Posted by: y4ku24 | April 3, 2011

Laugh-out-loud: Di manakah restoran itu?

sumber: Eyriqazz.com

[Update blog: Kembali ke artikel santai. Ada lagi satu, tapi mungkin makan masa, sebab kena lukis.]

Aku ke Melaka suatu hari untuk pergi makan di kedai ikan bakar terkenal membawa kawan Jepun. Sampai senja, tak berapa nampak signboard, lalu singgah di kedai bersebelahan jalan untuk bertanya jalan.

“Abang, MUMBAI kat mana?”

Tergamam abang itu. Agaknya ketika itu dia ingat aku secara rawak ingin menguji pengetahuan geografi dunianya.

Ataupun, dia ingat aku buang tabiat nak pergi India naik kereta…malam-malam buta.

“Er, UMBAI abang tau la..”

Hanya mampu gelakkan diri sendiri selepas insiden itu.

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, geografi dunia aku lagi terer dari geografi Malaysia aku. Atas sebab yang sama, aku dapat dua lagi pengaran lain yang penting:

1) Dapat A dalam geografi masa PMR tak menjanjikan yang aku takkan sesat larat dekat KL, meskipun aku orang KL.

2) Bila tahu fakta bahawa Pekan itu bandar di tengah-tengah Malaysia, aku berbisik “Oh, orait ar kerja kat situ. Takde la jauh dari rumah Gombak aku, sebelah highway ke Pahang je…”.

Rupanya Pekan itu di tengah-tengah MALAYSIA, semenanjung PLUS Sabah Sarawak. Dari rumah 3 jam.

Dekat la sangat.

Kesimpulan: Kepada adik-adik yang ambil PMR, belajar fakta geografi nanti, biar ingat sampai mati, jangan sampai habis PMR saja.

-y4ku24-


Responses

  1. ni mesti kes nak cari tempat makan ikan bakar ni

  2. Since kita tahu masa yang ada di luar negara pendek, sikap nak cuba banyak benda sangat tinggi. Since kita juga tahu yang kita dekat Malaysia ni panjang, sikap bertangguh nak tahu negara sendiri pun tinggi.

    Moral of the story : Balik ni den nak jelajah 1 Malaysia. Backpacking je pun ok =p

  3. nk makan capati leh r g mumbai

  4. selain geo saya tertarik dengan pelajar KHB.. ramai yang dapat A, tapi berapa kerat je yang dapat ‘kemahiran’ untuk ‘hidup’~

    kadang2 rasa balik tempat sendiri (malaysia) lagi kekok dr jalan kat tempat orang*sigh*

  5. *pelajaran

  6. Nice article….sangat inspiratif. Good luck and salam kenal yach sob…by info mesin roti


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: