Posted by: y4ku24 | March 2, 2010

My Mother, my Hero

Luqman si budak nakal

Rahimi binti Arshad kebingungan.

“Eh, mana pula si Luqman ni?” detik hati beliau.

Kebingungan bertukar menjadi risau, apabila Rahimi turut mendengar tangisan Luqman, walaupun lokasi di mana dia berada di dalam rumah entah di mana. Semenjak sudah pandai berjalan, Luqman yang bertahi lalat di kaki ini suka berjalan sana sini. Lalai sekejap, entah ke mana dia pergi.

Cari punya cari, rupanya suara itu datang dari dalam bilik air rumah!

Rahimi terus menerjah pintu bilik yang tertutup itu. Oh tidak, pintu terkunci dari dalam! Bertuah punya anak, sudahlah pandai merayau-rayau, ‘pandai’ pula menyelak pintu bilik, tetapi tak tahu bagaimana untuk membukanya kembali! Mungkin kerana menyedari bahawa dirinya ‘terperangkap’ di dalam tandas dan tidak dapat keluar menyebabkan anaknya juga panik lalu menangis.

Bertuah punya anak!

Rahimi mula berpeluh. Boleh sahaja ditendang pintu itu, tetapi bunyi yang kuat itu nanti pasti akan mengganggu fikiran anak kecil itu. Tambahan pula, mungkin dia akan tercedera ketika pintu itu hayun terbuka.

Oh tidak, kaedah ini bukan yang terbaik.

Jika dipanggil tukang kayu untuk dibukakan pintu, terlalu banyak masa yang akan berlalu. Dalam ketika itu, entah si Luqman boleh terjatuh di dalam mangkuk tandas, dan…Oh, memikirkan sahaja membuat badan Rahimi menjadi seram sejuk!

Cara yang paling cepat dan senang adalah untuk menyuruh si Luqman sendiri membuka kembali selak pintu itu. Tetapi masalahnya, si anak kecil ini sudah pandai berjalan, tetapi masih tidak pandai bercakap! Masakan arahan untuk bukakan pintu akan difahamnya. Sudah pastinya tidak.

Bertuah punya anak!

Rahimi mendekati pintu bilik air itu, dan dengan hanya berbekalkan memori beliau tentang lokasi selak kunci di sebelah dalam bilik air itu, sambil mengetuk menggunakan jari beliau berulang kali di lokasi selak itu dari luar.

“Luqman….Luqman….di sini….Luqman….” sambil terus mengetuk dengan jari, disamping berdoa yang usahanya ini menjadi. Suara dicover sebaik mungkin supaya berbunyi tenang, walaupun hati berdegup kencang memikirkan nasib anaknya.

Tangisan si anak kecil sudah tidak berbunyi. Mungkin agaknya si Luqman itu sedikit lega kerana sudah menyedari ibunya di sebalik pintu.

Ketukan di lokasi selak pintu diteruskan.

“Luqman….di sini….Luqman….mari nak, mari….”

Langsung tidak dapat dilihat apakah tindakan anaknya disebalik pintu itu. Namun Rahimi tiba-tiba girang kecil tatkala mendengar bunyi selak pintu bergerak. Si budak kecil itu faham mesej itu! Sedikit demi sedikit selak pintu berbunyi, sehingga akhirnya…TAP!

Kelihatan pintu bilik air terbuka sedikit demi sedikit, sehingga terlihat wajah kecil anaknya, penuh dengan kesan air mata di pipi.
Terus dipeluk erat si anak. Diciumnya berkali-kali. Si anak mula menangis kembali. Namun, tangisan kali ini tangisan gembira, kerana berjumpa kembali ibu. Tanpa diundang, setitik dua air mata Rahimi juga mengalir di pipi, hatinya penuh lega.

Hish, bertuah punya anak!

Aku (versi gemuk) dan Ummi (versi kurus lagi cun)

*   *   *   *   *

Behind every successful man, there is a woman. Behind every child there is a superhero(es).

Mine are Ahmad Shah bin Mohd Noor and Rahimi binti Arshad.

Happy birthday Ummi. Thank you for your constant support and doas all these years. You are my hero!

‘Robbighfirli wali waalidayya warhamkuma kama robbayaani soghiiro’ (Ya Tuhanku, ampunilah daku, serta kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami ketika kecil).


-y4ku24 4n4k r4h1m1-


Responses

  1. happy birthday untuk ummi en luqman, semoga dirahmati , insyaallah

  2. entri ini menyentuh hati seorang ibu yang anak-anaknya masih kecil (dan nakal)

    selamat hari ulangtahun kelahiran untuk ummi luqman (yang tetap akan cun di mata anak-anaknya sampai bila-bila, insya Allah)

  3. Fuh, kira bijak jugak hang ni time kecik2. Nasib baik hang punya curiouisty tak membuat hang explore lubang tandas tu..

  4. wah~~montelnye en luqman. muke cm baby girl skit.
    org ckp, tahi lalat di kaki, nnti bila besar dpt gi jauh2.
    drpd crita ni, kirenye en luqman ni memang bijak sejak dr kecik la..hehe..
    hargai ibu anda selagi masih hidup….(pesanan tuk diri sendiri gak)

  5. hik hik hik~ kenapa dulu montel, sekarang mentol ye? kagum dengan ibu kamu yang bijak bertindak..menurun pula kepada anaknya ^^

  6. @ina & a.z. haida: terima kasih atas wish! ya, mak saya sampai sekarang masih cun, tp takde pula gambar lastest saya dan dia berdua saja, jadi saya ambil gamba lama.🙂

    @zacharias: tu la pasal. benda tu kotor boleh pulak tahu. huhu.

    @fauziah: tak bijak pun, bijak buat benda2 nakal je lebih.

    @Iliana: erm, mentol tu banyak makna. dahi saya yang semakin hari semakin lebar ni pun boleh disebut sebagai ‘mentol’ jugak kot!

  7. hehehe~ luqman, ikut ilmu mereka-mereka yang gemar menterjemah fizikal manusia, dorang berpendapat org2 yang berdahi luas tu seorang yg bijak dan pemikir orgnya..klu botak trus tu ape kesnya pula ek??? hik hik hik~

  8. Mak Mi yang ku kenali sangat peramah..(^_^)

  9. ummi bace entry ni..dgn senyum yg lebar terukir..=))

  10. happy birthday buat ummi en luqman..
    kagum dgn cara yang digunakan ummi en luqman dlm menghadapi anak-anak yang bijak dan nakal..

  11. “Luqman, Luqman… mari sini nak!” Makmi memanggil.

    “Ada apa Umi?” Luqman menjawab.

    “Tengok pasu bunga ni. Antik sungguh, kan?” Makmi membelek pasu yang sudah begitu lama menghiasi ruang tamu di rumah. Rupanya jelas menampakkan pasu itu sudah berusia 26 tahun.

    Lama sungguh.

    “Cantik. Kenapa Ummi?” Luqman mengiyakannya dalam tanda tanya.

    “Iye lah. Namanya pun pasu bunga. Tapi hanya ada pasu sahaja. Kalau ada bunga sekali, barulah lengkap dan cantik. Betul tak?” Makmi membelek-belek pasu itu.

    Bagai ada 1001 kenangan di sebalik kisah pasu 26 tahun itu.

    “Uhuk!” Luqman tersedak.

    “Kenapa, nak?” tanya Makmi. Bimbang melihat anaknya tersedak.

    “Macam mana pasu nak berbunga, umi? Ni, labu sayong di sebelah ni pun kosong aje. Lagi le lama, Umi. Dah 32 tahun!” kata Luqman.

    Bulat matanya.

    Tersenyum Makmi.

    Benar sekali. Antara pasu bunga dan labu sayong, manakah dahulu menatang isi?

    p/s: gurau je ya akhi. Rindu dengan antum!

  12. @Iliana: Ikut kajian biologi pula, saya berdahi luas sebab family belah lelaki saya semua sama!😀

    @SaGha: betul2.Hasil ‘didikan’ anak2 dia yg suka beriuh rendah.huhu.

    @Ibn Ahmad Shah: My present for her this year.🙂

    @’Atiqah: Thanks for the wish. Kem Amilin, otsukare!

    @ABU SAIF: Salam ustaz. Huhu. Itu la ustaz, pasu bunga dan labu sayong tengah mencari bunga terbaik untuk dihadiahkan kepada Makmi.🙂
    Correction: Pasu bunga baru berusia 25 tahun😀

  13. apekebende r ko p lepak dlm jamban plak hahaha

    ps: hepi bday makmi

  14. Kalau tak diusahakan, mana nak dapat bunga.

    Silap-silap bawa sekuntum Lale dari Turki…

  15. ya Allah…such a great entry..
    it’s simple,but put on sooo many meaning…

    a very small present from you to ummi but still very meaningfull to her and she’ll always remember this for sure..an entry of appreciation dedicated to only her..tp bayangkn..brape ramai org yg wish birthday ummi tahun ni..moga doa diiring bersama wish tu sume..

    org sebak pn ada baca entri ni..evn bukan org la yg trperangkap dlm tandas tu..SAYANG UMMI SANGAT2~~

  16. salam…
    didoakn agar umi n pasu2 nya sihat walafiat..

    suka btl ‘cerita’ abu saif kat atas tu, blk nnt mtk umi lakonkan btl2🙂

  17. bila baca artikel teringat shahmi pernah terkunci dalam kereta, dengan badan yang terbaring dan memakai seat belt…cemas bukan kepalang, melihat dia menangis sayu di dalam…mujorlah ada jiran yang tolong hantar kunci spare…hu~

    p/s: umi memang seronok sebab cerita gambar kurusnya disebarkan kpd c.nani…kata dina “makmi cunlah”

  18. @ Mr Huhu: Curiosity, my cousin…

    @ zacharias: tgh dlm usaha. huhu.

    @ abidasman~: kamu bagi hadiah apa?

    @ adiknya^^: salam. Ummi tak reti berlakon. karang tgh2 berlakon tersengeh sorang2. huhu.

    @ makciknye..: alahai. kesiannya. apa dia yg kelam kabut sampai terlupa anak ni?😀

  19. Salam
    Bahagia ibu ada pada anaknya…
    MasyaAllah… Ameen…🙂

  20. wait n see la..org blek nti insyaAllah ad la 2..ntah,let ummi choose which one ummi nk,hrp2 dpt bg yg trbaik..amiin~~

  21. Mudah2an bertemulah pasu dan labu sayung dengan bunga yang memberi bahagia buat ummi. Amin:)

  22. Menarik entry ni (^^)
    Dan menarik juga kaedah yang digunakan dalam mendidik anak walaupun keadaan cemas waktu tu. Thumbs up for mak Luqman and Happy Belated Birthday =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: