Posted by: y4ku24 | March 13, 2010

Benda ni akan aku miss bila balik nanti

Saat untuk aku meninggalkan negara matahari terbit ini semakin menghampiri (walaupun aku cuba buat dek je, tu sebab barang tak siap lagi). Sudah pasti bila balik nanti, ada beberapa perkara tentang kehidupan di Jepun ini yang akan aku rindu. Rindu kerana keunikan. Rindu kerana nilai-nilai Islam yang bersemai di dalamnya. Rindu kerana penuh dengan kenangan. Di bawah aku senaraikan beberapa perkara tersebut.

Kepada yang rasa aku ini merendah-rendahkan Malaysia, tak bangga dengan negara sendiri, aku malas layan korang. Blog ini khas untuk mereka yang cukup matang untuk fikir disebalik apa yang aku sampaikan.

1) Tandas bersih

Sebab utama tandas bersih ialah kerana orang Jepun lebih menggunakan tisu sebagai bahan ‘istinjak’ diorang. Ada banyak juga jenis washlet, iaitu yang jenis air pancut keluar dari dalam mangkuk tandas. Disebabkan tak banyak air yang digunakan, dapat jimat tenaga, dan tandas pun tak bertakung air. Aku rasa tandas di Malaysia sudah patut gunakan kaedah ini. Memang ‘sakit’ pada awalnya, kerana harga washlet sebegini bukan murah, tetapi jika difikirkan, sama juga kalau terlalu banyak pembaziran dari segi kegunaan air untuk beristinjak. Change, we can!!

Setengah orang sebut yang tandas di sini bersih sampai boleh tidur atas lantai dia. Aku kata, tandas sini bersih sampai boleh jilat. Siap rasa manis-manis lagi. Agaknyalah.

Sumpah aku tak pernah buat.

2) Layanan kepada pelanggan

Berada di sini aku betul-betul rasa customer power. Slogan customer first di sini bukan sekadar slogan poyo. ‘Selamat datang’, ‘Terima kasih, datang lagi’ menjadi kewajipan. Bahasa Jepun mempunyai ‘bahasa hormat’, yang selalunya akan digunakan kepada orang yang lebih tua atau orang besar/VIP. Bahasa hormat ini juga digunakan kepada para pelanggan.

Di restoran akan dapat air masak berais/ocha (teh Jepun) free. Entah di Malaysia sekarang ini berapa harga secawan air kosong agaknya. Bukan kata air, hari itu aku kena charge 50sen sebab duduk di bahagian berhawa dingin kedai! Sumpah tak pergi situ dah!

Pun begitu, ada down side dia. Kerana benda ini menjadi ‘kewajipan’, maka sesetengah pekerja hilang perasaan bila ucap benda ini. “Arigatou gozaimasu…(Terima kasih…)”, sambil pandang tempat lain dan tak senyum. Nampak sangat tak ikhlas. Tapi situasi ini sebahagian kecil saja, lebih-lebih lagi sekiranya pekerja itu kerja part time.

3) Convenience store

Korang jangan terkejut, dekat sini bil rumah, bayaran belian internet (boleh juga suruh hantar belian internet di situ), keluar duit dari ATM, beli tiket bas, malah insurans motor PUN boleh dibuat di convenience store! Jadi tak peliklah ‘pelaburan wang’ yang student Malaysia selalu buat di sini adalah di convenience store serata Jepun. Convenience store sini bersepah-sepah, dan nama dia pun pelbagai. 7-eleven, Lawson, Sunkus, Family Mart, Seicomart, Daily Yamazaki, dan lain-lain. Konbini (nama ringkasan untuk convenience store di sini, dari 3 suku kata pertama convenience store) sudah menjadi sebahagian hidup kitorang di sini.

Bab ini convenience store di Malaysia kalah teruk. Yang mungkin betul-betul ‘convenience’nya ialah untuk beli ‘air kencing setan’ dengan mudah. Bodoh punya convenience store.

4) Jaga masa

Aku perlu terima hakikat yang apabila balik nanti, budaya punctuality akan jauh berbeza di sini. Sungguh aku ingin melihat masyarakat Malaysia ubah budaya ‘Malaysian time’, yang selalunya ‘+1jam’. Minus takde, cuma plus je ade. Student Malaysia di sini pun gayanya macam tak nak ubah sikap ini. Ironinya, time solat, Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah kegemaran kita! Hayya!

5) TV Jepun

Terlalu banyak program di sini yang begitu unik dan kreatif. Walaupun orang Jepun suka mengagungkan barat lebih-lebih, bab program TV, mereka bersendiri. Walaupun ada program mirip-mirip program barat, tetapi setakat yang aku tahu (sebab aku bukanlah kaki TV sangat), tiada program franchise dari barat seperti Japanese Idol, dan lain-lain.

– AINORI

Program ini diminati ramai. Dari perkataan Ai(cinta) dan Nori(naik). Naik van jelajah dunia sambil mencari cinta. Walaupun sudah lama habis siri realiti ini, tetapi time siri ini di TV, Ainori menjadi program kegemaran budak-budak Malaysia. Konsep dia simple, dan tiada siri realiti sebegini rupa dari barat. 7 orang (?) (separuh lelaki separuh perempuan) yang ingin mencari pasangan hidup naik sebuah van, sambil menjelajah merata-rata tempat. Mereka ini semua orang biasa, dan dari pelbagai latar belakang. Sambil jalan-jalan, sambil kenal antara satu sama lain. Sekiranya ada sesiapa yang diminatinya di dalam van itu, dia perlu confess kepada orang yang diminati, dan beri tiket untuk balik ke Jepun. Si penerima tiket diberi masa semalaman untuk membuat keputusan untuk terima lamaran itu atau tidak. Sekiranya ya, mereka akan sama-sama balik ke Jepun. Sekiranya tidak, hanya yang confess itu saja yang balik ke Jepun (automatic elimination la), dan akan digantikan dengan ahli baru.

Yang menariknya ialah apabila terdapat cinta segitiga, konflik di antara peserta dan lain-lain. Malah pernah satu ketika, seorang perempuan membuat confession kepada pemandu van mereka yang tiada kena mengena secara langsung dengan program itu!

– IKLAN

Lagi satu sebab kenapa aku suka tengok TV Jepun. Yang bes iklan-iklan sini, banyak iklan yang lawak berkualiti. Iklan Jepun banyak yang ‘bersiri’. Iklan fanta ini pun banyak siri, tetapi telah dikompilasikan sekali.

Ini lagi satu iklan yang bes.


Sekali sekala balik Malaysia, sudah nampak iklan Malaysia ke arah tu, walaupun satu ketika dulu artis-artis Malaysia amat susah nak buat lawak tentang diri sendiri dalam iklan. Semua kena iklan macho-macho. No self-deprication. Bab ini insyaAllah aku sentuh pada entri akan datang.

Hm, ada banyak yang lain yang aku tak tulis di sini. Mungkin senior-senior yang sudah balik pun boleh tambah lain.

The time is near for me to bid Sayonara to Japanand sing ‘Balik (warung)kampung’!

-w4run8k4mpun8 5t1ll1n j4p4n-


Responses

  1. fuih kne p jepon usha nih

    ps: awek2 jepon ko xletak ke dlm list nih?

  2. Salam…
    bile balik malaysia? apa-apa pun moga terus success kat malaysia. Jangan lupa update blog!!!

  3. it seems like life is short lived yeah???
    never the less, i believe that it was well spent…..
    by the way ade usha x iphone????hehehe klo murah nk pesan satu hehehe

  4. @Mr Huhu: dlm kategori ‘ada banyak yang lain yang aku tak tulis di sini’.๐Ÿ˜›

    @Fakhrus: salam. bulan 4 ni. bab update tu insyaAllah.

    @ibrohim: 6 years, time well spent alhamdulIllah. iphone? meh duit dulu la. haha.

  5. ada benda2 yg ibu-ibu sgt appreciate di jepun spt

    -toilet utk ibu & anak. jadi kalau ibu keluar seorang pun tak susah sbb ada seat utk anak sekali dlm toilet stall yg sama

    – kalau pergi makan kat kedai, ada kid’s meal – yg biasanya ada bagi free toys. bukan kat kedai m McD atau KFC saja ada kid’s meal.

    – tak perlu risau2 pasal breastfeeding atau nak bawa air panas untuk buat susu bila keluar sbb kebanyakan tempat awam ada nursery/baby room utk breastfeed/bancuh susu/hangatklan makanan anak pakai microwave dan salin nappy dengan selesa. hatta pergi ke pejabat daerah (shiyakusho/kuyaksho) pun ada play area & baby room

  6. sy sgt stuju yg no 4 tu, wpun sy x duk jpun, sy pn dapat merasakan perbezaan budaya tu… kadang2 sampai nk hantuk kepala kat dinding, sbb x paham macam mana orang kita punya jam….

  7. Akhi, macam itulah juga bila saya balik dari UK. hakikatnya, hidup di malaysia ini susah. walau macam mana pun kita cuba nafikan, di luar sana lebih convenient.

    Maka tak hairanlah ramai yang tidak balik. Doktor yang terus bekerja di UK dan Ireland, di hospital yang cukup kemudahan, kerana pulang ke malaysia seperti menempah kerja tambahan. Ironinya, hujah ingin menolong oranglah yang sering digunakan ketika temuduga mendapatkan biasiswa.

    Paling saya rindu dengan UK adalah bab shopping, boleh buat semua, termasuk groceries online. tak perlu pening cari kenderaan, masa dan parking.

    Juga public transport..

    juga..

    and the list goes on..

  8. Selamat pulang ke tanah air in advance. Malu rasanya tapi memang hakikat berkenaan dengan kebersihan dan ketepatan masa tu di kalangan masyarakat di Malaysia. Susah nak jumpa tandas awam yang bersih. Susah juga berkenaan ketepatan masa untuk mesyuarat etc.

  9. salam.. tntng expression org jpun plak cm mne??
    sy yg bru jmpe org jpon kt aaj ni pun mule2 plik tgk dyorg nihh.. expression dyorng mmg kaww arhh..
    mcm dlm anime je tgk, hehe…

  10. salam, jishin cam mne plak?? kt msia xde bnde tuhh, bek maen puas2 kt sne skng.haha

  11. @a.z. haida: oh, terima kasih atas input. sebab masih tak berkeluarga, jadi tak berapa sensitif bab tu. bila fikir balik, betul juga.

    @ina: no komen. huhu.

    @zacharias: well, as they say, be the change you want to see.๐Ÿ™‚

    @whitehijab: thank you for the wish!

    @mr batch 28: salam. tak miss pun expression diorg, sbb di Malaysia mungkin pelik, tapi di sini sudah menjadi kebiasaan. jishin (gempa bumi)? lagi la tak miss. benda PALING tak miss!

  12. yea… yg ucapan ‘arigato gozaimas’ and ‘hait dozo’ adalah antara perkara yg sangat saye respek! kalau pun deme hipokrit, tapi semangat betul ckp nye, tak berat mulut laa.. kt sini takyah citer la.. mcm kene bayar je baru leh dengar deme ckp terima kasih.. hampes

  13. Emm setelah hampir 3bulan, dan ada lagi baki 3bulan, memang tak dinafikan banyak best nya di negara aku duduk sekrang compared Malaysia. So kena guna pepatah begini, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Full stop. Tak boleh sambung… Yang paling mencabar di perantauan adalah jauh dari keluarga dan teman-teman. Baru tiga bulan merantau dah terasa ‘sunyi’. Kagumlah dengan ko dan lain-lain org yang boleh hidup bertahun-tahun di negara orang. Ahahaha banyak pulak aku bebel. Btw bila nak meninggalkan Jepun nih? InsyaAllah aku balik Jun nanti, kita reunion di Iftar nanti, insyaAllah:)

    p/s:pekerjaanku di sini sebagai baby sitter kepada sedara, both husband wife yang study PhD di Durham University,UK. Jadilah enam bulan merasa jugak dok England. Nak further study and holiday so far belum ada rezki. So aku telah terima tawaran sebagai ‘bibik’ untuk experienced negara orang…๐Ÿ˜€

    Well come home Encik y4ku24!

  14. oh ya, i missed fuji apple! haha.. nak pesan leh? haha tak jumpe lagi kt kl nih!

  15. salam..huhu..da2,balik2..hehe..

    em,part masa 2..mmg padan la ek dgn org selalu kata ‘janji Melayu’ bab nih..ayah sy selalu pesan..apa pun,biar kita tunggu orang,jgn orang tunggu kita..

  16. lama tul x singgah sini…nak balik m’sia rupa nya..

  17. […] The busiest day of the year was March 15th with 305 views. The most popular post that day was Benda ni akan aku miss bila balik nanti. […]

  18. […] https://warungkampung.wordpress.com/2010/03/13/benda-ni-akan-aku-miss-bila-balik-nanti/ […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: