Posted by: y4ku24 | March 11, 2010

Camne nak tengok hantu

[Artikel ilmiah sedang diedit, walaupun nampak gayanya takkan dapat untuk dikeluarkan minggu ini. On the way insyaAllah!]

“Luqman, meh sini!” panggil saudara aku, Kai.

Malam itu adalah salah satu malam raya yang aku sekeluarga balik ke kampung di Perak untuk beraya. Kebetulan pula ramai saudara mara aku balik tahun ini, jadi semakin meriah suasana. Tambahan pula, ada rumah saudara aku di sebelah rumah Tokki dan Opah kitorang. Memang port untuk saudara mara lelaki yang sebaya lepak-lepak main troupe.

“Ada apa?” aku bertanya, sambil menuju ke arah rumah saudara aku itu.

“Kamu nak tengok hantu tak?”

“Mestilah nak!”

“Okeh, tunggu sekejap. Kita tunggu abang Aris balik ke sini dari kubur,” saudara aku menjelaskan.

“Kenapa dia pergi ke kubur malam-malam ni?”

“Sebab dia nak amik songkok kat kubur tu, baru boleh tengok hantu!”

Fuh, seram sejuk dibuat badan, tapi semangat ingin tahu aku semakin membuak-buak. Aku nak tengok hantu!

Tak lama kemudian, terdengar bunyi motor kapcai menghala ke tempat berkumpul kitorang. Abang Aris sudah balik….bersama ‘songkok kubur’! Wow!

“Kali ni sapa yang nak tengok nih?” abang Aris bertanya.

“Luqman…” jawab abang Kai ringkas.

“Nah pegang songkok ni elok-elok. Jom masuk bilik dulu,” beritahu abang Aris, sambil menyerahkan songkok itu kepada aku.

Songkok hitam itu nampak lama, ditambah pula dengan banyak bekas sarang labah-labah di sekelilingnya. Sungguh teruja!

Kitorang ke bilik abang Aris, lalu terus ditutup lampu. rupanya sudah ramai saudara aku di situ, menunggu kedatangan abang Aris dan aku.

“Kamu nak tengok hantu kan? Cara dia senang je. Tutup mata. Pegang songkok kubur ni, pastu selawat 3 kali. Sambil selawat tu, sapu muka ko dipermukaan songkok ni, sambil gerakkan permukaan songkok tu ikut arah jam. Sambil selawat, sambil sapu muka kat songkok ni. Dah habis sapu nanti, kamu akan boleh nampak hantu. Faham?” Abang Aris menerang dengan serius.

“Faham.” Aku jawab. “Lor, takde la susah mana nak tengok hantu. Ingatkan kot kena minum darah ke hape..” aku bermonolog.

Aku ambil songkok kubur itu tadi, lalu terus menakap mukaku ke permukaan songkok. Sambil berselawat, aku gerakkan permukaan songkok ikut arah jam. 3 kali pusingan aku buat.

Saatnya sudah tiba. Aku pisahkan songkok dari mukaku, lalu terus membuka mata…

“Aik? Tak nampak apa-apa pun?” Aku bertanya kepada abang Aris, yang sedang senyum. Entah kenapa, saudara disekeliling pun tengah senyum-senyum.

“Nak tengok hantu? Cuba tengok dekat sini!” kata abang Aris, sambil menghulurkan cermin dan membuka lampu bilik.

“Itu la hantunya! Orang minyak! Haha!” gelak abang Aris, bersama konco-konconya.

Di dalam cermin itu, ternampak muka aku, dipenuhi arang hitam, yang asalnya tersembunyi dek hitamnya ‘songkok kubur’.

Aku nak sangat tengok hantu, sekarang aku dapat tengok dengan jelas. Dapat tengok orang minyak yang tengah blur dalam cermin. Oh, aku telah menconteng arang di muka sendiri!

WA-KENA-BEB!

Pesanan tauke warung: Amalan pelik-pelik yang bercanggah dengan Islam akan mendatangkan hasil yang pelik-pelik!

-y4ku24-


Responses

  1. hantu sungguh sepupu yang mengenakan sepupu tu, huhuhu…

    bukan semua orang yang Allah bukakan hijab untuk boleh nampak ‘hamba Allah’ yang wujud dalam dimensi lain… adalah hikmahnya tu… (akak sendiri memang tak pernah minat nak tengok hantu sebab semangat tak berapa kuat, hehehe)

  2. huh, cayalah. tu la hang, buat lagi benda2 khurafat…

    kalau gi turkey, buleh la belikan saya piring sourvenir ye.. kalau kilim pun buleh..

  3. sy teringat kami adk beradik pn terkena dek pakcik yg kaki buli~

    1. duduk mengeliling 1 piring berisi air dan ada sebatang lilin
    2. lampu ditutup
    3. masing2 tgk la dlm air tu sbb nk tgk hantu
    4. mmg nmpk sungguh la byg2 ade hantu tu [gerun habis]
    5. lampu dibuka

    kesimpulan : muka kami sendiri yg jd hitam sbb jelaga lilin..

    sekian, terima kasih pakcik!

  4. Hehehe…

  5. ahaha..sempoi~~
    patut ske nyakat org je..dlu da puas kne sakat..hampeh tol..

  6. cerita yang lawak…

    dulu zaman sekolah, selalu ada cerita nampak hantu kat dorm la, tangki air la.. tapi sampai sotsugyou sekali pon tak pernah nmpak ( tapi mmg tak nak jumpa pon ^_^ )

  7. @a.z.haida: xde manfaat pun. cuma tu la, sifat curious manusia, biasalah..

    @zacharias: haha,time ni perkataan khurafat pun x blaja lg. tu yg masuk madid pastu tu. huhu.

    @iliana: pergh, cara pakcik awak lg bes, leh kena ramai skali gus!

    @abidasman~:warisan turun temurun.

    @eyeme:yg besnya cikgu2 pun bercerita! (tp bukan Puan Fuzaina la.^^)

  8. nakal sungguh!!

    ada kawan yang boleh nampak
    tapi oleh sebab dia perempuan, kesian jugakla
    kawan lelaki pulak, selalu saling menasihati..
    memang takut gak kalau die tetiba jek diam, tanda nampak sesuatu la tu

  9. Hehe, mesti malu masa tu kan. Boleh pulak dorang berpakat nak kenakan Luqman dan berhasil pulak tu =p
    Tak teringin tengok makhluk halus ni. Semoga dihijabkan sampai bila2!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: