Posted by: y4ku24 | November 11, 2010

Kenduri oh kenduri Pt. 2

Kebetulan baru-baru ini setelah pulang ke tanah air (forever?), aku telah menyertai beberapa majlis pertunangan/kenduri saudara mara aku.

Menghadirkan diri ke majlis-majlis itu membuat ku terfikir, boleh tahan lama juga aku tak sertai kenduri keluarga! Punyalah ramai kenduri saudara mara yang aku miss, bila congak kembali, kenduri saudara belah keluarga aku yang terakhir yang aku sertai, anak sulung dia sekarang sudah masuk sekolah rendah! Wow! Padan muka, siapa suruh belajar dekat luar lama-lama.

Memikirkan diri sendiri yang juga sudah memasang niat untuk berumah tangga (sudah bertahun pun pasang niatnya, ehem), aku fikir masa di Malaysia ini adalah masa terbaik untuk aku belajar selok-belok tentang kenduri-kendara, memandangkan sudah bertahun aku tidak mengikuti. Selain memahami konsep agamanya, perlu juga aku fahami konsep adatnya.

Berapa kadar mas kawen/hantaran sekarang?

Warna tema kegemaran sekarang?

Emas putih? Apa benda tu? Oh, cakaplah aloi platinum, I ni kan budak sains!

Tambahan pula, sudah alang-alang sekali seumur hidup, aku juga menginginkan keunikan. Tetapi semakin aku mengkaji, semakin aku dapat tahu sudah semakin susah untuk mencari idea yang unik untuk kenduri.

Tunggang kuda? Saudara aku dah buat.

Makan ala-ala masakan Jepun? Sudah ada orang buat.

Tema ala-ala Jepun? Pun sudah.

Bila kekurangan idea melanda, muncullah idea-idea merepek di bawah:

1) Turun ke  dewan kenduri guna hot air balloon.

Ala-ala aksi akrobatik. Landing baik punya, dan semua orang menyambut kehadiran dengan tepukan gemuruh dan sorakan “Luqman, ko memang macho ah!”

Sebab apa aku kansel: Karang jatuh dan hempap kanopi tempat kenduri karang, menyesal seumur hidup. Juadah kenduri aku menjadi makanan terakhir diorang. Ah, jalan kaki sudaaah!

2) Tema cosplay

Semua yang datang wajib pakai baju superhero/watak terkenal. Baju naruto ke, baju superman ke, malah baju pikachu sekali pun. Pakai baju formal biasa tak boleh masuk.

Sebab apa takleh go: Kenduri kahwin akan jadi halloween party. Pengantin pun susah nak cari yang mana satu.

3) Tema sarkas

Ada badut, ada beruang naik unicycle, ada gajah yang balance atas bola. Kiranya sambil makan sambil terhibur la. Pasangan pengantin pun pakai kostum badut sekali.

Sebab apa takleh go: Kemungkinan besar bakal bini aku mintak diceraikan time kenduri itu jugak.

4) Tema makanan ala-ala Fear Factor

Belalang goreng, daging Dhob dari timur tengah, kepala kambing, dan lain-lain. Memang unik habis.

Sebab apa takleh go: Aku sendiri tak mampu nak makan. Kenduri akan bertukar menjadi ‘Expo makanan-makanan pelik’.

5) Tema plot luck

Semua bawak makanan sendiri, untuk dikongsi bersama. Sungguh menjimatkan kos.

Sebab apa takleh go: Semua bawak chikedis dan air bergas sahaja, atas dasar “Biarlah orang lain bawak makanan berat, kitorang ringan-ringan sudah”. Semua akan jadi kedekut ta*i-hidung-masin. (Panggil kedekut sebenarnya adalah pengantin sendiri).

*     *     *     *     *

Bila difikirkan semula, kerana semua orang inginkan keunikan, TIDAK unik itu pula sudah jadi UNIK! Maka dengan itu membuat kenduri ala-ala kampung pula menjadi unik.

Ah yes, simple is the best (and very very cost effective). Senang cerita buat dekat kampung saja!

-y4ku24-

P.S.: Sebelum ada reader yang bertanya “Dah ada ke belum?”, elok aku jawab dulu, “Ada atau tidak, tiba masanya nanti, insyaAllah akan aku jemput pembaca semua. Bila tu, Allah Knows best.”


Responses

  1. yup simple is the best. Elakkan pembaziran, buat ape yang perlu dan yang patut je. Yang dituntut agame kite. Yang penting diberkatiNya.

    Kalau time majlis perkahwinan pun da macam2 itu ini, bnyk bercampur ngan bende karut marut, tambah lagi adat nenek moyang yan tak betul… macam mane la hidup rumah tangga kelak nanti..

  2. ehem.. ehem.. dah jauh berpikir nampak.. bagus2.. hehe.. kenduri kawin mmg memeningkan.. ape yang penting, tengok kemampuan diri dan keluarga.. jgn buat majlis gempak2 sampai keluarga semua susah..

    but i really like the idea of potluck.. hihi..

  3. freedom n budakpantai: thanks for the heads up. and guess what, your comment made my total comments to sum up to be 1800!🙂

  4. yep, konsep kampung paling best..

    nak2 yang tuan warung kampung punya kenduri, lagilah..

    tapi mungkin boleh survey yang betul-betul kampung
    spt pengantin sebelum masuk rumah basuh kaki dulu kat tangga,

    atau main congkak sama-sama

    dan souvenir pun konsep kampung juga.. bagi gasing [?]
    😀

    apa-apapun, inshaAllah, semoga baik-baik saja.. wedding itu gerbang.. marriage tu istananya~ gerbang cantik.. istana lagi mahu kasi hebat..

  5. opss..entri ‘kahwin’ lagi sekali. Apakah???

    Anyway, dalam sejarah keluarga den, kenduri kahwin di rumah yang makanannya cuma ulam-ulam, nasi putih, sambal belacan tu yang paling orang ingat. Murah je sebab taukeh kebun yang sponsor haha..

    The point is, kalau buat simple-simple, orang cakap ‘ada pape ke ni?’, kalau buat grand-grand, orang cakap ‘tengok je la entah bahagia entah tidak’

    oh, manusia…

  6. baru ni gi makan kenduri jamal, ramai dah budak laki batch kite ‘sampai seru’🙂 InsyaAllah, turn kamu sampai juge.. jgn le memilih beno, :p kalau nak saye recommend, kabo la yek, jgn segan2! ahaks!

  7. emm..kalo kate nk unik; pngantin nye xde cam mnarik je kn?tp da ade org buat gak (dr ummi,hehe)

    xpun kalo nk unik sgt bg tetamu makan megi layan diri..hahah..pilihla nk perisa ape pun..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: