Posted by: y4ku24 | June 23, 2010

Psikologi dan bola Part 1

Hak milik adidas

Kalau korang sudah ikuti blog aku agak lama, atau korang ini stalker, suka stalk aku, korang akan tahu yang aku ini suka bola sepak sebagai pass time. Jadi memang sedang diawang-awangan ketika musim bola sekarang ini. Oh, indahnya!

Tetapi, seperti banyak entri yang telah aku keluarkan, korang juga akan tahu yang aku suka topik psikologi sebagai topik bacaan sampingan.

Suatu hari yang sedap untuk mengelamun seorang diri, aku terfikir, alangkah indahnya sekiranya aku dapat gabungkan dunia psikologi dengan dunia bola. Maka lahirlah idea gila-gila/kelolo (bak loghat perak) di bawah. Hakcipta idea gila di bawah adalah terpelihara. Siapa ambil idea aku ini buat tesis, aku sumpah dia jadi bola Jabulani!

PERKAITAN POSISI BOLA DAN SIFAT ANDA

Soalan: Jika diberi pilihan korang bermain bola untuk satu pasukan professional, di manakah posisi yang korang rasa paling sesuai untuk pegang (dengan rela hati ar, bukan kena buli senior pegang posisi yang korang tak nak)?

A) Penjaga gol la beb

B) Kesian ar, bagi defender cukup

C) Pemain tengah la macho

D) Of courselah striker!

Sedar atau tidak, jawapan korang di atas menentukan sifat sebenar korang dalam kerja berkumpulan!

Jika korang pilih…

PENJAGA GOL

Fuh, korang memang terer. Sudah la dalam banyak posisi, posisi penjaga gol paling tak feymes. Mungkin salah satu sifat korang ialah:

Korang berjiwa kental, sanggup ambil kerja keras dan tanggungjawab berat. Tambahan pula kadang-kadang kerja keras korang tak buahkan hasil yang baik (walaupun sehebat mana korang boleh tahan pun, akhirnya kalo striker tak gol, paling hebat pun seri saja).

– Mempunyai sifat kepimpinan, tetapi korang lebih suka low profile, dan berani menanggung risiko menjadi orang pertama dikritik sekiranya berlaku apa-apa kesalahan dalam kumpulan (kalah game sebab bolos), walaupun banyak kesalahan itu bukan salah korang pun!

DEFENDER

Walaupun dalam kumpulan, korang lebih suka berlow profile, tapi selalu kena buat kerja berat. Korang suka tengok kumpulan berjaya dengan hasil penat lelah korang, tapi tak suka mencapub bila berjaya. Lebih kurang situasinya dengan penjaga gol, tapi tak seteruk itu, sebab korang ada team member yang kerja lebih kurang sama berat.

MIDFIELDER

Korang ini selalunya perancang strategi kumpulan (playmaker) dan penyumbang idea (goal-assist), walaupun selalunya bukan korang yang dapat kredit.

– Suka membantu setiap ahli kumpulan, kadang-kadang dengan kerja ringan, kadang-kadang dengan kerja berat (tolong striker, tolong defender). Disebabkan ini, korang ada stamina tinggi.

STRIKER

Korang ini suka mencapub, walaupun kadang-kadang sumbangan korang tak seberapa pun (korang jaring satu gol, tapi defender dan penjaga gol bermati-matian cegah bolos). Pun begitu, kehadiran korang amat penting. Contoh kerja korang ialah jurucakap kumpulan. Buat kerja cemerlang macamana pun, kalau presentation dia hampeh, satu kumpulan kalah juga.

Korang suka posisi yang korang pegang ini sebab bila dapat kejayaan, korang orang yang pertama yang orang tabal sebagai hero, walaupun kerja korang paling ringan. Kalau kalah pula, korang orang yang terakhir dipersalahkan (orang persoalkan kenapa boleh bolos lebih daripada kenapa striker sudah 10 kali try tak gol-gol juga). Umpama jurucakap tak boleh jawab soalan ketika sesi soal jawab, yang akhirnya satu kumpulan dikritik, bukan jurucakap. Memang posisi ideal untuk semua orang.

*     *     *     *     *

Kesimpulannya, semakin korang duduk di posisi atas, semakin mencapub la diri korang.

Posisi kesukaan y4ku24?

Mana lagi kalau bukan STRIKER! Wahaha, mencapubnya akuuuu!

-y4ku24 l0v35 f00t6411-


Responses

  1. Aku suka posisi midfield sebab nampak cool walaupun stamina sekadar boleh tahan. Aku dah baca tulisan ni, jadi nak minta izin untuk aku cerita kat student aku besok pagi kuliah subuh.

    Bolehkan.

  2. 200% boleh, tapi aku tak tahu isi entri layak dijadikan isi kuliah subuh atau tak!

  3. Hehe. Sangat menarik. Tapi kan, memang setiap bende yang kita buat tu ada kaitan dengan personaliti kita kan. Lagi2 bola. Ade perkaitan dengan sume bende.

    Rasanya tu yang paling best bila main bola. Bila sume personaliti bergabung demi kejayaan bersama. Bila dapat sinergikan suma watak dalam team baru akan ada teamwork kan.

    p/s: Kat mesia men bola lagi tak tu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: