Posted by: y4ku24 | January 23, 2011

What is Prosperity (bag)/Fuku(bukuro)?

[Wow, entri ini tertangguh sejak dari awal tahun. Kan dah jadi bahan lapok. Padan muka aku. Tapi bagus juga, ada kaitan dengan Tahun Baru China.]

Kalau korang nak tahu, minggu pertama bulan Januari merupakan syurga membeli-belah bagi mereka yang duduk di Jepun. Seperti biasa, orang Malaysia yang bermastautin di sana juga tak melepaskan peluang untuk ke New Year Sale yang dijalankan besar-besaran di seluruh Jepun.

Kalau di Malaysia, kita membeli belah sakan sebelum bermulanya Hari Raya Aidilfitri, di Jepun, New Year Sale (Oshougatsu sale) ini selalunya bermula sejurus selepas cuti tahun baru (oshougatsu, お正月), Hari Raya diorang.

Tuhan saja tahu bertapa gilanya diorang sanggup beratur panjang untuk dapatkan barangan murah.

Bagusnya di Jepun, selalunya tiada kekecohan besar akibat berebut-rebut macam budak kecil, kerana bagi mereka, itu merupakan antara adab yang tertinggi yang perlu diorang jaga. Jadi, semua orang akan beratur mengikut giliran masing-masing, dan akur bahawa sesiapa yang sampai dulu, dia dapat duduk di depan. Itu sebab sesetengahnya sanggup tidur di sebelah kedai sebelum bermulanya hari sale tersebut. (Diorang senang la nak buat camtu, tak perlu solat!)

Hampir kesemua kedai akan terlibat dengan sale ini, kerana minda orang Jepun sudah disetkan untuk shopping sakan minggu tersebut.

Fukubukuro

Salah satu elemen yang besar di dalam sale ini ialah penggunaan konsep ‘Fukubukuro’ (福袋), atau prosperity bag. Ia memberi imej yang beg/bungkusan itu membawa tuah, kerana harganya murah.

Konsepnya simple. Aku ambil contoh kedai Yodobashi Camera (syarikat besar kedai elektrik). Untuk bahagian camera, akan ada beberapa bungkusan yang tertulis seperti ‘Branded camera’, ’12 megapixel’, ‘warna hitam’ dan lain-lain, serta harga murah yang ditawarkan. Harganya jauh lebih murah, tetapi akibat bungkusan tadi, korang tak tau kamera brand APA di dalamnya! Malah, bentuk sebenar kamera PUN korang takkan tahu!

 

Fukubukuro Yodobashi Camera

Jadi, terpulang kepada koranglah samaada nak ‘gamble’ untuk belinya. Kadang-kadang kena dengan brand yang kita suka, kadang-kadang tak. Pun begitu, pembelian masih berbaloi, kerana harganya lebih murah dari harga biasa. Kelebihannya, boleh beli dengan harga yang murah. Kekurangannya, tahu ciri-ciri asas bahan itu, tetapi tak boleh sentuh-sentuh, tengok-tengok bahan sebenar.

Sesetengah syarikat lain seperti kedai Adidas atau kedai Levi juga menggunakan konsep fukubukuro ini, tetapi (‘seluar size M’, ‘warna biru’, ‘straight cut’) kadang-kadang beri kebenaran untuk lihat isi dalam beg/bungkusan, cuma itu pun mungkin selepas beberapa hari sale itu telah berjalan.

Marketing strategy, Japanese style

Siapa yang telah mereka Fukubukuro adalah seorang genius, kerana bagi aku ini merupakan marketing strategy yang mantap!

Walaupun ianya New Year Sale, ianya TAK bermakna barangan yang diorang tawarkan di dalam beg fukubukuro itu perlu baru! Jadi inilah peluang keemasan untuk habiskan stok tahun lepas mereka!

Ketika ini, semua orang ada mindset untuk beli belah dengan harga murah, jadi samaada stok lama atau tidak, mereka tak kisah. Kalau kisah pun, mereka tak boleh kata apa, sebab barang itu murah! Kalau nak brand terkini, belilah dengan harga mahal, pekedai tak memaksa beli fukubukuro pun.

Win-win situation yang cantik, walaupun pekedai lebih banyak win.

Aku dan Fukubukuro

Aku juga beberapa kali pernah pergi mega sale ini, tetapi banyak sekadar jalan-jalan tengok gelagat gila orang Jepun membeli belah (sambil gelakkan diorang).

Dalam beberapa yang pernah aku beli, aku paling suka fukubukuro yang aku beli di kedai Adidas tahun lepas. Tahun itu, adidas membawa kelainan sedikit, dengan menggantikan beg/bungkusan dengan tong besi! Dengan pembelian 10,000yen (dalam RM340), aku dapat baju dan seluar sweater, 2 t-shirt berkolar, t-shirt sukan, dan tong eksklusif adidas berwarna hitam, yang boleh juga dibuat sebagai tempat duduk, sebab dibekalkan juga kusyen diatasnya!

[gambar hilang tak dapat dicari]

Tong itu sekarang ini menjadi tempat simpan kasut-kasut bola aku, yang sudah semestinya, berjenama sama (sebab sudah sign kontrak dengan diorang).

-y4ku24-


Responses

  1. tertarik dgn cara org jepun yang tak berebut-rebut nak mem’borong’. masih menjaga adab.. teringat cerita seorang kawan melayu yang belajar di UK. masa nak borong pinggan mangkuk yang berjenama dan dijual murah di sebuah kilang di UK, kisahnya, dia baru nak beli set pinggan mangkuk yang diminati, tiba-tiba satu suara berbunyi “haaa semua pinggan yang atas rak nombor dua tu, akak nak ye… semua tu..dari situ sampai yang ni” … (haha bayangkanlah si kakak berbahasa melayu ni siap ‘cop’ semua yang dia nak). Sgt kagum dgn rakyat jepun yang masih boleh menjaga adab mereka ketika excited memborong!🙂

  2. Hoho.. tetiba enzim, eh hormon nak shopping menaik dgn hebatnya!!! Ingat lagi dulu masa kat UK, shopping besar2annya ialah pada 26hb Disember setiap tahun.. which is sehari after krismas day. and dorang gelarkan hari shopping ni ‘Boxing Day’. Memang pukul 5 pagi orang dah beratur depan kedai.. sbb barang2 mmg jatuh harga gile2. bestkan? kalau kat msia ni, macam kurang sket feel dia sbb harga walaupun dah sale, still mahal.😦


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: