Posted by: y4ku24 | April 28, 2010

This Month’s Feature: Camera detector, patut ‘halal’ atau ‘haram’?

[Update blog: AlhamdulIllah, sudah menjejakkan kaki di tanah air. Warungkampung telah bertapak semula di Malaysia! Entri aku kali ini berkisar tentang pemerhatian aku terhadap perbezaan peraturan jalanraya yang digunakan di Malaysia dan Jepun.]

Sekadar hiasan (Sumber: ssm.nextfoods.jp)

Time awal-awal aku berada di Jepun dulu, ada satu ‘konsep pelik’ yang diamalkan di Jepun yang menarik minat aku. Satu konsep undang-undang keselamatan jalanraya yang di jalankan di sini.

Seperti yang tertera di tajuk TMF kali ini, menurut undang-undang jalanraya di Jepun, pembelian dan pemasangan alat pengesan kamera (camera detectors) ‘halal’! Kalau polis tahu yang korang ada pasang pun, diorang takkan saman!

“Haha, bodoh punya polis jalan raya Jepun. Sapa la yang pergi reka undang-undang ni, camne nak dapat duit saman!” Aku gelakkan diorang satu ketika dulu. Bila kaji lebih lanjut, rupanya satu dunia berbelah bahagi dalam bab ini. Sesetengah negara seperti Malaysia, Singapura dan Turki, tak boleh. Tetapi sesetengah negara yang lain pula, seperti Jepun, India dan Rusia, boleh. Sesetengah yang lain pula boleh bersyarat, separuh boleh, separuh tak boleh, dan lain-lain. (Untuk senarai negara, boleh lihat di sini.)

Contoh alat pengesan kamera (Sumber: Wikipedia)

Sebelum aku teruskan lebih lanjut, memandangkan ini isu global, aku nak tanya pendapat korang: Kalau korang jadi penguatkuasa di jalanraya satu negara X, mana yang korang lebih prefer, halalkan pengesan kamera, atau haramkan? Kenapa?

Jawapan korang bukan sebagai pemandu kereta (yang of course suka benda alah ini dihalalkan!), tetapi sebagai penguatkuasa jalanraya.

Kalau ditanya patik yang kecil ini, aku pilih untuk dihalalkan. (Maka bergembiralah para pemandu negara X kerana boleh speed ikut suka hati, dan slow down bila camera detector berbunyi, supaya tak kena saman!)

Kepada yang lebih prefer cara Malaysia, aku mintak maaf, kita berbeza pendapat dalam hal ini. (Menarik juga sekiranya korang yang lebih suka ianya diharamkan beri alasan yang kukuh dan unik untuk pertahankan pendapat korang di ruangan komen entri ini.) Tapi kerana aku pilih untuk halalkan alat ini, aku sertakan sekali alasan aku di bawah.

Bila MENGUBATI lebih diutamakan daripada MENCEGAH

Kita kena fikir balik satu benda utama dalam hal ini. Asalnya, kenapa hidden camera (kamera menyorok?) dipasang oleh polis di jalanraya?

Sebab nak saman orang? Salah!

Sebab nak kurangkan kemalangan? Ya!

Logiknya ialah, kalau kurang kereta yang membawa melebihi had yang telah ditetapkan, kemalangan juga dapat dikurangkan, sebab membawa dalam keadaan laju merbahaya kepada diri sendiri dan juga kereta yang lain.

Mari tengok dua situasi ini dengan teliti.

Kalau korang bawak laju di Malaysia, dan selepas itu kantoi dengan speed trap, mungkin esok atau hari seterusnya akan kena datang surat saman. Korang pun menyesal bawak laju, sebab samannya mahal, dan insaf tak nak buat lagi. Mungkin kadar kemalangan dapat dikurangkan sedikit, kerana yang terkena saman akan membawa lebih cermat dan mengikut had laju selepas itu.

TAPI, kalau pemandu A bawa laju melebihi had, dan kantoi dengan speed trap, cumanya dek kerana laju, sejurus selepas itu pemandu X eksiden, lalu mati, bagaimana? Biarlah selepas itu saman yang dikenakan dekat korang RM1 juta pun, pemandu A sudah mati! Tak sempat nak insaf bawak perlahan lepas ini!

Inilah padahnya menyelesaikan masalah selepas masalah itu telah lama berlaku.

Kita lihat situasi di Jepun yang ‘halal’kan alat pengesan kamera.

Pemandu B sedang bawa laju, tiba-tiba camera detector yang telah dipasangkan pada keretanya berbunyi. Dia tahu ada speed trap dihadapan, lalu mula slow down perlahan-lahan. Rupanya speed trap itu telah dipasang di tempat yang kadar kemalangannya tinggi kerana memang ramai pemandu yang eksiden di situ kerana laju. Pemandu B membawa dengan lebih cermat, sebab dia tahu kalau degil nak bawa laju juga, saman yang tinggi harganya menanti pada esok hari! Lalu kemalangan dapat dielakkan.

Kalau pemandu B berdegil juga ingin bawa laju, dia mati salah sendiri, sebab pihak berkuasa sudah ‘tegur’. Kalau selamat pun, sebab tak dengar cakap, barulah pihak berkuasa saman. Seperti budak-budak yang kalau sudah tak dengar teguran mulut, bagi teguran rotan baru mahu insaf!

Ini dia konsep bertindak MENCEGAH sebelum MENGUBATI yang aku nampak dalam hal ini. Mengubati juga penting, tetapi sekiranya orang yang ingin diubati sudah mati, atau sudah kudung kaki sebab eksiden, tak guna juga! Secara idealnya, semua pemandu sepatutnya membawa dengan cermat. Tetapi disituasi-situasi tertentu seperti lewat ke tempat kerja, tensyen masalah banyak, emergency dan lain-lain, manusia mana pun akan hilang kewarasan untuk berfikir logik untuk membawa dengan cermat. Lalu aku nampak camera detector ini sebagai satu alat penegur kedua kepada para pemandu, setelah papan tanda had laju diabaikan.

Hukum Islam berunsur cegah daripada mengubati

Mari kita lihat di dalam konteks agama kita, Islam. Syariat Islam juga berunsur mencegah dulu baru ubati.

Sebagai contoh, diwajibkan para wanita Islam untuk berhijab dan menutup aurat. Para lelaki Islam juga diperintahkan untuk menundukkan pandangan. Allah Maha Mengetahui fitrah manusia yang diciptakanNya, lalu dua-dua perintah ini adalah sebagai perisai untuk melindungi hambaNya dari jenayah zina.

Hukum hudud juga berkonsepkan ini. Walaupun nampak seperti konsep mengubati, tetapi bak kata seorang tokoh Islam di utara Afrika, hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah amat berat, mengetahui hukuman itu saja cukup membuatkan orang gerun untuk lakukan! Lebih-lebih lagi hukuman dilaksanakan di khalayak ramai, maka ianya akan memberi keinsafan yang mendalam bukan kepada pesalah sahaja, malah kepada yang lain juga. Mereka yang ‘berpotensi’ untuk lakukan pada masa hadapan juga dapat dibendung daripada melakukannya.

Kalau sekadar kenakan saman duit, orang itu saja insaf. Itu pun insaf sekejap. Malah jika dia memang orang kaya, tak insaf langsung! Tetapi apabila ‘harga yang harus dibayar’ ialah seperti nikmat tangan (untuk kes mencuri) dan maruah sendiri (apabila dikenakan hukuman dikhalayak ramai), maka sesiapa saja pun akan fikir panjang untuk membuat jenayah!

Prevention is (always) better than cure

Aku rasa sudah tiba masa kita menilai semula peraturan dan undang-undang yang jika diteliti, lebih berunsur mengubati daripada mencegah. Suatu ketika dahulu, Malaysia yang merdeka telah diserang wabak malaria yang teruk. Kalau bukan kerana kerajaan Malaysia ketika itu membuat operasi besar-besaran di seluruh Malaysia sambil membelanjakan banyak duit untuk usaha ini, kemungkinan besar wabak ini masih bertapak di negara kita. Syabas dan terima kasih aku ucapkan kepada kerajaan Malaysia ketika itu!

Lihat saja di Afrika, di mana malaria masih satu wabak yang serius. Sesetengah negara di sana menghadapi krisis ekonomi hanya disebabkan penyakit ini!

Sebabnya ialah, yang paling senang untuk menerima penyakit ini ialah kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak sakit, mereka dimasukkan ke hospital, dan ibu atau/dan bapa terpaksa berada di sisi dek kekurangan kakitangan untuk menjaga semua kanak-kanak yang hadapi penyakit yang sama.

Ibu bapa yang menjadi penjana ekonomi negara terpaksa bercuti/berhenti kerja untuk menjaga anak mereka yang sakit. Ekonomi negara terjejas.

Asal penyakit yang mungkin dapat dibendung dan dicegah secara total (walaupun dengan kos yang tinggi) satu ketika dahulu sekarang menjadi suatu masalah berpanjangan yang perlu diubati (dengan kos yang jauh lebih tinggi)!

Kesimpulannya, kata kunci untuk entri aku kali ini ialah MENCEGAH/PREVENTION.

And as the old saying goes, prevention is (much much) better than cure!

-y4ku24-

Rujukan: – Dokumentari ‘Guns, germs and steel’ oleh Jared Diamond


Responses

  1. Salam.
    Saya setuju “halalkan”!!!šŸ™‚

    Ada satu kawasan ni yang selalu ada speed trap. Tapi tak tahu kat kawasan mana. Jadi terpaksa memandu dengan kelajuan yang dihadkan di sepanjang jalan yang dikatakan itu. Dan, selalu menyebabkan rasa mengantuk dan letih kepada pemandu.
    Letih dan mengantuk kan memandu slow!
    Oleh itu, bila pemandu itu mengantuk, saya pulak yang kena gantikan!

    Owh, kalau pengesan speed trap ini dihalalkan, pemanduan akan lebih selesa dan menarik!
    (Pada pandangan saya jer :P)
    Dan selfish sikit, saya pun tak perlulah nak ganti-ganti turn driving plak lepas ni.. Hehe

  2. Salam.

    Saya cadangkan juga admin blog ini membuat perbandingan tentang tahap keselamatan di antara Jepun dan Malaysia. Saya mencari hujah serta bukti untuk menyokong dakwaan saya di blog. Terima kasih.

  3. kat oz nih, kl ko pasang mmg ko la org paling benagp kat sini.

    sbb kat sini diorg announce speed camera ade kat mane dlm paper.

  4. Candlelilly: Salam. mengantuk sebab bawa perlahan pun bahaya juga. hm, mcm2…

    Reformis Jalanan: Salam dan selamat datang ke blog tak seberapa saya ini. Bab yang dicadangkan perlukan penelitian yang lebih mendalam. Akan cuba difikirkan untuk entri akan datang, tetapi tidak dalam masa yang terdekat. Terima kasih atas kunjungan dan cadangan!

    Mr Huhu: ada juga cara begitu. sana pun ambil cara mengharamkan/ tapi kalo jalan jauh, mungkin pakai redah juga, sebab malas nak cek satu2! kan lebih baik kalo ada penegur automatik time nak lalu speed trap?

  5. erm saya rasa dalam kes ni kita kena refer balik kpd kaedah nak cari hukum
    reference kita , quran, sunnah, ijmak, qiyas and peraturan pemerintah.
    saya rasa dlm hal ni, dia terletak dlm peraturan pemerintah n kalau ikutkan ianya kena ikut situasi.contoh, traffic light, kalau jln tgh penuh dgn kereta then kite wajib kena tgu lampu ijau bru gerak.
    tp kalau xd kete kat jln tu then harus utk jln je trus even kalo lampu blm ijau lg.tu yg saya fhm lah.

    In a way, bab speed trap ni saya rasa kalau byk keta kene patuh speed limit, kalau x byk keta then speed je la!!! ehehe

  6. Quote : ((Asalnya, kenapa hidden camera (kamera menyorok?) dipasang oleh polis di jalanraya?

    Sebab nak saman orang? Salah!

    Sebab nak kurangkan kemalangan? Ya!))

    SALAH. HIDDEN CAMERA DIPASANG OLEH POLIS DI MALAYSIA, SEBAB NAK SAMAN ORANG.

    Di UK, zon kamera dipasang dengan jelas. Kamera boleh dilihat dengan jelas. Tak perlu detector pun, kita tahu ada kamera di hadapan, dengan melihat pattern atas jalan raya (zon kamera). Maka, pemandu yang berfikir akan terus slowdown dalam zon kamera. Dan zon kamera ni ada banyak. Setiap beberapa kilometer (seingat saya)

    Di malaysia, polis dengan kamera menyorok supaya dapat tangkap orang. kalau ada roadblock pula, boleh dapat duit lebih.

    Patutkah alat tersebut dihalalkan? Bagi saya, patut haram, sebab alat tersebut tak perlu pun, kerana kalau zon kamera diadakan dengan jelas, orang tahu mana ada kamera.

    Dalam keadaan terdesak, contoh isteri nak bersalin, ada orang akan rush, dan dia tak peduli saman. So it is a conscious decision to break the speed limit.

  7. bro: bab speed ikut keadaan ni mmg setuju, tp benda camni takleh impliment jadi secara rasmi, kalau tak nanti mau jadi havoc.

    tp bab ‘ikut protokol’ ni pun jadi benda yg boleh naik tensyen kat Jepun.

    Kena saman sbb TAK LETAK SEBELAH KAKI DI JALAN time berhenti kat stop sign bila naik motor, walaupun mmg DAH cek takde keta pun! hayya!

    zacharias: haha, kalo cakap ni kat polis, maunya diorang nak ngaku. (ke memang terang2 mengaku?)

    di jepun ni pun kamera dia banyak yang jelas boleh nampak, tetapi jadi ‘camouflage’ juga bila masuk waktu malam. kalo yang jenis bwk laju, dah dekat sgt baru perasan, baru nak tekan break TIBA2. camni lagi bahaya, PENYEBAB kemalangan!

    at least bila ada camera detector kita dpt tau dlm jarak yang selamat bila patut mula slow down sikit2.

    a good samaritan are always conscious to obey the law at all times, tp masalahnya kalo mmg jenis ‘hobi’ dia bawak laju (n bawak cucuk orang), speeding becomes a norm and is done unconciously!šŸ˜€

    maybe not applicable elsewhere, but for Malaysia, where speeding IS a hobby, i stand by my opinion, let’s halalkan camera detectors.

    good discussion btw.

  8. salam..

    dah dapat senario kat negara2 maju, meh tengok plak macam mana pula keadaan negara2 ‘membangun’ lain..

    senario kat jordan –

    in general, jordan masih menggunakan pendekatan yang agak manual lagi (ada je speed cam, tapi still pasang manually kat tepi jalan bila perlu)

    kaedah yang paling biasa digunakan –>

    tahan kenderaan kat tepi jalan..

    pakcik2 polis akan tunggu tepi jalan,sambil memegang isyarat STOP..nmpk kenderaan laju sket je – TAHAN!! (kemampuan polis2 ni bertahan dalam panas terik berjam2 buat kerja ni, sangat mengagumkan)

    dan mengagumkan juga bila pengguna jalan raya semua mampu patuh dan berhenti..tak pernah pula nampak ada yang main rempuh je.

    selepas ditahan, polis akan minta lesen, ID etc sekali dengan kertas yang tercatit kelajuan dan jarak.Tak berapa tahu macam mana kertas ni berfungsi tapi rasanya dia bergerak mengikut kelajuan dan jarak kenderaan (kalau sy salah tlg betulkn)

    itu cara yang digunakan untuk mengesan kalau ada yang melebihi limit kelajuan.

    tapi apa yang best, bila ‘speed trap’ manual, maka ‘speed trap detector’ nya pun manual juga la.

    x yah ssh2 reka detector y complex tu sbb smua org kt jln ry bkjsm dengan harmoni ^^….x kesah knl/x…

    kenderaan2 dr arah btentangan akan angkat lampu tinggi – FLASH!FLASH! –
    huhu, faham2 la yang kat depan ada polis.

    quite interesting seeing how the community works in looking after each others back.

    so, kalau kat jordan, nak halalkan / haramkan??hurm…

  9. Cuba la rempuh, polis tembak aja, macam Aminurashid.

    Tuan rumah, honestly, saya tak kisah halal atau haram, yang penting. Cuma dalam keadaan kalau kamera boleh dilihat, benda tu jadi tak perlu.

    Sebab tu kat UK, kalau macam kat motorway, bila dekat dengan kamera, dia ada macam line kuning kat jalan tu, untuk warning kita suruh slow down. Jadi tak timbul isu orang brek mengejut sebab kamera, sebab orang tau ada kamera.

    To me, it is not so much about alat, it is about intention. haha, apakah tujuan letak kamera?

  10. adiknya^^ dan zacharias: saya bg contoh patut dihalalkan adalah utk di msia. but the keyword remains the same: PREVENTION.
    dan saya beri cadangan provokatif yang mencadangkan kemungkinan kemalangan dpt dikurangkan dgn halalnya camera detector.
    tetapi sekiranya dgn adanya camera detector kemalangan semakin naik, it defeats the purpose of my suggestion!šŸ˜€
    to be MORE provocative, if the cameras do not prevent accidents themselves, then let’s take it off completely!

  11. I agree with you completely.

    Ambil contoh, dalam kes pemandu singapura, denda RM300 pun tak deter mereka dari speeding, sebab mereka rasa mampu bayar. Dalam kes ini, mungkin strategi lain seperti menaikkan denda lebih berkesan, dan tahan kereta sebelum keluar sempadan.

    Tapi, kalau tanya singaporeans, berapa tinggi pun denda, depa lagi suka belanja polis ‘makan’.

    Polis hanya buat kerja auditor. Kamera hanya membantu auditing process. Akhirnya, bergantung pada auditee nak buat apa pun

  12. lagi satu tujuan hidden kamera ni adalah utk meggalakkan pemandu bawak mengikut had laju setiap masa.

    alasan? kalo org tau ade hidden kamera di jln raye, dlm mase yg same taktau lokasi2 sebenar hidden camera tu, secara automatik org akan berwaspada setiap masa (takut kene saman).

    kalo bende ni dihalalkan kat msia, ia hanya akan menggalakkan org berlakon. tapi sikap pemanduan rakus masih tak dapat dilupuskan = kemalangan masih berleluasa.

    kesimpulan: kat msia ni, sikap pemandu adalah masalah utama. jadi buat ape2 pun, kesannya sangat kecil…

  13. abdul majid: very true. masalah utamanya ialah sikap pemandu kita. tetapi bila sebut sikap ni, sesuatu yg amat payah utk diubah.

    bila awal2 seat belt diperkenalkan, orang gelak saja, semua tak nak pakai. bila banyak benda lain diimplimentasikan (dashboard berbunyi selagi tak pakai seat belt, dll), akhirnya ramai yg mula pakai.

    apa yg cuba saya cadangkan di sini ialah, apa kata kita cuba ubah benda2 kecil seperti ini dahulu. kalau tak byk beza pun, sekurang2nya kita boleh fokuskan hidden camera di tempat yg kemalangannya banyak, supaya boleh dikurangkan.

    tetapi perkara ini biarlah dibuat dgn satu syarat: dikaji dgn mendalam. harapnya tak berlaku lg seperti kes implimentasi english dlm subjek maths dan sains, yg sehingga sekarang masih diperdebatkan.

    sekurang2nya kalau ingin diimplimentasi perkara ini, pemandu takkan merungut, malah akan menyokong!šŸ™‚

  14. Interesting. Kat UK pun camni juga, banyak preventative measures (saudara Luqman mesti tahu sbb pernah duduk di sini kan?). Kefahaman perlu di-instill kan dalam para pemandu, insha’Allah nak implement apa2 lebih senang dan kurang dapat tentangan because it is for the benefit of everyone

  15. […] Salah satu pandangan peribadi aku telah kemukakan di dalam entri yang sebelum ini (sila rujuk TMF: Camera detector, patut ‘halal’ atau ‘haram’? ). Kali ini, memandangkan kita sedang di dalam bulan Ramadan, izinkan aku memberi sedikit pandangan […]

  16. Hoppin arround the net.. jumpa blog ni. Asalnya nak cari camera detactor haram tak kat mesia.

    My humble opinion:
    Di Jepun terdapat banyak speed trap, hampir setiap kilometer (di bandar2). Jadi pengguna tak sempat nak speeding, bunyi beep pada camera detactor dah cukup mengerunkan. Jadi ianya amat sesuai untuk jadi ‘speeding preventor’. Negara kaya seperti Jepun boleh invest speed trap dengan banyaknya dan dipasang pada hampir setiap kilometer jalan mereka.

    Berbeza di Malaysia, speed trap yang di pasang tak lah sebanyak mana kerana kos untuk memasang sangat tinggi. Jadi secara teorinya dengan menyembunyikan kedudukan speed trap akan menjadi perang psikologi antara pemandu yang akan menyebabkan mereka berhati2 sepanjang jalan. Tapi tujuan ini akan terbantut jika pemandu mempunyai camera detactor. Kebanyakan masa mereka akan speeding, hanya perlahan apabila dengar ‘beeb’ camera detector. Jadi atas tujuan ini camera detector diharamkan.

    Visit my blog at

    http://fikirsepintaslalu.blogspot.com/
    šŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: