Posted by: y4ku24 | February 26, 2010

Apa signifikan tempat berhenti 3 titik tu?

[Update blog: Komen sudah melebihi 1500 buah! Sejambak terima kasih aku hulurkan kepada korang semua yang setia membaca dan memberi komen, pencetus semangat untuk aku berkongsi ilmu bersama.

Hari ini hari kelahiran dan kewafatan Nabi junjungan s.a.w. kita. Mari perbanyakkan selawat. Sebagai memperingati insan agung ini, bolehlah membaca entri saya yang lepas di sini dan sini.]

Cuba lihat contoh ayat kedua di dalam potongan ayat al-Quran di bawah:

Surah al-Baqarah

Surah Al-Baqarah

Biasa tengokkan? Ada dua set 3 titik di bahagian atas ayat kedua surah ini.

Mungkin korang pun sama, tapi aku dulu dekat sekolah selalu terfikirkan tentang apa maksud tempat berhenti yang ada 3 titik itu. Selama ini yang aku tahu ialah, disebabkan 3 titik ini berpasangan, maka kita harus berhenti di salah satu diantara keduanya.

Ok, kena berhenti disalah satu saja, tapi aku kalau boleh nak tahu juga kenapa.

Bertadarus baru-baru ini mengingatkan aku tentang  jawapan yang aku dapat tentang 3 titik ini ketika berbual dengan saudara seIslam dari Mesir berkenaan mukjizat Al-Quran.

Bila sebut tentang mukjizat, Nabi Musa dikurniakan mukjizat menukar kayu baginda kepada ular yang akhirnya membaham ular-ular ahli sihir ketika itu, kerana ketika itu keajaiban sihir begitu di pandang tinggi.

Nabi Muhammad dikurniakan mukjizat menyampaikan Al-Quran, dimana nilai sasteranya tiada tandingan, meskipun baginda seorang yang ummi (buta huruf). Bersesuaian dengan kekaguman/passion orang Arab ketika itu.

Rupa-rupanya, salah satu keajaiban dan kecantikan al-Quran tersemai di dalam tempat berhenti 2 set 3 titik ini!

Cuba korang tengok translation untuk ayat kedua surah itu.

Sekarang, cuba baca terjemahan itu dengan berhenti di 3 titik yang pertama, selepas itu baca sekali lagi dengan berhenti di 3 titik yang kedua.

Dapat tangkap perbezaan?

(i) Jika berhenti di 3 titik yang pertama, maksud ayat akan berbunyi:

“Inilah kitab yang tiada keraguan. Di dalamnya petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…”

Dalam terjemahan ini, ditekankan bahawa tiada keraguan terhadap al-Quran sebagai al-kitab, dan di dalamnya sebagai petunjuk kepada orang bertaqwa.

(ii) Jika berhenti di 3 titik yang kedua pula, maksud ayat akan berbunyi:

“Inilah kitab yang didalamnya tiada keraguan. Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…”


Terjemahan ini pula menekankan bahawa tiada keraguan terhadap isi kandungan al-Quran, petunjuk kepada yang bertaqwa.

Ya, di titik mana kita berhenti, maksud ayat itu menjadi lain, walaupun ayat yang sama!

SubhanAllah!

AlhamdulIllah, satu lagi ilmu yang sukar untuk aku lupakan.

And Allah knows best.

P.S.: Kalau korang suka entri ini, korang pasti akan suka entri lagi satu ini, yang juga menceritakan tentang mukjizat di dalam al-Quran (kenapa Abu Lahab kompem tak masuk Islam hingga ke akhir hayatnya).

-y4ku24 @ w4run8k4mpun8-


Responses

  1. betul, betul, betul.

    dah nama mukjizat, memang la special…

    kalau berhenti dua2 tempat jadi apa?

  2. it’s the ART hidden in Al-Quran. SubhanAllah..

  3. teruskan menulis Luqman..suka nak baca hehe..lagi2 bab2 keagamaan..byk membantu~

  4. subhanallah!

    selama ni baca je terjemahan ayat tu, tanpa fikir…

    one step forward…

    thanx

  5. betul3..
    dulu memang tak tau sebab apa..
    kena bhenti,bhenti la…

    tapi,hari tu ustaz ismat dah terangkan dalam kelas…alhamdulillah~~ 1 ilmu baru…

    looking forward untuk entri2 lain🙂

  6. Salam

    Sebenarnya ada 2 cara untuk baca ayat itu. Satunya seperti yang Luqman sebutkan dalam artikel, iaitu berhenti di salah satu titik itu, yang kedua ialah baca terus tanpa berhenti di mana-mana titik tersebut.

    (Sebagai rujukan, cuba dengar cara bacaan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, imam Masjid Al-Haram.)

    Tapi, kenapa tidak boleh berhenti di kedua-dua titik ?

    Sebabnya, tak lain tak bukan ianya akan mengubah maksud keseluruhan ayat. Jika dibuat, maksud ayat akan menjadi (lebih kurang) seperti berikut;

    “Inilah kitab yang tiada keraguan. [Ada] di dalamnya. Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…”

    Huraian: [Ada] itu menafikan maksud tiada keraguan pada ayat sebelumnya.

    Wallahua`lam.

    p/s: agak susah untuk diterangkan hanya menggunakan komen seperti ini.^^

  7. @ainohikari: terima kasih atas penambahan! alhamdulIllah satu lg ilmu baru.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: