Posted by: y4ku24 | March 6, 2011

Codename: Oni-Hotoke (Demons and Angels)

Tohoku University

Sudah satu semester setengah aku bekerja sebagai tenaga pengajar di universiti tempatan. Banyak kerenah pelajar yang aku hadapi, yang pada suatu masa dulu aku fikir agak janggal/tidak sopan untuk dilakukan oleh pelajar terhadap tenaga pengajar. Mencabar sungguh mengajar gen-Z!

Terkenang aku zaman universiti di Jepun dahulu.

Tahun pertama belajar di Jepun sungguh memenatkan dari sudut mental. Bukan sahaja masalah bahasa, tetapi untuk mengadaptasi suasana dan budaya yang baru, malah mencari kawan Jepun yang baru juga memerlukan kekuatan diri untuk laksanakan. Bukan semua berminat untuk berkawan dengan orang asing! Tetapi aku bertebal muka juga, mengambil inisiatif pertama untuk menegur. Ini negara mereka, maka kita yang perlukan pertolongan mereka nanti.

Memang persahabatan dengan beberapa individu tempatan membuahkan hasil. Sudah beberapa semester belajar di sini, akhirnya aku telah temui satu harta karun yang amat berharga yang diperkenalkan oleh kawan Jepun. Beberapa helai kertas yang menyenaraikan SEMUA pensyarah di universiti aku, berserta subjek yang diajar, cara pemarkahan, serta komen berkenaan pensyarah-pensyarah di situ!

Senarai pelajar, dari pelajar, buat pelajar. Senarai itu diberi nama, ONI-HOTOKE (Setan dan malaikat)

Dari senior kepada junior

Asalnya, senarai ini sebenarnya eksklusif untuk orang tertentu sahaja, terutamanya mereka yang menyertai kelab/persatuan universiti. Ia adalah salah satu inisiatif para senior untuk ‘membantu’ junior di dalam matapelajaran di universiti (selain daripada mengumpul past year papers untuk para junior), supaya mereka dapat terus bersama di dalam kelab tersebut.

Mengikut peraturan universiti, sesuatu kelab perlu sentiasa ada sekurang-kurangnya 5 orang ahli sebelum ianya boleh ditubuhkan, dan perlu kekalkan 5 orang ahli untuk kelab tersebut kekal di universiti.

Merekrut para junior adalah amat penting untuk survival kelab, dan sesetengah dari junior selalunya tarik diri di tengah jalan atas asalan ingin menumpu perhatian kepada pelajaran. Maka untuk menarik para junior untuk kekal di kelab tersebut, mereka telah menjalankan inisiatif-inisiatif di atas. Salah satu contoh situasi menang-menang di universiti aku!

Konsep Oni-Hotoke

Ok, berbalik kepada senarai Oni-Hotoke tersebut.

Memandangkan ianya mempunyai nama-nama pensyarah universiti, senarainya berjela. Di dalamnya terdapat senarai pensyarah berserta subjek yang diajar, malah terdapat cara pemarkahan dilakukan setiap pensyarah. Memandangkan di universiti aku cara pemarkahannya mengikut pensyarah masing-masing, maka senarai ini amat penting untuk setiap pelajar, supaya dapat memilih kelas mana yang sesuai dengan diri sendiri. Sekiranya pelajar itu suka kehadiran juga termasuk di dalam markah akhir, mungkin mereka akan memilih pensyarah ini. Begitu juga pemarkahan lain yang terlibat, seperti repot dan quiz.

Yang lebih menarik ialah 2 lagi seksyen senarai itu, iaitu bahagian komen dan klasifikasi pensyarah. Komen-komen yang ditulis pelajar tentang pensyarah tertentu kebanyakkan lucu, dan kadang-kadang menceritakan juga peribadi pensyarah tersebut. Manakala bahagian klasifikasi pensyarah pula, disinilah senarai ini mendapat gelaran senarai oni-hotoke. Setiap pensyarah akan dikelaskan dalam 5 kumpulan, mengikut sifat mereka: do-oni (super setan), oni (setan), futsuu (biasa), hotoke (malaikat) dan do-hotoke (super malaikat)!

Kalau pensyarah itu garang/suka failkan budak/soalan periksa susah: do-oni atau oni.

Yang suka luluskan budak/soalan periksa senang/cara ajar menarik dan senang faham: do-hotoke atau hotoke.

Yang tengah-tengah: futsuu.

Bila digabungkan dengan komen pelajar, baru akan faham kenapa mereka ini dikelaskan demikian.

Dua contoh komen lucu dan kelas pensyarah yang aku masih ingat:

1) Kelas: Do-hotoke

Komen: 「単位ください」という魔法を有効 (Jampi serapah “Sila bagi saya kredit!” menjadi!)

2) Kelas: Oni

Komen: スケベ (Perangai tak senonoh)

Banyak lagi komen-komen menarik yang aku sudah lupa. Sekiranya aku jumpa kembali senarai itu dalam kotak-kotak dari Jepun, akan aku update!

Bagaimana aku boleh dapat senarai ini?

Dari kawan yang memasuki kelab universiti. Kata-kata hikmat dia: Jangan beritahu orang lain, ini RAHSIA!

Maka lagi cepatlah tersebar! (Jepun dan Malaysia sama dalam hal ini.)

Sudah mula berkecimpung di lapangan mengajar ini, timbul persoalan baru dalam kepala sendiri. Sekiranya pelajar di universiti ini juga mempunyai senarai tersebut, agak-agaknya aku ini oni, atau hotoke?

-y4ku24-


Responses

  1. salam, abg luqman, ktorg skrg tgok online je.. ade kwn bg web address hehe, tp kobep dy same je n it really does help.. in makin friends, n in learnin!

  2. hmm…kalau kat malaysia ni, sy tak jumpe lg kalau2 da yg buat senarai mcm tu…paling kejam pun, try masuk kelas pertama, kalau x best, drop…tak ada lg yg sampai letak kat tahap ‘syaitan’ tu…huhu…

    ape pun, tu la istimewanya student life… hidup perlu da strategi…🙂

    p/s mungking entry ni pencetus idea untuk aplikasi….hehe :p

  3. nak appy UMP jadi student en luqman

  4. assalamualaikum….
    lama sudah tak menjenguk sini. sudah terjun ke alam pekerjaan rupanya…. ^^

    All the best.. ^^

  5. Wah..menarik sungguh..Situasi utk pensyarah oni:

    1st day masuk kelas, 200 org..Bila tengok lecturer ni yg masuk, next class confirm tinggal 20 org je..Semua tukar kelas lain..

    Anyway, bak kata seorang pensyarah hotoke, “hidup biarlah memudahkan urusan org lain”

    Jgn jd mcm kes pensyarah yg kne gantung kerja sbb dlm 1 sem, cuma 2 3 org je yg lulus..itu baru la btul do-oni

    p/s : agk2 nk tau diri tu oni or hotoke, tgk la next sem pny class..statistik pelajar meningkat ke menurun =p

  6. so luqman..u yg mana? hotoke or dohotoke? haiiiiittt!

  7. tah: salam. use it wisely.🙂

    ina: mungkin dah ada kot.

    zacharias: betul3

    cikgu eya: waalaikumsalaam. thank you!

    iliana: kalo ramai2 drop kadang2 bukan sbb lecturer strict, tp cara mengajar dia boring/monotone. jd tak semestinya dia oni🙂

    P.s: gempa bumi terbesar dalam rekod sejarah di jepun melanda ptg tadi, di tempat yang aku belajar dulu, Sendai. mohon doa dari kawan2 semoga semua orang di sana selamat.

    pembaca senyap: haha. kalo dapat futsuu pun dah kira ok. kalo do-hotoke pun, actually kita mengajar student utk jd malas. last2 org suma target asal lulus sudah.

  8. Menarik perkongsian ini. Terima kasih

  9. this is so comel🙂

  10. waaa, best2.. salam luqman, nk tnye skit.. kalau msuk kelab kat dai nnt x ke sibuk? org kate nihonjin ni kalo da join kelab mmg x bleh laa kalo nk ponteng meeting ke, kene serious wlaupon ade org mungkin msuk utk suke2.. n senpai dulu ade msuk kelab ape2 ke?? tq

  11. ada beza bukatsu dan kurabu (club).
    kalo kurabu, tak seserius mana, dan masuk suka2.
    kalo bukatsu tu yg latihan memanjang, dan selalunya junior di ‘tlg’ dlm bukatsu.
    masuk la kurabu nanti. mcm2 ada dan menarik. cari pengalaman sikit.

  12. kurabu: hahaha

  13. salam bro luqman…my son just arrived in japan few weeks ago…aaj batch 28..studying at tohoku as well..( what a coincidence..) any word of wisdom to him as well…

  14. salaam encik mazri. tahniah saya ucapkan! semoga anak encik istiqomah dalam pelajaran dan agama. senior2 di sana juga insyaAllah akan banyak membantu.

    dari segi words of wisdom, saya tidak ada banyak, selain dari yang akan diberi oleh senior di sana, banyakkan bergaul dengan student jepun. selain dapat belajar sekali, dapat bertutur bahasa jepun juga. rugi jika bertahun di sana, tetapi masih merangkak dalam bertutur. bila bersama komuniti malaysia di sana, ramai yang rasa berada di zon selesa, jadi tak perlu belajar bahasa/adat setempat.

    sekadar pendapat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: