Posted by: y4ku24 | May 25, 2010

Walaupun dengan istilah lain…

Sekadar hiasan yang lawa

[Update blog: Blog aku ini dalam transisi untuk diupgradekan. Tunggukan berita seterusnya!]

Lihat terjemahan Surah Isra’ ayat 23 ini:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Ayat di atas selalu dibaca berkenaan pentingnya untuk kita berbuat baik dengan ibu  bapa (birru waalidain), sehingga tak boleh menyebut bunyi ‘uh!’. Aku pasti ramai yang lega, “Fuh, nasib baik, aku tak tergolong dalam orang yang sebut tu!” (sebab aku dulu pun fikir camtu!)

Tapi uh, jangan cepat berasa lega! Dari ceramah yang pernah aku dengar sebelum ini, ustaz yang membicarakan tentang ayat ini cuba menjelaskan bahawa, asalnya perkataan tersebut adalah perkataan lazim yang digunakan orang Arab untuk menempelak orang lain ketika tidak setuju/tak suka. Jadi perkataan ini senang mengguris hati orang lain, lebih-lebih lagi jika ditujukan kepada para ibubapa.

Jika kita orang Malaysia ambil dari konteks perkataan ‘Uh’ itu saja, memang kita SEMUA anak-anak soleh belaka, sebab tak pernah guna! Sebenarnya yang lebih ketara untuk difikirkan ialah, dari sudut ibu bapa boleh terguris atau tidak dengan perkataan kita. Jadi jika diambil dari segi adat setempat kita di Malaysia, mungkin perkataan yang lebih sesuai ialah

‘Aaaaah’!!!

Kan sakit hati kalau kena ayat ini dengan orang? Rasa nak sedekah penampar sulung je. Jadi, khas untuk umat Islam di Malaysia, sama-samalah elakkan diri menggunakan perkataan ini.

“Yezza, seumur hidup aku tak pernah guna ayat ini kat mak bapak!”

Rileks dulu, aku tak habis cerita. Sebenarnya ada lagi satu ‘perkataan’ yang selalu kita guna yang juga memberi impak yang sama, yang ustaz itu juga highlightkan. Perkataan ini susah aku nak istilahkan, tapi korang semua mungkin tahu.

Orang Barat sebutnya ‘tsk’. Orang kita aku tak tahu apa diorang panggil. Berdesing? Ber’tsk’? Ber’tut’? Bunyi macam kita nak buat bunyi cicak. Atau yang sama kita guna time kita bersimpati, “Tsk tsk tsk, macamana hangpa boleh eksiden?”. (Nota: ‘tsk tsk tsk’ ini lain dengan ‘ish ish ish’!)

Bila mak kita cakap “Luqman, pergi sidai kain!”, tak perlu cakap banyak, cakap “Tsk!” saja pun sudah faham yang kita tak setuju/tensyen, dan memang boleh mengguris hati ibubapa (atau membuat mak bapak korang mengamuk, bergantung pada mood mak bapak korang time tu)

Ha, sekarang hilang lega kita betul tak? Sekiranya satu ‘tsk’ itu aku dapat ‘satu ringgit dosa’ (terhadap mak bapak), sepanjang 25 tahun ini aku rasa aku sudah jadi jutawan dosa! Uh, astaghfirUllah aladziim!

Ampunkan anakmu ini duhai ibu dan ayah!

-y4ku24-


Responses

  1. Ke lebih mudah kata.. aih~ *mengeluh*?

    adei2

  2. camne pula kalau ada yg guna -‘yelah, yelah!’- tapi dalam nada marah..

  3. Salam,

    dalam minggu ni saya sudah dapat 3 peringatan besar tentang ‘birrul waalidaini’ ini.huhu…

    Satu, email forward dr sahabat tentang kisah benar seorang pemuda yang benar-benar berbakti kpd ibunya, dan keberkatan dan balasan Allah utk mereka adalah di dunia lagi.

    Dua, kawan baik saya tiba-tiba hantarkan satu video:

    Tiga, saya buka blog saudara, dan mashaAllah, peringatan.

    Dah nak balik M’sia tak lama lagi, bila dah besar-besar baru merasai hakikat sebenar (nikmat) ada mak ayah.

    ya Allah…!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: