Posted by: y4ku24 | August 12, 2010

Ukhwah itu wajib, Iftar berjemaah itu sunat!


Ramadhan Mubarak (sumber: http://www.sjsu.edu)

[Soalan: Warung mana yang time bulan Ramadhan lah masa yang dia nak bergiat semula? Jawapan: Warungkampung lah, mana lagi!

Selamat datang duhai tetamu agung, ya Ramadhan. Selamat menyambut bulan penuh berkat aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Semoga Ramadhan kita lebih baik dari yang sebelumnya. Amiin.

Ramadhan kali ini mengingatkan aku tentang nostalgia pahit di bulan Ramadhan suatu ketika dahulu, sewaktu aku berada di negara matahari terbit. Teruskan membaca untuk mengetahui cerita tersebut.

Sempena Ramadhan ini juga, azam aku supaya dapat meneruskan semula penulisan blog ini, di celah-celah kerja yang semakin banyak. Yosh!!]

“Hey brother, what is this email?! You wrote this email?! You think our food is haram!? How dare you!!!”

jerit seorang mamat Hasan dari negara Y, tiba-tiba masuk ke dalam dewan iftar tak bagi salam.

Semua hadirin yang menghadiri majlis iftar malam tu memalingkan kepala ke arah mamat itu. Dua orang lagi kawan dia yang mengiring turut menjerit ntah hape hape ntah, dalam bahasa negara sendiri. Suasana jadi tegang tak tentu pasal. Hampir-hampir bergaduh di kala tengah sama-sama menjamu selera private iftar hari itu. Ya, baru saja kami para tetamu sedang menjamu selera berbuka puasa, tiba-tiba mereka datang tak diundang.

Brother Jamal (bukan nama sebenar) yang diherdik dan diloncar segala tuduhan ketika itu diam sahaja. Tak membalas, tak bangun. Cuma brother-brother lain ketika itu menyelitkan diri antara Brother Hasan dan Jamal untuk mengelakkan ‘perang saudara’ berlaku.

Aku sendiri jadi cuak. Tengah layan makan masakan negara luar, ada pulak rancangan live world wrestling federation di depan mata. Aduhai saudara-saudaraku, kenapa sampai tahap ini?! Majlis iftar yang merupakan selling point untuk tunjukkan kepada non-Muslim bahawa kita sesama umat Islam bersatu menjadi majlis berpecah belah. Yang amat menyedihkan lagi, memang beberapa orang non-Muslim Jepun telah dijemput untuk hadir sebagai ‘VIP’ semata-mata untuk menunjukkan ‘kemanisan ukhwah’ sesama Muslim. Aku hanya mampu geleng kepala. Dalam banyak-banyak waktu, time ini jugak la nak bertekak pun. Aduss!

Segalanya berpunca dari sepucuk surat.

Memang menjadi kebiasaan, kami di sini akan beriftar beramai-ramai pada hari ahad. Setiap minggu akan bertukar masakan dari wakil beberapa negara. Kebetulan minggu lepas turn negara Y. Memandangkan ramai di kalangan ahli negara Y adalah peniaga kedai, salah satu restoran mereka telah mendapat ‘tender’ untuk menyediakan makanan untuk minggu itu.

Makanan minggu itu, fuh, lavish tak ingat. Memang sedap bukan main. Almaklum, masakan kedai. Disebabkan itu majlis iftar, aku tak banyak soal. Makan saja, jangan fikir banyak-banyak. Dan memang itulah adab yang diajar Islam. Jikalau dihidangkan makanan oleh saudara seIslam, tidak perlu tanyakan samaada halal atau tidak, agar tak tersinggung saudara tersebut.

Menjaga hati saudara seIslam adalah lebih penting.

Cuma kebetulan ada dikalangan saudara disini yang masih kurang berpuas hati. Selepas selesai iftar, dia masih lagi ingin bertanya. Lalu dihantarnya sepucuk surat kepada mailing list komuniti Islam di sini. Ayatnya berbunyi lebih kurang begini:

“Assalaamualaikum. Saya dengar makanan iftar yang lepas dibuat oleh restoran di Sendai. Saya telah bertanyakan Brother Ihsan dan Brother Nabil samaada makanan iftar yang lepas itu dari restoran mereka atau tidak. Mereka kata bukan. Boleh sesiapa beritahu saya dari mana datangnya makanan iftar itu?”

Memang sudah diketahui umum bahawa restoran Brother Ihsan dan Brother Nabil menyediakan makanan halal 100%.  Sesetengah restoran yang dimiliki orang Islam yang lain diragui status kehalalan mereka, kerana masih menyediakan minuman alkohol untuk pelanggan Jepun mereka. Walaupun mereka tetap pertahankan bahawa walaupun ada disediakan arak, makanan daging ayam mereka halal. Namun itu saja tak dapat meyakinkan sebahagian besar saudara Islam di sini. Mereka tetap tidak mengunjung kedai-kedai seperti itu, walaupun tidak terang-terangan membantah tindakan pemilik kedai seperti itu.

Persoalan email Brother Jamal itu telah menghangatkan isu ini kembali. Secara tidak langsung, persoalan itu berbaur seperti mahu ditanya: “Yang kita makan aritu halal ke?”. Maka naik anginlah pemilik kedai itu, lalu menyerbu jamuan iftar kami tanpa segan silu.

Setelah jerit pekik itu dapat diredakan oleh para hadirin, Brother Syed, penganjur private iftar kali ini, sekali gus merupakan ‘Tok Sheikh Sendai’, bangun lalu memberi sedikit kata-kata.

Brother Jamal masih menundukkan diri.

Brother Hasan pula masih bermuka merah.

Ucapan Brother Syed ringkas, tetapi sungguh bermakna.

“Wahai saudara seIslamku, ketahuilah bahawa ukhwah dikalangan kita ini WAJIB, dan iftar berjemaah yang kita lakukan ini hanyalah SUNAT! Jika dengan iftar sebegini boleh memecah belahkan kita, saya cadangkan mulai sekarang kita hapuskan amalan iftar sebegini lagi!”

Semua para hadirin terdiam. Brother Hasan yang tadinya emosional bukan main pun hanya mampu terdiam. Sungguh benar kata-katanya. Lalu aku teringat kisah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, yang suatu ketika dahulu pernah hadapi situasi yang hampir sama. Agaknya Brother Syed mencontohi dakwah secara hikmah yang ditunjukkan Hasan Al-Banna.

Hadirin jemaah di Mesir bertengkar sesama sendiri berkenaan solat tarawih, samaada dibuat 8 rakaat atau 20 rakaat. Dipaksa Hasan Al-Banna untuk menjadi penentu yang mana satu patut dibuat. Lalu beliau menjawab “Ukhwah Islamiyah itu wajib, solat tarawih itu sunat. Ayuh hari ini kita tidak lakukan yang sunat, tetapi perkukuhkan yang wajib!”. Daripada menunding jari kepada siapa yang salah, beliau telah think outside the box lalu memilih jalan penyelesaian yang paling cantik.

Ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku memohon kepadaMu, agar Engkau kurniakan kepadaku ilmu dan hikmah para Nabi dan ‘alim ‘ulamaMu, agar dapat ku menjalankan kewajipan dakwahku dengan lebih efektif. Amiin.

-y4ku24-


Responses

  1. salam

    lama x membaca coretan warungkampung…
    akhirnya terubat rindu di bulan puasa ini =)
    apa cerita sekarang?

  2. artikel yang mantap. Thanks untuk sharing.

  3. assalamualaikum;

    tajuk pun sudah jelas menampakkan isinya. tq.

    ‘Ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku memohon kepadaMu, agar Engkau kurniakan kepadaku ilmu dan hikmah para Nabi dan ‘alim ‘ulamaMu, agar dapat ku menjalankan kewajipan dakwahku dengan lebih efektif. Amiin.’

    semoga dimakbulkan & selamat menjalani ibadah puasa.🙂

  4. thanks for sharing..

    mohon copy ke facebook..

  5. @KA: salam ramadan. huhu, draft berlambak je, cuma malas ke tak nak update.
    skrang aku kerja kat Univ msia pahang. baru masuk bulan 7 aritu.

    @fareast: waiyyaka. duduk ni negara asing, cubalah kumpul pengalaman2 camni.🙂 budak dai mana?

    @ina: waalaikumsalaam. amiin.

    @nukleonsf: salam ukhwah. dipersilakan!🙂

  6. finally,an entry =)
    thanks 4 sharing,reminding me what’s more important~

  7. Ramadhan Mubarak buat luqman sekeluarga! mungkin luqman boleh google ‘SAMSA GREGOR SALLEH’ satu kejahilan yg nyata dalam masyarakat kita hari ini, dan mungkin ada ramai lagi diluar sana! teruskan berdakwah, dan ramai lagi yg memerlukan pedoman dan petunjuk.. biiznillah..

  8. Salam.. best pengalaman macam ni.. pengalaman sendiri lebih mengesankan.. terima kasih atas perkongsian, ingatan yang perlu disemat kemas2..

  9. well written and well said


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: