Posted by: y4ku24 | March 13, 2011

Bila manusia hanya mampu merancang…

 

Tempat ku bermandi manda suatu ketika dahulu...musnah segalanya.

Sungguh ngeri lagi menyayat hati, malah tidaklah aku menyangka tempat belajar ku selama 6 tahun itu akan dilanda bencana sebegitu teruk.

Masakan tidak, gempa bumi ini merupakan gempa bumi terbesar di dalam rekod negara Jepun. Pada 11 Mac 2011, perairan bandar Sendai, prefektur Miyagi telah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter.

Memang sejak aku berada di sana telah dijangkakan Sendai akan mengalami gempa bumi besar. Kebarangkaliannya: 99%. Persoalannya hanyalah, BILA?

Menyedari hakikat ini, aku sendiri dahulu pernah menjalankan kerja-kerja sukarela untuk memberitahu dan memberi pendedahan kepada masyarakat orang asing di situ berkenaan bahaya gempa bumi, dan beberapa tindakan yang sewajarnya dilakukan ketika gempa bumi berlaku.

AlhamdulIllah sempat juga aku pulang ke Malaysia sebelum ianya berlaku. Namun begitu, adik-adikku yang masih di sana tidak begitu bertuah. AlhamdulIllah mereka semua selamat, tetapi sedang berlindung di dewan sekolah rendah berdekatan.

Sungguh, berada di situasi gempa bumi amat menggerunkan. Pertama, BILA ianya akan berlaku tidak kita tahu. Kedua, KUAT mana, kita tidak tahu. Ketiga, DURASInya juga, kita tidak tahu.

Pengalamanku selama ini yang hanya beberapa skala Richter sahaja pun sudah mampu untuk membuat diri sendiri mengucap syahadah, inikan lagi gempa sekuat itu.

Sendai dan persiapan

Kerana plat buminya yang sentiasa bergerak, Sendai memang terkenal dengan insiden gempa bumi, malah ianya dijangka berlaku setiap 40 tahun. Ketika aku di sana, 40 tahun sudah pun berlalu. Gempa bumi itu sudah overdue!

Menyedari hakikat ini, Sendai merupakan salah satu bandar yang begitu bersedia dengan kelengkapan kecemasan dan persiapan gempa bumi.

Stesen ambulannya diletakkan begitu strategik, sehingga ianya dapat sampai ke mana-mana tempat di Sendai dalam beberapa minit sahaja.

Agensi seperti Sendai International Relationships Association (SIRA) pula begitu komited dalam memastikan rakyat asing difahamkan tentang bahaya gempa bumi dan langkah-langkah keselamatan.

Perairan Sendai dilengkapi tembok dan ‘dinding’ kecemasan yang akan tertutup sekiranya diramalkan tsunami akan berlaku.

Namun, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Persiapan yang ‘lengkap’ sebegitu pun tidak dapat menandingi ketentuan bencana alam gempa bumi itu serta tsunami 10 meter yang melanda.

Kesan sampingan yang lebih teruk

Loji nuklear di Fukushima, prefektur sebelah Sendai

Diketahui umum di Jepun bahawa gempa bumi digeruni bukan kerana ianya sendiri, tetapi ‘rakan-rakan’ yang dibawanya sekali. Tsunami dan kebakaran (kerana rumah-rumah disana rapat antara satu sama lain, dan mudah ianya merebak). Kadang kala, kedua-duanya ini lebih digeruni daripada gempa bumi itu sendiri!

Muncul pula satu lagi kerisauan besar yang baru kali ini, iaitu kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima. Walaupun pernah aku tuliskan di dalam entri sebelum ini tentang betapa selamatnya loji nuklear di Jepun sehingga pengajarku menyebut “Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”, Jepun kali ini ‘tewas’ juga dengan ketentuan Ilahi.

Tetapi bagiku, menunding jari kepada mereka dengan mengatakan “Ha, kata selamat, kali ni bocor pula!” adalah tidak adil sama sekali. Ini bukan soal kebocoran kerana kesilapan manusia (human error), tetapi kerana bencana sehebat itu tidak di duga. Bab menjaga keselamatan loji untuk situasi biasa, malah untuk tahan gempa bumi yang biasa, tiada masalah. Cuma gempa bumi kali ini amat hebat untuk ditampung.

Jepun dan harapan

Masakan setelah kalah teruk ketika perang dunia kedua yang lalu, Jepun boleh cergas bangkit semula, inikan pula dari gempa bumi  seperti ini, yang sebenarnya tidak memberi kesan yang besar terhadap separuh daripada negaranya. Jepun akan bangkit semula, itu sudah pasti.

Sungguh terharu apabila mendengar berita dari sahabatku Adnin yang berada di Jepun, yang menceritakan tentang kesungguhan pakcik tua Jepun yang diwawancara berkenaan rumahnya yang hancur, setelah diselamatkan 42 jam selepas tsunami.

Sambil bermuka tenang dan tersenyum, beliau berkata:

“また再建しましょう! (Mari sama-sama bina semula!)”

 

AllahuAkbar, cekalnya hati mereka.

Semoga saudara-saudara seIslam di sana juga diberi kekuatan begitu. Amiin.

Yang mendoakan dari jauh,
-y4ku24-

Advertisements
Posted by: y4ku24 | March 6, 2011

Codename: Oni-Hotoke (Demons and Angels)

Tohoku University

Sudah satu semester setengah aku bekerja sebagai tenaga pengajar di universiti tempatan. Banyak kerenah pelajar yang aku hadapi, yang pada suatu masa dulu aku fikir agak janggal/tidak sopan untuk dilakukan oleh pelajar terhadap tenaga pengajar. Mencabar sungguh mengajar gen-Z!

Terkenang aku zaman universiti di Jepun dahulu.

Tahun pertama belajar di Jepun sungguh memenatkan dari sudut mental. Bukan sahaja masalah bahasa, tetapi untuk mengadaptasi suasana dan budaya yang baru, malah mencari kawan Jepun yang baru juga memerlukan kekuatan diri untuk laksanakan. Bukan semua berminat untuk berkawan dengan orang asing! Tetapi aku bertebal muka juga, mengambil inisiatif pertama untuk menegur. Ini negara mereka, maka kita yang perlukan pertolongan mereka nanti.

Memang persahabatan dengan beberapa individu tempatan membuahkan hasil. Sudah beberapa semester belajar di sini, akhirnya aku telah temui satu harta karun yang amat berharga yang diperkenalkan oleh kawan Jepun. Beberapa helai kertas yang menyenaraikan SEMUA pensyarah di universiti aku, berserta subjek yang diajar, cara pemarkahan, serta komen berkenaan pensyarah-pensyarah di situ!

Senarai pelajar, dari pelajar, buat pelajar. Senarai itu diberi nama, ONI-HOTOKE (Setan dan malaikat)

Rahsia besar pelajar terhadap pensyarah

Posted by: y4ku24 | February 7, 2011

Teka-teki dirham dan roti

breadblog.net

Kepada yang ada facebook aku, mungkin tahu yang aku di sana kadang-kadang suka memberi teka-teki, yang kebanyakkannya personal favourites yang aku tahu selama ini. Di bawah ini juga merupakan antara personal favourites aku, kerana ianya menceritakan ketokohan pemimpin Islam kita. Cuba try jawab ya!

KISAH DIRHAM DAN ROTI

Suatu ketika dahulu, Saidina Ali r.a. (if I’m not mistaken) yang ketika itu memerintah sebagai khalifah umat Islam didatangi dua orang lelaki yang sedang berbalah.

“Ya Amiirul Mukminiin, kami datang ke sini untuk memohon anda adili masalah kami ini,” ujar seorang pemuda A.

“Silakan” jawab Saidina Ali.

“Begini ceritanya. Kami pergi bermusafir dengan membawa beberapa keping roti sebagai bekalan. Saya membawa 5 ketul, dan B membawa 3 ketul roti. Setelah letih berjalan, kami berhenti untuk berehat dan mengisi perut yang lapar,” sambung pemuda A.

“Belum sempat kami menjamah, kami disapa oleh seseorang yang juga bermusafir, dan beliau meminta izin sekiranya dibenarkan untuknya bersama makan, walaupun beliau tidak mempunyai bekalan roti. Maka kami berdua bersetuju untuk mengagihkan roti dari bekalan kami untuk dinikmati bersama.”

“Setelah kami selesai makan kesemua roti, pemuda itu meminta izin untuk beredar, dan sebelum bertolak, beliau memberi kami 8 dirham untuk dikongsikan sesama kami berdua,” sambung pemuda B.

“Pada pendapat saya, memandangkan roti itu kami berkongsi bersama dan dimakan sama rata, wajarlah sekiranya 8 dirham itu dibahagi sama rata, iaitu 4:4,” cakap pemuda B.

“Tetapi saya membantah, kerana saya menyumbang lebih banyak roti ketika itu. Oleh kerana saya membawa 5 ketul roti dan B membawa 3, saya bersetuju sekiranya ianya dibahagikan kepada 5:3. Inilah masalah yang kami hadapi wahai Amiirul Mukminin, oleh itu kami berjumpa dengan anda untuk anda adili perkara ini,” terang pemuda A.

Lalu Saidina Ali r.a. berkata:

“Wahai pemuda B, adalah sudah cukup bagus sekiranya pemuda A itu bersetuju untuk memberi anda 3 dirham dan dia mendapat 5 dirham. Sekiranya diletak di bawah pengadilan saya, saya akan bahagikan 7 dirham untuk A, dan hanya 1 dirham untuk kamu!”

*     *     *     *     *

Mengapa Saidina Ali r.a. berkata demikian? Dimanakah logiknya? Yang pasti, setelah mendengar penjelasan Saidina Ali r.a., akhirnya pemuda B juga BERSETUJU untuk diagihkan 7:1!

Why?


[Teka-teki ini aku biarkan tanpa jawapan, biar readers sahaja yang menjawab. Jadi, cuba jawab dahulu sebelum membaca komen ya! Selamat mencuba!]

-y4ku24-

 

 

 

 

Posted by: y4ku24 | February 3, 2011

Confessions of a stray dog

[Artikel ni aku dapat dari seekor anjing yang minta aku siarkan kisah nasib dia. Semoga mendapat manfaat.]

APA SALAH KITORANG?

 

static.desktopnexus.com

Setelah begitu lamanya bersituasi begini, hari ini aku nekad. Aku nekad untuk meluahkan perasaan aku serta perasaan member-member aku kepada awam, lebih-lebih lagi kepada manusia. Biar mereka lihat dari sudut pandangan kitorang pula.

Aku cuba hantar artikel aku ini di akhbar-akhbar harian negara, tetapi semua tolak. Semua gelakkan aku. “Camne kami nak publish, karang semua orang yang pegang artikel kamu kena samak tangan diorang. Haha!”

Bodoh punya publisher. Tak lawak langsung. Gigit muka karang baru tahu.

Nasib baiklah tauke warungkampung ini baik hati untuk terima artikel aku ini. Biasalah, kalau aku datang di warung biasa, sudah tentu kena terajang atau baling batu, sambil kena maki hamun 7 keturunan. Itu sajalah rezeki harian kami. Batu dan maki hamun.

Berbalik kepada persoalan di tajuk artikel aku. Apa salah kitorang? Tujuan aku berhajat untuk menghantar artikel ini ke akhbar nasional adalah kerana saudara mara aku rata-rata banyak dizalimi di seluruh Malaysia. Aku sungguh jeles dengan seteru kuat kitorang, geng kucing. Bukan saja banyak dipelihara, malah lebih diberi layanan daripada kitorang.

Mungkin kerana kucing mendapat tempat di kalangan umat Islam, kerana sahabat Nabi saw sendiri digelar Abu Hurairah (bapa kucing). Tetapi terlupakah korang hadis di bawah?:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Jadi, persoalannya sekarang, kenapa kami sentiasa didiskriminasi? Walhal, kami merupakan antara binatang paling berguna dan paling setia kepada manusia. Pergi memburu bersama, menjadi ‘jaga’, malah ada yang menggunakan kami sebagai pengembala kambing. Mungkinkah…?

4 sebab

Posted by: y4ku24 | January 23, 2011

What is Prosperity (bag)/Fuku(bukuro)?

[Wow, entri ini tertangguh sejak dari awal tahun. Kan dah jadi bahan lapok. Padan muka aku. Tapi bagus juga, ada kaitan dengan Tahun Baru China.]

Kalau korang nak tahu, minggu pertama bulan Januari merupakan syurga membeli-belah bagi mereka yang duduk di Jepun. Seperti biasa, orang Malaysia yang bermastautin di sana juga tak melepaskan peluang untuk ke New Year Sale yang dijalankan besar-besaran di seluruh Jepun.

Kalau di Malaysia, kita membeli belah sakan sebelum bermulanya Hari Raya Aidilfitri, di Jepun, New Year Sale (Oshougatsu sale) ini selalunya bermula sejurus selepas cuti tahun baru (oshougatsu, お正月), Hari Raya diorang.

Tuhan saja tahu bertapa gilanya diorang sanggup beratur panjang untuk dapatkan barangan murah.

Bagusnya di Jepun, selalunya tiada kekecohan besar akibat berebut-rebut macam budak kecil, kerana bagi mereka, itu merupakan antara adab yang tertinggi yang perlu diorang jaga. Jadi, semua orang akan beratur mengikut giliran masing-masing, dan akur bahawa sesiapa yang sampai dulu, dia dapat duduk di depan. Itu sebab sesetengahnya sanggup tidur di sebelah kedai sebelum bermulanya hari sale tersebut. (Diorang senang la nak buat camtu, tak perlu solat!)

Hampir kesemua kedai akan terlibat dengan sale ini, kerana minda orang Jepun sudah disetkan untuk shopping sakan minggu tersebut.

Fukubukuro

Salah satu elemen yang besar di dalam sale ini ialah penggunaan konsep ‘Fukubukuro’ (福袋), atau prosperity bag. Ia memberi imej yang beg/bungkusan itu membawa tuah, kerana harganya murah.

Konsepnya simple. Aku ambil contoh kedai Yodobashi Camera (syarikat besar kedai elektrik). Untuk bahagian camera, akan ada beberapa bungkusan yang tertulis seperti ‘Branded camera’, ’12 megapixel’, ‘warna hitam’ dan lain-lain, serta harga murah yang ditawarkan. Harganya jauh lebih murah, tetapi akibat bungkusan tadi, korang tak tau kamera brand APA di dalamnya! Malah, bentuk sebenar kamera PUN korang takkan tahu!

 

Fukubukuro Yodobashi Camera

Jadi, terpulang kepada koranglah samaada nak ‘gamble’ untuk belinya. Kadang-kadang kena dengan brand yang kita suka, kadang-kadang tak. Pun begitu, pembelian masih berbaloi, kerana harganya lebih murah dari harga biasa. Kelebihannya, boleh beli dengan harga yang murah. Kekurangannya, tahu ciri-ciri asas bahan itu, tetapi tak boleh sentuh-sentuh, tengok-tengok bahan sebenar.

Sesetengah syarikat lain seperti kedai Adidas atau kedai Levi juga menggunakan konsep fukubukuro ini, tetapi (‘seluar size M’, ‘warna biru’, ‘straight cut’) kadang-kadang beri kebenaran untuk lihat isi dalam beg/bungkusan, cuma itu pun mungkin selepas beberapa hari sale itu telah berjalan.

Marketing strategy, Japanese style

Siapa yang telah mereka Fukubukuro adalah seorang genius, kerana bagi aku ini merupakan marketing strategy yang mantap!

Walaupun ianya New Year Sale, ianya TAK bermakna barangan yang diorang tawarkan di dalam beg fukubukuro itu perlu baru! Jadi inilah peluang keemasan untuk habiskan stok tahun lepas mereka!

Ketika ini, semua orang ada mindset untuk beli belah dengan harga murah, jadi samaada stok lama atau tidak, mereka tak kisah. Kalau kisah pun, mereka tak boleh kata apa, sebab barang itu murah! Kalau nak brand terkini, belilah dengan harga mahal, pekedai tak memaksa beli fukubukuro pun.

Win-win situation yang cantik, walaupun pekedai lebih banyak win.

Aku dan Fukubukuro

Aku juga beberapa kali pernah pergi mega sale ini, tetapi banyak sekadar jalan-jalan tengok gelagat gila orang Jepun membeli belah (sambil gelakkan diorang).

Dalam beberapa yang pernah aku beli, aku paling suka fukubukuro yang aku beli di kedai Adidas tahun lepas. Tahun itu, adidas membawa kelainan sedikit, dengan menggantikan beg/bungkusan dengan tong besi! Dengan pembelian 10,000yen (dalam RM340), aku dapat baju dan seluar sweater, 2 t-shirt berkolar, t-shirt sukan, dan tong eksklusif adidas berwarna hitam, yang boleh juga dibuat sebagai tempat duduk, sebab dibekalkan juga kusyen diatasnya!

[gambar hilang tak dapat dicari]

Tong itu sekarang ini menjadi tempat simpan kasut-kasut bola aku, yang sudah semestinya, berjenama sama (sebab sudah sign kontrak dengan diorang).

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | January 4, 2011

2010 in review: Blog aku masih sihat rupanya.

[Blog update: Aku dok ingat diorang dah nak advise aku suruh tutup blog ni dah, rupanya masih sihat. Atau pun, adakah ini satu tektik lagi konspirasi bos wordpress supaya aku teruskan blog ni? Hm..]

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

About 3 million people visit the Taj Mahal every year. This blog was viewed about 31,000 times in 2010. If it were the Taj Mahal, it would take about 4 days for that many people to see it.

In 2010, there were 35 new posts, growing the total archive of this blog to 136 posts. There were 30 pictures uploaded, taking up a total of 25mb. That’s about 3 pictures per month.

The busiest day of the year was March 15th with 305 views. The most popular post that day was Benda ni akan aku miss bila balik nanti.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were facebook.com, en.wordpress.com, search.conduit.com, mail.yahoo.com, and saifulislam.com.

Some visitors came searching, mostly for respiratory system, warungkampung, scotland, warung kampung, and belajar bahasa jepun.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Benda ni akan aku miss bila balik nanti March 2010
16 comments

2

Inovasi melalui pemerhatian alam semulajadi December 2008
8 comments

3

This Month’s Feature: Mari belajar Nihongo(Bahasa Jepun)! April 2009
16 comments

4

‘Aku tak duduk kat Tokyo!’: Salah anggap tentang Jepun February 2010
28 comments

5

Let’s learn the Scottish slang/accent! November 2008
13 comments

Posted by: y4ku24 | December 17, 2010

Sehingga titisan minyak terakhir!

Setelah kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi minyak (baca: minyak naik lagi), aku semakin giat untuk mencari tips-tips untuk menjimatkan kos pembelian minyak untuk kereta sendiri.

Aku tuliskan di sini antara tips-tips yang pernah aku jumpa dari website, tunjuk ajar orang dan juga buku. Kalau korang ada tambahan, amatlah di alu-alukan. Sekiranya ada poin yang boleh dipertikaikan pun aku terima.

Keadaan kereta

1) Berat kereta: Penggunaan minyak kereta banyak bergantung kepada dua faktor utama, iaitu cc (cubic centimeter) dan berat. Kalau ada benda berat yang tak penting di dalam kereta, keluarkan siap-siap.

2) Tayar kereta: Tayar yang takde/kurang angin akan memakan minyak lebih. Cuba bawak basikal dengan tayar angin penuh dengan tayar pancit, mana lagi kurang tenaga?

3) Minyak hitam: Kalau berkemampuan, beli minyak full synthetic. Walaupun paling mahal, tetapi minyak jenis ini bagus untuk engine (melekat pada dinding enjin) dan membuatkan enjin rasa ringan. Bila enjin rasa ringan, penggunaan minyak kurang. Maka untuk jangka masa yang panjang, korang dapat jimat minyak sebenarnya.

Ketika mengisi minyak

1) Stesen minyak: Setiap brand minyak berbeza qualitinya, dan itu bergantung kepada keinginan masing-masing. Yang aku dengar, kalau nak lebih kilometer, ambil Shell, kalau nak lebih performance, ambil Petronas. Esso, Mobil, BHP, Caltex dan Projet pun ada baik buruk tersendiri. Yang pastinya bila emergency, sudah tak tengok brand dah! (Cek: http://blog.thesagaclub.com/24/which-is-the-best-petrol-for-blm/)

2) Isi waktu pagi/malam: Elakkan isi minyak tengahari, sebab minyak merewap bila suhu tinggi. Mungkin korang boleh jimat…2sen.

3) Cara isi: Mengikut mitos email berangkai, bila isi minyak, jangan tekan handle sampai maksimum. Tekan sampai setengah saja lagi baik, sebab dapat lagi banyak minyak masuk. Yang ini pun mungkin korang akan jimat…2sen.

Penggunaan kereta

1) Panas enjin: Panas enjin tak perlu lama. 30 s sudah cukup! Lebih dari itu, kita cuma menghabiskan minyak saja!

2) Pecut dan berhenti: Jangan pecut dan berhenti mengejut. Malah, lebih elok dan dapat berjimat jika dapat maintain kelajuan 90 km/j atau kurang, kerana kelajuan enjin makan minyak berbeza bila melebihi 90 km/j. Membawa kereta selaju 110 km/j meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 25% berbanding bawa 90 km/j! Aku dulu selalunya ke kerja bawa 100 km/j (jangan repot kat polis), tetapi bila kurangkan ke 90 km/j, rasa betul beza minyak lambat habis! (Cek: http://www.environment.gov.au/settlements/transport/fuelguide/tips.html)

3) Aircond atau buka tingkap?: Bawah 80 km/j, buka tingkap untuk sejukkan dalam kereta. Atas 80 km/j, buka aircond, sebab lagi menjimatkan. Lagi laju kita, lagi kuat halangan udara (air resistance). Melebihi kelajuan 80 km/j, halangan udara sebab buka tingkap lebih makan minyak daripada buka aircond. (Cek: http://brokensecrets.com/2010/08/10/air-conditioning-affects-gas-mileage/)

4) Pelan perjalanan: Pelan awal perjalanan, supaya tak ulang alik sebab terlupa beli itu beli ini. Balik kerja pun boleh singgah kedai, tak perlu sampai rumah dulu baru keluar semula.

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | November 17, 2010

My Father, My ….

Stesen KTM, tempat kejadian

[Update blog: Salam Aidil Adha kepada semua pembaca yang beragama Islam. Allahu Akbar wa Lillahil hamd! Sentiasa ceria selalu di pagi raya! InsyaAllah raya kali ini aku merasa daging unta! Yahu! Entri yang santai sebagai teman hari ini. Enjoy!]

Tengahari sabtu itu aku tiba di stesen kereta api KTM di KL. Sudah menjadi kebiasaan aku pulang ke rumah keluargaku ketika bercuti sekolah panjang menaiki tren atau bas. Entah kenapa, zaman sekolah menengah dulu, aku lebih suka naik bas. Mungkin sebab dulu bas tak se’too fast, too furious‘ sekarang, maka tak banyak kemalangan berbanding sekarang. Tetapi kali ini aku memilih untuk menaiki kereta api dari Kuala Kangsar.

Sebelum bertolak, aku menelifon Ayah untuk memaklumkan waktu ketibaan aku. Zaman sekolah menengah rendah aku dulu, handphone masih sebesar kotak sabun (baling dekat anjing boleh mati), dan masih tidak ramai yang ada. Maka aku terpaksa beritahu awal untuk tidak menunggu lama.

Kebetulan setelah sampai, kereta api aku berhenti di platform hujung, dan aku terpaksa menggunakan underground tunnel untuk ke main exit stesen KTM tersebut. Cuak juga untuk lalu terowong itu. Aku menjadi sedikit risau, kerana walaupun zaman itu jenayah tak sebanyak bintang di langit (cuma sebanyak buih di lautan je), ramai kawan-kawan aku yang pernah ditipu, kena curi, malah disantau (guna asap rokok) ketika pulang bercuti. Maklumlah, kitorang budak sekolah agama, ‘suci’ lagi naif.

Punyalah ‘suci’, kali pertama aku di stesen Kuala Kangsar, aku cukup terharu bila beberapa pakcik berpakaian biasa datang offer naik kereta diorang untuk bawak aku ke sekolah.

“Oh, baik sungguh pakcik-pakcik ni, berebut-rebut nak cari pahala dengan offer menghantar budak macam aku ni ke sekolah” bisik hati aku.

Oi, itu teksi sapu la lampi!

Tambahan pula hari ini aku pakai baju batik sekolah, sah-sah malaun-malaun macam itu senang nak cam. Tetapi sebab ramai penumpang lain juga melalui terowong itu, aku pun ikut dari belakang, dengan memegang beg baju di tangan kanan. “InsyaAllah, ramai camni, selamat kot…” aku berbisik.

Separuh perjalanan di dalam terowong itu, tiba-tiba beg aku disentak dengan kuat dari belakang. Mamat lelaki yang menyentak beg aku meluru ke depan, bersedia untuk pecut setelah beg aku diragut. Mujur pegangan aku kuat ketika itu. Ketika kejadian yang memakan masa 0.05 saat itu, kerana terkejut, hanya perkataan “Hoi!” yang terpacul dari mulut.

Disebabkan pegangan aku kuat, mamat itu pun terhenti, dek tangannya yang masih memegang beg aku. Kerana jeritan “Hoi!” aku, penumpang lain di depan dan belakang aku sudah mula menoleh, sudah mula sedar insiden ini. Ketika saat itu juga, mamat itu pusing ke arah aku, lalu memeluk ku sambil tersenyum. Setelah aku terpinga-pinga selama 0.5 saat kerana hairan akan tindakan pelik mamat itu, baru aku mula sedar yang mamat lelaki itu sebenarnya Ayah aku sendiri. Dalam ketakutan bercampur gembira serta perasaan ‘oh, wakenabeb!’, aku tak dapat menahan air mata dari mengalir. Oh, wakenabeb!

Aku mungkin terpinga-pinga 0.5 saat, tetapi aku rasa penumpang lain lagi lama garu kepala. “Ini tektik baru penjenayah ke? Tak dapat curi, terus peluk dan mintak maaf?”. Mujur tiada yang datang cuba jadi hero dan hempuk kepala Ayah aku dengan kayu besbol. Fuh, rambo betul tindakan Ayah!

Bila difikirkan semula, kaedah pengajaran Ayah aku ini cukup unorthodox. Tetapi pelajaran yang terbaik ialah pelajaran yang kita boleh ingat sampai bila-bila.

Moral of the story: Sentiasa berhati-hati dan peka dengan persekitaran, and always keep your belongings close!

Terima kasih Ayah.

Allah bless your soul always. Amin.

-y4ku24, 50n 0f 5h4h-

 

 

 

 

Posted by: y4ku24 | November 11, 2010

Kenduri oh kenduri Pt. 2

Kebetulan baru-baru ini setelah pulang ke tanah air (forever?), aku telah menyertai beberapa majlis pertunangan/kenduri saudara mara aku.

Menghadirkan diri ke majlis-majlis itu membuat ku terfikir, boleh tahan lama juga aku tak sertai kenduri keluarga! Punyalah ramai kenduri saudara mara yang aku miss, bila congak kembali, kenduri saudara belah keluarga aku yang terakhir yang aku sertai, anak sulung dia sekarang sudah masuk sekolah rendah! Wow! Padan muka, siapa suruh belajar dekat luar lama-lama.

Memikirkan diri sendiri yang juga sudah memasang niat untuk berumah tangga (sudah bertahun pun pasang niatnya, ehem), aku fikir masa di Malaysia ini adalah masa terbaik untuk aku belajar selok-belok tentang kenduri-kendara, memandangkan sudah bertahun aku tidak mengikuti. Selain memahami konsep agamanya, perlu juga aku fahami konsep adatnya.

Berapa kadar mas kawen/hantaran sekarang?

Warna tema kegemaran sekarang?

Emas putih? Apa benda tu? Oh, cakaplah aloi platinum, I ni kan budak sains!

Tambahan pula, sudah alang-alang sekali seumur hidup, aku juga menginginkan keunikan. Tetapi semakin aku mengkaji, semakin aku dapat tahu sudah semakin susah untuk mencari idea yang unik untuk kenduri.

Tunggang kuda? Saudara aku dah buat.

Makan ala-ala masakan Jepun? Sudah ada orang buat.

Tema ala-ala Jepun? Pun sudah.

Bila kekurangan idea melanda, muncullah idea-idea merepek di bawah:

1) Turun ke  dewan kenduri guna hot air balloon.

Ala-ala aksi akrobatik. Landing baik punya, dan semua orang menyambut kehadiran dengan tepukan gemuruh dan sorakan “Luqman, ko memang macho ah!”

Sebab apa aku kansel: Karang jatuh dan hempap kanopi tempat kenduri karang, menyesal seumur hidup. Juadah kenduri aku menjadi makanan terakhir diorang. Ah, jalan kaki sudaaah!

2) Tema cosplay

Semua yang datang wajib pakai baju superhero/watak terkenal. Baju naruto ke, baju superman ke, malah baju pikachu sekali pun. Pakai baju formal biasa tak boleh masuk.

Sebab apa takleh go: Kenduri kahwin akan jadi halloween party. Pengantin pun susah nak cari yang mana satu.

3) Tema sarkas

Ada badut, ada beruang naik unicycle, ada gajah yang balance atas bola. Kiranya sambil makan sambil terhibur la. Pasangan pengantin pun pakai kostum badut sekali.

Sebab apa takleh go: Kemungkinan besar bakal bini aku mintak diceraikan time kenduri itu jugak.

4) Tema makanan ala-ala Fear Factor

Belalang goreng, daging Dhob dari timur tengah, kepala kambing, dan lain-lain. Memang unik habis.

Sebab apa takleh go: Aku sendiri tak mampu nak makan. Kenduri akan bertukar menjadi ‘Expo makanan-makanan pelik’.

5) Tema plot luck

Semua bawak makanan sendiri, untuk dikongsi bersama. Sungguh menjimatkan kos.

Sebab apa takleh go: Semua bawak chikedis dan air bergas sahaja, atas dasar “Biarlah orang lain bawak makanan berat, kitorang ringan-ringan sudah”. Semua akan jadi kedekut ta*i-hidung-masin. (Panggil kedekut sebenarnya adalah pengantin sendiri).

*     *     *     *     *

Bila difikirkan semula, kerana semua orang inginkan keunikan, TIDAK unik itu pula sudah jadi UNIK! Maka dengan itu membuat kenduri ala-ala kampung pula menjadi unik.

Ah yes, simple is the best (and very very cost effective). Senang cerita buat dekat kampung saja!

-y4ku24-

P.S.: Sebelum ada reader yang bertanya “Dah ada ke belum?”, elok aku jawab dulu, “Ada atau tidak, tiba masanya nanti, insyaAllah akan aku jemput pembaca semua. Bila tu, Allah Knows best.”

Posted by: y4ku24 | November 6, 2010

(TMF) Psikologi dan Ketaatan: Kenapa kamu tak tembak?!

 

 

 

[Update blog: Julung-julung kalinya TMF aku buat back-to-back. Jujurnya, membuat satu TMF amtlah meletihkan! Sudah dulu TMF, selepas ini yang ringan-ringan pula!]

Pernah sekali aku menonton dokumentari berkenaan peperangan di era peperangan kemerdekaan Amerika (American war of independence) yang tercetus di antara tentera Amerika dan Great Britain sekitar tahun 1775-1783. Pada satu babak, pakar peperangan di dalam dokumentari itu memberi penjelasan tentang sebilah senapang yang agak misteri.

Zaman itu, senapang yang ditembak perlu diisi dengan belerang dari hujung muncungnya dan dipadatkan, sebelum ianya boleh ditembak. Selepas ditembak, senapang yang kehabisan belerang perlu direload untuk tembakan seterusnya. Apa yang menarik tentang senapang peninggalan sejarah itu ialah, apabila diperiksa, didapati rupa-rupanya senapang itu diisi penuh dengan belerang! Dalam erti kata lain, si empunya senapang itu tidak menembak walau sedas pun tembakan, tetapi akan sentiasa mengisi dan memadatkan senapangnya dengan belerang.

Majoriti besar akan menganggap bahawa senapangnya rosak, jadi tak dapat nak tembak. Tetapi setelah diperiksa, senapang itu boleh berfungsi dengan baik.

Sungguh menghairankan.

Jadi, apakah sebab utama si empunya senapang tak tembak?

Setelah dianalisa, pakar perang tersebut telah membuatkan suatu andaian yang bagiku sungguh menarik. Si empunya senapang tidak tembak kerana tak sanggup untuk membunuh musuh, kerana sama-sama manusia. Jadi, disepanjang peperangan, dia berlakon seolah-olah menembak dan mengisi belerang baru, tetapi sebenarnya sedas pun tak ditembak, kerana naluri manusianya tak sanggup untuk mencederakan manusia yang lain! Akhirnya diri sendiri terbunuh di medan peperangan tersebut.

Oh, rupanya ada juga segelintir askar yang masih tidak inginkan pertumpahan darah, walaupun dia ditugaskan untuk berperang.

Tetapi, bagaimana pula sebahagian besar yang lain? Kenapa mereka sanggup tanpa segan silu untuk pergi berperang dan berbunuhan sesama manusia, malah membunuh orang awam seperti yang berlaku di Baghdad dan Palestin, hanya dengan arahan pihak atasan?

Mungkin Stanley Milgram ada jawapannya. Eksperimen ketaatan

« Newer Posts - Older Posts »

Categories