Posted by: y4ku24 | May 16, 2010

Bahasa tersirat tepuk tangan

Hari itu aku dan dua orang kawan aku, Kaspersky dari Rusia dan Mehmet dari Turki sedang berbincang tentang budaya setempat masing-masing.

Kas: Korang tau kan setiap negara berbeza dari segi isyarat tangan? Kalau di barat, kita buat lubang menggunakan jari ibu dan jari telunjuk tu maksudnya OK, tapi kalo di Jepun maksudnya duit, cuma 3 jari lain yg lurus tu melintang kedepan, bukan menegak.

Mehmet: Kalo di Turki lagi bes. Isyarat tangan tu maksudnya gay! Haha! Apekejadah orang Barat dan orang Jepun suka mengaku gay!

y4ku24: Haha. Menarik menarik. Tapi baru-baru ini aku dapat tahu, bukan saja isyarat tangan, malah tepuk tangan pun ada bezanya mengikut negara, lagi-lagi negara korang berdua nih.

Kas: Ha, betul la tu. Kalo lepas persembahan cam orkestra ke, opera ke, kitorang suka tepuk perlahan, menandakan kitorang puji. Bukan ‘clap!clap!clap!’, tapi ‘clap!…clap!…clap!…’. Orang Barat selalu salah anggap, sebab kalo diorang, tepuk tangan perlahan maksudnya diorang tak suka persembahan tu!

y4ku24: Kalo filem Hollywood yang jenis adventure/detective lak, diorang selalu tunjuk ketua orang jahat muncul dalam babak-babak akhir sambil tepuk perlahan, lepas hero dapat membongkar rahsia rancangan jahat dia. Kononnya nak ‘puji’ hero dengan cara perli/sarcastic.

Mehmet: Kalo di tempat aku pulak, dalam situasi tertentu, tepuk tangan laju bermaksud tak setuju juga. Ingat dulu kes Merve Kavakçi yang dikritik oleh ahli politik yang lain di National Assembly Turki sebab dia pakai tudung? Ramai yang bertepuk tangan itu bukan sebab diorang puji keberanian Merve sebab pakai tudung, tetapi tepuk tangan membantah!

Kas: Kalo di Jepun, salah satu budaya tepuk tangan diorang ialah setelah selesai party atau majlis keramaian. Majlis itu akan dihabiskan dengan satu tepukan. Seorang ketua akan sebut “Yoooooo…!”, pastu semua orang tepuk sekali, ‘Clap!’.

Mehmet: Haha, macam-macam. Malaysia takde bahasa tersirat tepuk tangan ke?

y4ku24: Jap aku fikir…..Hm, selain daripada yang biasa, ada satu lagi kot. Tepuk tangan nak hina orang.

Kas: Camne?

y4ku24: Korang berdiri, bengkokkan kaki ke tepi buat bentuk diamond, angkat tangan tegak ke atas, dan bengkokkan lengan macam kaki tadi. Tolak lidah korang di antara bibir atas dan barisan gigi atas, supaya bibir atas korang nampak macam bengkak. Lepas tu tepuk tangan! Ha, tepuk ni namanya tepuk monyet, bukan saja orang yang kena tepukan ni di hina, malah orang yang buat pun menghina diri sendiri! Two in one! Nak tepuk laju ke, perlahan ke, sekali tepuk ke, keputusannya sama je!

P.S.: Sempena Hari Guru hari ini, aku ingin memberi tepukan perlahan ala-ala Rusia untuk cikgu-cikgu/pendidik aku semua. Bravo dan terima kasih aku ucapkan!

-y4ku24-


Responses

  1. owh…ye ke kat malaysia ni da tepuk monyet??? huhu

  2. wahh~ suka entri ini..suka..suka..
    sebab saya yang belajar pemasaran ni, kena tahu benda-benda macam ni..sebab banyak kesilapan dilakukan akibat tidak mempertimbangkan perbezaan budaya ni..jenama air mineral XYZ (contoh) ditolak di pasaran negara ABC (contoh) sebab membawa maksud TANDAS..dah macam minum air tandas pula~

  3. mungkin boleh tambah tepuk belakang tangan, kat malaysia ni nampak solehah sikit, asalnya sama jer.

  4. Sebab tu syok tengok iklan HSBC. They always promote themselves as the ‘local’ bank. Jadi dia suka highlight benda2 macam ni

  5. tuh blom tepuk pengakap yg sampai skang aku xpaham ape motif die

  6. iliana: ada juga kes yg syarikat serbuk pencuci barat keluarkan iklan, gambar kiri baju kotor, pastu gambar kanan baju bersih. tetapi bila dipasarkan di Arab, org sana baca dari kanan ke kiri, jadi jadai bahan ketawa!

    muqay: betul juga. rasanya tepuk gaya tu berasal dr sekolah agama kot.🙂

    zacharias: hey, that’s a good idea. pasni buat motto “Warungkampung, the local warung”.

  7. hehehe..lawak sungguh.. nak2 yang last tuh.. tak boleh tahan gelak..best2..

  8. =))

    kalau kat asrama/sekolah, orang akan sorak n tepuk paling kuat untuk pengawas skema yang paling di’buuu’ oleh pelajar-pelajar lain, xpun untuk orang yg paling x disukai~:P

    ~

  9. Baca entry pasal tepuk tangan ni, teringat masa join program masa sekolah dulu. Dalam banyak2 sekolah yang terlibat, MCKK yang selalu dapat perhatian. Bukan sahaja kerana penampilan dan kehebatan mereka di pentas pertandingan, tapi juga cara tepukan dari penyokong2 MCKK yang hadir. Sampai sekarang tak tahu rentak tepukan dorang, tapi menarik dan rasanya memang trademark kot =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: