Posted by: y4ku24 | June 25, 2010

Psikologi dan bola Pt 2: Neural Mirroring

[Update blog: Berbeza dengan entri sebelum ini, fenomena psikologi kali ini adalah benar dan bukan direka-reka. Serius tak tipu. Agak menarik juga, kerana boleh diaplikasikan dalam banyak bidang.]

Hakmilik Fifa

Kadang-kadang ilmu datang tanpa diundang. Itulah hakikatnya bila aku dapat satu ilmu baru di bawah ketika sedang menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris (EILTS) dua tahun yang lalu.

Korang pernah dengar istilah mirror neuron, atau neural mirroring (cermin neuron)? Satu universiti di Itali ketika mereka mengkaji sekumpulan monyet telah mendapati bahawa neuron di dalam bahagian tertentu otak monyet yang sedang melihat kawan dia membuat sesuatu aktiviti menjadi aktif seperti neuron yang diaktifkan oleh kawan yang membuat aktiviti itu.

Kawan dia makan pisang, neuron kawan dia dibahagian A menjadi aktif. Dia yang hanya melihat tanpa berbuat apa-apa pun tanpa disedari telah mengaktifkan neuron bahagian A sendiri!

Ini namanya neural mirroring, di mana otak monyet yang hanya melihat itu berfungsi seperti otak monyet yang menjalankan aktiviti itu. Fizikal tak gerak, tapi otak gerak.

Bila neural mirroring ini terbukti di dalam alam haiwan, saintis beralih kepada alam manusia pula, dan mereka juga berpendapat manusia pun mempunyai sistem mirror neurons ini. Maka bila kita melihat seorang pemain bola bermain bola (ambil contoh bolalah, demam bola punya pasal), otak kita bergerak seolah-olah kitalah yang menggelecek itu. Perasan sungguh! Itu yang jadi kes terterajang kaki kawan sebelah bila tengok pemain pasukan sendiri hendak tendang bola menjaringkan gol, sebab neuron yang aktif sudah terlebih agaknya.

Perkara ini bukan sahaja sebagai perkara trivia. Apabila bahagian otak itu terangsang, malah selalu dirangsang, maka kita lebih mudah melakukan perkara itu. Budak yang suka main game bola, walaupun hanya melatih tangan (sebab pegang controller game) saja, tak mustahil bila betul-betul di padang, boleh jadi lincah juga! (Aku sendiri memang ada kawan seorang yang power main bola sebab dia suka tonton dan main game bola, walaupun dia jenis jarang bermain di padang.)

Walaupun dengan bermain bola di padang hakikatnya perlu kepada gerakan fizikal, otak adalah aset utama dalam menggerakkan tubuh badan. Bagaimana untuk gelecek, tendang, tanduk, pas, dan lain-lain, semuanya kerja otak. Jadi tak hairanlah jika kita selalu menstimulasikan otak kita dengan melihat perbuatan itu, otak kita menjadi ‘sudah terbiasa’ dengan aktiviti itu, malah menjadi lebih mudah untuk menggerakkan badan membuat aksi tersebut.

Tapi, kita kena ingat, walaupun mungkin kajian ini terbukti, tak bermaksud kalau korang nak diet, tengok orang eksersais saja sudah cukup. Mungkin korang boleh pandai lakukan eksersais itu dengan hanya menonton di TV, tapi kalau nak bakar lemak kena eksersais sendiri juga beb!

Tapi bagi aku, yang paling bes tentang penemuan ini ialah, korang dapat lagi satu alasan untuk tengok piala dunia kalau mak korang tak bagi tengok.

“Ali nak latih otak jadi seperti otak Ronaldo ni mak, tu yang kena tengok jugak tu!”

-y4ku24 10v35 w0r16 cu9-

P.S.: Untuk membaca lebih lanjut berkenaan mirror neuron, bolehlah layari wikipedia dan lain-lain.


Responses

  1. salam…lama rasanya tak menulis komen di blog ini =)

    hmm menarik idea di atas…kalau camtu nak pandai dlm sesuatu kena selalu tgk la hmm…

    rasanya boleh diaplikasi dalam study ke, en y4ku24???

  2. btw sangat menyukai gambar baru warungkampung

    klasik tp utuh tak makan dek zaman =)

  3. salam KA. utk study, kalo tenung lama2 formula dalam buku, akan hafal, so mungkin boleh guna juga.

    thanks. gambar tu ditangkap sendiri. di bandung, indonesia.🙂

  4. ilusi2.. muscles xcukup nak accommodate dgn apa yg otak buat.. huhu.. btw, winning starts from thinking right

    ps semakin terasa suasana warung kampung =) nice

  5. salam, hehe.. menarik2, kalo tengok bola memang rase kite yang ade kat padang tu.. agak2 kalo suke tengok cerite kungfu boleh terer berkungfu tak?

  6. 😀 fes time buka blog ni.
    menarik!
    suka baca pasal psikologi.

    trima kaseh!

  7. terima kasih kerana menjenguk. suka bidang psikologi? kita sebulu.😉
    bawahbumi boleh baca entri2 berkenaan psikologi saya dalam kategori ‘Selangkah ke alam sains sosial’.
    jika bawahbumi juga suka membaca buku, saya boleh rekomenkan beberapa buku yang bes berkenaan ini untuk dibaca.

  8. owh.
    tula,otak dah tepu lama tak baca buku psiko.
    tunggu balik baru nak angkut buku banyak2!
    buku apa?

    tQ.blaja bidang psiko ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: