Posted by: y4ku24 | February 20, 2010

‘Aku tak duduk kat Tokyo!’: Salah anggap tentang Jepun

[Update blog: Terima kasih kepada yang memberi komen di entri yang lepas. InsyaAllah akan aku sambung entri itu pada waktu lain.

Memandangkan aku akan pulang ke Malaysia tak lama lagi, entri ini dan beberapa entri akan datang akan banyak berlegar tentang Jepun.]

Selamat datang ke Jepun!

Benar orang sebut, jauh perjalanan, luas pengalaman(, dan kering duit poket). Teringat cerita bapa saudara aku yang pernah belajar di England ketika pelajar Malaysia yang belajar di luar negara amat sedikit. Antara perkara yang beliau sebut menjadi culture shock ketika pertama kali menjejak kaki di sana ialah, melihat mat saleh kerja sebagai penyapu sampah! Ya, ketika zaman itu, masyarakat kita terlalu memandang tinggi kepada orang putih, sehingga difikirkan kerja seperti sapu sampah ‘tak layak’ dibuat oleh orang putih.

Orang putih berprestij.

Duduk rumah besar-besar.

Mungkin kalo dapat salam dengan diorang sudah habis bahagia kot time tu.

Jadi tak pelik sekiranya masyarakat kita juga mempunyai stereotype dan anggapan yang salah terhadap orang Jepun dan kehidupan di Jepun, malah terhadap pelajar kita dari Malaysia yang belajar di Jepun.

Berikut aku tuliskan beberapa stereotype/anggapan salah yang selalu orang Malaysia buat tentang Jepun ataupun pelajar yang belajar di Jepun yang terlintas difikiran aku (tidak mengikut ranking). Tak perlu risau kalo korang beranggapan seperti di bawah, sebab benda itu biasa. Aku dulu pun pernah fikir perkara yang sama!

1)  Semua student Malaysia study kat Tokyo.

Mungkin sebab ramai rakyat Malaysia hanya tahu bandar Tokyo dan Nagoya (sebab ada Nagoya tekstil kat Malaysia), jadi ramai yang anggap semua student di Jepun belajar di Tokyo. Ini anggapan yang salah, umpama anggap semua orang Malaysia duduk di Kuala Lumpur!

Aku sendiri terpisah 400 km dari Tokyo, di Sendai. Tapi bandar besar jugak la (tak nak kalah).

Jadi, kepada yang ada kenalan di sini, kalau berkesempatan datang ke Tokyo atau bandar-bandar besar lain, mungkin elok korang tanya dulu kenalan korang tu duduk di mana. Kot-kot diorang jauh dari situ. Kalo ambil contoh Malaysia, korang melancong di Johor, lepas tu ajak kawan korang di Perlis lepak-lepak di kedai mamak Johor Bahru malam itu.

Tak ke menangis kawan korang tu nak datang dari Perlis.

2) Seluruh jepun penuh dengan bandar je.

Kalo korang berfikiran camtu, korang dimaafkan, sebab kita serupa. Sebelum ke Jepun, punyalah ingat Jepun ini penuh dengan bandar je. Cuma tempat yang tiada bangunan ialah di Gunung Fuji. Yang lain semua bangunan (itu je pun yang TV tunjuk). Jadi betapa terkejutnya aku bila tengok banyak sungguh sawah padi di Jepun, on the way naik bullet train ke universiti aku.

Ya, Jepun mengusahakan juga pertanaman padi, jadi memang banyak juga sawah padi di sini. Malah di utara Jepun (Hokkaido) adalah tempat agrikultur yang hebat, termasuk ternak binatang. Membayangkan Jepun ini penuh dengan bangunan sahaja, umpama membayangkan Kedah penuh dengan sawah padi saja. (Boleh terima ke perumpamaan ini?)

3) Barang elektronik sini murah-murah.

Ha, yang ini klasik.

Sebab Jepun hebat dengan barangan elektronik, jadi orang pun fikir yang barangan elektronik sini murah.

Sebenarnya, bagi aku, harganya tak banyak beza, kecuali kalo ada sale besar seperti new year sale. Selain daripada itu, kalo murah pun, mungkin murah sikit saja.

Cuma kalo betul-betul nak murah ialah barangan 2nd hand diorang. Barang-barang macam ini boleh dibeli di auction atau kedai di internet seperti Amazon dan Yahoo auction. Walaupun murah, sesetengah itu memang macam barang baru, sebab owner asal guna sekali dua saja. Kadang-kadang diorang beli saja nak mencuba, pastu jual balik dalam keadaan yang amat elok. Jual beli diorang pun amat bagus, sehinggakan akan beritahu satu-satu kekurangan barangan diorang (untuk dapat review yang bagus dari pembeli).

Bab beli di auction ni, student Malaysia dekat sini expert.

4) Ramai student Malaysia yang akan kahwin dengan orang Jepun.

Sebelum fly ke sini, aku fikir benda yang sama juga. Fuh, bes tu! Mesti ramai senior sebelum ini yang sudah kahwin dengan orang Jepun. Rupa-rupanya dalam satu batch student yang belajar di sini, nak cari seorang yang kahwin dengan orang Jepun pun susah.

Yang gatal berharap kenalan sini boleh ‘chop’kan sekali untuk dia tu…..aku ucapkan good luck…….FOREVER.

5) Boleh jumpa samurai dan ninja.

Kalo korang berfikiran camni, korang memang kaki anime atau manga era samurai/ninja, atau korang dulu peminat drama Oshin.

Nak jumpa samurai sekarang umpama nak jumpa orang pakai baju Melayu beserta keris di pinggang kat Malaysia, cakap loghat bahasa lama. Spesis manusia camni dah pupus. Cuma of course masih ada taman tema yang bertemakan kehidupan dulu.

Aku pernah pergi taman tema Edo Mura (Kampung zaman Edo) di Hokkaido. Syok juga la, sebab zaman itu zaman ninja dan samurai. Hm, kenapa takde taman tema Hang Tuah di Malaysia, aku pun tak tau…

6) Mesti budak yang kaki manga bes duduk kat Jepun sebab banyak manga.

Ya, memang banyak.

Banyak sangat sangat, nak muntah pun ada.

Dari cerita golf, ke cerita memancing, ke cerita fantasi, ke cerita lawak bodoh, ke cerita kehidupan seorang pekerja syarikat, ke komik khas untuk golongan hawa, semua ada! Sebabkan banyak sangat, akhirnya kitorang pun baca apa yang korang di Malaysia baca saja. Naruto. One piece. Bleach. Dan yang sespesis dengannya.

Dah la baca dari internet jugak tu, tak nak beli kat kedai.

Kedekut punya student Malaysia.

7) Student kita hari-hari duduk makan sushi.

Boleh katakan semua student di sini, seperti student di luar negara lain, memasak di rumah masing-masing. Masak pun, apa lagi kalo bukan masakan Malaysia. Murah pun murah, halal pun halal (daging halal boleh beli di internet).

Pernah juga buat makanan Jepun, tapi jarang sangat. Kalo teringin sushi sekali pun, kitorang lebih suka makan kat luar dari buat sendiri (lagi fresh). Jadi jangan terkejut la kalo ada member yang duduk di Jepun, tapi cara nak masak masakan Jepun tak tau.

Sebenarnya….tak sedap mana pun masakan Jepun. Serius.

Fuh, direct je aku sebut. 6 tahun aku pendam.

Akhir sekali…

8) Di Jepun boleh jumpa Ultraman

Ini bukan masalah stereotype, ini masalah korang tak baligh lagi! Pergi main dengan patung Ultraman korang itu jauh-jauh!

P.S.: Student Jepun lain ada nak tambah?

-y4ku24@J3pun-


Responses

  1. salam.

    Hehehe
    point 2, 3 dan 6 mengena!
    Even suka tengok movie Japan (tentang suatu pekerjaan) sejak dari primary school, mindset masih tak boleh nak ubah!
    Paling nak pergi kepulauan Hokkaido lah!
    Sebab betul ke kat situ je dh mcm kutub utara? Makan daging rusa beku terus dari peti macam itu sahaja tanpa masak atau salai? (-_-“)

  2. entry kali ni sangat best dibaca
    senyum ku sorang-sorang..hehehe

    saya memang tak suka sangat sushi apetah lagi makanan jepun lain
    kawan ajar makan pun tetap tak boleh gak masuk
    >_<

  3. heheh…nice story..santai..
    good sharing.. x nafikan, selalu kita tsilap judge something dengan mengenal utk kali yg pertama.. we’ll know the reality when we sit and experiencing it.. (hehe, mngarut ke? ntah..) =)
    tp mcm menarik je jepun ni..ye ke?

  4. salam…

    no 3 mengena, ye la, bli mostly made in japan… hehe

    tp sy ada 1 tanggapan ttg jepun: ‘org jepun hebat’…

  5. @ candlelilly: makan daging mentah? kalo ada org asli kat sana, mungkin la kot. setakat tpt yg saya pegi di hokkaido, mcm biasa je. cuma kalo pedalaman mungkin la kot. tak mcm kutub utara, cuma salji je lebat.

    @ izan: erm, sushi boleh dikatakan dlm kategori sedap jugak la. tp makanan sini mmg jenis rasa cair, tak pekat mcm Malaysia. tu yg jadi kurang sedap utk lidah org kita tu.

    @ hakima: mana2 tpt pun kalo 1st time menarik, tp kalo dah duduk lama, jd boring. biasa la tu.

    @ ina: kalo nak tau, kat sini byk bahan elektronik MADE IN MALAYSIA! mungkin diorg buat tu nak elakkan tax kot. tp takde pulak org jepun rasa elektronik tpt kita murah. huhu.

    ‘hebat’ tu byk makna, kadang2 benda2 pelik pun diorg hebat gak…

  6. salam…hehe, lawak la, btul2…aku ada satu idea gak, org mesia selalu igt bunga sakura ada spnjg masa, “nant bolehla bwk blk bunga sakura utk makcik”. hee…btw, thank u promote “Hokkaidou”

  7. haha… comel betul entry neh. Memang ada sesetengahnya turut menjadi mindset saya. Tapi, yang tak leh blah tu, point yang last skali…. haha

    mungkin itu mndset y4ku24 masa zaman pra-matang dulu kot… ^^

  8. mungkin patut tambah, sebelum ke jepun orang ingat yakuza adalah satu organisasi yang cool, dan konon2 nak jadi member.. maka telah membuat yahoo ID. haha..

    aku rasa, yang ingat jepun penuh dengan bandar tu, adalah disebabkan cerita ultraman yang sentiasa tergolek di celah2 bangunan hingga menyebabkan kerosakan optimum. tak pernah pula tergolek di sawah padi.

    ada satu lagi yang aku imagine. Budak study kat jepun, tengok anime dan baca manga tak tengok translation i.e tengok/ baca yang ori punya. yang ni, korang kena clarify la…

  9. no 1 tu akak rasa bkn semua org ingat org belajar kat jepun belajar kat tokyo. cumanya bila cakap belajar kat jepun, org akan tanya balik, “belajar kat tokyo ke?” sama macam akak belajar kat UK dulu la, soalan pertama yg org tanya selalunya “belajar kat london ke?”…

    no 5 – ada Edo Mura kat Nikko. Dulu, setiap tahun masa musim Yokoso! Japan, mesti ada peluang merasa free entrance ke Edo Mura & Tobu World Square. Di Edo Mura bolehla pakai baju samurai dan feeling hidup di era shogun, ehcheh…

    no 6 – bukan student Malaysia (di Jepun) je yang baca komik di internet. Hatta orang yang dah kerja pun macam tu jugak. Bukan kedekut… cuma nak kurangkan penggunaan kertas, save the earth… hihihi

    no 7 – org kita selalu ingat org jepun suka makan sushi & sashimi je. ramai yang tak tahu betapa culture shocknya student malaysia di jepun bila tengok orang jepun kuat makan khinzir…

  10. @ Firdaus basrawi: salam. ha, nice! psl bunga sakura tu betul, sebab bunga di Msia sepanjang tahun!

    mesti promote psl Hokkaido punya, dah dua kali pergi.😉 insyaAllah hujung minggu ni gi lagi! huhu.

    @ cikgu_eya: oh tidak! saya mana main ultraman. tak realistik. kesatria baja hitam dan gaban baru hero saya!

    nak datang jepun dulu sebab nak jumpa Son goku (Dragonball).

    @ zacharias: haha, you got me there. 10 markah!
    tu la ultraman si bengap, nak gaduh, gi la tempat yg takde org. time tu la nak gaduh tepi bangunan.

    bab tanggapan tak tgk translation tu tak salah. melainkan drama/komik tu menggunakan ayat2 pelik (contohnya komik psl lawyer ke), insyaAllah kitorang takde masalah utk faham. baca komik nak rileks2, kalo sampai kena perah otak dan bukak dictionary, dah jadi study pulak! contoh komik yang saya sendiri tak mampu nak baca nihongo dia: Death Note. dah la nak faham logik analisa cerita, nak kena faham nihongo dia pulak tu!

    yang lagi hardcore ialah yang boleh gelak kat komedi jepun yang kebanyakannya bercakap laju!

    TAPI, disebabkan kitorang pun baca/tengok ikut internet yang slalunya bersubtitle, akhirnya baca gak la subtitle. huhu.

    @heh heh, memang yang satu tu saya tulis atas sebab ramai org tanya camtu la. in a way, mmg tak kisah pun, tapi kalo boleh jgn la terkejut kalo kita ckp yg kita duduk di bandar yang diorang tak pernah dgr😛

    mmg Edo Mura di nikko lg feymes. tak berkesempatan lagi nak gi.

    bab makan khinzir tu saya tak berapa terkejut, sbb memang sedia maklum yang bukan Islam (selain vegetarian) makan khinzir. huhu.

  11. Assalamualaikum wbt…
    Agak culture shock masa datang Jepun sebab orang Jepun makan kari.Ingatkan orang Jepun tak makan masakan yang berempah.Rupa-rupanya makan juga.Sampai sekarang terfikir macam mana kari boleh ada dalam menu masakan Jepun.
    Sekadar berkongsi pandangan.
    Wassalam.

  12. Assalamualaikum..

    Luqman, sebelum balik msia, borong nissan GTR murah kot, gune duit sane?

  13. Macam2 jugak rupanya tanggapan org msia ye.. Dah dekat 4 tahun duduk sini dah tak fikir sangat. Rasa sangat selesa kat sini. Cuma duduk kat tengah2 tokyo ni siksa sikit kos hidupnya.

    Saya paling setuju la bila org msia ingat barang elektrik kat sini murah. Dok asyik mintak pesan barang. nak murah je tau.. Tak fikir kos naik train pi balik kedai, kalo tak pun kos penghantaran ke rumah.. aiseyh..

    Saya penggemar besar natto. Setiap pagi makan natto. Makanan jepun, pada saya adalah kakasenai. =) balik msia pun nak makan natto.
    Taktau la macam mana kalau dah grad kene balik msia nanti..

  14. salam…
    maaf, out of topic…
    boleh saya tahu, siapakah owner warungkampung ni..?

  15. @ ‘Atiqah: waalaikumsalam. hm, betul juga. entah bila agaknya bermulanya budaya makan kari diorang.

    @ nmw: waalaikumsalaam. nissan gtr tak larat beb. yg murah2 sudaah…erm, nmw ni saya kenal secara peribadi ke?

    @ Niea: salam ukwah. huhu. biasa la tu.
    well, mungkin awak pun tahu, kat msia, makanan sedap no.1, berkhasiat no.2, tapi di jepun makanan berkhasiat no.1, sedap jatuh jadi no.2! jadi walapun rasanya tak sepekat masakan malaysia, tapi bab healthy dia tinggi!

    saya pun suka natto, dan ada buat entri khas tentang ini, dedikasi saya kepada soya! (cuba search ‘Aku dan soya’).

    anyway, thanks for the comment and for giving a different opinion from mine. kansya shite orimasu!🙂

    @ shifaa’ insyirah: salam ukhwah. boleh baca sedikit profil saya di ‘Who am I?’ di bahagian template (sarang labah-labah) Warungkampung di atas.

    • salam..

      hehe taklah, saya silent reader kat warungkampung. =)

  16. tambahan:

    1. bila org m’sia cuba meniru cakap jepun, cara berckp yg digunakan ialah cara yakuza atau samurai yg ditonton di TV. sedangkan biasanya org jepun sgt lembut ckpnya, tmbhn pula terhadap pelanggan.

    2. semua student msia di jepun dianggap tgk anime Naruto, Bleach dan One Piece. Kdg2 ada juga band jpn yg x pernah didengar lagunya, atau drama or anime yg x pernah ditonton tp org Msia lagi tau. How come eh?

  17. satu lagi, selalu dengar cerita budak bawak balik kereta seperti skyline.. tak tau la betul ke tak…

    satu lagi, terkejut bila mendapat tahu industri pornografi di jepun ‘boleh lawan US’

  18. @zalizabrina: 1) hm, tak pernah pula terjadi pada diri sendiri. 2) sedara2 lg pakar drama n nama pelakon dr kita. huhu.

    @zacharias: slalu je, sbb tax lebih murah dr bwk dr uk. skyline, subaru impreza, altezza, integra, etc, to name a few. skrang ni mazda rx8, subaru legacy etc are catching up.

    apa nak terkejutkan, nama pun negara kafir yg ramainya tak beragama. fact: it doesn’t count as ‘cheating’ their wives if the service with another women is paid.

  19. Hmm, menarik entry ni…best! Tapi daripada semua2 list Luqman tu, no.3 je yg ada dalam pemikiran ni. Yang lain2 tu tak pulak hehe
    Thanks for the interesting and informative stories. Ringan sikit kepala lepas baca blog ni. TC

  20. sedihnyee bce yg no 4 uhh.. bru nk psng impian skit ble gi sne,hehe…

  21. @whitehijab: yg no.3 tu, mungkin semua orang fikir camtu kot. huhu.

    @mr batch28: kalo mmg berkeyakinan, silalah cuba. tp ingat, ko yg kena ajar ilmu2 ttg Islam nanti. good luck!

    • kta pon nak kwin ngn jepun ni. nk tukar warganegara lg. ade komen x? pls advise senior2 jpn.

      • nasihat saya kekal seperti di atas. malah, kalo aynie perempuan, akan jadi 2 kali lebih susah!
        tp kalo dah mmg jodoh, jgn lupa untuk make things clear dari awal lagi. 1) kita nak dia masuk Islam dan bersungguh-sungguh amalkan ajaran islam, bukan sekadar nama saja. 2) make sure dpt restu mak abah. kalo diorg tak bg, baik takyah. kawen nanti takde berkat. 3) dah bincang future camne, samaada duduk kat msia atau kat jepun, atau camne.
        yg ni yg asas, mungkin ada lg.

  22. haha menariknya artikel ni. alhamdulillah saya takdela pula this misconception. Yang pasti student di Jepun dapat tengok bunga sakura time spring. tu bukan misconception kan?😛

    PS. saya rasa makanan Jepun yang dicommercialkan di Malaysia sedap. Tak pasti pula makanan2 diorang yang lain ^__^

  23. Salam… menarik artikel ni tapi tak terfikir pulak benda2 ni bila fikir pasal Jepun. Saya cuma terfikir kat jepun bole tengok bunga api tiap2 minggu.. and selalu ada festival.. orang2 pompuan pakai kimono pastu tangkap ikan emas.. huhuhu

  24. sallam, bestla entry ni..hehe..banyak pule pengunjung lain yang tambah info.. respek la bab yang jujur time berjual beli di auction tu..

  25. tula…mmg best giler la entry ni. salut! byk gak info yg korang share. skit sbyak tau gak culture2 kat jpn ni. best sgt!

  26. […] ‘Aku tak duduk kat Tokyo!’: Salah anggap tentang Jepun February 2010 28 comments 5 […]

  27. food kat jepun sedap apa? cuma diorang takde cili padi🙂

  28. aku belajar kt jepun dah 6 tahun, kat area shinjuku, malam minggu lepak kat kabukicho best giler, kawasan kat sini tak pernah sunyi, tapi kat sini xde mat rempit macam kat malaysia tu.

  29. no 4)auction???mcm best jerrr…minta tlg ajarkan ek…hahhaha

  30. Salam. Ummi (panggilan diri sendiri sbb dah biasa dgn anak2 yang dah besar) tgh browsing pasal Jepun sebab nak hantar anak2 dlm program keluarga angkat di Gifu, Nagoya minggu depan. Terjumpa blog ni. Entri yang sungguh menarik. Terkekeh2 Ummi gelak baca no.5 dan no.8. Memang Ummi pun fikir pasti ada orang jepun yang masih pakai kimono, baju ninja dan penutup muka samurai di Jepun. Ummi pun siap pesan jangan lupa ambil gambar dengan ultraman (kalu jumpa) selain jangan lupa solat!!.

    Entri yang menceriakan hari Ummi. Tkasih.

  31. Serius. rasa nak tergelak je baca entri ni..entri lama ni kan? baru nak komen. haha! btw, terjumpa masa cari kat google “belajar di jepun”. nak sambung belajar kat jepun bulan 9 ni. wish me best of luck!

    • Salaam Anyss Shuhaimi,

      Best of luck in Japan! You’ll love it!

  32. O’haiyogozaimasu…..good job…tringat cite wkt kt nihon dulu….dah 30 th…tglkan nihon…hana sakura…msh dlm ingatan. after graduated frm Osaka..pi…German plak lg la mcm dari planet marikh pi zuhal…hehehe…and then to UK…tp dlm byk2 tu Nihon plg siksa…tp dia org humble & teinei…now i’m as Ass prof…nsb baik je…hehehe ok shibaraku desu ne..

  33. Assalamualikum, Enjoy & seronok betul baca blog ni . Tumpang tanya student kat sana ad ada ke buat tourist guide macam student malaysia d korea buat? T

    • Waalaikumsalaam.
      Sorry for the late reply! Memang sudah lama tak update blog ini. Ya ada, boleh cari di facebook nama Fadhli Syahrial, cakap Luqman rekomen.
      Hope it helps!

  34. Ada ke student yg buat part time jd tourist guide utk org Msia ke sana?
    boleh bagi email tak….?

    • Waalaikumsalaam.
      Sorry for the late reply! Memang sudah lama tak update blog ini. Ya ada, boleh cari di facebook nama Fadhli Syahrial, cakap Luqman rekomen.
      Hope it helps!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: