Posted by: y4ku24 | November 17, 2010

My Father, My ….

Stesen KTM, tempat kejadian

[Update blog: Salam Aidil Adha kepada semua pembaca yang beragama Islam. Allahu Akbar wa Lillahil hamd! Sentiasa ceria selalu di pagi raya! InsyaAllah raya kali ini aku merasa daging unta! Yahu! Entri yang santai sebagai teman hari ini. Enjoy!]

Tengahari sabtu itu aku tiba di stesen kereta api KTM di KL. Sudah menjadi kebiasaan aku pulang ke rumah keluargaku ketika bercuti sekolah panjang menaiki tren atau bas. Entah kenapa, zaman sekolah menengah dulu, aku lebih suka naik bas. Mungkin sebab dulu bas tak se’too fast, too furious‘ sekarang, maka tak banyak kemalangan berbanding sekarang. Tetapi kali ini aku memilih untuk menaiki kereta api dari Kuala Kangsar.

Sebelum bertolak, aku menelifon Ayah untuk memaklumkan waktu ketibaan aku. Zaman sekolah menengah rendah aku dulu, handphone masih sebesar kotak sabun (baling dekat anjing boleh mati), dan masih tidak ramai yang ada. Maka aku terpaksa beritahu awal untuk tidak menunggu lama.

Kebetulan setelah sampai, kereta api aku berhenti di platform hujung, dan aku terpaksa menggunakan underground tunnel untuk ke main exit stesen KTM tersebut. Cuak juga untuk lalu terowong itu. Aku menjadi sedikit risau, kerana walaupun zaman itu jenayah tak sebanyak bintang di langit (cuma sebanyak buih di lautan je), ramai kawan-kawan aku yang pernah ditipu, kena curi, malah disantau (guna asap rokok) ketika pulang bercuti. Maklumlah, kitorang budak sekolah agama, ‘suci’ lagi naif.

Punyalah ‘suci’, kali pertama aku di stesen Kuala Kangsar, aku cukup terharu bila beberapa pakcik berpakaian biasa datang offer naik kereta diorang untuk bawak aku ke sekolah.

“Oh, baik sungguh pakcik-pakcik ni, berebut-rebut nak cari pahala dengan offer menghantar budak macam aku ni ke sekolah” bisik hati aku.

Oi, itu teksi sapu la lampi!

Tambahan pula hari ini aku pakai baju batik sekolah, sah-sah malaun-malaun macam itu senang nak cam. Tetapi sebab ramai penumpang lain juga melalui terowong itu, aku pun ikut dari belakang, dengan memegang beg baju di tangan kanan. “InsyaAllah, ramai camni, selamat kot…” aku berbisik.

Separuh perjalanan di dalam terowong itu, tiba-tiba beg aku disentak dengan kuat dari belakang. Mamat lelaki yang menyentak beg aku meluru ke depan, bersedia untuk pecut setelah beg aku diragut. Mujur pegangan aku kuat ketika itu. Ketika kejadian yang memakan masa 0.05 saat itu, kerana terkejut, hanya perkataan “Hoi!” yang terpacul dari mulut.

Disebabkan pegangan aku kuat, mamat itu pun terhenti, dek tangannya yang masih memegang beg aku. Kerana jeritan “Hoi!” aku, penumpang lain di depan dan belakang aku sudah mula menoleh, sudah mula sedar insiden ini. Ketika saat itu juga, mamat itu pusing ke arah aku, lalu memeluk ku sambil tersenyum. Setelah aku terpinga-pinga selama 0.5 saat kerana hairan akan tindakan pelik mamat itu, baru aku mula sedar yang mamat lelaki itu sebenarnya Ayah aku sendiri. Dalam ketakutan bercampur gembira serta perasaan ‘oh, wakenabeb!’, aku tak dapat menahan air mata dari mengalir. Oh, wakenabeb!

Aku mungkin terpinga-pinga 0.5 saat, tetapi aku rasa penumpang lain lagi lama garu kepala. “Ini tektik baru penjenayah ke? Tak dapat curi, terus peluk dan mintak maaf?”. Mujur tiada yang datang cuba jadi hero dan hempuk kepala Ayah aku dengan kayu besbol. Fuh, rambo betul tindakan Ayah!

Bila difikirkan semula, kaedah pengajaran Ayah aku ini cukup unorthodox. Tetapi pelajaran yang terbaik ialah pelajaran yang kita boleh ingat sampai bila-bila.

Moral of the story: Sentiasa berhati-hati dan peka dengan persekitaran, and always keep your belongings close!

Terima kasih Ayah.

Allah bless your soul always. Amin.

-y4ku24, 50n 0f 5h4h-

 

 

 

 


Responses

  1. my uncle.

    tp aku konfius. nih ko nyer scene nih kat KTM KL ke KTM KK?

  2. hahaha! your dad sangat rock!

    tapi actually saya pun pernah terkena ‘wakenabeb’ ni dgn abg sendiri..

    Time tu tengah tunggu dalam keta sementara kakak pergi beli barang, then dia datang naik motor parking kat sebelah terus bukak pintu keta n cam nak ragut handbag.. mmg nak luruh jantung and i did cry sebab sakit hati..

    tapi abg cakap..”haaa.. tular, lenkali kunci pintu tu.. bahaya! kahkahkah” . die gelak cam setan.. tapi sampai skang kalau tunggu sesapa lam keta mesti kunci pintu.. pengajaran yg sgt berguna🙂

  3. bila kita dalam keadaan takut & berhati2, kita punya first impression adalah orang nak buat jahat kat kita. kalau time tu, ada orang tak kenal tiba2 bagi salam pun, silap2 kita akan cabut lari. hehe

  4. @ huhu: kat KTM KL. yg KK tu aku bg contoh waktu lain je.
    @ budak pantai: actually, kalo abg awak tak sebut pape pun dah boleh faham, cam ayah saya. cuma aritu dia puji sebab grip saya kuat. huhu.
    @ zacharias: tu yg skrang ni kalo nak tanya jalan, elok kita keluar dr keta gi tanya, sbb dah ramai kes ragut cara tanya dr keta, ragut pastu cabut.

  5. ayah2 mmg suka menguji

  6. Assalamualaikum wbt,
    Cara didikan dari seorang ayah agak berbeza dari ibu. Jarang disertai dengan kelembutan seperti seorang ibu. Tapi kasih sayang seorang ayah terhadap anak2 sebenarnya sama, malah tanggungjawab mereka terhadap anak2 lebih banyak. Nasihat ayah yang paling Fatin ingat, pasal solat.
    Ayah kata kalau kita makan nasi tanpa lauk, mesti tak berselera. Bila ada lauk, mesti nak dua tiga jenis. Berselera, kadang bismillah pun boleh lupa hehe.
    Macam tu la juga solat. Kalau solat fardhu perlu disertai solat2 sunat. Kalau tak, seolah2 tak lengkap la solat kita.
    Al-Fatihah untuk ayah Luqman. Wslm wbt.

  7. TERBAIK!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: