Posted by: y4ku24 | September 3, 2010

Kembara Turki: Dia mencariMu di situ.

[Berikut merupakan satu artikel ala-ala cerpen yang aku dapat daripada sahabat karib aku untuk dimuatkan secara eksklusif di dalam Warungkampung.  Atas permintaan, aku tak siarkan nama beliau di sini. Ceritanya menarik, semoga mendapat iktibar, di kala isu ini hangat diperdebatkan di Malaysia. Tiada tokok tambah dari aku, 100% cerita dan pendapat beliau sahaja.

Aku berbesar hati untuk menerima artikel-artikel dari korang, apa-apa tajuk pun tak mengapa, asalkan tidak begitu sensitif. Sepenuh kredit akan aku bagikan kepada korang.

Selamat beramal di akhir Ramadhan!]

Pagi itu aku bersama-sama teman-teman sekumpulan bergerak ke Sultanahmet Camii, atau lebih terkenal dengan nama Masjid Biru, simbol kegagahan Islam di kota Istanbul. Kami masuk ke dalam masjid melalui pintu pelawat di sebelah kanan masjid sebagaimana pelawat lain. Pegawai-pegawai masjid yang berkawal di pintu masuk itu buat fashion check dulu sebelum menghulurkan plastik kasut dan kain kepada pelawat untuk menutup mana-mana bahagian tubuh yang terdedah atau bahagian yang sendat. Faham-fahamlah fesyen pakaian mahasiswa-mahasiswi Jepun ni kadang-kadang lebih barat dari barat. Tutup, jangan tak tutup.

Luar nampak purba tapi dalam, masyaAllah. Sesiapapun boleh melopong bila tengok keindahan interior masjid ini. Nak kagum lagi, masjid ini masih gagah menjalankan fungsinya sekalipun dah berusia nak dekat 400 tahun.

Sultanahmet Camii atau Masjid Biru

Aku dan teman sekumpulan hanya bersama di waktu pagi dan lepas itu kami berpecah di Egyptian Bazaar di Eminönü. Hari ini aku hanya mahu ke Egyptian Bazaar, Grand Bazaar, dan kalau masuk waktu solat balik semula ke Sultanahmet Camii. Tujuan ke bazaar cuma nak beli mushaf Qur’an made in Turkey, rehal made in Turkey, dan serbuk teh epal hijau made in Turkey. Selebihnya cuci mata. Plan yang ringkas untuk hari ini. Aku ditemani sahabat aku yang seorang ini.

Kami masih di Egyptian Bazaar masa azan Zuhur memecah langit Istanbul.

“Tak sempat kalau nak ikut solat berjemaah dekat Sultanahmet Camii ni. Macamnilah, kita ke sana Asar nanti, dan pastikan sampai di sana sebelum azan. Macamana?” aku cuba membetulkan schedule yang dah tersasar.

“Kalau macamtu, kita gerak awal ok.” kata dia tanda setuju.

Aku solat Zuhur di Yeni Camii atau Mosque of the Valide Sultan yang sangat dekat dengan bazaar. Seorang nenek yang tengah bagi roti kering dekat puluhan burung merpati yang berlegar-legar di luar pintu masjid membuatkan tangan aku gatal nak ambil gambar dia. Alahai ditutup pula mukanya lepas tu mengomel marah-marah. Bagus nenek ni. Masih kuat mempertahankan privacy.

Pastinya Asar petang itu mengujakan sahabat aku yang seorang ni sebab dia akan bersolat buat pertama kali dalam seumur hidupnya. Sejak di Jepun lagi dia menyuarakan keinginannya untuk bersolat. Aku plan nak merealisasikan impiannya itu di Sultanahmet Camii. Ada dua sebab aku pilih Sultanahmet Camii. Satu, supaya dia dapat bersolat di dalam masjid World Heritage yang terkenal serata dunia itu. Aku yakin ini akan memutikkan pengalaman manis dalam hidup dia, Dua, Sultanahmet Camii yang besar dan terkenal itu pasti akan menampung jemaah yang ramai dan pelbagai, baik dari rakyat tempatan mahupun pelancong muslim. Situasi ini aku cuba gunakan untuk tunjuk dekat dia yang Islam itu universal, boleh bersebelahan berlaga lengan dalam solat tanpa mengira negara, tanpa mengira warna kulit, dan tanpa prejudis.

Egyptian bazaar berlatarbelakangkan Yeni Camii

Muslim yang baik

Dia memang sudah bersedia hari itu. Pakaiannya sesuai untuk masuk ke masjid, tudung pun dibawa sekali disimpan dalam beg tangan, brooch yang aku hadiahkan pun dibawanya sekali. Maha Suci Allah, sebaik-baik Perancang. Aku dan dia berwudhu di tempat wudhu lelaki supaya boleh aku mengajarnya berwudhu.

“Salam Aleykum.” pemuda bersuit kelabu yang berwudhu di sebelah aku menegur.

“Waalaikumsalam.”

“Where are you from, brother?” dia bertanya sambil melirik senyuman.

“Malezya.……and she is from Japan, a friend of mine at the same university.” aku cuba memperkenalkan sahabat aku ini,Tomita (nama sebenar).

“She isn’t a Muslim, so I’m trying to teach her how to take wudhu. I’m sorry if she makes you feel uncomfortable.” saja menambah sebab nak elak fitnah la katakan.

“Masya Allah. My name is Enes. I work and stay here. Here, take my cell phone number. Call me if you need any help during your stay in Istanbul. Keep up good deeds, brother.” dia menghulurkan kertas bertulis nombor telefon dan alamat emel.

Allahuakbar. Indahnya persaudaraan Islam ini.

Sabda Rasuluallah saw,

Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kerana Allah.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)

“Cari mana-mana makcik yang nampak baik dan duduk sebelah dia. Masa solat nanti cuba lirikkan mata perhatikan gerak-geri makcik tu dan tiru sebiji-sebiji. Jangan takut, jangan gemuruh, bertenang je bila solat nanti ye.” Itu saja yang mampu aku nasihatkan dia memandangkan tiada siapa yang aku kenal dalam ruang solat muslimah untuk aku minta tolong. Dia pula tak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tinggalkan dia di ruang solat muslimah dan bergerak ke ruang solat di depan.

Jemaah mula masuk ke masjid menunggu azan Asar

Solat berjemaah dah selesai. Wirid pun sudah. Aku menunggu dia di pintu masuk utama. Wah, wajahnya menunjukkan suatu kegembiraan.

Sesuatu telah berlaku di ruang solat sementara menunggu azan. Tomita telah didatangi seorang muslimah Turki, pelajar universiti katanya. Pengakuan jujur Tomita yang dia adalah non-Muslim barangkali telah mengusik muslimah itu. Segala Puji bagi Allah yang Maha Penyayang, Tomita tidak ‘diusir’ keluar dari ruang solat, malah amat mengejutkan aku yang dia telah ditunjuk ajar cara bersolat oleh muslimah itu sementara menunggu iqamah. Siap ada rehearsal sekali !

Tomita bernasib baik bertemu dengan muslim yang baik dan berhati terbuka. Aku bersyukur untuk kasih sayang yang Allah swt kurniakan padanya dengan ‘menghantar’ muslimah itu.

Aku selalu bercerita dekat Tomita pasal ciri-ciri muslim yang baik. Muslim yang baik akan baik hubungannya dengan Tuhan, lakukan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang ditegah. Satu lagi syarat nak jadi muslim yang baik ialah baik juga hubungannya dengan manusia, baik muslim mahupun non-muslim, tak kira warna kulit.

Dia dah biasa dengan environment persaudaraan Islam sebab dia selalu datang ke program-program anjuran Islamic Culture Association di kampus di Jepun, cuma belum berkesempatan mengecap keindahan bersaudara. Rata-rata tak ramai mahasiswi muslimah yang datang ke program, jadi culture exchange sesama mahasiswi pun jarang. Mahasiswa muslim lebih mendominasi baik sebagai ahli jawatankuasa mahupun sebagai peserta. Ke masjid pun sudah di bawa, tapi sayang masa Isya’ hari tu takda seorang pun di ruang solat muslimah.

Hari ini, di Istanbul, rezeki dia bertemu dengan dua orang muslim Turki yang baik, di rumah Allah swt, yang memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Ini menguatkan lagi kepercayaannya terhadap konsep persaudaraan dalam Islam oleh muslim yang baik. Kita memang akan dapat bertemu dengan muslim yang baik di masjid kerana muslim yang baik akan selalu ke masjid.

Kami meninggalkan Sultanahmet Camii untuk menaiki tram ke Grand Bazaar. Sambil berjalan ke hentian tram, dia asyik bercerita pasal perbualan dia dengan muslimah tadi. Hatinya begitu tersentuh dan dia masih tak percaya dan tak sangka yang dia dilayan sebaik itu.

Itu ialah ayat-ayat Al-Qur’an

Kami datang semula ke Sultanahmet Camii malam itu untuk Isya’ berjemaah. Masjid dahpun ditutup untuk menerima pelawat bagi memberi peluang jemaah mengambil alih dewan solat.

“Kali ni saya tak solatlah. Saya tunggu awak di luar saja.” dia berkata.

Dia penat barangkali lepas berlegar-legar dan tawar-menawar sakan di Grand Bazaar tadi.

“Kalau macamtu awak duduk saja di dalam. Situ lebih selesa sebab awak boleh duduk.”

“Boleh ke?” dia tanya.

“Kalau pak guard tanya, awak cakaplah awak nak tengok solat. Jomlah masuk. Dalam lebih panas, luar sini sejuk” aku beriya-iya mengajak dia masuk. Tak sampai hati nak biarkan dia menunggu di luar.

Sementara aku berwudhu, dia mengenakan hijab.

Pelawat-pelawat non-Muslim lain pun ada juga disitu duduk di ruang belakang sambil mengamati dinding dan siling yang indah itu. Versi malam memang tak mengecewakan. Aku yakin mereka disitu bukan kerana siling dan dinding semata-mata, tapi juga kerana ingin melihat solat.

Selesai bersolat aku skip wirid bersama-sama dan meninggalkan jemaah dan menuju ke arah Tomita yang menunggu di belakang sana.

“Boleh tak saya duduk lagi sebab saya nak dengar apa yang sedang dibacakan.” responnya terhadap aku punya isyarat jom gerak. Allah swt mahukan aku berwirid barangkali.

“Pertama kali saya mendengar apa yang dibaca imam masa kamu semua berdiri dalam solat tadi.” dia mula bersuara lepas senyap membisu mengamati wirid tadi. Tekun betul dia mendengar.

“hmmm….susah saya nak terangkan. Saya tak faham apa yang dibacakan itu tapi hati saya terasa sejuk mendengarnya. Menenangkan dan menyenangkan.” tambahnya dengan ekspresi tipikal orang Jepun bila menerangkan sesuatu yang complicated untuk dijelaskan.

“Itu ialah petikan ayat-ayat dari Al-Qur’an.” aku menjelaskan.

“Oh ye ke. Awak mesti boleh baca Qur’an kan.”

“Membaca sajalah. Kalau nak faham maksud, saya kena ada terjemahan di sebelah.” aku jujur di situ.

“Awak sangat beruntung. Awak ada kepercayaan pada Tuhan dan awak bersungguh-sungguh dengan kepercayaan itu dan awak mesti tak pernah rasa sendirian sebab awak ada Tuhan. Hidup awak lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya rasa hidup saya semacam kosong.” dia berkata dengan nadanya sedikit sadis.

Aku biarkan saja dia bercakap dan terus bercakap tanpa aku mencelah. Yang boleh aku rumuskan dari cerita-ceritanya, dia semacam tersepit antara fahaman atheist yang menjadi tunjang masyarakat Jepun hari ini dan keinginan merasai kegembiraan hidup seperti aku, sebagai muslim.

Sultanahmet Camii, sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim sedang ‘mencari’ Penciptanya. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim,  kunjungannya disambut dengan kasih sayang, iaitu kasih sayang Allah swt dan kasih sayang manusia-manusia beriman. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia ini telah terbuka mata untuk mensyukuri kelahirannya sebagai seorang muslim.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” (Al-Qasas: 56)

Di Jepun, aku hadiahkan dia sepasang baju kurung dan sehelai tudung sutera yang aku minta seseorang di Malaysia tolong belikan.

Ya Allah, terima kasih kerana membawa dia ke masjid itu. Dia mencariMu di situ.

Jangan dihalang non-Muslim ke masjid !

-n0t y4ku24-


Responses

  1. subhanallah…kisah yg sangat baik..
    bkenaan isu ‘menghalang non-muslim ke masjid @ surau’ ni, sedih mengenangkan.. harusnya kita menjadi muslim yg penuh toleransi dan penuh hikmah.. berlapang dada lah dengan kehadiran mereka, bukan dicemuh dgn kata-kata kurang enak. inilah saatnya kita menunjukkan keraian Islam terhadap mereka.. sensitiviti siapakah yg tergugat dengan kehadiran mereka, andai kita seorang muslim yg baik, yg mahukan semua hamba Allah mengagungkan-Nya..huhu..
    astaghfirullah..

  2. keindahan islam itu tidak terlihat pabila isu agama dipolitikkan secara kotor

    bila kita menuding jari kepada org….kita tak sedar jari2 lain menuding balik ke kita….

    cerita yang menarik dan berharap agar saudari tersebut diberi hidayah allah dan menerima islam & kekal sbg muslim w/pun mungkin terkeliru apabila menemui sisi2 muslim lain yg mungkin 180 darjah berbeza dgn muslim yg beliau jumpai sebelum ini….

  3. Mungkin suasana in dan sebagainya ada kaitan dengan mazhab hanafi yang lebih terbuka dalam berurusan dengan bukan islam. wallahua’lam.

  4. @zacharias: mungkin juga ada kaitannya, saya pun tak pasti. cumanya dari konteks imam syafie pula, memikirkan kefakehan ilmu beliau, saya yakin dia pun tiada prejudis terhadap nonmuslim dan sedia menerima dan berbincang.

    masalahnya mungkin letak kepada pemikiran/adat setempat. kalau tak silap saya, di Pakistan juga mazhab hanafi, tetapi mereka lebih conservative, dan mungkin kurang toleransi dengan nonmuslim.

  5. Salam….betul tu…. jangan dihalang non muslim ke Masjid. Saya juga pernah ke Istanbul dan lain2 bandar di Turki selama 10 hari. Jelas Islam menyatukan pelbagai bangsa. Jelas konsep begini sgt berkesan utk dakwah, menarik serta mendedahkan ajaran ISLAM kepada non-muslim. Waktu di UK dulu ada seorang cina yg bukan muslim datang berbuka puasa dgn kami, lepas tu dia nk cuba bersolat, dia x dihalang malah duk kt dlm saf lagi… Di Malaysia dah la jarang/susah nk tgk non muslim masuk masjid… Tiba2 ada pula pekara yg mengeruhkan keadaan serta tanggapan non-muslim terhadap muslim di Malaysia…

  6. Bukan kata imam syafii tak faqih, tapi rakyat malaysia yang ‘bertaqlid buta’.

    Betulkah orang di Pakistan lebih conservative dan kurang tolenransi? saya rasa kurang tepat kot.

    Penat, berapa banyak kali kena halau dari masjid bila bawa kawan bukan islam ke masjid. Hikmah di sebalik kes YB Teo ni ching, adalah sekarang lebih ramai ajk masjid yang tahu tentang fatwa majlis fatwa. Harap2 takde la kena halau lagi lepas ni.

  7. Assalamualaikum dan selamat hari raya.

    Sudah balik msia kah?Lama pulok tak melawat warung ni.Maklum le ingatkan time ramadhan tutup.Hehe.

    Masyaallah,kalau betul lah cerita ni,mesti la kohai yang tulis kan?Aku sbg senpai terasa malu yang amat bangat sbb selalu lupa betapa mujahadahnye muslim nihonjin mencari hidayah sedangkan aku masih lagi berfoya-foya!Thanks for waking me up.

    Kalau ikutkan memang banyak kisah benar non muslim yang mencari hidayah Allah yang ‘kandou’.Aku pon ade la satu dua.Nanti boleh share.do send me an email with your contact no

  8. waalaikumsalaam dan selamat hari raya juga.

    dah di msia skrang, kerja di pahang. cerita ini oleh rakan sebatch, tetapi diminta untuk dirahsiakan nama.

    amatlah dialu-alukan untuk share bersama. email saya: y4ku24@hotmail.com

  9. Salam. Terima kasih kerana membaca artikel yang tak seberapa ni. Terima kasih juga buat Luqman sebab berbesar hati menyiarkan dekat warungnya yang indah permai ni

    Berminatnya Tomita pada Islam ialah kerana kuasa Allah swt, semestinya. Bukan kerana dorongan saya, jauh sekali saya yang merancang. Saya takda intention utk menyampaikan da’wah dekat kawan2 (Jepun) satu course. Datang ke kampus semata2 untuk kuliah, & jumpa kawan nak berborak. Saya cuma hidup biasa sebagaimana saya – solat, mestilah, puasa di bulan puasa, bersedekah & senyum sokmo, elak mengumpat (orang Jepun suka mengumpat) dll, biasa je kan? But, amazingly, my humble daily lifestyle is where they (especially Tomita) started learning Islam from, not from words on promoting Islam.

    Just my humble opinion by explaining psychologically, Tomita is a result of The Butterfly Effect – an inspiring theory that every action matters (I strongly suggest you to learn this theory). Someone will be shifted and shaped by the moves you make and the actions you take.
    So, lesson of the story: just be a good muslim, and insyaAllah you will inspire others.

    @zacharias : keep up good deeds, bro

  10. Salam.

    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

    Sepertinya, saya sendiri menjadi saksi guru non-muslim saya berkunjung ke masjid hampir setiap hari selepas habis waktu persekolahan. Alhamdulillah, sebelum saya tamat persekolahan, beliau meletakkan Islam sebagai pegangannya. Kini beliau telah berkahwin dengan seorang muslimah bertuah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: