mamat ini serius otai SFC), The Argoyle Sweater oleh Scott Hilburn dan Brevity oleh Guy & Rodd.

Bukan saja korang kena fikir, malah kadang-kadang korang tak akan faham sekiranya general knowledge korang tak berapa bagus. Waktu aku kecil dulu, aku selalu berkerut dahi tak faham sedangkan abang aku, ‘Umar Faruq tergelak besar dengan lawak SFC. “Kamu kecik lagi, mana nak faham” merupakan kata-kata pembakar semangat untuk aku memerah otak untuk memahami lawak disebalik SFC tersebut (walaupun sampai sudah aku tak faham-faham juga).

Bila meningkat dewasa sikit (umur aku sekarang 17 tahun) dan membelek semula koleksi komik-komik ini, baru aku dapat menghargai lawak-lawak SFC ini. Disebabkan ini, aku sentiasa kagum bagaimana diorang boleh keluarkan idea-idea bernas sebegitu. Memang genius!

Suatu hari yang indah, tiba-tiba aku terasa ingin sekali untuk membuat SFC sendiri. Mungkin tidak sehebat mereka, tetapi it’s a start. Jadi di sini aku ada aktiviti interactive untuk korang:

1) Cuba baca dan komen. Boleh faham ke lawak-lawak yang aku lukis? Ingat, sesetengah itu perlu berfikir dahulu baru faham konteksnya! Bagi aku, antara empat-empat SFC di bawah, yang paling mendalam maksudnya ialah nombor dua. Mungkin girls susah nak faham, so please prove me wrong!

2) Kalau tak faham boleh juga komen, biar yang lain cuba explain (kalau yang lain fahamlah).

3) Aku tengah mencari-cari nama untuk SFC aku ini, manalah tahu, kot-kot boleh pergi lebih jauh. Kalau nama dia mantap, aku akan abadikan dan beri korang kredit nanti!

4) Enjoy!

-y4ku24 10v35 5FC-

Posted by: y4ku24 | September 27, 2011

Entri #150: Misteri dunia perubatan

[Wah wah wah, sungguh lama aku berehat honeymoon. Ini adalah artikel pertama semenjak aku berumahtangga. Terima kasih atas ucapan doa sahabat-sahabat. Semoga rumahtangga kami berkekalan.]

[Sebagai ‘menyambut’ blog aku yang akhirnya sampai ke entri ke 150 (YEZZA!), aku nak buat sedikit kelainan. Tak syok sekiranya cara penyampaian setiap artikel aku menggunakan kaedah yang sama. Untuk entri kali ini, aku nak cuba satu pendekatan baru yang lebih interaktif (mungkin artikel paling kontroversi daripada aku). Korang yang akan tentukan isi entri ini!]

Dear valued readers,

Let’s play a game.

Di bawah aku sertakan beberapa soalan yang, jika betul-betul difikirkan, akan membawa paradigma (cara melihat sesuatu) dari sudut yang baru dalam dunia perubatan. Asal entri ini hanya mempunyai soalan, dan hanya akan aku kongsikan pendapat aku sekiranya korang ingin tahu! Tetapi sekiranya soalan itu memang korang sendiri sudah tahu, atau tak ingin tahu, maka aku biarkan ia menjadi misteri nusantara selama-lamanya!

Caranya:

1) Pilih mana-mana antara 5 soalan yang korang ingin aku berkongsi info tentangnya.

2) Tuliskan nombor soalan di dalam ruangan komen. Seorang pembaca hanya SATU vote sahaja!

3) Cukup 3 vote untuk satu soalan, akan aku unlock penjelasan tentang persoalan itu. Selagi tak cukup vote, bak kata Dato Siti, jawapannya ‘biarlah rahsia’!

4) Kenapa aku buat begini? Sebab aku nak panggil silent readers blog ini ‘keluar’. Wahaha!

5) Segala pendapat/komen dari korang tentang persoalan-persoalan  di bawah pun akan aku upgrade menjadi sebahagian daripada blog, maka amatlah dialu-alukan. Mungkin sama dengan pendapat aku, mungkin lain, tetapi itu seronoknya berbincang!

Let the game begin…

*     *     *     *     *

Drug overdose?

Posted by: y4ku24 | May 31, 2011

No Title

Entri kali ini paling susah aku nak ubuh title. ‘Undangan majlis perkahwinan’ macam skema sangat, ‘Aku nak kahwin!’ pula gatal sangat, ‘Yabedabeduuu!!’ pula…ah, biar kosong sudah! 

Ya, setelah lama membuka warung ini, alhamdulIllah, tiba masanya untuk aku bina masjid pula. Akad nikahnya 3 haribulan ini (pergh, dekat gile dah). Semoga korang dapat mendoakan majlis berjalan lancar dan aku tidak gelabah sehingga menjawab “Yes jurunikah, I do!” pula nanti. 

Ingin sekali aku ajak semua pembaca setia blog aku ini ke kenduri 16 haribulan 7 nanti. Memandangkan blog ini boleh dibaca ramai (termasuk CIA dan FBI), maka aku takkan war-warkan tempat majlis di sini. Karang beruang sarkis pun ada yang datang majlis aku karang. Sekiranya ada dikalangan korang yang sudi dan ingin ke majlis nanti, jangan segan silu, boleh saja email aku di y4ku24[at]hotmail.com untuk aku paskan maklumat lanjut kepada korang. 

Cuma harapnya berilah sedikit kata-kata aluan yang membolehkan aku cam yang korang ini pembaca blog aku, bukan Raja Nigeria yang terdesak nak duit dan nak mintak aku masukkan duit ke akaunnya untuk keluarkan hartanya yang bernilai jutaan dolar.

Ya, aku menjemput semua untuk hadiri majlis aku nanti. Memang tak sehebat majlis Prince William dan Kate Middleton (aku bagitau awal-awal, takut nanti ada yang datang, kecewa pula), tetapi semoga korang dapat menceriakan lagi majlis. Walaupun muka korang tak pernah aku lihat, lubang hidung korang tetap menjadi kebanggaan warungku!

Semoga semua berjalan lancar. Amiin.

-y4ku24&m4y4n1-

Posted by: y4ku24 | May 16, 2011

Dunia si kanak-kanak Palestin

[Entri ini adalah sempena Nakbah Palestin. Satu lagi sisi konflik Zionis-Palestine yang kurang dibangkitkan.]

Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah ke Palestin untuk mengkaji tentang psikologi kehidupan kanak-kanak di negara itu setelah sekian lamanya dijajah zionis laknatUllah. Sudah beberapa generasi berlalu tanpa kesudahan terhadap konflik ini.

Sungguh menyedihkan, apabila usahanya sendiri yang ingin membina taman tema kecil seperti mereka yang lain dengan dana sendiri dimana kanak-kanak di sana akan diberi masuk secara percuma telah dirobohkan rejim laknat zionis itu. Niatnya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melihat kanak-kanak di sana bergembira, setelah saban hari bergelumang dengan kematian, bedilan peluru serta ketakutan.

Tetapi itu yang regim zionis tidak mahu. Zionis tidak mahu kanak-kanak di sana bergembira. Mereka mahu kanak-kanak di sana sentiasa dalam ketakutan.

Suatu hari, beliau telah ke sekolah rendah di sana untuk membuat kajian psikologi kanak-kanak di sana.

“Murid-murid, sila lukis di kertas putih yang cikgu edarkan. Tema lukisan adalah bebas!”

Lalu dengan pantas semua pelajar di dalam kelas itu mula melukis.

Sudah diramalkan, mereka akan lukis apa yang difikiran mereka. Itulah menunjukkan kesucian pemikiran mereka. 

Sekiranya kanak-kanak di Malaysia disuruh demikian, boleh diagak bahawa lukisannya berbentuk sebiji rumah, disebelahnya ibu, ayah dan dirinya, sunshine di bahagian atas kertas, dan pokok-pokok atau bunga-bunga di halaman.

Mungkin lukisannya seperti di bawah:

Lukisan tipikal kanak-kanak Malaysia

Suasana lukisan tersebut gembira, harmoni dan ceria.

Lukisan kanak-kanak Palestin pula?

Read More…

Posted by: y4ku24 | May 15, 2011

Vitamin B17 – Penawar kanser?

Perbincangan bersama mak saudara aku yang menceritakan tentang seorang jiran yang sedang bertarung dengan kanser semalam menyebabkan aku teringat tentang dokumentari di bawah. Ianya dokumentari lama, tetapi memberi tamparan yang hebat kepadaku. Pernah juga keluar di televisyen Malaysia yang telah dialih bahasakan baru-baru ini. Tetapi yang hanya ada di youtube adalah versi Bahasa Inggerisnya.

Penawar di dalam biji apricot?

Kepada korang yang mengidap atau yang ada ahli keluarga yang mengidap apa jenis kanser sekali pun, aku amat berharap korang tonton dan fahami dokumentari di bawah. Sekurang-kurangnya tolong sebarkan kepada ahli keluarga tersebut. Entri ini aku keluarkan sebagai epilog entri yang akan datang.

‘Rahsia Vitamin B17’

Posted by: y4ku24 | May 8, 2011

Tentang Little Lovesome & makhluk ‘Artis’

Babak 1

Selamat Hari Ibu 2011 aku ucapkan kepada semua ibu-ibu diluar sana, terutamanya ibu aku sendiri, Rahimi Binti Arshad yang amat berjasa kepada diri sendiri. Semoga Allah sentiasa merahmatimu! 

Bercakap tentang Hari Ibu, takkan ada title ibu sekiranya tiada anak/bayi. Bercakap tentang bayi, aku nak perkenalkan kedai gift, hadiah dan event planner adik aku Umm Salamah Binti Ahmad Shah, Little Lovesome (TM)! 

Give some love to Little Lovesome! (Model sedang duduk: Mak aku)

AlhamdulIllah, kedainya baru dibuka di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ianya dibuka hasil usaha adik aku serta rakan perkongsian beliau, mak saudara aku sendiri (Cik Nanie) dan kawan rapat keluarga, Yong (bukan nama sebenar). 

Kedai ini menerima tempahan membuat hamper, menjual hadiah, dan mengurus events, terutamanya berkenaan bayi, bayi dalam planning, kanak-kanak mahupun cucu korang, seperti aqiqah dan hari jadi.

Sudah ramai yang berkunjung, dan setakat ini menunjukkan sambutan yang menggalakkan, terutamanya kerana kedainya yang dihias cantik lagi unik.

Kepada yang berminat untuk bertanya lanjut, bolehlah menghubung adik aku atau rakan bisnesnya di http://www.facebook.com/#!/pages/Little-Lovesome/195425233835611 atau:

This is their card...

Semoga sentiasa sukses dan selamat maju jaya adikku! Selamat hari jadi juga diucapkan. Tepuk tangan wei! 

Babak 2

Bercakap tentang kedai adik aku, memandangkan ianya di Wangsa Walk, beliau menyebut yang setakat pembukaan kedai itu yang belum sampai sebulan lagi, sudah beberapa artis terkenal yang telah masuk ke kedai mereka, seperti Sasha Elite, Khatijah Tan dan Fasha Sandha.

Ha, topik ini menarik. Walaupun adik aku boleh buat selamba saja bila terjumpa dengan mereka, aku tak faham kenapa sesetengah manusia boleh amat teruja dan histeria bila melihat artis kegemaran mereka secara live. Seolah-olah menyaksikan makhluk asing!

“Betul Meon, sumpah aku tak tipu! Aritu aku jumpa Brad Pitt dekat kedai tu! Dia duduk dekat tempat kita duduk ni sambil makan burger!” kata Peah.

Peah terkejut sebab Brad Pitt PUN makan burger. Seolah-olah artis ini sejenis makhluk yang makan sejenis makanan yang rakyat jelata lain tak pernah makan…burger yang disalut emas agaknya.

Malah dulu aku pernah melihat wawancara Backstreet Boys yang menceritakan dia kena meredakan tangisan histeria peminatnya, sambil berkata “I am human, too!”

Ya, mereka manusia, juga makhluk omnivor (makan daging dan tumbuhan). Mereka tak boleh terbang, mahupun keluar laser dari mata. Tetapi setengah manusia terlupa hakikat itu.

Ikuti wawancara editor majalah Mustika Ratu dengan Wak Karman, orang kampung di pedalaman Semenanjung tentang insiden beliau berjumpa dengan makhluk ‘Artis’.

Editor: Boleh ceritakan sedikit tentang insiden anda berjumpa tentang makhluk tersebut?

Wak: Saya berjumpa makhluk itu di Wangsa Walk, ketika lebih kurang 10 malam. Makhluknya berjantina betina, ketinggian seperti kita manusia biasa, ada 5 jari disetiap tangannya, dan memakai spek hitam besar. Mukanya bulat dan make up nya tebal 3 inci. Dia sedang membaham popkon dan menghirup air kopi agaknya. Itu menghairankan saya, kerana saya selama ini ingatkan makhluk jenis ini tak perlu makan atau minum.

Editor: Apa lagi perkara pelik yang anda saksikan?

Wak Karman menunjukkan tempat insiden terserempak makhluk tersebut (jam tangan yang dipakai bukan dari jenis Rolex)

‘Mukanya bulat dan make up nya tebal 3 inci…’ 

Wak: Yang lagi membuat saya terkejut, dia boleh cakap! Suara dia sama seperti yang selalu dilaporkan di dalam TV!

Editor: Dia cakap apa?

Wak: ‘Hi, apa khabar’ sambil tersenyum. Ketika itu seluruh badan saya mengetar, dan jantung saya berdegup kencang, sehingga saya tak mampu untuk menjawab. Saya terus buat pura-pura mati. Nasib baik dia tak apa-apakan saya, cuma buat muka pelik dan berlalu begitu saja. AlhamdulIllah saya selamat.

Editor: Betul ke itu makhluk yang sama yang diwar-warkan di dalam TV?

Wak: Sumpah betul! Memang 100% makhluk yang sama. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid untuk membuktikan saya bercakap benar!

Sumpah tak tipu...

Editor: Kata-kata terakhir?

Wak: Bagi mereka yang ke Wangsa Walk, saya nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, takut-takut anda juga akan terjumpa makhluk yang sama. Bahayanya mereka ini kerana mereka ini ada satu bunyi khas yang mampu didengari seluruh dunia untuk menarik perhatian manusia untuk menumpu perhatian kepada mereka.

Editor: Macamana bunyi khas itu?

Wak: Tweet!

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | April 3, 2011

Laugh-out-loud: Di manakah restoran itu?

sumber: Eyriqazz.com

[Update blog: Kembali ke artikel santai. Ada lagi satu, tapi mungkin makan masa, sebab kena lukis.]

Aku ke Melaka suatu hari untuk pergi makan di kedai ikan bakar terkenal membawa kawan Jepun. Sampai senja, tak berapa nampak signboard, lalu singgah di kedai bersebelahan jalan untuk bertanya jalan.

“Abang, MUMBAI kat mana?”

Tergamam abang itu. Agaknya ketika itu dia ingat aku secara rawak ingin menguji pengetahuan geografi dunianya.

Ataupun, dia ingat aku buang tabiat nak pergi India naik kereta…malam-malam buta.

“Er, UMBAI abang tau la..”

Hanya mampu gelakkan diri sendiri selepas insiden itu.

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, geografi dunia aku lagi terer dari geografi Malaysia aku. Atas sebab yang sama, aku dapat dua lagi pengaran lain yang penting:

1) Dapat A dalam geografi masa PMR tak menjanjikan yang aku takkan sesat larat dekat KL, meskipun aku orang KL.

2) Bila tahu fakta bahawa Pekan itu bandar di tengah-tengah Malaysia, aku berbisik “Oh, orait ar kerja kat situ. Takde la jauh dari rumah Gombak aku, sebelah highway ke Pahang je…”.

Rupanya Pekan itu di tengah-tengah MALAYSIA, semenanjung PLUS Sabah Sarawak. Dari rumah 3 jam.

Dekat la sangat.

Kesimpulan: Kepada adik-adik yang ambil PMR, belajar fakta geografi nanti, biar ingat sampai mati, jangan sampai habis PMR saja.

-y4ku24-

[I had been saving this post for a long time now, just waiting the right time to post it. Coincidently, today is World Water Day so it suits perfectly well. As it is also my late Father’s birthday today, please recite al-Fatihah for him, Ahmad Shah Bin Mohd Noor. Thank you for your kindness.]

 

Assalaamualaikum (peace be upon you) I bid to all my brothers and sisters!

There are many talks on being eco-friendly nowadays, and as a Muslim, I would like to address this point in this article, especially to my brothers and sisters out there, so that we follow the footsteps of our beloved Prophet, Muhammad s.a.w.

ECO FRIENDLY AS A MUSLIM’S CHARACTERISTIC

I wouldn’t have to go into detail on this, because I think every Muslim would agree on this point. As the khalifah of the earth, we have the burden of sustaining the earth, as well as to prevent from its destruction.

STARTING SOMEWHERE CLOSE

Some of our brothers and sisters might ask ourselves, on what matter can we be more eco-friendly, and at the same time receive hasanats/rewards for following Allah’s Messenger? What can be changed which can have a double effect, on the earth and also our practising religion?

Allow me to suggest a subject that is very close to us. The subject at hand that I would like to discuss may not occur to you, but to me it is important, nonetheless. The subject: Ablution/Wudhu’.

Yes, wudhu’, no need to rub your eyes, you read it right.

‘Why, of all things, are you focusing on wudhu’?’, you might ask. Here are some points to ponder:

10 liters PER wudhu’?

 

KISAH ZAHRUL FUADI

 

Pak Zahrul Fuadi, kenalan di Sendai

“Zahrul Fuadi? Hm, macam familiar nama mamat ni…” bisik hatiku.

Tiba-tiba nama warga Indonesia ini menjadi terkenal semenjak insiden gempa bumi besar di Sendai.

Di akhbar maya Indonesia, kompas.com, individu ini tertulis di dalam artikel akhbar itu bertajuk ‘Dikejar tsunami dari Acheh ke Jepang‘. Ia menceritakan tentang pengalaman Encik Zahrul Fuadi yang DUA KALI terselamat dari gempa bumi besar dan tsunami, satu ketika di kampungnya di Acheh (Disember 2004), dan sekali lagi ketika di Sendai baru-baru ini, ketika beliau sedang meneruskan pengajian peringkat PhD di sana. Sungguh malang sekali, namun cukup bertuah, kerana beliau survived kedua-dua bencana ini!

Aku tak dapat bayangkan perasaan beliau yang mengalami kedua-dua bencana ini, dalam masa yang sama masih terselamat untuk menceritakan kepada orang lain.

“La, pak ini ke! Waduh waduh!” aku menepuk dahi, setelah terjumpa mukanya di google. Syukur alhamdulIllah, saudara seIslamku ini juga terselamat.

KISAH TSUTOMU YAMAGUCHI (彊 山口)

Tsutomu Yamaguchi

Sebenarnya, bukan Zahrul Fuadi seorang sahaja yang malang tetapi sebertuah begitu.

Memperkenalkan, Tsutomu Yamaguchi, salah seorang daripada 165 nijuu hibakusha (二重 被爆者, mangsa pengeboman dua kali) yang diiktiraf kerajaan Jepun , iaitu para survivor (apa Bahasa Melayu dia ek?) KEDUA-DUA bom atom di Hiroshima dan Nagasaki!

Al-kisahnya, Yamaguchi tinggal dan kerja di Nagasaki, tetapi beliau telah ke Hiroshima selama 3 bulan atas alasan kerja. Pada 6 Ogos 1945, beliau sedang bersiap untuk pulang bersama rakan-rakannya menaiki kereta api, tetapi terpaksa pulang ke bandar kerana tertinggal barang peribadinya. Pada 8:15 pagi, pengebom amerika yang menaiki kapal terbang Enola Gay telah melepaskan Little Boy 3 km dari tempatnya.

Hiroshima di pukul rata (sumber: http://www.freeinfosociety.com)

Gegendang telinganya pecah, membutakannya sementara, dan meninggalkan kesan bakar yang serius di kiri badannya. Setelah berehat dan bertemu kembali dengan dua rakannya yang juga masih terselamat, mereka berehat pula semalaman di tempat berdekatan, sebelum bertolak pulang ke Nagasaki pada keesokan hari.

Malang tidak berbau (walaupun untuk kedua kalinya). Pada 9 Ogos 1945, ketika Yamaguchi sedang menceritakan pengalamannya di Hiroshima kepada supervisornya, kapal terbang tentera amerika melepaskan Fat Man pula di Nagasaki, kali ini JUGA 3 km dari tempatnya! Dia terselamat tanpa cedera, tetapi telah menerima efek radiasi hasil daripada letupan bom tersebut.

Cerita panjangnya boleh dirujuk di sini.

Kesimpulan

Dua individu berbeza, dua insiden malang, dan dua-dua lived to tell the tale. SubhanAllah!

Pokoknya dari dua kisah ini hanya satu pengajaran besar: Bila BUKAN tiba masanya kita dijemput malaikat maut, dua malapetaka besar melanda diri PUN, masih tetap bernyawa.

“Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya” [Surah Yunus, ayat 49]

p.s.: Kenapa Yamaguchi dan Nagasaki yang dibom, tidak tempat seperti Tokyo (ibu negara)? Hm, ‘rahsia’ itu aku simpan untuk entri yang akan datang.🙂

-y4ku24-

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.