Posted by: y4ku24 | May 31, 2011

No Title

Entri kali ini paling susah aku nak ubuh title. ‘Undangan majlis perkahwinan’ macam skema sangat, ‘Aku nak kahwin!’ pula gatal sangat, ‘Yabedabeduuu!!’ pula…ah, biar kosong sudah! 

Ya, setelah lama membuka warung ini, alhamdulIllah, tiba masanya untuk aku bina masjid pula. Akad nikahnya 3 haribulan ini (pergh, dekat gile dah). Semoga korang dapat mendoakan majlis berjalan lancar dan aku tidak gelabah sehingga menjawab “Yes jurunikah, I do!” pula nanti. 

Ingin sekali aku ajak semua pembaca setia blog aku ini ke kenduri 16 haribulan 7 nanti. Memandangkan blog ini boleh dibaca ramai (termasuk CIA dan FBI), maka aku takkan war-warkan tempat majlis di sini. Karang beruang sarkis pun ada yang datang majlis aku karang. Sekiranya ada dikalangan korang yang sudi dan ingin ke majlis nanti, jangan segan silu, boleh saja email aku di y4ku24[at]hotmail.com untuk aku paskan maklumat lanjut kepada korang. 

Cuma harapnya berilah sedikit kata-kata aluan yang membolehkan aku cam yang korang ini pembaca blog aku, bukan Raja Nigeria yang terdesak nak duit dan nak mintak aku masukkan duit ke akaunnya untuk keluarkan hartanya yang bernilai jutaan dolar.

Ya, aku menjemput semua untuk hadiri majlis aku nanti. Memang tak sehebat majlis Prince William dan Kate Middleton (aku bagitau awal-awal, takut nanti ada yang datang, kecewa pula), tetapi semoga korang dapat menceriakan lagi majlis. Walaupun muka korang tak pernah aku lihat, lubang hidung korang tetap menjadi kebanggaan warungku!

Semoga semua berjalan lancar. Amiin.

-y4ku24&m4y4n1-


Responses

  1. Tahniah en luqman. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Barakallahulakuma.

  2. salam…

    tahniah buat luqman & mayani!!!

    semoga semuanya berjalan lancar & berbahagia hingga ke syurga🙂

    p/s keluarga warungkampung semakin besar

  3. tahniah luqman!

    lepak2 kt msia nanti ko leh la bwk bini ko nanti
    sblom ni ko sabishi je dok sorang2 lepak ngan abg ak ngan bini dia..hehe =)

  4. Salam y4ku24,

    Waahhh… dah sampai masa untuk peralihan hidup ya.
    Semoga Allah berkati ‘istana’ yang bakal di bina, berikan segala kebaikan dalam kehidupan masa depan dan dilimpahi dengan rezeki kebaikan dunia dan akhirat.
    InsyaAllah.

  5. tahniah tuan warung.semoga Allah swt memberkati dan merahmati pernikahan kalian sampai bila2 (nak tulis ke syurga macam poyo pulak)

    ish seyes teringin nak angkut si kembar p kenduri tuan warung,bukan apa nak dengar part,’yes jurunikah,i do!’ tu..heheheh

  6. Tahniah seluas galaksi Bima Sakti dari saya ^_^ Wahhh semakin ramai rakan blog yang dah dan akan berkahwin..Nampaknya, sudah berlaku revolusi di sini..

    p/s : Semoga lancar semuanya + akan menjadi suami yang sememangnya SUAMI ya =)

  7. alhamdulillah, syukur.. tahniah diucapkan buat saudara. semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang luas. semoga sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh-Nya buat saudara & keluarga seluruhnya. rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina ‘azabannar. amin ya rabbal ‘alamin. …^__^

  8. Alhamdulillah, akhirnya.

    Sudah lama didoa-doakan akhirnya baru termakbul doa saya.

    Apa-apa pun man, abg doakan man mencapai bahagia, sakinah, rahmat dan mawaddah yang man cari selama ini.

    dari kejauhan,

    Aliff Danial

  9. eh, hari ni ke?

  10. Terima kasih semua atas ucapan. Akadnya selepas solat jumaat nanti (anniversary lepas ni sambut hari 1 Rejab insyaAllah🙂 ).
    Hana, ina, kak su, nurqider, iliana, nor, abg piye, anda SEMUA dijemput! tolong berikan email, supaya saya dapat pas invitation.

    shazree: apa pulak sabishi, pasangan aku time tu si balqis😀
    zacharias: yg ni xpayah diajak, mmg wajib dtg.
    abg piye: jazakAllahu khairan di atas doa selama ini.🙂

  11. Salam

    Tahniah!!! Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. SEMOGA BAHAGIA🙂

  12. Tahniah, baru baca post ni hari ni! Terlepas kenduri hehe, lawak je.
    Semoga bahagia dunia akhirat, menjadi ibu dan bapa yang berjaya mendidik anak2 menjadi soleh dan solehah insyaAllah =))

  13. mabrook!!

    Lama tak jenguk sini, jenguk2 ada berita baik😀

    warung bakal ada suri😀

    Tahniah kepada tauke warung, bakal isteri n keluarga!

  14. bang, aku attend 16 julai la ye. ni tengah shutdown ni, tak boleh cuti lama2.

  15. Tahniah! moga hubungan yg dibina kekal hingga ke syurga.. amiin..🙂

  16. Tahniah bro. Tapi aku akad nikah sehari lebih awal (2hb Jun) jadi aku yang menang (“,)

  17. congeates!=)

  18. tahniah..maaf lama tak masuk sini..ada berita baik…semuga mendapat rahmat Allah…

  19. Salam tokey warung, lame tak jenguk.. Baru tau majlisnye. Dah lepas pule, hehe.. Ape2 pun tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab.. Selamat membina keluarga sakinah.. Tarikh entri ni lame dah, warung tak beroperasi lagi?

  20. Assalamualikum Luqman san…lama tak menjenguk warung ni… rupa2nya dah membina masjid.. Alhamdulillah… Tahniah! Moga bahagia hingga ke syurga

  21. barakallahulakuma ~ lama tak jenguk warung ni.. da wat masjid dia.. walaupun lama, nk ucap tahniah la.. moga berbahagia hingga ke syurga ~

    v(n_n)

  22. JazaakAllahu khairul jazaa’ atas semua ucapan dan doa. InsyaAllah, semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga.

    Sejak berumah tangga ini, masih belum saya keluarkan entri. Sudah dua bulan lamanya. Huhu.
    InsyaAllah akan cuba keluarkan sekurang-kurang satu pada bulan hadapan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: