Posted by: y4ku24 | May 1, 2010

Sepetang bersama…Businessman Restoran Kaya

[Update blog: Telah tiba masanya aku keluarkan entri ini. Sebelum ini dek kerana aku di Jepun, maka aku terpaksa simpan dahulu. Takut-takut owner kedai ini kantoi, karang aku kena sekeh dengan dia. Tapi sebab sekarang aku di Malaysia, dia nak sekeh aku kena datang Malaysia dulu. Catch me if you can!]

“Brother Nabil (bukan nama sebenar. tapi kalau aku ubuh nama sebenar pun korang bukan kenal), how’s business?”

“Well, it is not as before, but alhamdulIllah, I am happy.”

Restoran dia kali ini jauh beza dengan restoran dia yang aku tahu sebelum ini. Dulu dia jual arak. Malah, status daging dia sama ada halal atau tak pun ramai yang meragui. Aku sendiri terpaksa tanya senyap-senyap tukang masak time dia tiada untuk tahu menu mana yang boleh makan.

Restoran kali ini dia jamin 100% halal. Arak pun tiada. Dan bila arak tiada di restoran di Jepun, itu satu killer move/kamikaze. Satu penghijrahan besar. Orang Jepun kalau tiada arak dekat restoran tak sah!

Lebih-lebih lagi bila nak buka restoran di sini, kalau nak buka restoran halal PUN, akhirnya customer yang datang masih ramai orang tempatan dari orang Islam. Implimenting the 100% halal policy was a very bold move, and it is not going to be easy. Itu Bro Nabil sendiri akui.

Mamat ini, dulu satu Sendai (bandar metropolitan tempat aku belajar) kenal dia. Di bangunan pencakar langit di pusat bandar, dia pemilik 3 restoran (masakan India, masakan Mediterranean, masakan Brazil), conquer satu floor untuk restoran dia saja. Antara ketiga-tiga restoran itu, restoran Brazil adalah yang menyebabkan dia terkenal. Restoran yang unik. Unik sebab siap ada persembahan samba! (Kepada yang tak tahu apa benda samba…anggaplah ianya sejenis kuih yang sedap.)

Monthly income dia berpuluh juta yen sebulan. Rumah dia di ‘Damansara Heights’ versi Sendai. He lived the Japanese dream.

Tetapi, tiba-tiba satu hari dia stop. Ketiga-tiga kedai terkenal itu ditutup. Dia kembali bermula dari kosong semula.

Cerita menarik mengapa Bro Nabil mengambil langkah drastik inilah yang ingin aku berkongsi dengan korang kali ini.

“Saya dulu memang jual arak, tetapi saya arahkan jualan arak itu diasingkan dari jualan makanan yang lain. Namun, apakan daya, waiter yang bukan Islam selalunya tak berhati-hati dalam bab ini. Tercampur juga duit-duit ini.” terang Bro Nabil.

Hatinya tak tenang memikirkan perkara itu.

Akhirnya, Bro Nabil mendapat ‘alamat’ yang sudah tiba masanya dia berubah. Disebabkan dirinya punyai kenalan orang-orang hebat, satu hari putera Arab Saudi menjemput beliau untuk menunaikan ibadat haji di Mekkah sebagai VIP tersebut, semuanya ditanggung.

Tiket penerbangan, penempatan di Mekkah, makanan, semuanya first class, semuanya free!

“Kamu nampak restoran di seberang jalan itu? Kamu bayangkan, setiap kali makan, jumlah makanan yang terhidang, dari sini sampai sana!” kata Bro Nabil, sambil menunjukkan jari ke arah restoran di seberang jalan. Ada juga jaraknya dalam 80 meter. Wow!

“Senang cerita, saya ketika itu satu sen pun tak keluar duit!” ujar beliau. “Tetapi kamu tahu, itulah pengajaran besar buat saya…”

Aku pasang telinga untuk mendengar ulasan yang lebih lanjut.

“Saya ketika itu banyak duit. Berkepul-kepul. Untuk pergi haji berulang kali pun tiada masalah langsung. Tetapi ketika ingin membuat ibadat yang suci seperti haji, Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada saya. Dek kerana hasil duit yang bercampur aduk dengan duit haram, maka seolah-olah Allah sedang berbicara pada saya: Aku tak ingin sesen pun duit syubhah kamu itu untuk kamu gunakannya ketika urusan menunaikan haji!

Ya Allah, sungguh mendalam mesej tersirat disebalik pelawaan putera raja itu, sehingga menyebabkan aku sendiri terdiam seketika. Sungguh menginsafkan.

Sekembalinya Bro Nabil dan keluarga dari ibadat haji, bertambah tekadnya untuk berhenti mengumpul rezeki haram dan memulakan bisnes 100% halal. Dinamakan syarikat baru itu Aiwa Halal. Restoran 100% halal yang pertama beliau pula diberi nama Zamzam.

Kini, setelah 4 tahun, bisnes beliau yang pada awalnya agak perlahan semakin berkembang maju. Beberapa restoran lain juga dibuka, dan bisnes lain juga telah dimulakan. Pelanggan Jepun yang berkunjung di restoran Zamzam beliau pun sudah sedia maklum polisi non-alcohol di restoran beliau, sehingga jika mereka ingin ke sana, samaada mereka ke restoran lain untuk minum arak, baru ke restoran beliau, atau ke restoran beliau dulu, baru minum arak di kedai lain! AlhamdulIllah, satu perubahan yang besar ke arah kebaikan, disebabkan pengorbanan yang besar dari beliau sendiri.

Kunjungan terakhir aku ke restoran Zamzam bersama rakan-rakan (Bro Nabil berdiri kiri)

Selamat maju jaya Bro Nabil. Aku mendoakan agar engkau sentiasa istiqomah dalam perniagaan halal yang telah engkau mulakan ini.

-y4ku24-


Responses

  1. Alhamdulillah… lepas ni, boleh buka cawangan malaysia, guna Nabil raja lawak jadi promoter

  2. fullamak mmg respek r

  3. What he said about the lesson God sent him is very inspirational. I hope that his business will bloom even more. Amin.

  4. booster yg sgt hebat untuk berubah…sy juga mendpt inspirasi dr artikel ini…alhamdulillah…

  5. smg aku juga tergolong dalam golongan yg sentiasa mendapat hidayah dariNya

  6. masya Allah!
    entri ni buatkan akak teringat pada saat-saat ustaz selalu menasihati kawan2 semasjid yang bukak restoran agar tak jual arak dan yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah, bukan datang dari pelanggan yang kebanyakannya Nihonjin.

    Akak pun sama mendoakan brother Nabil agar berjaya dan dirahmati dunia wal akhirah. Mudah-mudahan tindakan dia akan menjadi contoh pada teman-teman Muslim lain yang jadi businessman restoran kaya di bumi Nihon…

  7. salam,
    mendoakan semoga dia berjaya mengharungi cabaran membuka kedai/restoran halal di jepun

    mendoakan jugak lebih ramai lagi akan berbuat sedemikian jugak di sana….Amin

    btw, saudara kat malaysia? cuti?

  8. ina n nusk: iktibar yang bermakna dan berguna buat semua. 4 tahun saya pendam cerita ni tu!πŸ˜€

    a.z. haida: malangnya masih ramai yang amalkan restoran halal, tp sediakan arak di Jepun. semoga memperoleh hidayah dan kekuatan utk bertindak spt Nabil.

    KA: salam. dah balik Malaysia dah…forever. huhu. buat masa ni akan bekerja dulu di sini.

  9. fuhh, trbaek arr entri ni… thumb up to bro nabil, btol2 mnginsfkan.. sempai y4ku24 x brcita2 nk mlwat aaj ke???

  10. subhanallah, wishd others were like him.

  11. Salam. Restoran zam zam ni di mana? Senpai mana? tokyo atau Nagoaya?

  12. @mr batch28: haha, kalo ada hal boleh gak la dtg.

    @abdul rahMan: salam. zamzam di Sendai. dulu belajar di Tohoku University (ada tulis dlm Who Am I). fyi, bukan tokyo n nagoya saja yg ada restoran halal!πŸ™‚

  13. respect bro Nabil..
    tp..sng sungguh nk buat peraturan owang jepun.
    ALL THE BEST BRO NABILπŸ˜€

  14. Subhanallah, keputusan yang berani, and insha’Allah yang lebih Allah redha. Bukan senang nak buat such a big decision macam tu. Cerita ni membakar semangat insha’Allah. Kena usaha lagi Aqilah!

    All the best Bro Nabil. Moga Allah membantu your every steps. Insha’Allah this sacrifice menjadi one method of dakwah utk orang2 Jepun juga. ^_^

  15. Kalau makanan sedap dan harga berpatutan, tak ada arak pun, org akan ke restoran sana jugak. InsyaAllah. Rezeki tu kan, Allah yg bagi.

  16. Tak semua manusia mampu jadi seperti cerita semut dalam kisah Nabi Sulaiman yang sentiasa yakin dengan rezeki daripada Allah swt. Semoga kita sama2 beroleh keyakinan dan dikurniakan rezeki yang diredhai insyaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: