Posted by: y4ku24 | March 28, 2010

(TMF) The Naruhodo Factor Part 5: The Curse of Knowledge

[Asalnya aku nak buat entri yang interaktif sikit. Tapi memandangkan entri ni tertangguh lama, aku sendiri pun naik malas nak tunggu dah!

Kepada yang baru mengikuti siri ‘The Naruhodo Factor’ ini, bolehlah merujuk keempat-empat siri sebelum ini, iaitu Siri pertama, siri kedua, siri ketiga dan siri keempat. Tapi sekiranya korang malas nak baca artikel sebelum ini pun tak mengapa, boleh je terus baca artikel ini.

Baru-baru ini aku terbaca satu kenyataan yang menjadi poin penting yang bersangkut paut dengan siri Naruhodo Factor yang lepas. Enjoy!]

source: successbeginstoday.org

Aku suka tajuk entri kali ini (aku yang buat, memang la aku suka). The curse of knowledge. Macam title salah satu buku Harry Potter pula. Walaupun Harry Potter satu dongengan, ‘The Curse of Knowledge’ atau ‘Tulah Ilmu'(?) adalah satu istilah psikologi yang benar. Nak faham apakah Tulah Ilmu ini, satu game mudah dapat terangkan fenomena ini dengan mudah. The Tapping Game.

Untuk pengetahuan korang, dengan the Tapping Game ini sahaja, seorang pelajar dalam bidang psikologi bernama Elizabeth Newton telah mendapat ijazah PhD beliau di Universiti Stanford satu ketika dahulu!

Permainan dia mudah. Ada dua kumpulan. Tappers dan listeners. Tappers akan diberi beberapa tajuk lagu terkenal dan dikehendaki untuk ketuk permukaan meja irama lagu itu menggunakan jari sendiri. Kumpulan listeners yang tak tahu langsung tajuk lagu pula cuba teka lagu apa yang sedang diketuk. Hasil dari eksperimen ini, jumlah lagu yang diteka tepat oleh listeners dan anggaran tappers tentang jumlah lagu yang akan diteka tepat oleh listeners dibandingkan.

Apabila game di atas dijalankan, ramai di antara mereka yang jadi tukang ketuk (tappers) menganggarkan bahawa pendengar (listeners) akan dapat menjawab hampir separuh. Namun, dari 120 lagu, pendengar hanya boleh meneka 3, iaitu 2.5% saja! Para tukang ketuk akan terkejut dengan keputusan ini (aku pun sama terkejut mendengar), kerana mereka tak faham kenapa irama ‘semudah’ itu tak boleh ‘didengari’ oleh pendengar.

Masalah besarnya ialah, ketika sedang ketuk, tukang ketuk tahu lagu apa yang mereka ketuk, dan irama itu berlegar di dalam kepala, sedangkan para pendengar tak tahu irama lagu itu, jadi hanya dengar bunyi ketukan yang pelik! Tetapi setelah mula tahu, mereka juga akan memainkan irama yang sama di kepala. Sudah pasti tiada masalah untuk agak irama lagu itu sekiranya diketuk sekali lagi.

Dari aplikasi game inilah, Elizabeth Newton di atas cuba menjustifikasikan konsep Tulah Ilmu, di mana Si Pemberi akan berfikir, dengan apa yang disampaikan, Si Penerima akan faham banyak, sedangkan Si Penerima mungkin lebih banyak blur tak faham!

Okeh, kembali semula kepada persoalan, apakah sebenarnya Tulah Ilmu ini?

Prinsip ini menyatakan bahawa, menjadi satu kemustahilan bagi seseorang yang tahu sesuatu ilmu untuk betul-betul menjiwai perasaan dan fikiran orang lain yang tidak tahu ilmu tersebut. Contoh yang mudah ialah, mustahil bagi kitorang, pelajar Jepun yang sudah faham huruf kanji dan hiragana di dalam Bahasa Jepun, untuk betul-betul faham pemikiran orang Malaysia yang lain yang tak faham huruf-huruf ini.

Prinsip ini benar bagi semua ilmu di alam semesta ini. Bila kita tahu satu ilmu, dan bila ilmu itu lekat di dalam otak, secara automatik kita telah kena TULAH ILMU. Kenapa ia dipanggil ‘Tulah’ adalah kerana kita telah ‘disumpah’, takkan boleh faham fikiran orang yang tak tau ilmu itu!

Simple, kan?

Tetapi sebenarnya prinsip psikologi ini membawa impak yang besar terhadap hubungan antara manusia. Dan kerana prinsip ini tidak diambil berat menyebabkan ramai Si Penerima ilmu susah untuk mendapat ilmu dari Si Pemberi ilmu, iaitu penekanan yang telah aku tekankan di dalam siri-siri Naruhodo Factor sebelum ini. Cikgu yang tak faham prinsip ini akan mudah marah pelajar yang tak faham apa yang diajar, kerana bagi diorang, yang salah adalah Si Penerima (biasalah manusia, susah nak salahkan diri sendiri).

Tapi sekiranya dia ambil kira faktor Tulah Ilmu ini, dia akan lebih mudah untuk muhasabah diri sendiri. Ungkapan seperti “Aku ajar terlalu laju ke?” dan “Ada istilah baru yang aku terguna yang diorang tak faham ke?” akan lebih kerap Si Pemberi tanya diri sendiri, dari terus marah

“Benda simple camni PUN tak faham?!”


Bagi aku, pendidik yang sanggup keluarkan perkataan seperti ini layak digugurkan status ‘pendidik’ mereka.

Yang aku nampak, ada dua cara untuk atasi masalah Tulah Ilmu ini:

1) Si Pemberi jangan jual mahal (…dalam memberi ilmu lah, bukan bab lain)

Aku suka sesetengah pensyarah di sini yang tak segan silu mengajar kembali asas-asas sesuatu pelajaran, walaupun tak salah beliau terus mengajar yang lebih advance. “Jangan perbodohkan asas-asas ini, kerana sebab korang perbodohkan asas-asas inilah korang susah nak faham konsep yang lebih lanjut…”, ujar salah seorang pensyarah aku suatu ketika dulu. Fuh, aku tabik spring kat dia!

Bila kita sukar untuk tahu tahap pemahaman sekumpulan orang, jalan terbaik adalah dengan pergi ke tahap terendah (asas). Ini yang selalu kita lupa. Para engineer ketika bercakap dengan orang biasa (laymen) akan keluarkan perkataan bombastik yang mereka saja yang faham. Disebabkan itu, orang biasa takkan faham, dan rasa segan untuk bertanya lebih lanjut, kerana cara percakapan engineer itu seolah-olah berbaur “Kalo ko tak faham, memang ko lampi (lambat pickup) la”. Orang biasa balik rumah blur, engineer balik rumah SS (syok sendiri). Hm, untuk adil, bukan engineer saja lah. Pensyarah ke (guna istilah buku orang tak faham), doktor ke (guna istilah perubatan orang tak faham), ustaz ke (guna perkataan arab orang tak faham), sesiapa saja.

Bagi para pendidik, aku nasihatkan supaya kita tidak cepat perbodohkan orang kerana mereka lembab. Dalam mendidik, bersabarlah (fasbir)! Nabi saw tidak mengajar kita memperbodohkan orang. Baginda pun boleh bersabar dengan arab badwi yang kencing di dinding masjid (dan mengajarnya selepas itu tentang Islam), inikan lagi kita yang ingin mencontohi Baginda saw.

2) Si Penerima jangan bodoh sombong

Yang ini pun bagi aku amat penting. Si Pemberi perlu memberi ruang untuk Si Penerima bertanya, walaupun kadang-kadang itu soalan yang ditanya merupakan soalan ‘bodoh’. Si Pemberi sekali lagi perlu bersabar bab ini. Si Penerima pula jangan bodoh sombong. Segan bertanya sesat jalan!

Tapi aku faham, kalau Si Pemberi pun bengis semacam, aku pun tak nak bertanya, walaupun banyak persoalan dalam kepala! Pandai-pandailah korang dalam situasi itu!

Akhir kata, kalau ada yang tak faham tentang artikel ini, jangan jadi orang kes (2) dan segan-segan untuk tanya, sebab insyaAllah aku takkan jadi orang kes (1)!

-y4ku24-

============================

Rujukan: 1) Made to Stick: Why Some Ideas Survive and Others Die oleh Chip Heath dan Dan Heath

2) Artikel New York Times di sini.


Responses

  1. ooo… naruhodo…

  2. salam.
    yosh, x sempat baca skrg.. tp nk komen juge. nnti dh baca komen balik. sekian.. =)))

  3. thanks..dlu y4ku24 mmg x jd kes org 1 insyaAllah..org je yg slalu jd kes org 2 tp sbna nye coz tkut tny soaln bodoh2 n org kate “ni pn xtau”..hu~

  4. omoshiroidesne!!! (btul ke pekataan tu?)

    diesebabkan manusia yg da macm2 jenis kat dunia ni, kalau nak tanya pun kena faham dlu karakter die macm mane… kalau x, free2 je kena sound…(berdasarkan pengalaman)

    bila hbis je bc entry ni, pd sy entry ni simple untuk difahami tp complicated untk diaplikasi…

  5. Salam,

    lecturer saya garang memanjang. ada satu cara je yang buat dia tak garang, tanya soalan pada beliau. jawapan yang beliau berikan, adalah yang terbaik. terasa nak je rakam setiap penerangan beliau.

  6. salam kembali..
    ok, abg Luqman, sekarang saya sudah baca!
    Terima kasih untuk entry ini dan saya amat mendapat faedah darinya.🙂
    Sangat berguna sebagai seorang pelajar sekarang..
    Apalagi jika sebagai tutor!
    Banyak cabaran untuk buatkan kawan-kawan faham apa yang kita faham.
    Sekarang makin bersemangat!
    Owyeahhh!!!

    \(^_^)/
    ASSA!

    (^_^)V
    smile in peace!

  7. Oh. Sangat kene ngan saye nye essay report ari tu. Kitorang ade bengkel nak tulis News and Views which is satu essay yang wajib ditulis untuk budak2 science yang amik honours course (spt saye). The main objective diorang jadikan essay ni as a course requirement adalah untuk melatih bakal2 saintis atau orang2 sains ni supaya dapat berkomunikasi dengan orang2 awam yang tak tau sangat pasal sains. Dalam bengkel tu pakcik speaker tu cakap macam it’s a shame that scientist ni hidup dalam dunia die dan susah nak explain kat orang tapi die cakap, “It’s even more worse for psychologists and lawyers because they’re doomed for life.” Langsung takde harapan manusia2 yang amik law and psychologist ni nak explain kan teori2 diorang tu kat orang lain.😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: