Posted by: y4ku24 | September 6, 2010

Dia mencariMu di situ Part 2

[Di awal Ramadhan ini, aku telah menceritakan tentang peristiwa pahit yang pernah aku lalui di dalam Ramadhan yang lalu. Pun begitu, tidak kesemuanya pahit belaka, malah hampir kesemuanya manis-manis belaka. Di sini aku selitkan pengalamanku sendiri, versi ‘Dia mencariMu di situ’ episod 2.

Artikel terakhir aku sebelum Aidil Fitri. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, selamat kembali kepada fitrah, dan maaf zahir dan batin. Berhati-hati balik (warung)kampung!]

Masjid baru Sendai

“Excuse me, can I join the prayer as well? (Boleh saya tumpang solat sekali?)”

sampuk seorang mat salleh yang mengunjung masjid kami yang kecil lagi comel di tengah bandar Sendai, Jepun. Entah bila dia masuk, kami tak tahu. Datang tanpa diundang.

Dia memperkenalkan diri sebagai Andrew, dari England. Malam itu merupakan malam pertengahan Ramadhan, dan kebetulan pula jemaah masjid sedang menjalakan solat sunat tarawih.

Kami semua teragak-agak untuk bertanya.

“Are you…Muslim? (Adakah kamu…Muslim?)”

“No I am not. But I have read how to do the Muslim prayer. Is it OK if I join you? (Tidak. Tetapi saya pernah baca berkenaan solat orang Islam. Boleh saya sertai solat sekali?)”

Kami jadi semakin bersalah. Bukan isunya pada orang bukan Islam memasuki masjid dan ingin cuba bersolat, malah inilah peluang yang terbaik untuk mendekatkan dirinya kepada Islam. Inilah peluang dakwah yang julung-julung kali datang!

‘Masalah besar’nya ialah, kami sedang solat tarawih, dan solat tarawih di sini sejuzuk al-Quran satu malam! Solat selama 2 jam itu adalah kebiasaan! Ya, bukan tak mahu mengajaknya solat sekali, sesi solat ini bukan untuk ‘beginner‘ macam Andrew! Bukan kata beginner, yang ‘expert‘ pun kadang-kadang give up sebelum solat bermula!

Oh, dilemma!

“Mr Andrew, we would like to let you to join us in prayer, but this particular one is a bit long…(Mr Andrew, kami berbesar hati sekiranya anda dapat bersama solat dengan kami, tetapi solat kali ini sedikit panjang…)” kami cuba memberi penjelasan.

“It’s OK, I will follow. (Tak mengapa, saya ikut je.)” jawabnya.

Kami pandang antara satu sama lain. Biar betul mamat nih. Karang tak pasal-pasal insaf tak nak datang dah!

Ah, biarkan saja. Dia yang request, bukan kita yang paksa. ‘Majlis fatwa’ malam itu membenarkan Andrew solat bersama, tetapi dia ditempatkan di hujung saf.

Hati kecil aku berdoa, semoga janganlah kerana dia merasakan kepayahan solat sunat tarawih ini, hatinya tertutup untuk menerima Islam.

Seperti yang disangka, panjangnya solat sunat kami menyebabkan Andrew terlentuk-lentuk ketika berdiri di dalam saf. Hati aku bercampur aduk antara lucu melihat gelagatnya, perasaan kesian, serta perasaan ‘Itulah, orang dah cakap tadi, degil nak buat juga!’.

Selesai solat, sebelum beredar, sempat kami memberi penjelasan kepada dia tentang solat, dan solat sebentar tadi hanyalah solat extra, dilakukan pada bulan Ramadhan. Semoga dia tak pandang solat tarawih ini sebagai isu yang berat dalam usahanya mencari kebenaran. Selesai sesi perbincangan, kami beredar pulang. Dalam hatiku tertanya-tanya, mungkinkah dia akan kembali lagi untuk mendalami Islam lebih lanjut, dan adakah penjelasan kami itu cukup bagus untuk dia tidak serik datang lagi?

AlhamdulIllah, seperti yang kami harapkan, keesokannya dia datang lagi, malah tidak serik untuk bersama kami bersolat tarawih dan berbincang untuk kali kedua!

Malam seterusnya juga sama.

Dan seterusnya.

Sehingga pada suatu malam di akhir Ramadhan, setelah beberapa sesi perbincangan tentang Islam telah Andrew ikuti, dia menyatakan hasratnya untuk mengucap syahadah dan memeluk Islam.

AlhamdulIllah, syukur kami tak terhingga. Dengan usaha yang kerdil ini, telah menjadi asbab hidayah untuk sampai kepada Andrew. Hasratnya kami terima dengan penuh gembira, dan beliau telah mengucapkan syahadah dan kembali kepada fitrah asalnya. Semenjak itu, sesi perbincangan setiap malam telah dipergiatkan lagi, malah walaupun pada asalnya sesi ini diwujudkan sempena Ramadhan, ia telah dilanjutkan sehingga lepas Ramadhan. Dalam masa mengajar tentang tauhid dan asas Islam kepada Brother Andrew, kami yang ‘veteran‘ juga banyak belajar dan memperbaiki amalan dan fahaman masing-masing. Oh, sungguh banyak amalan-amalanku yang diamalkan kerana ikutan, bukan bersandarkan ilmu agama!

Di dalam sesi perbincangan ini juga, kami sedikit demi sedikit mendapat tahu bahawa ketika Brother Andrew pertama kali ke masjid kami, kehidupannya di titik yang terendah. Bercerai dengan isteri orang tempatan, tiada kerja, malah tidak dibenarkan pihak berkuasa untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Sungguh tertekan. Dek kerana dia pun merupakan orang asing di Jepun, tatkala kehidupan sungguh menekan, dia mencari kekuatan dan tempat untuk mengadu.

Akhirnya beliau menjumpainya di masjid kecil Sendai. Beliau telah mendapat sokongan spiritual melalui pengenalan terhadap Pencipta, serta sokongan dari saudara Islam yang menerimanya dengan tangan yang terbuka.

1 Syawal tahun itu cukup istimewa. Setelah selesai solat sunat Eidul Fitr, Brother Tariq, salah seorang daripada ahli sesi perbincangan, tampil ke hadapan dan membuat pengumuman.

“Brothers and sisters, it is with great joy that I announce to you that we have a new brother. His name is Andrew, and he will recite the syahadah in front of us all! (Saudara-saudari sekalian, dengan gembiranya saya ingin mengumumkan kehadiran seorang saudara baru. Namanya Andrew, dan dia akan mengucap syahadah di depan kita semua!)”

Syahadah ‘secara rasmi’ dilafazkan, dengan bantuan Brother Tariq. Semua bertakbir, memuji kebesaran Ilahi.

Syahadah Brother Andrew pada hari itu merupakan hadiah Aidil Fitri yang terindah buatku dan warga Islam Sendai.

Allahu Akbar!

*     *     *     *     *

Brother Andrew/Musa Jalil sehingga sekarang menjadi Muslim yang komited. Beliau dilantik menjadi tok siak masjid Sendai yang baru, dan semua orang mengenalinya. Beliau bercuti pada Jumaat setiap minggu daripada bekerja untuk datang awal ke masjid bagi mempelajari al-Quran melalui muqaddam, serta menghafal surah-surah lazim untuk kegunaan solat. Amalan beliau ini konsisten sehingga minggu terakhirku berada di sana, alhamdulIllah.

Selamat beristiqomah wahai saudaraku. Aku yang berdoa dari jauh.

-y4ku24-


Responses

  1. なんか~ なんか~ 感動し,涙が出るし~ Aminnn

  2. Hidayah itu milik Allah… Bro Musa memg telah kembali kepada fitrah di saat hari raya aidilfitri… Adakah kita juga dapat kembali kepada fitrah pada syawal ini?

    “Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang
    menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak
    mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah
    menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

  3. Suka suka suka siri ni..Entri ni tak semena-mena dah membetulkan kembali persepsi masyarakat pasal isu tu..patutnya kita gembira dan terbuka menerima kehadiran mereka. bukan menghalau dan menghina..

    p/s : Salam Aidilfitri ya ^^

  4. Salam.
    Maaf, lama tak memberi respons sebagai hadiah untuk artikel-artikel a.Luqman yang sangat memberi.
    Bukan apa, tahun akhir pengajian ini membantutkan niat saya. Huhu
    Tapi untuk entry ini, saya terharu. Sungguh!
    Alhamdulillah waAllahuakbar!
    Kasih Allah itu tetap ada pada setiap makhluk ciptaanNya..

    (^_^)V
    smile in peace!

  5. Salam.

    Terima kasih semua atas respons. Jika ianya bermanfaat, amatlah dialu-alukan untuk dikongsi bersama kenalan lain.

    Hidayah itu datangnya dari Allah, kita hanya mampu untuk berusaha.

  6. Subhanallah…
    Alhamdulillah…

    Akhi, boleh ana ‘copy and paste’ cerita ni?

  7. Ramlah: Bukan kata copy paste, nak print, nak photocopy pun boleh!🙂

  8. Another sweet story…

  9. masyaAllah… terharunya bila baca.

    minta izin nak share kat FB ye.
    =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: