Posted by: y4ku24 | June 15, 2010

Komik satu petak

[Update blog: Aku sedang mengatur satu projek artikel bersiri khas untuk blog aku ini yang aku fikir agak macho. Tetapi memandangkan ianya memerlukan masa, harap korang setia menanti.]

Kalo readers yang ada ikut cerita aku dulu, pernah aku sebutkan yang aku dulu pernah ‘berbisnes’ dengan komik buatan sendiri.

Mengeledah harta karun rumah baru-baru ini, aku terjumpa beberapa helai komik yang pernah aku buat ketika aku darjah 6 dulu. Semua idea original sendiri mari, tapi inspirasi terbesar aku dalam membuat komik satu petak (single frame comics) ini ialah komik Gary Larson, The Far Side. Lawak komik yang kreatif dan perlu fikir baru faham untuk gelak. Cuba tengok komik di bawah. Boleh faham tak? Mesti faham punya, korang kan power!

Hak milik Gary Larson, sifu aku.

Walaupun komik-komik satu petak aku berikut agak straight forward lawak dia, untuk budak darjah 6, aku rasa boleh bagi markah lulus kesian jugak la.

1) ‘Waiter, waiter!’

Lawak jenis ini agak klasik, seperti lawak ‘Knock, knock!, Who’s there?’. Rasanya lawak jenis ini bersepah di dalam internet, jadi kepada yang tak biasa dengar, boleh la layari internet ye. Di bawah adalah  lawak ‘waiter, waiter!’ versi sendiri.

(Customer: Waiter, waiter! There is a fly in my soup! Waiter: It’s supposed to be there sir, it’s fly soup! Customer: I forgot!)

2) Realiti pemain basketball zaman dulu

Antara lawak-lawak sifuku Gary Larson ialah, mencampuradukkan realiti moden dan realiti zaman dahulu. Memang selalu lawak dia menjadi. Contohnya lawak dibawah (usaha orang asli cuba merahsiakan daripada saintis bahawa mereka juga sebenarnya advance!)

Salah satu alat menyeksa di penjara zaman dulu (dungeon) ialah dengan menarik tangan banduan ke atas dan kakinya ke bawah supaya badan terpisah dua. Komik di bawah aku gabungkan antara seksaan ini dan bayangan aku tentang realiti pemain basketball dulu kala.

(How to make basketball players taller in the old days)

3) Perspektif dua ekor lalat

Aku sangat suka komik Gary Larson sebab banyak lawak dia berkisarkan tentang perspektif binatang terhadap dunia sekeliling. Contohnya komik di bawah:

How birds see the world (Hak milik Gary Larson jugak)

Di bawah adalah komik aku jenis ini, versi lalat.

((In front of variety of soups) Where shall we play today?)

That’s all folks!

-y4ku24-


Responses

  1. wow. ini memang biasa terfikirkan. cabaran utama yang dihadapi nanti ialah, memang kelakar itu menjadi dalam pemikiran bahasa inggeris. tapi bila diterjemah ke dalam bahasa melayu, terasa ada sesuatu yang tak kena atau tak sampai. lebih kurang macam orang melayu cuba buat ‘stand up comedy’ dalam bahasa melayu.
    man kena cari formula tu. bukan nak kata bahasa melayu tu tak bagus, tapi, satu pengolahan tersendiri perlu ada.

  2. p/s errr lain le kalau memang nak buat dalam english… hehe

  3. yep, setuju. kalau buat dalam bahasa melayu macam tak kena.yang paling mudah nak tengok tak menjadinya kalau lawak tolak [push] n tarik [pull]

  4. @ tembakau n c’s: mmg sesetengah lawak sedap ditulis dlm english dr bahasa malaysia, dan vice versa pun sama. kadang2 tajuk entri pun suka ubuh english punya, sbb rasa lg sedap! heh heh.

    nak senang lawak international ialah, buat style gary larson, tak byk ckp, tp lukisan je yg lawak. cumanya, kadang2 sesetengah tu tak berapa international. contohnya kalo dia buat lawak psl humpty dumpty, kalo sapa kenal tergelak la, tp kalo apa tak kenal, mmg ternganga.

    saya dulu time awal2 baca far side, tak dpt tangkap byk juga, sbb general knowledge rendah lg. kadang2 tu bila baca blk setelah lama tinggalkan, baru faham lawak dia.

  5. […] entri aku sebelum ini iaitu ‘KOMIK SATU PETAK’, aku peminat single frame comics (SFC) semenjak kecil. Komik jenis ini selalunya tidak menyajikan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: