Posted by: y4ku24 | March 13, 2011

Bila manusia hanya mampu merancang…

 

Tempat ku bermandi manda suatu ketika dahulu...musnah segalanya.

Sungguh ngeri lagi menyayat hati, malah tidaklah aku menyangka tempat belajar ku selama 6 tahun itu akan dilanda bencana sebegitu teruk.

Masakan tidak, gempa bumi ini merupakan gempa bumi terbesar di dalam rekod negara Jepun. Pada 11 Mac 2011, perairan bandar Sendai, prefektur Miyagi telah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter.

Memang sejak aku berada di sana telah dijangkakan Sendai akan mengalami gempa bumi besar. Kebarangkaliannya: 99%. Persoalannya hanyalah, BILA?

Menyedari hakikat ini, aku sendiri dahulu pernah menjalankan kerja-kerja sukarela untuk memberitahu dan memberi pendedahan kepada masyarakat orang asing di situ berkenaan bahaya gempa bumi, dan beberapa tindakan yang sewajarnya dilakukan ketika gempa bumi berlaku.

AlhamdulIllah sempat juga aku pulang ke Malaysia sebelum ianya berlaku. Namun begitu, adik-adikku yang masih di sana tidak begitu bertuah. AlhamdulIllah mereka semua selamat, tetapi sedang berlindung di dewan sekolah rendah berdekatan.

Sungguh, berada di situasi gempa bumi amat menggerunkan. Pertama, BILA ianya akan berlaku tidak kita tahu. Kedua, KUAT mana, kita tidak tahu. Ketiga, DURASInya juga, kita tidak tahu.

Pengalamanku selama ini yang hanya beberapa skala Richter sahaja pun sudah mampu untuk membuat diri sendiri mengucap syahadah, inikan lagi gempa sekuat itu.

Sendai dan persiapan

Kerana plat buminya yang sentiasa bergerak, Sendai memang terkenal dengan insiden gempa bumi, malah ianya dijangka berlaku setiap 40 tahun. Ketika aku di sana, 40 tahun sudah pun berlalu. Gempa bumi itu sudah overdue!

Menyedari hakikat ini, Sendai merupakan salah satu bandar yang begitu bersedia dengan kelengkapan kecemasan dan persiapan gempa bumi.

Stesen ambulannya diletakkan begitu strategik, sehingga ianya dapat sampai ke mana-mana tempat di Sendai dalam beberapa minit sahaja.

Agensi seperti Sendai International Relationships Association (SIRA) pula begitu komited dalam memastikan rakyat asing difahamkan tentang bahaya gempa bumi dan langkah-langkah keselamatan.

Perairan Sendai dilengkapi tembok dan ‘dinding’ kecemasan yang akan tertutup sekiranya diramalkan tsunami akan berlaku.

Namun, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Persiapan yang ‘lengkap’ sebegitu pun tidak dapat menandingi ketentuan bencana alam gempa bumi itu serta tsunami 10 meter yang melanda.

Kesan sampingan yang lebih teruk

Loji nuklear di Fukushima, prefektur sebelah Sendai

Diketahui umum di Jepun bahawa gempa bumi digeruni bukan kerana ianya sendiri, tetapi ‘rakan-rakan’ yang dibawanya sekali. Tsunami dan kebakaran (kerana rumah-rumah disana rapat antara satu sama lain, dan mudah ianya merebak). Kadang kala, kedua-duanya ini lebih digeruni daripada gempa bumi itu sendiri!

Muncul pula satu lagi kerisauan besar yang baru kali ini, iaitu kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima. Walaupun pernah aku tuliskan di dalam entri sebelum ini tentang betapa selamatnya loji nuklear di Jepun sehingga pengajarku menyebut “Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”, Jepun kali ini ‘tewas’ juga dengan ketentuan Ilahi.

Tetapi bagiku, menunding jari kepada mereka dengan mengatakan “Ha, kata selamat, kali ni bocor pula!” adalah tidak adil sama sekali. Ini bukan soal kebocoran kerana kesilapan manusia (human error), tetapi kerana bencana sehebat itu tidak di duga. Bab menjaga keselamatan loji untuk situasi biasa, malah untuk tahan gempa bumi yang biasa, tiada masalah. Cuma gempa bumi kali ini amat hebat untuk ditampung.

Jepun dan harapan

Masakan setelah kalah teruk ketika perang dunia kedua yang lalu, Jepun boleh cergas bangkit semula, inikan pula dari gempa bumi  seperti ini, yang sebenarnya tidak memberi kesan yang besar terhadap separuh daripada negaranya. Jepun akan bangkit semula, itu sudah pasti.

Sungguh terharu apabila mendengar berita dari sahabatku Adnin yang berada di Jepun, yang menceritakan tentang kesungguhan pakcik tua Jepun yang diwawancara berkenaan rumahnya yang hancur, setelah diselamatkan 42 jam selepas tsunami.

Sambil bermuka tenang dan tersenyum, beliau berkata:

“また再建しましょう! (Mari sama-sama bina semula!)”

 

AllahuAkbar, cekalnya hati mereka.

Semoga saudara-saudara seIslam di sana juga diberi kekuatan begitu. Amiin.

Yang mendoakan dari jauh,
-y4ku24-


Responses

  1. Assalamualaikum akhi Luqman.

    Ana masih ingat, semasa berkunjung ke sana, anta ada mention tentang gempa bumi Sendai yang overdue. Setelah membacanya dua kali, baru ana teringat yang anta pernah menyebutnya.

    Memang benar, apa yang berlaku di Fukushima itu bukan sama sekali wajar ditunding ke arah kelemahan pengurusannya kerana magnitude 9 (seperti yang disemak semula) itu terlalu jauh melampaui apa yang boleh dibayangkan oleh kita semua. Malah dek pembinaan dan langkah keselamatan yang cemerlang itulah maka apa yang berlaku hanya setakat apa yang berlaku, setakat ini.

    Itulah kita dambakan, tatkala Malaysia mula meneroka nuklear sebagai alternatif sumber kuasa baru, kita perlu bersedia secara holistik termasuk yang anta cerita di atas, iaitu memberikan pendidikan kepada seluruh masyarakat tentang ‘madu dan racun’ yang menumpang hidup di kediaman mereka.

    Ana menyaksikan semasa di Jordan bagaimana penduduk Tafileh di selatan Jordan dipenuhi kelahiran anak yang pelik-pelik, tak cukup anggota, berpenyakit kanser dan sebagainya, tetapi tidak punya suara untuk bertanya mengapa terjadi begitu.

    Ala kulli haal, ana menumpang rasa sedih dan terus berdoa agar segala-galanya beransur ke arah pemulihan sebaik mungkin, memandangkan post disaster sentiasa lebih menakutkan berbanding bencana itu sendiri. Semoga adik-adik di sana dan warga tempatan terus kuat dan tabah. Kalaulah ana boleh berbahasa Jepun, tentu lebih banyak boleh menyelami ‘semangat kental’ yang sedang ditonton secara pekak dan bisu oleh orang seperti ana ini.

    Terima kasih atas perkongsian…

  2. Salam.
    Alhamdulillah, terima kasih update. =)

    A’ar, saya ingat lagi post abg Luqman yang pasal logi nuklear tu. Tak sangka kan.
    Ya lah, kita hanya merancang.. Maha Kuasa Allah.
    Owh, mereka di dewan sekolah rendah ya. Semoga selamat dan moga-moga keadaan cepat reda lah kan.
    Semangat pak cik tu sampai saya pun rasa nak bersama-sama mereka juga!
    Sentiasa ikuti perkembangan sana..

    (^_^)V
    smile in peace!

  3. Abu Saif: Waalaikumsalam ustaz. Terima kasih di atas pandangan. Saya sentiasa mendapat update dari kawan-kawan di sana secara tak langsung melalui facebook, kerana mereka mengupload gambar-gambar di sana.

    Bab loji nuklear di Malaysia, ada beberapa sudut pandangan. Dari sudut keselamatan, sekiranya ianya diimplimen seperti Jepun, insyaAllah tiada masalah. Lagipun, Malaysia bertuah kerana tiada bencana alam yang besar.

    Tetapi dari sudut rasional, saya tak nampak kenapa ianya diperlukan buat masa ini, kerana Malaysia mampu menjana kuasa dengan pelbagai jana kuasa alternatif yang lain. Jepun hampir kosong bahan galiannya, dan oleh kerana negaranya sudah maju, tak peliklah kenapa mereka ke arah tenaga nuklear.

    Sekiranya apa yang ustaz sebutkan di Tafileh itu benar, maka ianya perlu dikaji semula dengan teliti. Mungkin kesilapan artikel saya adalah kerana ianya menjurus kepada situasi di Jepun dan beberapa kes study yang terkenal sahaja. My point was, people in Malaysia feel it is unsafe because we have very little exposure on the issue. Tetapi sekiranya memang sudah ada contoh negara membangun yang ‘tidak berjaya’ di dalam hal ini, it needs serious consideration.

    My two cents.🙂

    Candle lilly: Let’s pray for the best.

  4. salam…

    hmm…baru berbincang tntg bab nuklear…bila terjadi musibah ni, terasa ditegur, bahawa ada yang Maha Kuasa…:/

  5. Teringat selepas pembedahan pemindahan jantung adik Tee Hui Yee yang berjaya di sebuah hospital terkenal. Seorang lagi pesakit menjalani pembedahan yang hampir sama sejurus selepas itu. Namun rezekinya tiada. Dia meninggal dunia. Semasa saya berbual dengan bapa beliau, katanya, “selepas adik Tee Hui Yee berjaya, pihak hospital begitu yakin dengan kemampuan mereka. Walaupun anak saya tidak berjaya diselamatkan, tetapi biarlah ia menjadi cara Allah memberitahu tahu pihak pihak hospital yang ajal dan maut masih di tangan-Nya!”

    و فوق كلّ ذي علم عليم (Surah Yusuf : 76)

  6. fuh kool gle pakcik tuh

  7. Pakcik itu berjiwa besar, dari sebuah negara yang berjiwa besar.

  8. And nuke plant is the way forward.

  9. jepun dh biasa dgn bencana alam begini…tapi mcmner pun masih ramai yg xselamat dan maut…..

    tertarik dgn 3 hari sebelum bencana nie berlaku tv1 mengeluarkan cerita ttg tsunami dan mmg geologi perakui Jepun diantara bandar yg menunggu saat kehancuran….tuptup…tsunami berlaku…..

  10. Salam..
    Cuma nak tau..warga Jepun Sendai ni ada x yg beragama Islam? Semoga apa yang berlaku ni ada hikmah yang tersembunyi yang Allah cuba untuk sampaikan kpd semua umat Islam seluruh dunia..

    • confirm mesti ader…tpi maybe minoriti la….bkn majoriti…

  11. Assalamualaikum..

    Malaysia dh cukup manpower ke nak implement di sini?I don’t think so..
    Nuklear mmg tenaga yg bersih(clean energy). But then,bersediakah malaysia dgn maintenance nye?Xkan nak mengharapkan negara lain kendalikan untuk kita..
    How about the waste? US negara besar,dia boleh g tanam kt Nevada,kita nk sumbat dasar laut mana lak?laut kita lak tak dalam mana.
    Yg plg penting,negeri mana yg sanggup..hehe..

    Just from my humble opinion..

    • Haa.. inilah persoalan yang betul..

      Mari kita cari pakar2, kita buka syarikat yang boleh provide apa2 yang diperlukan.

      Kita buka syarikat maintenance.

      Kita buka syarikat waste disposal

      Haa, takkan semua benda nak harap kerajaan.

      p/s: Minda liberal capitalism vs minda subsidi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: