Posted by: y4ku24 | February 3, 2011

Confessions of a stray dog

[Artikel ni aku dapat dari seekor anjing yang minta aku siarkan kisah nasib dia. Semoga mendapat manfaat.]

APA SALAH KITORANG?

 

static.desktopnexus.com

Setelah begitu lamanya bersituasi begini, hari ini aku nekad. Aku nekad untuk meluahkan perasaan aku serta perasaan member-member aku kepada awam, lebih-lebih lagi kepada manusia. Biar mereka lihat dari sudut pandangan kitorang pula.

Aku cuba hantar artikel aku ini di akhbar-akhbar harian negara, tetapi semua tolak. Semua gelakkan aku. “Camne kami nak publish, karang semua orang yang pegang artikel kamu kena samak tangan diorang. Haha!”

Bodoh punya publisher. Tak lawak langsung. Gigit muka karang baru tahu.

Nasib baiklah tauke warungkampung ini baik hati untuk terima artikel aku ini. Biasalah, kalau aku datang di warung biasa, sudah tentu kena terajang atau baling batu, sambil kena maki hamun 7 keturunan. Itu sajalah rezeki harian kami. Batu dan maki hamun.

Berbalik kepada persoalan di tajuk artikel aku. Apa salah kitorang? Tujuan aku berhajat untuk menghantar artikel ini ke akhbar nasional adalah kerana saudara mara aku rata-rata banyak dizalimi di seluruh Malaysia. Aku sungguh jeles dengan seteru kuat kitorang, geng kucing. Bukan saja banyak dipelihara, malah lebih diberi layanan daripada kitorang.

Mungkin kerana kucing mendapat tempat di kalangan umat Islam, kerana sahabat Nabi saw sendiri digelar Abu Hurairah (bapa kucing). Tetapi terlupakah korang hadis di bawah?:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Jadi, persoalannya sekarang, kenapa kami sentiasa didiskriminasi? Walhal, kami merupakan antara binatang paling berguna dan paling setia kepada manusia. Pergi memburu bersama, menjadi ‘jaga’, malah ada yang menggunakan kami sebagai pengembala kambing. Mungkinkah…?

1) Sebab kitorang suka menyalak tak tentu pasal

Kami selalunya menyalak untuk kepentingan tuan kami. Memang itu tugas kami. Kalau tak suka, komplainlah kepada tuan kami. Cuma, aku akui juga, ada juga saudara-mara aku yang bodoh, jiran sebelah lalu pun nak menyalak.

Bodoh punya anjing. Bodoh macam lembu.

Tapi yang itu case-by-case lah, tak semua macam itu.

2) Sebab kitorang banyak kurap

Ya, ini aku akui. Memang saudara mara aku tepi-tepi jalan ramai yang kena penyakit kulit ini. Ala, usah pandang jauh, manusia homeless pun apa kurangnya. Yang aku nak bangkitkan di sini ialah, anjing-anjing sebegitu adalah kerana mereka tak bertuan, lalu dibiarkan merata-rata. Asalnya kami segak bergaya, tetapi akhirnya bila tak mandi, dan orang sekeliling tak mengambil kisah untuk bagi makan atau tempat tinggal, jadilah kami sebegini. Hidup segan, mati tak mahu. Bila muka kitorang sudah macam muka babi hutan, mulalah semua orang takut nak dekati. Betul la begitu, kalo kitorang tengok muka sendiri dalam cermin pun akan lari lintang pukang.

Pokoknya, kalau kitorang diberi ihsan, diberi makanan yang cukup, taklah kami merempat sebegitu dan sekurus itu. Kalau nak dikirakan pembawa penyakit, tikus lagi bahaya. Siap kencing beracun lagi. Kitorang kencing berbau saja. Tetapi sebab tikus kecil dan senang sembunyi, bukan macam kami yang besar dan senang menjadi target practice.

3) Sebab kitorang suka gigit korang

Ya, ini korang cukup takut, aku akui. Lagi-lagi anjing kurap, sebab diorang mungkin bawa banyak penyakit. Kalau dikejar anjing sebegini, sebagai mempertahankan diri, aku benarkan korang pukul diorang. Kalau aku ada sekali masa itu, aku tolong pukul sekali dengan kayu besbol. Kadang-kadang kitorang jadi garang sebab korang dulu yang provoke. Kitorang rileks tak buat apa-apa, tiba-tiba kena baling batu. Sabar kitorang pun ada batas!

Adakalanya pula, kitorang lepas geram dekat orang yang salah, macam kes orang asing yang terbunuh di Penang itu. Sungguh sedih dan menyayat hati sekali.

Bodoh punya anjing, bodoh macam lembu.

4) Sebab kitorang NAJIS!

Oh, sedih aku mendengar hakikat yang aku ini najis. Selain dari sentuh kulit kami dengan tangan basah kena samak, kami berak dan kencing (maafkan bahasa aku) sama saja dengan kucing dan binatang-binatang lain. Tak pelik kah korang yang memelihara binatang, bahawa korang lebih rela basuh sangkar binatang peliharaan korang, dengan najis-najis yang ada, daripada samak tangan korang kerana mengusap kitorang, tanda ihsan dan kasih sayang?

Adakah orang Islam Malaysia malas dekati kitorang, sebab diorang malas nak samak? Sedangkan sekiranya ada sumber tanah dan air, seminit pun tak sampai untuk samak semula!

Wahai manusia, jangan jadikan agama sebab kamu membenci kami, kerana Islam tidak mengajar begitu. Kami ciptaan Allah juga. Kalau tak suka mendekati kami pun, janganlah menghukum kami dengan merejam dengan batu, memukul dengan kayu, dan lain-lain. Kalau tak nak bagi makan dekat kami pun, janganlah salahkan kami sekiranya kami berkurap dan kurus keding di tepi jalan.

Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.”

Nah, haiwan yang nak disembelih sebentar lagi PUN digalakkan berlaku ihsan, inikan lagi haiwan yang akan hidup lama lagi. Berlaku ihsanlah terhadap binatang, semoga korang mendapat pahala dan ganjaran yang besar insyaAllah.

Terima kasih semua kerana mendengar luahan hati aku ini.

-K9 @ w4run48k4mpun8-


Responses

  1. just want to drop by🙂

  2. kami(anjing) juga makhluk ciptaan Allah..
    same macam kamu(manusia)..
    tapi kamu lebih tinggi darjatnye dari kami.. sebab kamu ada akal fikiran..

    so pakai la akal fikiran.. cetek agame tapi bajet alim..
    sehari 5 kali pegi masjid solat jemaah duduk saf depan skali…
    tapi hati korang(manusia)..

    tapi yang spesis kami dok menyalak tak tentu pasal tu, kami mintak maaf bagi pihak derang, derang tu gile sket.. haha

  3. salam..
    nice!!

    manusia slalu nye pukul la baling batu la sbb takut kt anjing2 ni..pdhl kalo ikot kn binatang pnye sixth sense lg hebat!lagi kte takut,lg dia nk dekat dgn kte..nk gurau2 manje la konon..tut2 dia kne baling batu plak..huhu..buat xtau sudah,kalo takut la..

    lg 1,pnyakit anjing gila yg org slalu takut 2..once you got bitten by a dog,xle nk heal..maut mnanti je..2 pn kalo ikot kn bkn salah anjing kurap ke ape ke..salah kn sjenis virus yg bwk maut 2 la..huhu~

  4. sian btl anjing2 kat msia nih..org slalu ckp comel kt kucing jer..anjing pn comel gak..tp jgn la selalu drooling..hehe..

  5. fyi, kucing juga boleh menjadi host kepada penyakit merbahaya antaranya sejenis parasit yg dikenali sbg Toxoplasma gondii. This parasite is usually found in a cat’s intestine, where it reproduces rapidly and is passed out in its excreta. Humans who have a cat at home are at a high risk of contracting this disease. Human beings affected by toxoplasmosis rarely show any symptoms and usually do not even have any health problems. However, when a pregnant woman contracts this infection, it can be dangerous to the health of the unborn baby. Namun, kucing bukanlah pembawa utama parasit ini kerana parasit ini hidup di dalam tanah maka manusia boleh directly mendapat jangkitan dr tanah. When a cat has toxoplasmosis, it throws out the bacteria while littering. Individuals who change the litter trays are at a high risk of getting infected by it. An individual who does gardening can also get contracted with the infection, while dealing with soil that contains this bacteria. It can also be present in certain meat products, and a person can get infected by it when he eats the meat raw or without cooking it properly. Toxoplasmosis can also be contracted by drinking unpasteurized milk, especially that of goats who are also the carriers of the bacteria responsible for toxoplasmosis. Boleh baca lebih lanjut di sini: http://www.buzzle.com/articles/toxoplasmosis-in-pregnancy.html dan http://www.vetinfo.com/crisks.html.
    Anyway, nice article!

  6. dreamy: thanks for the info!🙂

  7. kucing tak boleh makan coklat.

  8. ada kisah seorang (tak ingat nabi ke, wali), kena lalu titi yang sempit, berselisih dengan seekor anjing…hamba Allah ni telah angkat kainnya tinggi2 nak ngelak terkena anjing, disertai rasa jijik dalam hati…lepas berselisih tu, anjing tu ditakdirkan Allah boleh bercakap,

    “Tuan, kalau jubah tuan terkena badan saya, basuh 7 kali air tanah, dah bersih, tuan…Tapi rasa angkuh tuan dalam hati, basuh dengan 7 lautan pun, belum tentu lagi bersih.”

    Senyap mamat tu!

  9. this one is too awesome!
    dan anjing dalam gambar atas sekali tu sangat comel ok.
    katne nak beli satu? isk3


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: