Posted by: y4ku24 | September 28, 2010

Aku dan stokin

Entah kenapa, suatu hari aku terfikir tentang penggunaan stokin. Antara analisaku:

– Stokin dipakai berpasangan, hilang sebelah, sebelah lagi tak berguna.

– Kaki aku spesis yang senang berpeluh, jadi kerap perlu ditukar (perlu banyak stokin).

– Tetapi walaupun banyak stokin yang dibeli, selain stokin itu terkoyak, sebab yang lain ianya takkan dipakai lagi dan terpaksa dibuang ialah sebab pasangannya hilang.

Dari analisa ini, timbul analisa lain yang menyebabkan aku menukar trend membeli stokinku:

– Stokin adalah ‘pakaian’ yang jarang dinampak orang, lebih-lebih lagi sekiranya kerja kita diluar. Jika nampak pun, hanya dari jari hingga ke buku lali sahaja.

– Disebabkan ini juga, melainkan memang stokin itu unik (atau, stokin terkoyak dan jari terkeluar), orang tak pandang pun bentuk design stokin. Tiada yang akan tiba-tiba tanya “Eh, ko pakai stokin jenis apa? Nike ke, Armani?”. Tak pernah orang yang waras nak bincang panjang pasal stokin!

– Untuk mengelakkan stokin yang kehilangan pasangannya dibuang, ada satu penyelesaian yang mudah: Beli stokin yang design dan warna yang sama.

Sekarang ini, aku membiasakan diri membeli stokin warna hitam yang tidak bercorak. Jika ada cap pun, capnya terlindung oleh seluar nanti. Kesannya, jika pasangannya hilang, pakai saja dengan yang lain, orang bukan tahu! Elak pembaziran, dan tak perlu susah-susah mencari pasangannya sebenar, lagi-lagi kalau capnya sama.

Elak pembaziran, belilah stokin sepesen.

(Cerita pasal stokin saja, sudah dapat satu entri baru. Heh heh.)

-y4ku24-


Responses

  1. orang bukan tahu tapi Allah maha mengetahui..

  2. just wonder, camner stokin leh ilang sebelah??? Pakai pon kiri kanan. basuh sama2 sepasang. emmmm…mungkin lebih baik tukar camni “Elak pembaziran, jangan hilangkan stokin anda” heheheheh.

  3. =)) pecah rahsia hehehe
    Macam mana boleh hilang, lawak la hehe. Masa angkat kain di ampaian tu gulung la stokin2 tu. Jadi takde la terpisah pasangan stokin2 tu walaupun seminggu tak lipat baju =p
    Takpun, stokin basuh manual (sental pakai tangan) hehe

  4. istvan & whitehijab: kenapa mcm saya sorg je yg pernah hilang stokin? byk faktor sebenarnya: adik beradik ramai, time angkat kain tercicir, di ampaian tertiup angin, dan alasan2 budak darjah enam yg lain.
    tp bukan sbb hilang saja, kalau berlubang pun masalah juga, ye dak?

  5. jangan risau luqman, saya pun sama juga hehehe hilang masa mengangkat baju jadi last2 semua hilang pasangan huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: