Posted by: y4ku24 | August 27, 2010

(This Month’s Feature) Teori Tingkap Pecah: Mencegah gejala tak puasa.

Suatu ketika dahulu, di era sekitar 1990-an, New York merupakan sarang jenayah. Bunuh sana, rogol sini. Kadar jenayah cukup tinggi.

Pentadbiran buntu.

Masyarakat semakin takut.

Penjenayah semakin bermaharajalela.

New York sudah nyawa-nyawa ikan, tunggu masa untuk huru-hara (chaos) berlaku.

Sehingga suatu hari, dua orang yang berkaliber dilantik memegang jawatan sebagai pengelola sistem transportasi dan ketua polis transit. Nama mereka ialah David Gunn dan William J Bratton . Dengan kerjasama datukbandar New York dan ketua polis New York ketika itu, dalam masa beberapa tahun, jenayah di New York jatuh merudum.

Sesuatu yang mustahil telah dicapai. Mereka telah ditabal sebagai hero-hero New York!

Salah seorang hero bandar New York, William Bratton.

Apakah resepi kejayaan mereka, sehingga kadar jenayah dapat dikurangkan sebegitu drastik?

Artikel ini adalah cerita bagaimana pihak berkuasa New York berjaga mencegah kadar jenayah yang tinggi, dengan berpandukan teori Broken windows (teori tingkap pecah).

Teori tingkap pecah ini dipopularkan oleh seorang saintis sosial yang bernama James Q Wilson dan George L Kelling . Istilah ini terkenal di dalam ilmu criminology (hal ehwal jenayah). Prinsipnya mudah, dengan mengambil analogi sebuah rumah usang yang mempunyai banyak tingkap.

Sekiranya salah satu daripada tingkap itu pecah (orang baling batu, atau sebab lain) dan tidak dibaiki segera, ia akan mengundang  situasi yang lebih teruk, di mana kemungkinan pula akan ada budak nakal lain yang akan memecahkan tingkap yang lain, kerana dia memikirkan di situ tiada pengawasan atau penyeliaan, maka tindakannya tidak akan dikantoi/diperhatikan.

Lama-kelamaan akan ada orang yang berani pecah masuk ke dalam rumah itu (mencuri dan sebagainya). Lebih teruk, akan ada budak nakal (mat ganja?) yang akan mula jadikan tempat itu sebagai sarang maksiat/jenayah.

Analogi di atas cuba menggambarkan realiti sebenar. Sekiranya sesuatu jenayah/tabiat buruk, walaupun sekecil mana, seperti longgokan sampah, atau contengan grafiti di dinding awam tidak ditangani, ia akan membawa kepada kesan yang lebih besar, kerana para pelaku kesalahan sedar bahawa tiada pengawasan pihak berkuasa di situ.

Selalu kita tengok insiden seperti ini kan? Satu sahaja bag sampah cukup untuk memulakan longgokan sampah di tempat-tempat sebegini.

Gambar di atas cukup menggambarkan situasi ini di Malaysia. Asalnya memang dipapan tanda itu tiada sampah. Tetapi mungkin dari sampah plastik kecil kanak-kanak (atau orang dewasa yang tak faham bahasa), ia akan menular menjadi tempat buangan sampah pula! Mana taknya, semua orang tahu larangan di papan tanda itu hanya retorik sahaja! Kesannya bukan longgokan sampah sahaja, malah pencemaran bau akan terhasil, dan akan menjadi port binatang berpenyakit seperti tikus dan nyamuk.

Berbalik kepada cerita New York di awal artikel, di atas polisi ‘toleransi sifar’ (zero tolerance), pihak berkuasa sana telah mengetatkan pengawasan dan memastikan mana-mana jenayah kecil yang boleh merebak menjadi jenayah besar ditangani.

Gunn dan Bratton telah bergabung untuk memastikan contengan grafitti di subway New York dibersihkan, dan pengguna subway yang cuba mengelak daripada membayar tambang tiket (sesuatu yang ramai lakukan) ditangani segera. Dengan George Kelling sebagai penasihat, mereka cuba melihat sejauh mana kebenaran teori tingkap pecah ini.

Kalau difikirkan, memang tak masuk akal perkara sebegini kecil dapat membendung jenayah besar. Tetapi itulah kesannya, setelah undang-undang ketat sebegini diimplimentasikan. Cuba kita ambil contoh pencegahan dan pembersihan dinding yang dipenuhi graffiti.

Secara amnya, ianya satu kesalahan, kerana ‘merosakkan’ harta awam. Tetapi memandangkan graffiti itu mungkin cantik, dan tidaklah seteruk membunuh orang atau mencuri, pihak berkuasa selalunya tidak mengambil tindakan. Tetapi inilah yang dikatakan ‘sebuah tingkap yang pecah’. Dengan adanya graffiti dan tidak ditangani, tempat seperti itu memberi isyarat secara tidak langsung bahawa ianya ‘tidak diperhatikan pihak berkuasa’. Disebabkan ini, para penjenayah akan tertumpu untuk membuat jenayah lain yang lebih berat di situ (sama juga rumah yang usang menjadi port mat ganja)!

Menyedari hakikat ini, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas untuk membersihkan graffiti di dinding kereta api subway, yang selama ini hanya dibiarkan. Tindakan ini rupanya serampang dua mata.

Satunya, ia mencegah dari menjadi ‘pusat jenayah’. Keduanya, ia amat menyakitkan hati pelukis graffiti, kerana kadang kala lukisan cantik graffiti mereka memakan masa selama beberapa hari untuk siap (kerana mempunyai banyak lapisan cat). Sudahlah habis duit, masa dan tenaga, pihak berkuasa pula sengaja tunggu sehingga mereka siap melukis, untuk mengecat semula dinding itu dalam masa beberapa minit sahaja! Mana tak menangis artis-artis jalanan itu! Taubat tak nak buat dah!

Begitulah juga dengan mereka yang cuba elak dari membayar tambang tiket. Pihak berkuasa meletakkan pegawai di pintu masuk platform subway, supaya pengelak tiket dikenakan denda. Ini sekali gus memberi isyarat semula kepada awam (dan juga penjenayah) bahawa ‘polis kini berkuasa semula, jadi jangan main-main’.

Hasil daripada tindakan kecil seperti ini (termasuk juga membendung tindakan mereka yang membasuh cermin kereta orang ketika lampu merah dan meminta duit), seperti yang diramalkan, kadar jenayah besar jatuh merudum. New York semakin hari semakin pulih. Tindakan ‘remeh’ telah mencegah jenayah yang jauh lebih berat seperti membunuh.

Teori tingkap pecah telah dibuktikan kebenarannya.

*     *     *     *     *

Suka aku memikirkan tentang teori ini dengan cara mencegah jenayah/maksiat besar yang sering melanda Malaysia. Salah satu pandangan peribadi aku telah kemukakan di dalam entri yang sebelum ini (sila rujuk TMF: Camera detector, patut ‘halal’ atau ‘haram’? ). Kali ini, memandangkan kita sedang di dalam bulan Ramadan, izinkan aku memberi sedikit pandangan tentang cara membendung beberapa isu semasa yang semakin meruncing ini.

1) Gejala tidak puasa dikalangan kaum lelaki Islam

Yang ini cara pencegahannya straight forward. Jabatan agama boleh membuat pengumuman tentang mana-mana  restoran yang memjual makanan kepada kaum lelaki pada siang hari, mereka akan didenda dengan denda yang berat. Walaupun ada kaum lelaki yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa seperti membuat kerja berat sehingga tak mampu untuk berpuasa, pandai-pandailah mereka membawa bekal/masak sendiri. Lelaki yang makan di khalayak ramai tidak dibenarkan secara muktamad. Walaupun atas sebab musafir.

Bila ada yang mula, akan ada yang menyusul. Bukan sahaja yang berani mulakan itu diberi amaran, malah yang ‘bersubahat sekali’ (pekerja restoran) sepatutnya dikenakan denda.

2) Isu restoran tak halal

Bagi aku, walaupun pemeriksaan dibuat dan restoran dipantau, restoran sebegini masih berani untuk menghidangkan makanan yang haram. Sudah tiba masanya jabatan agama menggunakan taktik ini:

(i) Jangan terlalu lembut dengan mereka! Selalu yang keluar dalam TV atau berita ialah, restoran tersebut menyediakan makanan yang diragui kehalalan. Ayat sebegini sungguh lembut lagi berbudi bahasa. Sudah didapati mengandungi arak atau khinzir, atau tidak disembelih dengan cara Islam, jabatan agama patut berani menggunakan perkataan H-A-R-A-M.

‘Makanan yang disediakan di Restoran X adalah HARAM dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam’

Ha, barulah pengguna ambil perhatian, dan restoran tersebut (serta restoran lain) jadi cuak. Mengguna perkataan ‘diragui kehalalan’ menimbulkan persoalan di dalam hati pelanggan, “Jadi, kemungkinan ianya halal pun, ada juga ya?”. Dengan kenyataan seperti di atas, barulah restoran-restoran akan mengambil perkara ini serius.

(ii) Jabatan Islam perlu berani menyebut NAMA restoran tersebut. ‘Sebuah restoran di daerah Klang’ langsung tak membantu rakyat untuk memilih untuk tidak ke situ. Di Klang sahaja aku fikir beratus, malah mungkin beribu restoran di situ. Ada dua kesan besar dari keadaan ini:

(a) Lebih mengundang kepada paranoia/gelabah tak tentu pasal. Kerana tidak tahu restoran mana satu yang disebut, akhirnya rakyat yang menjaga makan minum takut untuk makan di luar!

(b) Mengundang fitnah menfitnah antara pemilik restoran dan pelanggan. “Jangan pergi situ, aku dengar yang dalam berita tu cerita pasal restoran tu lah!”

Tindakan jabatan agama untuk ‘menjaga hati’ restoran makanan haram itu sebaliknya membawa impak yang lebih teruk!

Kesimpulan

Jika diselak helaian sejarah para sahabat Nabi saw, kita dapati juga bahawa setelah Baginda saw wafat, Saidina Abu Bakar, khalifah pertama yang dilantik juga tidak mengambil ringan tentang trend enggan membayar zakat, malah golongan yang mengisytihar diri mereka murtad. Mereka ini diperangi ketika trend itu baru sedang mengumpul momentum. Dengan izin Allah, trend-trend tersebut dapat dibendung daripada merebak.

Inilah cara yang terbaik. Kesilapan/kekurangan yang perlu dibaiki pasti ada, dan seharusnya dibaiki sesegera mungkin. Jika dibiarkan, akan menularlah lebih banyak keburukan daripada yang kecil itu.

Mencegah memang benar lebih baik dari mengubati. Tetapi sekiranya pencegahan tidak dapat membendung juga, mengubatinya sesegera mungkin jauh lebih baik daripada menunggu ianya melarat.

Sekadar berkongsi pendapat.

-y4ku24-

Rujukan: The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell


Responses

  1. Pihak berkuasa jepun kini mula bertindak tegas dengan melesenkan sebilangan manga yang popular, agar tidak diupload di internet. Dan rancangan television juga dicegah daripada di-upload di laman video Youtube.

    mungkin mereka juga menggunakan teori ini, menghapuskan jenayah besar dengan memulakan pencegahan daripada jenayah kecil😀

    JZKK saudara luqman

    terima kasih kerana perkongsian🙂

  2. tuh la motif hudud pon

  3. teknik nih ada specific time line tak untuk perhatikan kesannya?

    btw, kalau setakat menguatkuasakan undang2 kepada rakyat je tapi masih lagi leniant pada yang tertentu.. tak jadi juga.. aih~

  4. @ Syafiq: ha, baru la nak mengomen. selama ni silent reader je😛
    @ c’s: itu saya tak pasti. tp apa yg c’s bangkitkan benar. masalah besar di ar*b sa*di ialah apabila rakyat dipotong tangan sekiranya mencuri, tetapi keturunan raja di sana yg berjudi, rasuah dll tak diambil tindakan.

  5. salam.. sy sgt stuju. sepatutnya kes mencuri, tak puasa, zina, rasuah.. ah pendek kata segala jenis jenayah la perlu ditangani dengan cara ni.

    and setuju jugak dengan kata Mr.Huhu.. hukum hudud adalah contoh terbaik. mungkin hero2 new york tu ada buat kajian tentang hukum hudud.. who knows.. hehe..

    btw, nice entry. very informative.

  6. salam,

    memang undang2 di gubal utk mencegah akan tetapi ramai juga yg pandang sebelah mata jek.. macam pakai tali pinggang, bile nampak polis baru kelam kabut nak pakai (aku la salah satu contohnye) padahal tali pinggang tu penting utk keselamatan.. mcm kat singapore, kat sane kalau buang sampah/hatta buang chewing gum pun akan dikenekan denda teruk (kalau tak silap kalau kantoi kene gantung sampah kat tengkuk dan ade notis besar) tak ke malu.. dan kalau mkn dlm train, cari nahas la.. sah sah pastu ade pegawai dtg mintak 500SGD tahu.. kat sini, undang2 sekadar undang2 padahal ia harus membentuk mind-set/attitude citizen tu.. (ceh panjang cam blog lak) ok just my 2cents

  7. […] 2) Teori Tingkap Pecah […]

  8. nice words. sepatutnya benda2 mcm ni makin lame makin berkurang.. ini tak. makin worst.. sy pernah jgk dpt feedback from one of my teacher, dia ad pergi tesco kajang.. then nampak a group of people [llki n perempuan] mkn dgn selumbernya kt situ..of coz muslim. Then, dia pg lah wat aduan dkt sorang amil yg bkk kaunter zakat fitrah kt c2.. dgn slumber nya amil tu just cakap “ye ke?” pastu wat bodoh.. Macam mne tu?

  9. Salam perkenalan saudari Nailofarhazirah.

    Thanks for the sharing. But to be fair to the amil, dia pun sebenarnya ‘tiada kuasa’ untuk menangkap mereka yang tak puasa itu. Pentauliahan beliau hanyalah dalam mengutip zakat.
    Statusnya sama saja dengan saya dan anda serta cikgu anda. Bila kita tiada kuasa, memang susah untuk membendung gejala sebegini. Itu lah perlunya kepada pihak kerajaan yang memandang perkara ini serius dan meluluskan rang undang-undang berkenaan denda yang berat kepada yang tak puasa.

    Sekadar pendapat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: