Posted by: y4ku24 | February 24, 2010

Keme dulu belajo kat Kuale!

[Entri ini aku dedikasikan kepada member-member sesekolah dengan aku (batch 97-01) yang sama-sama berjaya mengharungi pelbagai onak duri ketika di bangku (berkarat) sekolah dulu. Keme memang tereris!]

Logo sekolah aku

Zaman sekolah menengah aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 telah aku khatamkan di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kitorang dulu panggil MIBCKK/MIKK, tapi sekarang dipanggil MADID. Biar nampak modern sikit kot.

Sekolah ini sekolah agama lama, yang dibina atas perkenan Sultan Idris, sultan Perak ketika itu. Depan sekolah kitorang tersergam indah Masjid Ubudiah, antara masjid yang terkenal di Malaysia.

Pemandangan sekolah yang telah direform, dari Masjid Ubudiah

Kalau difikirkan, sekolah aku mungkin tak banyak perbezaan dibandingkan dengan sekolah agama lain. Cuma ada satu konsep yang setakat ini aku tak pernah dengar dijalankan di sekolah lain.

Konsep ‘Tarbiyah 40 hari’

Aku rasa konsep ‘Tarbiyah 40 hari’ ini konsep unik terlalu asing di mana-mana sekolah lain, dan menjadi salah satu main attraction sekolah aku.

Konsep dia simple: Pelajar baru tingkatan 1 tak boleh berhubung dengan pihak luar, termasuk ibubapa sendiri, sepanjang 40 hari pertama persekolahan.

Bila sebut tak boleh berhubung ni, bukan saja berjumpa, tetapi termasuklah tak boleh menelifon, hatta menulis surat sekali pun!

Kalau parents datang, tak akan dibenarkan berjumpa, selagi ianya bukan kecemasan (dan perkara ini semua orang sudah sedia maklum dari awal lagi). Jika ada pesanan yang tidak penting, akan disampaikan oleh orang tengah pihak sekolah.

Inilah keunikan sekolah aku. Masuk-masuk terus survival game. Jadi tak peliklah, ada yang bantal penuh dengan peta, bukan sebab air liur basi, tapi sebab menangis rindu dekat keluarga masing-masing.

Budak lelaki, sebab takut kena kutuk dengan member kerana ‘manja’, tahan menangis sampai malam, time semua orang sudah tidur. Time itu teresak-esak sorang-sorang.

Yang pandai sikit, menangis time tengah mandi, cover baik punya. (Aku tak pernah buat. Serius.)

Dalam masa ini jugalah kitorang disuruh menghafal Al-ma’thurat, Surah Sajadah dan Surah Insan sepanjang orientasi 40 hari itu.

Ditambah pula dengan pengalaman pertama kalinya kena basuh baju secara manual, tugas membersihkan bilik dan katil masing-masing dan lain-lain, tak semua survive akademi fantasia ini sampai habis.

Yang tak cukup talent akan undi diri sendiri untuk dikeluarkan. Cuma yang tough (macam aku) saja yang kekal sehingga habis.

Entah ada atau tidak lagi konsep ini, aku pun tak pasti.

Hari lauk ayam

Sepanjang persekolahan, makanan yang disediakan di situ hard core masakan kampung. Sesetengah masakan itu aku rasa yang jenis resepinya hilang ditelan zaman, walaupun masakannya masih sedap. Jenis resepi yang hanya tinggal 50 orang saja dekat Malaysia ini tahu.

Haha, aku tipu je. Mungkin 10 orang je yang tahu.

Nak makan lauk ayam? 2 minggu sekali.

Hari lauk ayam adalah saat-saat bahagia untuk kitorang time itu. Kalau dapat khabar angin (baru khabar angin je) yang hari itu adalah hari lauk ayam, subjek hari itu tak masuk dalam kepala dah. Muka berseri-seri menunggu waktu makan tengah hari!

Sampai pernah sekali member satu batch yang mengimami solat zuhur menjadi orang pertama yang lari ke dewan makan sejurus selepas dia memberi salam sambil menjerit,

“Ayam wei, ayaaaaaaam!!!”

(Sungguh solat zuhur hari itu diragui sejauh mana kekhusyukan imam.)

Yang lagi bes, kalau kawan balik ke rumah atau keluarga mereka datang ajak makan di luar ketika ‘hari ayam’. Boleh chop ayam dia! Sekarang dapat DUA ketul ayam!

Oh bahagia~!

Servis dobi

Ketika aku di Madid, koperasi memperkenalkan servis dobi. Seiringan dengan itu, ada juga member-member yang melancarkan ‘servis dobi’ masing-masing. Cuma diorang punya guna kaedah manual, dan lagi murah dari dobi sekolah.

Nak cari rezeki halal untuk beli tiket balik kampung punya pasal.

Meja goyang, kerusi karat

Meja dan kerusi sekolah ketika itu amat sederhana, malah diturunkan dari generasi ke generasi. Ada meja yang bergoyang kerana skrunya haus beyond repair. Ada kerusi jenis berkarat, musuh besar kitorang yang beruniform serba putih.

Nama pun meja dan kerusi lama, jadi penuh dengan ‘lakaran kreativiti’ bekas pelajar melalui liquid paper dan marker di tepi-tepi meja dan kerusi. Macam mana kitorang tak ikut jejak langkah senior menconteng meja dan kerusi masing-masing, sedangkan ustaz ex-student yang mengajar kelas kami masih tertulis nama dia di dinding sekolah! (Patutlah dia tak pernah marah pasal benda ini…)

*   *   *   *   *

Ini kisah 13 tahun yang lalu, dan Idrisiah sudah banyak berubah. Prasarana sekolah pun sudah semakin mantap. Semoga junior-junior pergunakan sebaik-baiknya.

Walaupun dipenuhi pelbagai kesukaran dan kekurangan seperti di atas, aku tetap bangga yang aku pernah ditarbiyah melalui jalan ini. Bila mengenangkan kembali saat susah payah itu, membuat aku bersyukur atas nikmat yang diperolehi sekarang.

It made me a better man. Sehingga sekarang aku masih bangga digelar budak Idrisiah.

Bila tengok pelajar di sekolah asrama lain, ada yang mak bapak datang tiap-tiap minggu bagi makanan, siap ada yang basuhkan baju dan seterikakan kain. Memang, itu hak dioranglah nak buat. Tapi apa ertinya diorang hantar ke asrama kalau macam itu? Tak pelik la kalau ada yang repot ke berita sebab kena denda sikit. Jauh beza dengan legend yang pernah aku dengar di sekolah aku, dimana bapa pelajar belikan rotan, khas untuk ustaz merotan anak dia!

Ah, nostalgia sekolah di kampung. Akan aku ingat sampai bila-bila.

Terima kasih Idrisiah, atas tarbiyah emosional, mental, fizikal dan spiritual mu!

-y4ku24 l0v35 M4d1d-


Responses

  1. huhu..evn org bkn bdk idrisiah..
    tp,rse2nye mmg tarbiyah korg mmg da best..

    kt skola ktorg,da mcm2..nk2 adik2 yg skg nih..aduh..manje yg amat…smpai orentasi pn da mcm bkn orentasi..baik dorg msk skola trus msk klas blaja je..huhu..2 yg skg ramai yg org bleh ckp ‘nme je bdk skola agama,tp…’ coz xdpt tarbiyah btol2..

    brtrima kasih dkurniakn fmily yg brpegang pd Islam n praktik n asuh dri ini..thanks sume…

  2. em…yg psl better xyh wt orentasi 2 coz adik2 manje sgt smpai ape pn gtau mak bapak…then,parents call skola..skola pn xbg la fasi n senior wt itu ini kt adik2 evn time orentasi je..huu~~

  3. salam kepada penulis,

    rasanya proses tarbiyah 40 hari tu, kat sekolah ana dulu pun ada. tapi 30 hari je la, hehe. bersekolah di sekolah sains teluk intan.

    nukilan yang amat menarik, terutamanya apabila saudara bercerita tentang ayam. memang lucu. teringat pada zaman di asrama dulu pabila setiap hari jumaat kami semua dihidangkan sambal udang kering. semuanya mengeluh.

  4. waktu duduk asrama memang nostalgia.. macam2 kenangan dapat time tuh. tarbiyah pun dpt
    alhamdulilah >_<

    sgt mendewasakan ku..hehehe

  5. aku masih teringat bila menjadi senior kepada encik y4ku24.

    Juga sempat beberapa kali singgah ke rumah opah encik y4ku24 bila cuti hujung minggu di musim durian. Apa lagi, belasah la satu dusun. haha, maklumlah, apa guna sedara kalau tak supply durian dan buah buahan tempatan

    Tak sangka plak kita kecik2 dulu tak matang..

    Antara benda yang best kat madid adalah madid sekolah yang takde padang. jadi tiap2 petang, pelajar dibenarkan keluar untuk berjogging, bermain bola sepak dsb. Masa inilah yang digunakan untuk ke kedai mamak, nak beli pendekar laut, dewata raya atau apa2 komik.

    Antara tokei komik yang berjaya ketika itu adalah hazimin (penghunisahara.blogspot).

    Satu lagi yang unik di madid adalah budak2 keluar malam untuk gi ceramah. Kalau sekolah lain, budak2 fly nak gi town la, gi makan etc, kat idrisiah, budak fly nak gi ceramah. Antara ceramah yang aku ingat TG Nik Aziz & Mat Sabu.

    Kat madid gak, budak2 dari form 1 dah didedahkan dengan fiqh kenegaraan. Lihat negara malaysia, lu pikirlah sendiri..

    dan kat madid gak, hari penyampaian hadiah tiap2 tahun oleh raja nazrin & sultan azlan, gilir2lah… jadi selalulah court takraw depan asrama diturap semula bagi membolehkan kereta sultan berjalan dengan lancar…

  6. Syukur padaNya atas kurniaan pengalaman serta persahabatan yang terjalin di Madid. Anugerah terindah.. seriously!

    Cuma lately ada dengar tentang keadaan Madid yang kurang baik berbanding dulu-dulu..

    Apapun…Yes! Saya bangga menjadi pelajar Madid!

  7. @abidasman: tau takpe. mmg manja. rasa nak sekeh je kepala sorg2.

    @adibah: salam ukhwah. oh, budak semesti? batch mana?

    @izan: setiap asrama ada cerita masing2.😉

    @zacharias: haha, yg tu klasik gak tu. bilik pengawas jadi port org baca komik, sbb pengawas ditugaskan merampas komik2 pelajar. tp warden lupa yg pengawas pun kaki komik gak, so last2 bilik pengawas jadi gedung komik.

    tokei komik dulu dah jadi ustaz dah pun.😉

    pasal padang tu satu hal. nak buat sukaneka pun payah! tp bes sbb leh singgah kedai mamak, dan nikmati pemandangan sungai perak.

    psl slalunya vip dr kerabat diraja pun unik juga, dan kadang2 dpt ke istana, buat tahlil. makan sedap, lg bahagia dr hari lauk ayam!

    @nusk: alhamdulIllah, bangga2. jom reunion lagi.

  8. tapi logo madid skrg dah tak ada obor..

  9. Kak su sbnrnya suka makan ikan… tapi bila tinggal diasrama, ikan jadi tak boleh masuk tekak sbb ikan gorengnya macam tak letak garam. Hambar je rasanya. Jadi ayamlah yang diserbu sbb rasanya ok sikit.

    Banyak juga kisah manis tinggal di asrama… tetiba teringin nak melakar kisah zaman dulu kat blog… Ahh… nantilah.

  10. uish mmg noslatgia….ko xmsk kn ayo asap weh dl2 msk meggi pkai ayo asap pergh…aroma yg da lame aku xbau…..rindu weh….yg pasti kite bkn student manje mcm student skrg…ye aku bangge jd ank didik idrisiah

  11. @zacharias: hm, perasan juga, mungkin sbb kena tegur ngan tauke komik. huhu.

    @kak su: kalo kitorg tak makan ikan, jwbnya kena tunggu 2 minggu la baru dpt makan ayam!😀

    @khasimah: ya, maggi perisa kayu arang. bukan maggi je, milo, nestum, semua ada perisa tambahan. bes2.

  12. memang nostalgia. tarbiah yg membentuk peribadi yg baik. semoga kita semua mendapat manfaat drpd tarbiah tersebut dunia akhirat insyaAllah. rindu kawan2 semua (^^)

  13. tahniah madid ats kelahiran insan berkualiti..

    pelajar madid rupanya..ptt la jd sumber rujukan saya dulu2 eheh eheh eheh..terima kasih ye sbb byk tlg ^^

  14. pasal dia masak pakai kayu api. tapi bila ada api, ada la aktiviti memasak seperti burung merpati la.

    pastu, nasi goreng yang tak goreng, main gaul aje hingga sebati dengan perencah.

    Aku rasa aku kat madid sangat bebas. nak jadi orang ke, nak berjaya ke, nak jadi hantu ke, semua bergantung pada diri sendiri.

    bila aku pindah sekolah govt, terasa sungguh bagai lembu dicucuk hidung. semua benda kena ikut cakap cikgu, dan keluar jawapan2 dari cikgu seperti ‘awak ikut ajelah cakap saya, saya cikgu kat sini’. kalau kat idrisiah, kita siap boleh atur sesi dialog dengan cikgu.

  15. seronok baca citer bdak2 sek asrama, sy x sek asrama apatah lg nk blaja dlm aliran agama…

    tp mase sek dlu ada habit yg pelik, sy pn x phm kenapa sy buat,huhu… tiap kali hujung bln hr jumaat suka blik sek lambat sbb nant bleh tgk + nek bus ngan bdak2 asrama yg sibuk kat stesen bas untuk blik umah…

    pastu suke tgk muka bdak2 ni, muka suci je, lg2 yg duk pkai kopiah ngan tudung labuh…hehe

    sy ngn kwn2 dulu tabik la ngan dak2 sek agama ni, sbb ktorang x mampu nk blaja smpai tahap tu so kami2 ni sbnanye mengharapkan kalian untuk membantu…

    citer zaman2 nostalgia…. =)

  16. salam.
    owh.. betul, sangat susah nak rancang aktiviti untuk orientasi pelajar sekarang!
    Banyak pantang larang yang wujud tiba-tiba..
    Even semasa program dijalankan pun arahan pihak atasan boleh datang tiba-tiba lagi..
    (padahal awal-awal lagi dah diluluskan pihak atasan)
    Sure, student mengadu time program ni!
    Teringat pula kenangan menjadi student yang ‘redha’.. Hehe

  17. @whitehijab:🙂

    @iliana: correction: atas kelahiran INSAN2 berkualiti.🙂 zacharias, nusk, whitehijab, khasimah semua dr sekolah ini.🙂

    @zacharias: di madid, rasa keikhlasan cikgu nak ajar, sampai kadang2 buat kelas tambahan for free.

    @ina: saya rasa bdk asrama terlalu overrated. kitorg biasa je. huhu.

    @candle lilly: salam. pelik, sebab parents junior2 ni kena LEBIH teruk dr kita, tp bila turn anak diorg kena, anak dimanjakan pula..hm..

  18. Sebut pasal tarbiyyah 40 hari, pernah dengar tentang tarbiyyah 5 dollar tak?

    Proses tarbiyyah ketika beriadah, khususnya ketika main bola sepak.

  19. hm, tak pernah dgr pula? apa dia itu?

  20. Madid memang champion arr… One of the most underrated school in Kuala Kangsar with surprisingly overrated ex students…🙂

  21. yess…aku pun bangga jadik one of madidian… syok sangat time kat sana…
    and kat sana jugak tempat bina stamina…
    kena ketuk ketampi, jalan itik, kutip sampah etc..
    pastu panjat pagar sebab takmo kantoi lambat…

    tapi sikit pun aku tak pernah marah kat warden sebab aku taw salah sendirik..cuma hangen ngan pengawas jer..haha
    cikgu cikgi sana sempoi n really enjoy belaja kat madid…

  22. assalamualaikum,hehehe x sangka ade jugak org cite psl skoloh ana nie…well,ana masih lg JUNIOR pd thn 2010 nie F1 le nk kata….penggunaan kata ganti nama diri diamalkn atau x?hahaha,oh ye,dh tau ker pasaL Perjumpaan bekas pelajar MADID? em,klu dh x pe lar sajer nk tau…..

  23. Salam kenal. Saya akan ke MADIK hujung minggu ni(25/9/10) kerana anak saya akan menduduki ujian bertulis untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2011. Susah tak soalan-soalannya? Mudah-mudahan sekolah ini adalah pilihan yang terbaik untuk anak saya, insyaallah, amin…! Mudahan-mudahan dia akan lulus dalam ujian ini!

  24. Salam kenalan. All the best untuk anak Puan Myza.
    Saya yakin bentuk soalan sudah berubah setelah lebih 10 tahun ini, tetapi insyaAllah tidaklah susah mana. Saya mendoakan dia lulus juga.

    Nasihat saya, di sekolah berasrama seperti ini, pelajar2nya pun banyak kerenah masing2. pandai2lah cari kawan yang baik, supaya anak akak dapat mendorong diri menjadi lebih baik insyaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: