Posted by: y4ku24 | January 16, 2009

This Month’s Feature: The Hidden Messages in Water

Entri ini adalah kesinambungan This Month’s Feature yang lepas, yang berbicara tentang air. Tajuk entri kali ini merupakan tajuk buku karangan Professor Masaru Emoto, seorang pengkaji Jepun yang pakar berkenaan kristal air. Buku beliau ini telah menjadi New York Times bestseller dan ratusan ribu naskah telah dijual!

108737201

BERKENAAN BUKU

Senang cerita, buku ini menceritakan usaha seorang professor untuk menyingkap mesej ‘rahsia’ yang terdapat dalam air yang melalui pemerhatian corak kristal yang terbentuk dalam pelbagai jenis air apabila disajikan air itu dengan 1) perkataan baik seperti ‘love’, ‘thank you’, malah ‘i’m sorry’ dan buruk seperti ‘i hate you’,  ‘you fool!’ 2) pelbagai bentuk musik, 3) label kertas yang dilekatkan di luar botol air yang tertulis perkataan seperti ‘you are cute’, ‘thank you’, 4) pendedahan terhadap bahan elektronik masakini, dan lain-lain lagi. Kesimpulan yang professor ini dapat ialah: air itu hidup dan berinteraksi dengan segala benda yang dikenakan terhadapnya! Dan melalui pemerhatian kristal air ini, professor mengaitkannya dengan kesihatan manusia sendiri serta keamanan sejagat.

Aik, apa pulak kaitannya?

ALKISAH…

Siapa mamat Masaru Emoto nih?

Sebelum masuk mendalam, mari kita berkenalan dengan professor. Ini dia mamat tu:

emoto

Beliau dilahirkan di Jepun (erm, tak yah sebut pun korang tau, tapi nak sebut jugak), graduan dari Yokohama Municipal University dan Open International University sebagai Doktor Alternative Medicine.

Apekebenda kristal air?

Belakang beliau ialah contoh gambar kristal air yang ditangkap menggunakan mikroskop dan kamera kelajuan tinggi. Itu ada contoh kristal air. Gambar-gambar yang ditangkap pada awalnya di terbitkan melalui buku beliau Messages in Water 1 dan 2.

Tapi itu bukan snowflake ke?

Contoh beberapa snowflake. Setiap satu unik!

Contoh beberapa snowflake. Setiap satu unik!

Ha, kalo korang terbayangkan camtu, korang tak salah. Sajli pun memang molekul (komponen asas) asalnya air, cuma telah terbeku, akibat suhu rendah. Kristal air dan kristal salji/snowflake sama, dan professor ini ‘terjumpa’ bidang kajian ini juga melalui pemerhatian fakta bahawa no two snowflakes are alike (takde dua snowflake yang sama). Prof tersebut berfikir, jika setiap snowflake itu unik, maka jika kita bekukan air dan perhatikan keadaan air pada waktu-waktu tertentu, mungkinkah air juga mempunyai kristal-kristal yang unik? Maka bermulalah perjalanan prof ke dalam sains yang tidak pernah diteroka!

Macamana kristal air dikaji?

Setiap air yang ingin dikaji dibekukan di dalam peti ais, dan kristal air yang terbentuk ditangkap menggunakan kamera khas. Nampak macam senang, tetapi disebabkan gambar ditangkap pada suhu bilik, dan timing kena betul, maka gambar pertama yang dapat diambil setelah prof bersusah payah dengan pengkaji muda beliau selama 2 bulan!

Apa yang bes sangat tentang fenomena ini?

Banyak sangat! Bagi yang berkesempatan bermain dengan salji dan pernah tengok snowflake (kalo diperhati betul-betul setiap butir salji, korang akan nampak), mungkin kristal air bagi korang takdela bes mana. Tapi situ korang silap! Kenapa setiap satu snowflake itu kristalnya lawa juga bersebab! Sebab apa? Sebab snowflake adalah fenomena alam, dan ia datang dari air semulajadi. Cumanya mungkin suatu hari nanti jika pencemaran berterusan, snowflake-snowflake ini mungkin tak selawa dulu. Mungkin akan ada mutasi di mana-mana. Seperti contoh kristal air yang hodoh.

Beberapa gambar yang diambil oleh prof boleh dilihat di sini. The pictures speaks for itself.

Terlalu banyak gambar lain yang terdapat di dalam buku di atas, kalo korang berminat aku sarankan korang beli saja buku prof (aku tak dapat komisen pun). Fakta pun banyak sangat, tak boleh nak terang semua di sini! Tapi antara yang menarik ialah:

1) Senang cerita, air bertindak atas vibrasi disekelilingnya. Dan di alam adanya vibrasi ‘baik’ dan vibrasi ‘buruk’. Vibrasi-vibrasi ini yang membentuk kristal-kristal air yang pelbagai.

2) Tak kira apa jenis bahasa pun, jika ditulis perkataan baik, maka kristal yang terhasil cukup cantik. Contohnya perkataan seperti thank you/arigatou/merci/danke (‘terima kasih’ tak tunjuk pulak. cis!). Semuanya kristal cantik, tetapi setiap satu kristal adalah unik!

3) Walaupun ditulis atas label dan dilekatkan diluar botol sahaja pun, ada kesan kepada air! Bukan sahaja tulisan, malah jika ditunjukkan gambar, reaksi air (yang kita dapat tahu bila tengok kristal dia) terhadap gambar itu berbeza! Seolah-olah air boleh melihat dan membaca!*

4) Muzik juga mempunyai kesan yang berbeza. Musik yang lembut seperti classical music dan musik tradisional membentuk kristal yang cantik, manakala musik seperti heavy metal dan rock tidak membentuk apa-apa kristal (rujuk gambar di laman di atas)!

5) Pendedahan lama kepada bahan elektronik seperti TV, handphone dan microwave mengakibatkan kecacatan pada kristal. Oleh itu, penggunaan bahan elektronik perlu kepada kesederhanaan! Yang mengakumkan,  jika rancangan TV adalah baik, seperti dokumentari berguna, kristal air menjadi cantik! Air suka tengok rancangan yang baik!

6) Eksperimen ini juga dibuat pada nasi pula oleh sebuah keluarga di Jepun, dan didapati nasi yang dipuji lambat basi, manakala nasi yang dicerca cepat basi!

AIR DAN MANUSIA

Salah satu fakta yang begitu menarik di dalam buku tersebut ialah average peratusan air di dalam badan manusia, iaitu 70%**! Walaupun ianya diketahui umum, tetapi penemuan Prof. Masaru ini menunjukkan perihal pentingnya kita berhubungan baik dengan manusia lain, kerana  jika dilihat dari sudut fikizal, MANUSIA ADALAH AIR!

Menurut beliau, jika air yang disebutkan/dilekatkan perkataan-perkataan indah kepadanya pun boleh berubah bentuk kristalnya kepada yang lebih baik, dan perkataan yang buruk akan mengakibatkan bentuk kristal menjadi hodoh, maka manusia yang 70% badannya adalah air juga akan memberi tindak balas yang sama sekiranya disebutkan perkataan-perkataan indah atau buruk!

Dan aku rasa bukan orang lain saja, diri sendiri juga akan terkesan dengan ucapan sendiri. Tengok sendiri la, keterampilan mereka yang suka mengguna perkataan lucah/kesat/kotor/mencarut! Diorang rupanya mensabotaj diri dengan tuturan sendiri! (Diorang ni pun satu, dalam berjuta perkataan yang boleh diguna, perkataan itu juga yang keluar dari mulut!) Jauh berbeza dengan imam atau pemimpin yang berwibawa, contohnya. (Ada ke imam/pemimpin yang suka mencarut?)

Antara yang dibangkitkan ialah contoh menggunakan ayat “Do it!” yang lebih berbentuk arahan dan ayat “Let’s do it!” yang lebih berbentuk memberi sokongan dan motivasi. Ayat yang pertama menghasilkan kristal yang hodoh yang berpecah-pecah, manakala ayat yang kedua menghasilkan kristal yang cantik! Maka profesor mencadangkan supaya perkataan-perkataan yang kita ucapkan terhadap orang lain lebih berbentuk perkataan yang baik, berkasih sayang serta tidak kesat. Memang itu pun yang diajar Islam!

-END OF PART1-

LOVE AND GRATITUDE

Yang paling aku tertarik di dalam buku tersebut ialah apabila prof menceritakan tentang molekul air tercantik. Ini dia:

Love and gratitude

Love and gratitude

Kristal itu terbentuk setelah perkataan love and gratitude/appreciation dilekatkan pada botol air itu. Tanya mana-mana agama di dunia pun, semua berdiri di atas prinsip ini. Berkasih sayang sesama insan, dan menghargai antara satu sama lain. Itu yang prof fikirkan semakin terhakis di dunia. Perang sana sini, etc. Setiap manusia perlu buang jauh-jauh sifat-sifat buruk (dengki, suka mengumpat dan lain-lain), kerana ia memberi kesan bukan hanya pada diri sendiri, tetapi kepada komuniti dunia keseluruhan!

LALU AKU MENILAI PENEMUAN INI DARI KACA MATA ISLAM…***

1) Agama lain

Kalau korang perasan, dalam laman tu, ada satu kristal air yang tertulis ‘Fujiwara Dam, after offering a prayer’, betul tak? Sememangnya ‘prayer’ tersebut dibuat oleh monk Buddha. Apa yang boleh kita simpulkan? Adakah agama lain juga ‘boleh pakai’?

Bagi aku, itu bukan persoalannya. Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya. Yang dapat aku simpulkan dari fenomena ini ialah, ianya bukti jelas Allah itu Ar-Rahman (Maha Pemurah) dan Ar-Rahiim (Maha Mengasihani), di mana Ar-Rahman itu adalah sifat Allah terhadap semua makhluk, tidak kira Muslim atau non-Muslim, manakala Ar-Rahiim itu adalah sifat Allah yang dikhaskan kepada orang-orang yang beriman kepada-Nya.****

Sungguh Allah itu Maha Adil. Maka jika seseorang itu berkelakuan baik, sentiasa mengikuti ajaran agama, berkasih sayang sesama manusia, menjaga kesihatan, maka dia akan peroleh kebaikan di dunia, tidak kira samaada Muslim atau tidak. Berbalik kepada sunnatUllah dan syariatUllah yang aku pernah sebut di entri lepas. Orang Islam yang makan snek chickedes yang halal dan minum air bergas halal akan cepat jatuh sakit berbanding dengan non-Muslim yang makan khinzir dan minum arak tetapi sentiasa sederhana dan menjaga kesihatan!

Pun begitu, bagi mereka yang beriman, kebaikan bukan hanya akan diperolehi di dunia, tetapi habuan kebaikan yang lebih hebat menanti di akhirat sana!

2) Amalan sunnah

Sahabat-sahabat sekalian, cuba kita lihat amalan sunnah.

Antara adab-adab ketika makan yang diajar oleh RasulUllah s.a.w. ialah, tidak mencela makanan:

Dari Abu Hurairah r.a beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. Jika beliau tidak suka, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

Nabi menganjurkan kita menyebut AlhamdulIllah setelah habis makan, supaya menjadi asbab kita mendapat redhaNya.

Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)

There you have it guys. The word GRATITUDE (PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH) dibaca pada makanan/minuman. Maka, bukan sahaja pahala dan redha Allah, malah insyaAllah makanan/minuman tersebut juga akan memberi tindak balas saintifik yang baik!

Cuma SubhanAllah (Maha Suci Allah) sahaja yang aku mampu ucapkan ketika tertemu kenyataan ini. Jika benar perkataan ‘love and gratitude’ itu pemangkin untuk air menjadi kristal yang tercantik, umat Islam yang mengamalkan sunnah ini secara tidak sedar adalah peminum air yang paling untung! Ditambah pula dengan selawat, serta air itu air mineral atau zam-zam, undoubtedly it’s the best water you can drink!

3) Solat

2 ayat pertama Surah Al-Fatitah yang diwajibkan bacaannya di dalam solat juga mempunyai perkataan LOVE (Rahman dan Rahim) dan GRATITUDE (Puji-pujian bagi Allah). Jika air boleh membentuk kristal tercantik dengan dua perkataan ini, maka manusia yang fizikalnya air mendapat manfaat sampingan ini secara tidak sedar. Sekadar lekat di botol PUN boleh membentuk kristal, inikan lagi jika dilafazkan! Purification of the body and soul, (at least) 5 times a day. SubhanAllah…

Ibadat-ibadat yang lain juga penuh dengan sebutan BismIllahirrahmaanirrahiim dan AlhamdulIllah seperti ketika membaca Quran, ketika doa, berzikir dan lain-lain. Dan ini baru ibadat khusus, ibadat umum Islam yang menggalakkan kita mengeratkan silaturrahim, berkasih sayang juga sama pentingnya! MasyaAllah, Islam is beautiful and great!

4) Ayat Quran

Ini sebenarnya lebih berbentuk persoalan kepada yang pakar bidang Quran dan Sunnah. Sila perhatikan ayat di bawah:

Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup ( al Anbia’ : 30 )

Adakah ini tafsiran kepada fenomena-fenomena di atas? Aku bukan ahli tafsir, jadi aku tak berani tafsir…ini KIV(keep in view) saja.

MENJAWAB SOALAN LEPAS

Akhir sekali, aku ingin menjawab persoalan di dalam This Month’s Feature yang lepas.

1) Adakah gambar-gambar di air minuman itu molekul-molekul air?

Rasa korang pun sudah perasan, itu bukan molekul air, tetapi kristal air. Molekul air, setakat teknologi yang aku tahu, terlampau kecil untuk dilihat. Senang cerita, kristal air itu adalah gabungan-gabungan molekul-molekul air. Sama seperti pembinaan bangunan juga, asasnya sama, batu bata (molekul air), tetapi hasil gabungan batu bata tersebut menghasilkan bentuk bangunan yang berbeza-beza (kristal air).

Jadi sebenarnya apa yang korang nampak adalah kristal air, atau gabungan-gabungan molekul air yang terlampau banyaknya, lalu membentuk kristal tersebut, bukannya satu molekul air yang kadang-kadang disebut di label produk minuman!

2) Adakah betul gambar yang lepas itu kristal air zam-zam?

Yang aku boleh cakap, Allah Knows best. Mungkin juga benar, kerana air zam-zam juga air semulajadi. Tetapi memandangkan setiap kristal air unik, jadi aku tidak dapat pastikan dengan betul. Cuma sekiranya gambar kristal yang ditampal pada botol air itu bukan kristal air zam-zam/bacaan al-Quran sebenar, penjual pakai sebat je gambar kristal air mana-mana, bagi aku itu satu penipuan di dalam perniagaan.

Sekadar perkongsian dari aku, segala komen/teguran amatlah dialu-alukan.

Kalo entri ini bes, sila bagitau member, kalo tak bes, sila bagitau gua!🙂

Sekian,

THANK YOU!

THANK YOU!

-The End-

P.S.: Tak puas? Nak kaji lagi? Cubalah cari di website-website lain. Tak pun, beli saja buku ini! (Aku rasa aku ambil masa lebih 10 jam nak tulis entri ini saja! Fuh, akhirnya siap jugak!)

=============================================

*Prof terangkan ia berkaitan dengan vibrasi yang diterima air melalui gambar/perkataan. Boleh baca buku itu untuk keterangan lanjut.

**99% ketika diperingkat fetus, 90% ketika dilahirkan, 70% bila tingkat dewasa dan 50% ketika tua.

***Sekadar analisa sendiri, mungkin tidak sempurna/ada cacat cela.

****Maaf, aku tidak dapat memberi rujukan berkenaan tafsiran ini. Tetapi ianya diambil dari pembelajaranku di sekolah dahulu. Mohon pertolongan pelajar Quran Sunnah!🙂

Rujukan: The Hidden Messages in Water oleh Masaru Emoto


Responses

  1. Allahuakbar. Penerangan yang sangat mengguyurkan hati, bro. (Gratitude kembali kepada Dia).
    Aku forwardkan link artikel ini kepada ahli Sahabat SangPelangi. Semoga dapat memanfaatkan semua.

    • baru belajar perkataan baru; guyur. hihi. aku pun dulu awal2 tahu teruja sungguh, “Ini kena beritahu semua orang nih!”
      Sempat bersembang dengan Fahmi dan Piah ketika blk ke Tokyo tempoh hari. Boleh buka usrah dengan mereka pasal ni nanti!😀

  2. Subhanallah..Sangat cantik..sungguh indah semua dari-Nya..

  3. Wah-wah. Kau dan teman-teman *Warung-Kopi. Nampak masih tetap bersemangat dan memberi kesan. Cemburu. ;p

    p/s: Guyur (=siram) tu aku cedok dari lirik lagu je. Hihi.

  4. Wah, mantap artikel ni.

    Bak kata nenek kebayan belakang umah gua, sempoi dan berinfo. masyaAllah ^^

  5. MasyaAllah, satu entry yang best.

    Dalam course aku ade satu subjek tu, salah satu tajuknya belajar pasal pengkristalan. Ade la jugak belajar pasal pengkristalan air dan pembentukan snow. (Apa yang diterangkan pasal beza molekul air dan kristal air tu agak tepat la, tahniah2 bro).

    Tapi kalau la sensei tu terangkan dengan guna cerita macam entry ni kan best, tak la boring sangat menyalin nota sensei tu.(tuk pengetahuan,subjek tu saya tak tido *wink* )

    • ‘agak tepat la’ tu camne, tak berapa tepat lagi ek? kalo ada kesalahan fakta, tlg betul2kan ye. semua budak2 sains belaka nih!

  6. terima kasih atas perkongsian

    • sama-sama. terima kasih kerana sudi baca sampai habis😛

  7. salam…nice sharing….kalau Nabi tak mencela makanan, kenapa pula kita…at least belajar sesuatu

  8. Kristal air adalah sebahagian daripada proses air menjadi pepejal atau melalui proses penghabluran(pengkristalan).Air hanya berubah sifat daripada cecair kepada pepejal.Molekul-molekulnya tetap sama namun tidaklah bergabung, hanya pergerakannya tidak menjadi terlalu rawak.Hanya bergetar setempat.Kiranya kristal air adalah air dalam bentuk pepejal.Erm..lebih kurang macam ni la kot..

  9. salam e.luqman..

    menarik sekali..seperti diawang-awangan ketika membaca entri ini..dan, entri ini adalah best! maka, saya dah sebarkan pada rakan-rakan..

    well done!

    p/s: saya bg komen di sini (memberitahu tuan punya entri), bukan bermaksud tak best ya
    merujuk kepada : Kalo entri ini bes, sila bagitau member, kalo tak bes, sila bagitau gua!

  10. masyaallah….hebat betol ciptaan allah nie kan….

    eh aku rasa tak sia-sia ko habes 10jam type entry nie..mmng berinfo gilerr lah…ade ape2x ilmu lain sebar2kan lg yer…

  11. dulu cikgu kimia masa SPM pernah cerita pasal kristal air ini. disuruh kami berterima kasih sentiasa walaupun kepada kerusi dan meja semasa peperiksaan. tapi penerangan ini lebih lengkap. terima kasih ya!

  12. salam..

    bagus artikel ni. bermanfaat utk semua. sharing is caring.. Kalau dilihat dr sudut ini pula, air minuman yg kita bacakan surah Yaasin atau mana2 ayat al-Quran yg selalu kita buat sekiranya ingin menempuh sesuatu event penting atau sebagai penawar juga mempunyai hikmah tersendiri. SubhanALLAH.

    Lagila, yang kita sebutkan pd air tu adalah ayat-ayat Allah s.w.t. Makhluk yg Dia ciptakan sudah tentu mengikut arahan PenciptaNya. seperti bukit-bukau yg berdiri teguh, berzikir mengingati Allah, hanya akan runtuh jika disuruh berbuat demikian. juga pd matahari yg memberikan pencahayaan kpd Bumi dan makhluk2 di dalamnya. Manusia saja yang selalu berbuat kemungkaran di muka Bumi ini..

    Wallahua’lam..

  13. assalamualaikum..satu entri yang bagus untuk dikongsi bersama.bagi saya air adalah benda yang paling menakjubkan yang dicipta oleh Allah.saya juga pernah menyelak buku mengenai kristal air di perpustakaan.Subhanallah,memang cantik bentuk kristal air.

  14. Timing yang kebetulan sangat baik. Semalam semasa main snobod, pertama kali dalam hidup yang saya perasan bentuk snowflakes.

    Subhanallah, tidak terucap dengan kata-kata.

    Sebelum ini, tidak tahu langsung yang snowflakes ni boleh dilihat dengan mata kasar. It was a beautiful moment.

    Bila dah tengok sendiri bentuk-bentuk snowflakes ni, memang boleh relate terus dengan entri kristal air ni.

  15. salam…xde ke sapa2 nk wt kn rakaman pmbentukan kristal bila dibacakan ayat2 Quran…teringin sgt nk tgk outcome ny cmne..

  16. salam. cantiknya kristal air tu. hehe. thanks for sharing.
    btw, nak mintak izin letak link artikel ni kat blog saye.

    • To Iliana: salam. terima kasih daun keladi cik Iliana kerana sentiasa tidak jemu memberi komen di sini! hihi, betul juga, semua beritahu saya nih, jadi mixed messages plak! suke ke tak suke? hihi. :p
      To apek: thanks bro kerana sudi melawat blog aku. komen-komen dari korang menjadi pemangkin semangat aku terus menulis!
      To puding caramel: terima kasih memberi komen. sedapnya nama nickname, kena pula icon warna coklat. erm, kempunan puding la plak…
      To bunga: salam. betul, kira ada ‘logiknya’ kita buat membaca ayat Quran pada air begitu. Nabi saw juga pernah berdoa kepada air untuk diberi minum kepada sahabat bagainda dahulu.
      To ‘atiqah jasni: waalaikumsalaam. salam perkenalan! memang cantik, secantik berlian yang ada dikedai, malah lebih cantik!🙂
      To inda: i know that feeling. pertama kali perasan (time 1st year) pun bukan sebab orang ckp, tp sbb terperasan sendiri. in that situation, mmg akan lebih kagum. subhanAllah!
      To adikku: salam. sudah semestinya cantik! bukankah ayat al-Quran itu sendiri sebaik-baik kata-kata?🙂
      To sha amal: salam. diizinkan 300%!😀 ilmu perlu dikongsi bersama. by the way, boleh aku tahu alamat blog? thanks!

  17. Air Zam-zam tu lebih cantik kristalnya kerana orang tawaf, solat, berzikir di atasnya serta seluruh umat Islam solat mengadap ke Kaabah tempat terbit mata air Zam-zam. Tidak hairanlah air Zam-zam yang jauh lebih sempurna ikatan molekulnya ini boleh menjadi penawar dan penerang hati.

    Kajian Dr. Masaru Emoto ini menunjukkan kebesaran Allah.

  18. Salam…

    1) Artikel yang sangat menarik. Buku tu in English ke?

    2) Dan nak kongsi sket,

    Air sebagai medium perantaraan.

    a- pada awal tamadun manusia, kebanyakan kemudahan pengangkutan yg menghubungkan adalah melalui sungai & laut.

    b- kebanyakan tindak balas kimia perlu kepada 1 medium cecair. Air dikenali sebagai pelarut universal. Termasuklah dalam badan.

    Semuanya ini ada kaitan dengan ayat-ayat Allah SWT, yang selalu kita lihat Allah kata Dia turunkan air (hujan) dari lagi sebagai satu rahmat kepada manusia & sekalian alam.

    Rahmat merupakan tanda kasih & sayang Allah pada kita. Sudah pasti sesuatu yg diberi dgn rasa kasih & syg adalah satu yg cantik, seperti bentuk-bentuk kristal tersebut.

    Memandang air pada sekadar air, tidak akan nampak apa isinya, namun memandang air sebagai satu rahmat, akan nampak satu perkara yang lain…

    Tak tau la camne, maybe sebab Jordan takde air selalu, tu yg baru nak hargai air kot… =)

    Wallahua3lam.

    • To Dr.Ariffaizal: Wah, terharu saya dapat komen dari Dr. yg ‘otai’ bab vibration! terima kasih Dr atas input, dan kerana sudi menjenguk blog saya. (Ini mesti Husmi yang bagitaukan? huhu…) Memandangkan ini adalah bidang Dr sendiri, Dr ada gambar kristal air zam-zam yang original? Saya berbesar hati jika dapat di kongsikan di sini!
      Sungguh sayang sekali, Prof Masaru adalah atheist. Semoga diberikan hidayah daripada Allah. amiin.
      To ibn-ali: Salam ukhwah dari Jepun! 1) Ya, seperti yang saya paparkan di dalam gambar itu, ianya dalam English. Versi Bahasa Arab, wAllahua’lam🙂
      2) Terima kasih atas perkongsian! Memang air byk sungguh sifat yg ‘pelik’. Contohnya, selalunya sesuatu cecair apabila menjadi pepejal akan jadi lebih berat, tetapi air bila jadi ais akan terapung! Memang prof Masaru sendiri sebut yang beliau rasa air ini bukan dari bumi! Tp kalo nak tau sbb apa dia sebut camtu, kena bacalah!😀

  19. entri yang best….

  20. maklumat yang berguna.. manusia apabila tiada makanan tetapi mempunyai air akan hidup lebih lama drpd manusia yang mempunyai makanan tetapi tidak mempunyai air..

  21. Subhanallah..

    Tahniah bro!
    Tak sia2 kau korbankan masa lebih 10 jam untuk entri yang hebat ni. InsyaAllah, moga aku di izinkan Allah untuk memiliki buku ini.

  22. Salam y4ku24

    Seorang ustaz dalam satu ceramah yang kak su hadiri ada menyebut tentang penemuan ini. Menurutnya, air dari ayat-ayat bacaan Quran juga telah di uji, termasuk air zam zam dan hasilnya memang menakjubkan.

    Kak su juga ada menyentuh tentang penemuan ini dalam salah satu entry kak su yang lama bertajuk ‘Marah?’ Kak su tak de lah sebut detail sangat sbb fokus kak su bukan tentang kajian Prof Masaru ni.

    Seronok sangat baca tentang keajaiban ini… Maha Suci Allah…

    • To jianquality: Salam perkenalan. Benar, jika dikaitankan dengan badan kita yg 70% air ini, maka lebih ‘logik’lah fakta tersebut!🙂
      To cucutokjanggut: Zehizehi! (sila sila)😀
      To suara: Terima kasih atas perkongsian.🙂

  23. Congrats..
    huhu angh, last2 kua jg entri psl kristal air ni
    bgusla share lg pape yg mnarik
    smh pn dh pas2 kt kwn..diorg pn ske.=)
    salam dr umah

  24. Salam perkenalan,

    Masha Allah..
    ciptaan Tuhan itu sungguh indah..
    sye ske la artikel nie..
    post yg bagus..

    mtk izin link web saudara yek..

  25. Emm…bagus kupasan ko..leh jadi pemilikir Islam..

  26. Bila sebut pasal air,satu je persoalan yang bermain kat fikiran saya.Maaf jika tiada kaitan langsung dengan entri ni.

    Kenapa kat danau toba tu ade banyak ikan?Pelbagai spesies plak tu.macam mana ikan tu boleh naik ke gunung yang tinggi?

    Saya tak pernah tau jawapan sebenar.Namun ade gak yang kate,tanah itu sendiri yang ade telur2 ikan yang berevolusi.Interaksi dengan air membantu pembiakan ikan2 tersebut.Tapi,serius saya tak tau pe jwpn ye.Bende ni dah saya tanye sejak form 4.kamu ade pandangan?

    • @Salwa: Emm…kita semua adalah pemikir Islam! Islam tu dah ada dah, cuma kena sama-sama lebihkan bab fikir tu.🙂 Thanks for the visit!
      @hana: maaf hana, saya sendiri tak dpt nak beri penjelasan. Sebenarnya ini 1st time tau!😀 anyway, kalo hana rajin tgk dokumentari binatang, mungkin boleh jumpa. saya xla minat sgt doku binatang nih, tp ada beberapa siri yg bes yg nak syorkan, 1) Supernatural (bukan drama tu, yg tu xbes! tipu!) 2) Weird nature. dua2 akan bukak misteri alam binatang yg x pernah2 kita tau dan menyingkap kelebihan2 makhluk ciptaan Allah! mungkin disitu ada jawapan yg dicari. boleh cek di youtube.

  27. thanks for da entry..kupasan yg ssgt baik.. semoga Allah terus buka hati2 kita utk kaji dan m’izzahkn Islam ini menerusi kejaiban ciptaan-Nya…

    salam ukhuwwah minni..hakima..utm skudai

    • amiin!😀
      salam ukhwah hakima! (nama ada mirip2.hihi)

  28. […] Nanti ye. Oh ya, satu artikel yang ingin saya kongsi hasil tulisan sahabat saya, y4ku24 tentang The Hidden Messages in Water. Menarik sungguh entrinya tentang kristal […]

  29. […] Nanti ye. Oh ya, satu artikel yang ingin saya kongsi hasil tulisan sahabat saya, y4ku24 tentang The Hidden Messages in Water. Menarik sungguh entrinya tentang kristal […]

  30. […] 1) TMF: The Hidden Messages in Water […]

  31. wow menarik…teringat dulu kecoh kat malaysia pasal air ni…sekejap je lps tu senyap….sekarang baru nampak sikit penerangan yg begitu jelas dan mantap…

    teria kasih

  32. Alhamdulillah perkongsian ilmu yang sangat berguna… saya mmg sudah lama berminat dengan isu kristal air ini dan mula menyimpan maklumat2 dr internet..namun entry ini memberi lebih impak dlm pemahaman dan penghayatan…teringat akan rakan saya yang mengamalkan perubatan alternatif sering menunjukkan kepada pesakitnya gambar2 kristal air ini dan menasihatkan pesakitnya agar mengamalkan meminum air zam-zam or air mineral yang dibacakan syahadah, salawat dan alfatihah serta doa untuk penyembuhan…teringat juga pesanan lain.. agar sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik kepada anak2 n anak didik…mmg benar mereka ini lebih senang dikawal, akur dengan arahan dan mudah dibentuk berbanding dng anak yg sering diherdik…ini hujah yg kuat utk ubah cara cikgu yg hanya percaya kekerasan n kekasaran dapat menakutkan pelajar n mengawal disiplin pelajar…

  33. Assalamualaikum
    Luqman san, ustazah baru sahaja menulis entry berkaitan molekul air (tapi simple je) yang dikaitkan dengan satu insiden yang berlaku disekolah ustazah siang tadi. Mohon jika ada kelapangan luqman san memberi komen dan pandangan pada entry tersebut…ustazah ni baru belajar-belajar menulis

    Jazakallah khair

    • Waalaikumsalaam ustazah,
      saya berbesar hati bercampur segan menerima undangan ustazah. sebenarnya saya pun baru juga menulis blog, jadi sebagai tukang komen biasa insyaAllah tiada masalah, akan saya cuba. tapi mungkin protaz (professional ustaz) seperti ust Has dan ust Zaharuddin lebih layak untuk memberi pandangan.🙂

      Waiyyak!

  34. Salam Luqman,
    Nak minta kebenaran untuk guna bahan dalam entry ini untuk rujukan/plus alpha kepada entry di KaizenFatihah.com

  35. Salam Inda,

    iiyo, sila2. oo, ada website baru rupanya. hoho. blog lama akan tutup?

  36. […] This Month’s Feature: The Hidden Messages in Water, WarungKampung […]

  37. Jazakallah

    Nop, takkan ditutup insyaAllah.

    Yang Impossible is Nothing tu personal.

    Yang baru ni ada objektif dan pendekatan berbeza🙂

  38. […] This Month’s Feature: The Hidden Messages in Water, WarungKampung […]

  39. […] This Month’s Feature: The Hidden Messages in Water, WarungKampung […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: