Posted by: y4ku24 | February 7, 2011

Teka-teki dirham dan roti

breadblog.net

Kepada yang ada facebook aku, mungkin tahu yang aku di sana kadang-kadang suka memberi teka-teki, yang kebanyakkannya personal favourites yang aku tahu selama ini. Di bawah ini juga merupakan antara personal favourites aku, kerana ianya menceritakan ketokohan pemimpin Islam kita. Cuba try jawab ya!

KISAH DIRHAM DAN ROTI

Suatu ketika dahulu, Saidina Ali r.a. (if I’m not mistaken) yang ketika itu memerintah sebagai khalifah umat Islam didatangi dua orang lelaki yang sedang berbalah.

“Ya Amiirul Mukminiin, kami datang ke sini untuk memohon anda adili masalah kami ini,” ujar seorang pemuda A.

“Silakan” jawab Saidina Ali.

“Begini ceritanya. Kami pergi bermusafir dengan membawa beberapa keping roti sebagai bekalan. Saya membawa 5 ketul, dan B membawa 3 ketul roti. Setelah letih berjalan, kami berhenti untuk berehat dan mengisi perut yang lapar,” sambung pemuda A.

“Belum sempat kami menjamah, kami disapa oleh seseorang yang juga bermusafir, dan beliau meminta izin sekiranya dibenarkan untuknya bersama makan, walaupun beliau tidak mempunyai bekalan roti. Maka kami berdua bersetuju untuk mengagihkan roti dari bekalan kami untuk dinikmati bersama.”

“Setelah kami selesai makan kesemua roti, pemuda itu meminta izin untuk beredar, dan sebelum bertolak, beliau memberi kami 8 dirham untuk dikongsikan sesama kami berdua,” sambung pemuda B.

“Pada pendapat saya, memandangkan roti itu kami berkongsi bersama dan dimakan sama rata, wajarlah sekiranya 8 dirham itu dibahagi sama rata, iaitu 4:4,” cakap pemuda B.

“Tetapi saya membantah, kerana saya menyumbang lebih banyak roti ketika itu. Oleh kerana saya membawa 5 ketul roti dan B membawa 3, saya bersetuju sekiranya ianya dibahagikan kepada 5:3. Inilah masalah yang kami hadapi wahai Amiirul Mukminin, oleh itu kami berjumpa dengan anda untuk anda adili perkara ini,” terang pemuda A.

Lalu Saidina Ali r.a. berkata:

“Wahai pemuda B, adalah sudah cukup bagus sekiranya pemuda A itu bersetuju untuk memberi anda 3 dirham dan dia mendapat 5 dirham. Sekiranya diletak di bawah pengadilan saya, saya akan bahagikan 7 dirham untuk A, dan hanya 1 dirham untuk kamu!”

*     *     *     *     *

Mengapa Saidina Ali r.a. berkata demikian? Dimanakah logiknya? Yang pasti, setelah mendengar penjelasan Saidina Ali r.a., akhirnya pemuda B juga BERSETUJU untuk diagihkan 7:1!

Why?


[Teka-teki ini aku biarkan tanpa jawapan, biar readers sahaja yang menjawab. Jadi, cuba jawab dahulu sebelum membaca komen ya! Selamat mencuba!]

-y4ku24-

 

 

 

 


Responses

  1. apalah sangat dirham-dirham. ganjaran menyedekahkan makanan itu saja sudah besar ganjaran. 1 dirham pun dah cukup di dunia, selanjutnya akan dapat berganda-ganda di akhirat.

    sesiapa yang mahu sangat dunia, ambiklah banyak-banyak. ambik 7 dirham tu biar puas. tapi pahala sedekah tadak, sebab kita nak pulangan balik atas amal kita.

    begitulah diri kita ini. janganlah berkira sangat dengan pengorbanan kita untuk dakwah islamiyah.

    “saya dah korbankan duit tol dan minyak untuk bagi kuliah di masjid jauh sana. tak kanlah saya tak diberikan apa-apa ongkos dari pihak masjid” kata ustaz C.

    nak pulangan balik atas amal dan korban? nah, ambik puas-puas. nanti kat akhirat tak leh tuntut ganjaran dah, sebab kan dah dapat pulangan yang memuaskan hati kamu di dunia.

    wassalam.

  2. ok ini kiraan matematik saidina ali.

    5 roti A, 3 roti B, C takde roti. total=8 roti.

    A,B,C makan sama banyak. jika setiap 1 roti bahagi 3 bahagian, maka 8 roti ada 24 bahagian. setiap orang makan 8 bahagian.

    sekarang A makan 8 bahagian, tapi roti miliknya 5 roti, maka jumlah bahagian milik asal A adalah 15 bahagian. 8 dimakan sendiri, 7 bahagian diberikan pada orang.

    B pun makan 8 bahagian, roti miliknya 3 roti, maka jumlah bahagian milik asal B adalah 9 bahagian. B makan 8 bahagian, 1 bahagian diberikan pada orang.

    jadi nisbah yang diberi olrh A dan B adalah 7:1.

  3. gle mmg kompleks r

  4. x terfikir pon…mmg adil dan saksama..=)

  5. sebab, masing2 makan, 8/3 bahagian. jadi yang A bawa 15/3 bahagian, sedekah 7/3roti. Yang B bawa 9/3 bahagian, jadi sedekah dia hanya 1/3roti. Jadi A patut dapat 7, B dapat 1.

  6. Salam sejahtera abg Luqman.. Lama tak singgah.🙂

    Nak tahu jawapannya. Dan pengiraan en/cik mfr sangat impressive. Tak terfikir pun. =)

    (^_^)V
    smile in peace!

  7. xkn complicated sgt kot

  8. soalan telahpun terjawab di komen-komen atas🙂

  9. wah! impresive!

  10. gud teka-teki…very adil n saksama
    it reminds me to one pengisian usrah during school time…

  11. salam wbt..

    nak mintak izin share teka teki ne ya..sgt menarik n jwpn yg impressive..:)
    jzkk

  12. err, mmg formulanya mcm tu pun dlm crita tu…komplikated atau tidak, sayidina Ali RA mmg terkenal dengan kehebatan otaknya…

  13. terima kasih kepada warungkampung. Cerita2 yang bagus. Dapat menaikkan moral. Memberi inspirasi dan harapan.
    Tq kepada Abu Saif yg memperkenalkan blog ini menerusi tulisan di blognya.

  14. tp cite ni aku dah dgr lama dh, mmg kisah benar tp macam ada sikit pengubahsuaian plak cite ni tapi tetap menarik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: