Posted by: y4ku24 | December 17, 2010

Sehingga titisan minyak terakhir!

Setelah kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi minyak (baca: minyak naik lagi), aku semakin giat untuk mencari tips-tips untuk menjimatkan kos pembelian minyak untuk kereta sendiri.

Aku tuliskan di sini antara tips-tips yang pernah aku jumpa dari website, tunjuk ajar orang dan juga buku. Kalau korang ada tambahan, amatlah di alu-alukan. Sekiranya ada poin yang boleh dipertikaikan pun aku terima.

Keadaan kereta

1) Berat kereta: Penggunaan minyak kereta banyak bergantung kepada dua faktor utama, iaitu cc (cubic centimeter) dan berat. Kalau ada benda berat yang tak penting di dalam kereta, keluarkan siap-siap.

2) Tayar kereta: Tayar yang takde/kurang angin akan memakan minyak lebih. Cuba bawak basikal dengan tayar angin penuh dengan tayar pancit, mana lagi kurang tenaga?

3) Minyak hitam: Kalau berkemampuan, beli minyak full synthetic. Walaupun paling mahal, tetapi minyak jenis ini bagus untuk engine (melekat pada dinding enjin) dan membuatkan enjin rasa ringan. Bila enjin rasa ringan, penggunaan minyak kurang. Maka untuk jangka masa yang panjang, korang dapat jimat minyak sebenarnya.

Ketika mengisi minyak

1) Stesen minyak: Setiap brand minyak berbeza qualitinya, dan itu bergantung kepada keinginan masing-masing. Yang aku dengar, kalau nak lebih kilometer, ambil Shell, kalau nak lebih performance, ambil Petronas. Esso, Mobil, BHP, Caltex dan Projet pun ada baik buruk tersendiri. Yang pastinya bila emergency, sudah tak tengok brand dah! (Cek: http://blog.thesagaclub.com/24/which-is-the-best-petrol-for-blm/)

2) Isi waktu pagi/malam: Elakkan isi minyak tengahari, sebab minyak merewap bila suhu tinggi. Mungkin korang boleh jimat…2sen.

3) Cara isi: Mengikut mitos email berangkai, bila isi minyak, jangan tekan handle sampai maksimum. Tekan sampai setengah saja lagi baik, sebab dapat lagi banyak minyak masuk. Yang ini pun mungkin korang akan jimat…2sen.

Penggunaan kereta

1) Panas enjin: Panas enjin tak perlu lama. 30 s sudah cukup! Lebih dari itu, kita cuma menghabiskan minyak saja!

2) Pecut dan berhenti: Jangan pecut dan berhenti mengejut. Malah, lebih elok dan dapat berjimat jika dapat maintain kelajuan 90 km/j atau kurang, kerana kelajuan enjin makan minyak berbeza bila melebihi 90 km/j. Membawa kereta selaju 110 km/j meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 25% berbanding bawa 90 km/j! Aku dulu selalunya ke kerja bawa 100 km/j (jangan repot kat polis), tetapi bila kurangkan ke 90 km/j, rasa betul beza minyak lambat habis! (Cek: http://www.environment.gov.au/settlements/transport/fuelguide/tips.html)

3) Aircond atau buka tingkap?: Bawah 80 km/j, buka tingkap untuk sejukkan dalam kereta. Atas 80 km/j, buka aircond, sebab lagi menjimatkan. Lagi laju kita, lagi kuat halangan udara (air resistance). Melebihi kelajuan 80 km/j, halangan udara sebab buka tingkap lebih makan minyak daripada buka aircond. (Cek: http://brokensecrets.com/2010/08/10/air-conditioning-affects-gas-mileage/)

4) Pelan perjalanan: Pelan awal perjalanan, supaya tak ulang alik sebab terlupa beli itu beli ini. Balik kerja pun boleh singgah kedai, tak perlu sampai rumah dulu baru keluar semula.

-y4ku24-


Responses

  1. Boleh tambah lagi satu. Elakkan “traffic jam”. Atarimae kedo Tapi susah nak apply kalau duk kat KL.

    Bab kurangkan pecut dan berhenti mengejut pun, kalau kita tinggal kat tempat “fast pace”, macam susah nak apply. Drive slow mo, asyik kena hon.

    WAllahu’alam

  2. kalau r public transport malaysia tuh reliable

  3. wah.. thank u for the tips.. insyaAllah saya cuba nanti.. hee..

  4. reliable a gak. aku gi keje balik keje naik bas per tiap2 hari

  5. Nice sharing! Kalau pergi KL, teman lagi suka naik public transportation. Teman boleh terselamat dari menyumpah seranah dan disumpah seranah (hehe) kalau memandu. Cuma kalau public tranportation ni kena sabar sikit had masa dan efsiensi lah. Tapi kalau fikir2 balik, teman lagi banyak buang masa atas jalanraya kalau bawak kereta pergi KL.

  6. Very informative. Nak cari maklumat sendiri tu takde la..hehe
    Thanks for sharing!

  7. Assalamualaikum wbt,
    Terima kasih sangat, maklumat yang sangat2 berguna. Baru tahu yang keadaan tayar kereta pun boleh mempengaruhi penggunaan minyak hehe.
    Maklumat dari seorang kawan yang bekerja sebagai engineer di Proton, kereta Proton sesuai guna minyak jenis Primax 97. Wallahu’alam, untuk pengesahan maklumat boleh tanya sendiri kot pada yang pakar =’)
    Sangat menarik artikel ni instead of blaming pihak kerajaan sebab ‘kurangkan subsidi minyak’ =))

  8. @naim: elakkan traffic jam tu mungkin semua orang dah tahu, jadi saya tak masukkan di sini. but still, sometimes yg obvious pun kita lupa, betul tak?

    @whitehijab: waalaikumsalaam. bab blaming tu, saya tak buat pun, org lain dah byk buat, so baik la buat yang manfaat skit.🙂

  9. bab government tu, tetap kena blame.

    Ambik cukai sampai rm20k, rasa macam tak berbaloi langsung.

  10. atau nak jimat lagi boleh cuba fps saver.. maklumat lanjut layari : http://fpssaver.com/v1/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: