Posted by: y4ku24 | June 30, 2010

Buku Misi 8A, ke arah sinergi komik dan belajar.

Baru-baru ini aku mendapat email dari reader blog ini yang bernama Nazry. Dia dan adiknya telah menghantar senaskah komik secara percuma (thank you!) yang mereka hasilkan sendiri untuk aku memberikan komen dan kritikan membina, kerana topik ini pernah aku bangkitkan pada entri sebelum ini (Rujuk: ‘Belajar fizik melalui manga?‘). Sebelum aku mengomen panjang, elok juga aku perkenalkan sedikit tentang komik mereka.

TENTANG KOMIK

Komik ini dihasilkan oleh Nazry dan Afiq Abdul Salam, adik beradik yang cemerlang di dalam PMR dan SPM masing-masing. Komik ini adalah terbitan Komik-M (anak syarikat PTS), dan merupakan antara salah satu daripada beberapa komik yang dihasilkan mereka.

SINOPSIS

Manga ini mengesahkan tentang usaha seorang pelajar (Aizad) yang bakal menduduki PMR untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan itu dengan bantuan rakan pintarnya yang baru dikenali, Zahid. Pelbagai plot menarik diselitkan sepanjang perjalanan cerita.

KOMEN

Antara poin-poin kekuatan komik ini:

– Walaupun dalam usia muda, Afiq (pelukis) telah menghasilkan hasil lukisan yang boleh dibanggakan. Karakter dan jalan cerita juga ada kesinambungan. Syabas!

– Banyak terselit di dalam komik ini tip-tip cemerlang 8A yang boleh dipraktikkan oleh para pelajar yang membaca.

– Banyak insiden di dalam jalan cerita yang mengajar secara tidak langsung tentang tip-tip dan kaedah belajar. Beberapa yang menarik minat aku: (1) Penerangan tiga pecahan subjek-subjek PMR, iaitu kategori linguistik, kategori fakta dan kategori ‘daya fikir dan kreativiti’. (2) Perkaitan menghafal dan memahami. (3)Penekanan bab rohaniah, yang semestinya sebagai seorang pelajar Islam tidak boleh diabaikan.

– Aksi dan lawak ala-ala manga yang berjaya membuat aku tergelak (walaupun aku ini jenis yang susah untuk gelak). Ini aku tabik spring kepada mereka berdua!

Poin-poin yang boleh diperbaiki:

– Memandangkan komik ini menceritakan tentang PMR, antara kekurangan yang pada pendapat aku penting untuk ditekankan ialah soal menimbulkan MINAT pelajar yang membaca di dalam subjek-subjek PMR. Bagi aku, minat dapat memacu sesiapa sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa jemu. Dan sudah pastinya setiap subjek, lain caranya untuk kita timbulkan minat. Lebih-lebih lagi bagaimana untuk menimbulkan minat terhadap matematik dan sains perlu ditekankan, kerana dua subjek ini adalah antara subjek yang susah untuk dikuasai. Soal menimbulkan minat ini boleh diselitkan secara tidak langsung di dalam jalan cerita komik.

– Walaupun beberapa fakta trivia dikemukakan, aku rasa kebanyakan fakta yang ditulis kurang membantu/tidak berkait dengan jalan cerita serta topik ‘belajar’. Mungkin boleh diselitkan lebih banyak fakta trivia ke arah subjek belajar, contohnya subjek paling lemah pelajar Malaysia, atau perbandingan sistem belajar di Malaysia dengan luar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, bagi aku komik ini mempunyai plot yang menarik disamping lukisan yang cantik dan isi kandungan yang bermanfaat. Tetapi jika dibandingkan dengan konsep manga yang saya paparkan sebelum ini, komik ini mengambil pengalaman peperiksaan PMR itu sebagai isi utama cerita. Sebaliknya, manga yang saya sebutkan sebelum ini mengajar sesuatu subjek (seperti fizik) dengan menggunakan medium manga. Ini adalah cara untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran itu. Pun begitu, bagi aku, beberapa tip-tip cemerlang yang diselitkan secara langsung dan tidak langsung di dalam Misi 8A pasti amat berguna untuk diamalkan para pelajar.

Mungkin Nazry dan Afiq boleh mengorak langkah ke arah menghasilkan manga yang boleh mengajar secara bersahaja dan menimbulkan minat para pelajar PMR/SPM dalam beberapa subjek peperiksaan.

Akhir kata, Nazry dan Afiq, good job!! Majulah dunia komik (yang bermanfaat) untuk negara!

-y4ku24 3n60r23s ‘m1s1 8A’-


Responses

  1. Assalamualaikum.

    Ana menumpang seronok dengan ulasan yang anta kongsi. Salah satu kekuatan utama Komik ini juga ialah, ia menggunakan Bahasa Malaysia baku tanpa menjejaskan keenakan membaca.

  2. Waalaikumsalaam

    Nampaknya bukan ana seorang yang perasan. Memang sesuatu yang memberi inspirasi apabila dapat membaca komik berbahasa baku.

  3. Assalamualaikum,

    Terima kasih banyak-banyak di atas ulasan dan komen yang diberikan. Saya dan Afiq sangat menghargai kesudian Luqman untuk menulis entry berkenaan komik kami di blog ini.

    Insyaallah kami akan berusaha lagi dan terus berkarya ke jalan yang baik dan diredhai Allah … ^___^

    Terima kasih juga kepada Ustaz Hasrizal di atas komentar yang diberikan …😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: