Posted by: y4ku24 | May 8, 2011

Tentang Little Lovesome & makhluk ‘Artis’

Babak 1

Selamat Hari Ibu 2011 aku ucapkan kepada semua ibu-ibu diluar sana, terutamanya ibu aku sendiri, Rahimi Binti Arshad yang amat berjasa kepada diri sendiri. Semoga Allah sentiasa merahmatimu! 

Bercakap tentang Hari Ibu, takkan ada title ibu sekiranya tiada anak/bayi. Bercakap tentang bayi, aku nak perkenalkan kedai gift, hadiah dan event planner adik aku Umm Salamah Binti Ahmad Shah, Little Lovesome (TM)! 

Give some love to Little Lovesome! (Model sedang duduk: Mak aku)

AlhamdulIllah, kedainya baru dibuka di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ianya dibuka hasil usaha adik aku serta rakan perkongsian beliau, mak saudara aku sendiri (Cik Nanie) dan kawan rapat keluarga, Yong (bukan nama sebenar). 

Kedai ini menerima tempahan membuat hamper, menjual hadiah, dan mengurus events, terutamanya berkenaan bayi, bayi dalam planning, kanak-kanak mahupun cucu korang, seperti aqiqah dan hari jadi.

Sudah ramai yang berkunjung, dan setakat ini menunjukkan sambutan yang menggalakkan, terutamanya kerana kedainya yang dihias cantik lagi unik.

Kepada yang berminat untuk bertanya lanjut, bolehlah menghubung adik aku atau rakan bisnesnya di http://www.facebook.com/#!/pages/Little-Lovesome/195425233835611 atau:

This is their card...

Semoga sentiasa sukses dan selamat maju jaya adikku! Selamat hari jadi juga diucapkan. Tepuk tangan wei! 

Babak 2

Bercakap tentang kedai adik aku, memandangkan ianya di Wangsa Walk, beliau menyebut yang setakat pembukaan kedai itu yang belum sampai sebulan lagi, sudah beberapa artis terkenal yang telah masuk ke kedai mereka, seperti Sasha Elite, Khatijah Tan dan Fasha Sandha.

Ha, topik ini menarik. Walaupun adik aku boleh buat selamba saja bila terjumpa dengan mereka, aku tak faham kenapa sesetengah manusia boleh amat teruja dan histeria bila melihat artis kegemaran mereka secara live. Seolah-olah menyaksikan makhluk asing!

“Betul Meon, sumpah aku tak tipu! Aritu aku jumpa Brad Pitt dekat kedai tu! Dia duduk dekat tempat kita duduk ni sambil makan burger!” kata Peah.

Peah terkejut sebab Brad Pitt PUN makan burger. Seolah-olah artis ini sejenis makhluk yang makan sejenis makanan yang rakyat jelata lain tak pernah makan…burger yang disalut emas agaknya.

Malah dulu aku pernah melihat wawancara Backstreet Boys yang menceritakan dia kena meredakan tangisan histeria peminatnya, sambil berkata “I am human, too!”

Ya, mereka manusia, juga makhluk omnivor (makan daging dan tumbuhan). Mereka tak boleh terbang, mahupun keluar laser dari mata. Tetapi setengah manusia terlupa hakikat itu.

Ikuti wawancara editor majalah Mustika Ratu dengan Wak Karman, orang kampung di pedalaman Semenanjung tentang insiden beliau berjumpa dengan makhluk ‘Artis’.

Editor: Boleh ceritakan sedikit tentang insiden anda berjumpa tentang makhluk tersebut?

Wak: Saya berjumpa makhluk itu di Wangsa Walk, ketika lebih kurang 10 malam. Makhluknya berjantina betina, ketinggian seperti kita manusia biasa, ada 5 jari disetiap tangannya, dan memakai spek hitam besar. Mukanya bulat dan make up nya tebal 3 inci. Dia sedang membaham popkon dan menghirup air kopi agaknya. Itu menghairankan saya, kerana saya selama ini ingatkan makhluk jenis ini tak perlu makan atau minum.

Editor: Apa lagi perkara pelik yang anda saksikan?

Wak Karman menunjukkan tempat insiden terserempak makhluk tersebut (jam tangan yang dipakai bukan dari jenis Rolex)

‘Mukanya bulat dan make up nya tebal 3 inci…’ 

Wak: Yang lagi membuat saya terkejut, dia boleh cakap! Suara dia sama seperti yang selalu dilaporkan di dalam TV!

Editor: Dia cakap apa?

Wak: ‘Hi, apa khabar’ sambil tersenyum. Ketika itu seluruh badan saya mengetar, dan jantung saya berdegup kencang, sehingga saya tak mampu untuk menjawab. Saya terus buat pura-pura mati. Nasib baik dia tak apa-apakan saya, cuma buat muka pelik dan berlalu begitu saja. AlhamdulIllah saya selamat.

Editor: Betul ke itu makhluk yang sama yang diwar-warkan di dalam TV?

Wak: Sumpah betul! Memang 100% makhluk yang sama. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid untuk membuktikan saya bercakap benar!

Sumpah tak tipu...

Editor: Kata-kata terakhir?

Wak: Bagi mereka yang ke Wangsa Walk, saya nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, takut-takut anda juga akan terjumpa makhluk yang sama. Bahayanya mereka ini kerana mereka ini ada satu bunyi khas yang mampu didengari seluruh dunia untuk menarik perhatian manusia untuk menumpu perhatian kepada mereka.

Editor: Macamana bunyi khas itu?

Wak: Tweet!

-y4ku24-


Responses

  1. jam tangan OMEGA la bro…bukan rolex =P

  2. nk sumpah dlm mesjid hahahahahah xleh blah

  3. Tahniah Umm. Selamat maju jaya sebagai muslim businesswoman =))
    Berani Wak tu ye main sumpah2 hehe

  4. Entri ni memang tepat pada masa la..Yeahhh~

  5. Iliana: Kenapa pula?

  6. Ooo..sebab bakal naik pangkat jadi Mak Su..Boleh-boleh la sarankan kedai ni =)

  7. Nice! Kalo Iliana pergi kedai tu, dan kalau kebetulan adik saya yang ada di situ, cakap kod rahsia ni: “Saya kawan Wak Karman”, dan anda akan dapat potongan 5%!🙂

  8. Waduh..kok Wak Karman deh..baik baik..insya-Allah..siap buat ‘peace’ lagi nanti haha..

  9. Pemain bola sepak juga manusia biasa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: