Posted by: y4ku24 | November 1, 2010

This Month’s Feature: Kata nama asas bahasa

 

 

[Terlewat sehari aku hantar entri ini, yang pada asalnya untuk menyambut bulan Bahasa Kebangsaan. Ah, pedulikan!]

Tidak pernah aku terfikir sedalam ini sebelum ini, betapa signifikannya kata nama di dalam setiap bahasa yang dituturkan di muka bumi ini, baik bahasa yang lampau, atau yang masih digunakan sekarang. Dari sudut agama, bahasa, dan fitrah manusia, signifikan kata nama ini dapat dikaitkan cantik sekali. Di bawah aku kongsikan beberapa fakta tentang kata nama yang pernah aku pelajari selama ini. Semoga bermanfaat.

DARI SUDUT AGAMA

Dan Dia mengajar kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para malaikat, lalu berfirman, “Sebutkanlah nama benda-benda itu jika kalian memang orang-orang yang benar!” Mereka menjawab, “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana.”

[Al-Baqarah, ayat 31-32]


Menurut tafsir Ibnu Katsir, ayat di atas menceritakan kronologi penciptaan Nabi Adam a.s., di mana Allah mengajar kepada Nabi Adam a.s. nama-nama segala sesuatu, dan ini merupakan kemuliaan yang Allah berikan kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi. Tafsir itu juga menyebutkan bahawa Allah s.w.t. mengajarkan kepada Adam a.s. nama-nama semua anaknya seorang demi seorang, dan nama-nama seluruh haiwan, misalnya ini keldai, ini unta, dan seterusnya.

Seorang ulama Ad-Dahhak pula meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan ‘nama-nama’ itu ialah yang dikenal oleh manusia, misalnya manusia, haiwan, langit, bumi, dan nama-nama makhluk yang serupa lainnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang diajarkan kepada Nabi Adam a.s. ialah kata nama (noun).

FITRAH BELAJAR BAHASA

Di dalam ayat ini sebenarnya juga, Allah ingin memberi pengajaran tentang fitrah manusia, iaitu tentang bagaimana manusia belajar bahasa ketika kecil. Adalah menjadi fitrah bayi untuk tangkap dan belajar kata nama lebih cepat dari struktur bahasa yang lain (kata kerja, kata hubung, dan lain-lain). Maka tak hairanlah yang mereka ketika mula petah bercakap banyak bertanya tentang kata-kata nama disekeliling mereka.

“Abah, itu burung apa?” “Burung murai…(buat kali yang kesepuluhnya)”

Di dalam buku Nurture Shock tentang psikologi kanak-kanak juga disebutkan, walaupun kata nama itu perkara yang pertama yang biasanya ditutur oleh bayi, inilah juga jenis bentuk bahasa yang paling kurang didengari mereka ketika kecil. (Ayuh perbanyakkan kata nama dalam perbualan dengan si kecil!)

KATA NAMA DAN KANJI

Menarik juga sekiranya kita melihat kata nama sebagai tunjang bahasa pada sudut bahasa yang menggunakan chinese characters, atau kanji, seperti Bahasa Cina dan Bahasa Jepun. Oleh sebab aku bekas pelajar di Jepun, aku sentuh bab kanji Bahasa Jepun.

Mari kita belajar tentang asas kanji. Untuk mereka yang tak tahu, oleh kerana ianya telah lama digunakan, kanji ini sebenarnya sama seperti bahasa tamadun lama yang menggunakan simbol sebagai tunjang penulisan mereka. Setiap kanji mewakili satu simbol/objek/kata nama. Setiap objek, kanjinya lain. Setiap organ badan, kanjinya lain. Malah, setiap jenis ikan, kanjinya lain-lain. Oleh sebab itu, huruf kanji tidak diketahui bilangan sebenarnya!

Aku bagi satu contoh, iaitu kata nama pokok (umum). Kanji Jepun untuk pokok adalah seperti berikut (atas kanan):

Korang boleh faham yang simbol kanji ini adalah ringakasan daripada gambar pokok di atas kiri. Bila kanji ini ditulis dua atau tiga kali dan dirapatkan bersama, ianya akan membawa erti belukar (kanji pokok x2) dan hutan (kanji pokok x3). Senang bukan? Ianya masih senang, kerana kanji di atas adalah kata nama/objek yang boleh dilihat. Jadi, bagaimana pula dengan simbol untuk perkara yang abstrak/kata sifat, seperti TERANG? Sebelum aku terangkan tentang kanji terang, cuba lihat kanji untuk matahari dan bulan (kanji atas itu matahari, kanji bawah itu bulan. Yang pusar warna merah itu tiada kaitan!):

Memandangkan matahari dan bulan itu dua perkara yang ‘mewakili’ terang, gabungan kedua-dua kanji kata nama ini menghasilkan kanji terang!

 

Kanji TERANG

 

Nah, bukankah maksudnya perkara abstrak juga perlu kata nama untuk melukis kanjinya? Dari sini, korang boleh pelajari kanji yang lebih kompleks yang membawa maksud kata kerja pula, seperti alirkan/mengalir. Ini dia kanjinya:

Kalau korang perasan, di sebelah kiri kanji di atas terdapat 2 titik pendek, satu titik panjang kan? Ini adalah simbol ringkas AIR (titisan air agaknya). Semua kanji yang mempunyai 3 titik ini hampir kesemuanya mempunyai kaitan dengan air, walaupun ianya bukan kata nama! Air mata, ais, mengalir, malah kanji fluid mechanics pun menggunakan kanji bertitik 3 ini!

Kesimpulannya, asas kanji pun adalah kata nama. Maka untuk semua jenis kanji, ianya perlu disandarkan kepada kata nama!

*     *     *     *     *

Memang benar bahawa asas bahasa ialah kata nama, dan fitrah kita sebagai manusia sejak kecil juga adalah mempelajari bahasa melalui kata nama terlebih dahulu, sama seperti apa yang diajar Allah kepada Nabi Adam a.s.. SubhanAllah, sungguh tepat sekali apa yang termaktub secara tersirat di dalam Al-Quran!

-y4ku24-

Rujukan: 1) Tafsir Ibnu Kathir oleh Ibnu Kathir

2) Nurture Shock oleh Po Bronson dan Ashley Merryman

3) Kuliah Tafsir oleh Tuan Guru Nik Aziz


Responses

  1. Terima kasih, tuan. Entri ini memang menarik.

    “Ajarkanlah anak-anak kita dengan asma, nama-nama Allah.”

    Begitulah pesanan yang pernah saya dengar.

    Di sini, kata nama merujuk kepada nama-nama Allah, tetapi nama-nama Allah itu merujuk terus kepada sifat-sifat Allah.

    Mungkin tuan boleh huraikan perkaitan ini, antara memperbanyakkan kata nama ataupun kata sifat untuk mengajar dan diperbualkan dengan anak-anak.

    Saya teruja sekali untuk mengetahuinya. Terima kasih, tuan.

  2. salam….
    sungguh menarik perkaitan yg diberikan

    terfikir sejenak apa yg menjadi bahasa arab lebih istimewa drp bhs lain….

    adakah dgn kata nama jugak?

  3. @Hairul Faizal: Sama2.🙂 Tetapi maaf, sayalah orang yang paling tak layak untuk menghuraikan perkara ini, kerana pengetahuan Bahasa Arab saya sungguh cetek. Malah saya sendiri tak pernah belajar berkenaan ini.

    Artikel di atas adalah hasil gabungan tompok-tompok ilmu yang pernah saya dalami sahaja, saya hanya menyambungkan antara satu sama lain, jauh sekali cuba menghuraikan dengan akal/ilmu sendiri, kerana masih bukan di maqam itu!🙂

    @KA: Cantiknya Bahasa Arab bukan pada kata nama sahaja, walaupun pada kata nama sendiri pun boleh kita lihat kehebatan bahasa Al-Quran ini.
    Lihat sahaja pada perkataan ALLAH.
    Dibuang ALIF di hadapan, menjadi LILLAH (kerana Allah), dibuang pula LAM di hadapan, menjadi LAHU (kepadaNya), buang LAM di hadapan pula menjadi HU (Dia)! Semua menjuruskan kepadaNya!

    SubhanAllah!

    Apa-apa pun, nantikan TMF baru di dalam artikel seterusnya!

  4. Terima kasih, tuan.

    Oh ya, begitu juga dengan kalimah LA ILA HA ILLALLAH.

    Kalimah tauhid yang agung dan indah ini hanya terdiri daripada susunan tiga huruf sahaja,

    “Alif, Lam dan Ha.”

    3 huruf sahaja tetapi mempunyai makna yang besar.

    Dari segi bahasa dan dalam mana-mana bahasa sekalipun, tidak akan ada satu ungkapan yang mengandungi makna yang besar, yang disusun dengan menggunakan tiga huruf sahaja, selain daripada kalimah LA ILA HA ILLALLAH.

  5. terima kasih Hairul atas input tersebut. alhamdulIllah, ilmu baru.

  6. […] https://warungkampung.wordpress.com/2010/11/01/this-months-feature-kata-nama-asas-bahasa/ […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: