Posted by: y4ku24 | August 30, 2010

Tak kenal, maka tak cinta: Hartal 1947, revisited

[Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia! Tahun ini sambutan hari merdeka sungguh bermakna, kerana ianya berada di dalam 10 hari terakhir Ramadan, sekali gus fasa yang disebut sebagai fasa pembebasan (baca: memerdekakan diri) dari api neraka.
Mari kita perbanyakkan doa, disamping bersyukur dilahirkan di dalam negara Islam yang merdeka, juga semoga kita semua dikurniakan Allah kemerdekaan dari nerakaNya di akhirat kelak. Amiin!]

Suka aku bangkitkan tentang dua isu sempena Hari Kemerdekaan ini:

1) Pencipta Jalur Gemilang

Hanya sebagai trivia menarik, kerajaan Malaysia telah perakui dan mengesahkan bahawa pereka/pencipta Jalur Gemilang ialah Mohamed Hamzah. Ini muka dia:

Allahyarham Mohamed Hamzah yang kacak

Almarhum Mohamed Hamzah ini pangkat datuk saudara aku sebelah Johor!

Tak percaya sudah.

Walaupun aku tak sempat untuk berjumpa, aku turut berbangga dengan jasa beliau. Nice job tok ngah!

2) Apa itu Hartal?

Entri ini pernah aku tulis pada awal tahun lepas. Memandangkan bagi aku video ini amat membuka minda terhadap sejarah negara, aku rasa ada eloknya aku bangkitkan isu ini sekali lagi. Tak kenal maka tak cinta. Rakyat Malaysia sekalian, video di bawah wajib ditonton!

Korang pernah dengar cerita sejarah tentang Hartal 1947?

10 tahun sebelum merdeka dahulu, something happened. Sesuatu yang mengakibatkan pihak British cuak dan terpaksa memandang hasrat rakyat bumi Tanah Malaya untuk merdeka secara serius. Apakah peristiwa tersebut? Mari kita layan dokumentari buatan anak-anak Malaysia ini. Aku bagi sepenuh kredit kepada Fahmi Reza dan krew yang telah mengusahakan dokumentari yang hebat dibawah. Syabas!

Kesimpulan besar yang aku boleh buat dari video ini: Terlalu ramai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan sejarah. Mereka ini adalah the unsong heroes of Malaysia (hero-hero Malaysia yang ‘tidak dinyanyikan’). Kemerdekaan negara bukan proses setahun dua, malah lebih panjang dari itu. Sudahkah kita terlupa jasa para pejuang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Burhanuddin Hilmi, Ahmad Boestamam dan lain-lain?

Merekalah para pencetus api semangat untuk merdeka. Jasa mereka ini terlalu besar untuk kita lupakan.

Mari kita saksikan, helaian sejarah yang tidak selalu kita dengari.

(Sediakan masa 45 minit sahaja untuk tonton dokumentari ini. Jangan risau, korang takkan menyesal! )

-y4ku24-



Responses

  1. “jasa” sultan2 yg menjemput kehadiran penjajah (dengan menyarahkan tanah sebagai habuan perlindungan) mcm sudah lenyap dari fikiran org ramai…

  2. salam
    hmm sisi sejarah menarik dan perlu dikaji…
    mcm konspirasi teori plak sejarah malaysia ni hmmm…

    btw mmg nampaklah yakuza ada iras2 dgn Allahyarham Mohamed Hamzah =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: