Posted by: y4ku24 | August 16, 2010

Psikologi dan bola Pt 3: Ruang Peribadi (Personal Space)

[Entri ini sepatutnya dikeluarkan ketika dunia hangat menyaksikan Piala Dunia 2010. Tapi sebab aku sengal, entri ini terperap lama di dalam draft. Ah, pedulikan Piala Dunia sudah lama habis, entri ini masih releven!!]

Istilah psikologi ini selalu didengari, dan mungkin korang sendiri tahu mengenainya. Walaupun tak nampak, setiap manusia mempunyai ruang bulat dikelilingnya, di mana ruang itu menafsirkan ruang peribadi seseorang. Semakin dekat dengan diri individu itu, semakin ia dikhaskan untuk segelintir orang sahaja. Seperti rajah di bawah,

Jika diikut penjelasan gambar rajah di atas, ruang yang radiusnya lebih besar (antara 1.2 hingga 3 meter) dikhaskan untuk ruang sosial, untuk orang yang tak dikenali, orang awam dan sebagainya. Ruang antara 0.5 hingga 1.2 meter pula adalah untuk mereka yang kita rapat, seperti kawan, keluarga sanak saudara (ruang personal). Manakala yang paling intim dengan kita (0 hingga 0.5) dikhaskan kepada individu tertentu sahaja, seperti adik beradik dan suami/isteri. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ruang bulat di hadapan atau sisi kita. Itu sebab jika ingin cari tempat kosong di dalam kereta api, seboleh-bolehnya kita akan jarakkan diri dengan orang kita tak kenali. Bukan tak percayakan dia, tapi memang itu naluri semulajadi, untuk ‘masukkan’ orang asing tersebut dalam ruang sosial.

Sekiranya orang yang tak dikenali menghampiri ruangan personal, kita akan tak sedap hati. Malah orang golongan personal yang masuk ke ruang intim juga akan menyebabkan kita tak selesa. Memang ruang ini KHAS untuk orang yang sanggup kita berpeluk dengannya sahaja! Boleh dikira berapa ramai individu yang masuk dalam kategori ini.

Jadi, apa kaitannya personal space dengan bola?

Kalau korang cekap, korang akan dapati yang ruang peribadi ini kerap kali ‘dipecahkan’ di dalam mana-mana perlawanan bola (atau acara sukan yang lain). Bila lagi kalau bukan tengah meraikan jaringan gol! Ya, memang tak dinafikan mereka ini mungkin sudah rapat dari awal, tetapi kalau korang fikirkan, berapa ramai kawan kita yang kita sanggup peluk dia sambil guling-guling atas padang di khalayak ramai, walaupun memang ketika itu kita meraikan sesuatu kejayaan? Lebih-lebih lagi di kalangan lelaki!

Satu-satunya masa yang kaum lelaki tidak akan dipandang serong bila berpelukan atas padang. (http://houston.theoffside.com)

Memang berpeluk-pelukan setelah menjaringkan gol sudah menjadi suatu kebiasaan, dan tak salah pun. Cumanya, cover-coverlah sikit, sebab beribu saksi yang nampak.

Dan kalau korang tak nak disalah anggap ketika berpeluk itu, bolehlah korang cari benda lain untuk dipeluk:

Nota tambahan: Selain daripada bola dan sukan, ada satu lagi situasi yang ‘memaksa’ kita membuang personal space, iaitu ketika beribadah, seperti ketika solat (rapat ke sebelah, rapat ke depan), mendengar majlis ilmu (sunnah Nabi, para pendengar perlu rapatkan diri kepada penyampai) dan tawaf haji.

Dan pada pendapat aku, seorang pendakwah juga perlu pandai berkomunikasi untuk merapatkan jurang antara mereka dan golongan sasaran. Lebih-lebih lagi zaman moden ini, yang memberi banyak ‘membantu’ mencipta ruang peribadi sendiri, seperti mendengar ipod, main psp, bersms dan lain-lain. Walaupun secara fizikalnya ruang peribadi mereka telah kita tembus, jangan lupa ada ruang peribadi lutsinar itu!

-y4ku24-


Responses

  1. informative tapi santai.😉

  2. Eh eh..teori ini teori dalam subjek selling saya huhu..

    majoriti orang zaman sekarang, tak ada dah ruang social dan personal..tapi, terus je ke intimate..

  3. impressive…tp bab dlm train tu…rasenye sume dlm intimate range…susah nk dpt social range…hahahah

  4. @realisticjunky: thanks! salam ramadan.

    @iliana: ha, leh elaborate skit tp terus je ke intimate tu? ilmu saya tak sampai tahap tu!😛 tq

    @nizam: alamak, akhirnya terkantoi gak blog aku ni ek. huhu.
    dalam train leh dpt social range, time2 cuti raya nanti. haha

  5. salam ramadan dan selamat berpuasa

  6. erm..itu yek..macam ni la lebih kurang ek,
    kalau kita nak berkomunikasi dengan seseorang, kita kena start slow-slow..start dengn ruang social dulu..kalau terus lompat ke intimate, orang akan jadi tak selesa dan fikir orang ni mesti ada masalah..bukan semua orang boleh berborak dengan seseorang tepuk-tepuk bahu kan..

    teori ni ajar kita untuk beretika dalam bersosial atau berkomunikasi

    masalahnya, ramai yang dah tak beretika..terutamanya jurujual..suka-suka je nak terus ke ruang intimate..patut slow2..dr social, tengok respond positif, baru ke ruang personal, kemudian intimate..itu tanda kita dah percaya..kalau lompat je, itu bukan nak merepatkan, tapi menjarakkan..sebab menyampah kot huhu..

    ruang intimate tu tanda orang tu dah percaya kat kita tahap gaban..

    p/s : huraian lari dari topik bola =p

  7. cakap pasal ruang peribadi.. Byk benda perlu kita amk kira utk adjust diri kita untuk blog, fb, ym dsb..

    Skrg ramai yg xberapa value privacy sendiri (tp bleh rs mcm public figure) sampai nak tidur (i mean to something unneccesaary to be announced), semua dlm frenlist tahu.. Adei

  8. @arsaili: salam ramadan dan selamat berbuka puasa!

    @iliana: betul3. bukan kata jurujual, malah yg muda pun sudah kurang beradab dgn yg tua. walaupun tidak secara fizikal, tetapi bab membahasakan diri pun saya anggap ada ‘personal space’ juga. tak boleh sewenang2nya guna perkataan AKU dengan semua org.

    @c’s: bab yg ni mmg benar, dan boleh tengok tahap mentaliti pemikiran remaja sekarang. malangnya mmg tak dpt dinafikan yg suka bercerita ttg emosi dan perasaan selalunya wanita, itu yg senang terjerat dengan perangkap lelaki jahat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: