Posted by: y4ku24 | February 16, 2010

This Month’s Feature: Misteri ’38 saksi yang tak datang menolong.’

“Ni apa kes pulak ni?” tanya Inspektor Sahab, sebaik sampai di tempat kejadian.

“Seorang mangsa perempuan, Kitty Genovese, telah diserang tiga kali pada  malam tadi dalam jangka waktu 30 minit, tuan. Sebab kematian adalah kekurangan darah.” jawab rakan juniornya.

“Hm, tempat kejadian ini dikelilingi bangunan perumahan. Disebabkan tikaman dia berkali-kali, saya fikir mesti perempuan ini bergelut sebelum dibunuh. Malah, mungkin menjerit-jerit ketika itu. Betul tak?”

“Betul tu tuan. Malah semua orang di sini adalah jiran tetangga beliau.”

“Fuh, power jugak aku menganalisa seperti seorang detektif yang genius. Ala-ala Kindaichi, malah lebih power. Cuba pergi ke beberapa bangunan flat perumahan ni, dan tanya diorang ada dengar atau tidak jeritan semalam. Malah mungkin ada saksi sekali.”

“Sebelum tuan ke sini, kami telah buat pertanyaan rumah ke rumah, dan kami telah dapati saksi yang ramai. 38 orang! Memang benar seperti yang tuan fikirkan, pergelutan berlaku, dan saksi-saksi menyatakan memang mangsa menjerit-jerit meminta tolong.”

“Abis tu, dalam 38 orang tu yang mesti salah seorang pernah kenal dia ni, takde yang gi tolong?”

“Er, nampak gayanya takde SEORANG pun yang datang tolong! Bukan kata tolong, tuan, ketika insiden itu berlaku, tiada siapa pun yang menelifon polis!

“Ha?! Hang biaq betui!! Haghuu!!!”

*   *   *   *   *

Kisah di atas semuanya adalah dari fakta benar belaka (selain dari nama Inspektor Sahab, dan loghat Kedah dia tu), walaupun sesetengah pihak menafikan saksi yang seramai itu, cuma dalam 12 orang . Kejadian ini berlaku di bandar New York pada 1964, dan telah membuat detektif seperti Sherlock Holmes pun pening kepala untuk berikan sebab. Kes pembunuhan ini teramat pelik, kerana mustahil daripada 38 orang saksi itu, tiada yang rasa ingin menolong!

Buku 'Thirty-eight witnesses'

Rupa-rupanya, misteri ini bukan semudah yang disangka, malah lebih menarik dari yang disangka! Ya, kali ini aku nak story pasal misteri ini, di mana akhirnya para psikologis cuba merungkai psikologi manusia yang menggerunkan melalui insiden ini…

Welcome to the fascinating (and scary) world of human psychology!

Seperti yang aku sebutkan di atas, setelah insiden di atas berlaku dan tiada siapa yang dapat menjawab kenapa tiada seorang pun yang datang menolong ketika itu selain daripada menyimpulkan bahawa manusia di bandar sudah mula hilang nilai moral dan tanggungjawab bersama, sehinggakan orang yang diserang dan ditikam pun tiada yang sanggup menolong.

Tetapi, misteri ini bukan berhenti setakat itu saja, kerana apabila saksi-saksi ini di soal, mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka tidak menjadi orang yang ambil tanggungjawab untuk menolong. Nak kata diorang tak suka dengan minah tu dan lebih baik dia mati pun tak. Nak kata diorang tak tahu logik akal untuk sekurang-kurangnya meminta bantuan polis ketika itu pun tak. Saksi-saksi ini semua sudah besar! So what exactly is stopping them?

Seolah-olah ada sesuatu yang ‘mengikat’ mereka supaya tidak pergi menolong, walaupun mungkin perasaan kesian itu ada.

Dua psikologis bernama Bibb Latane dan John Darley telah membuat sebuah hipotesis berkenaan perkara ini, dan akhirnya menjalankan satu eksperimen yang hampir sama dengan situasi itu untuk menguji hipotesis mereka ini. Teori mereka ini digelar ‘The Bystander Effect’. Video di bawah ini adalah mirip eksperimen yang telah mereka berdua jalankan sebelum ini.


Ini lagi satu contoh fenomena The Bystander Effect (Efek pemerhati?). Boleh tangkap tak konsep fenomena pelik ini?

Fuh, gerun memikirkan, sekiranya aku pengsan tengah-tengah Chow Kit, orang akan buat dek je nanti. “Apehal mamat ni tidur tengah jalan?”

Okeh, untuk menyimpulkan video dan hipotesis ini:

1) Kita mudah bertindak sekiranya kita berseorangan, tetapi semakin ramai yang menyaksikan sesuatu berlaku, semakin kurang untuk setiap orang itu mengambil tindakan.

2) Manusia suka untuk bertindak sama seperti orang di sekeliling dan sukar untuk bertindak lain dari itu, walaupun ianya perkara baik. Peer pressure at work!

3) Bila kita dalam kelompok yang ramai, semakin hilang/berkurang perasaan bertanggungjawab dalam diri. Orang lain tak tolong, kenapa aku seorang kena tolong? Diffusion of responsibility (penyebaran tanggungjawab?) at work, mat saleh cakap .

Saksikan eksperimen dan penerangan ini pula untuk lebih faham:


Bila ramai itu tak semestinya lebih selamat

Budak-budak yang belajar tentang engineering mesti biasa dengan istilah safety maintenance. Ada satu fakta menarik yang pernah aku belajar berkenaan salah satu punca senang berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh kesalahan manusia (human error), iaitu kecuaian kerana pemeriksa maintenance terlalu ramai. Bila terlalu ramai, secara psikologinya perasaan bertanggungjawab pemeriksa akan berkurangan, kerana “Ada seorang lagi yang akan check sekiranya ada tempat yang tercuai”. Hilang perasaan “Jika aku tidak cek betul-betul dan rosak/berlaku kemalangan, semua akan menjadi kesalahan aku seorang. Jadi perlu cek dengan teliti!”. The diffusion of responsibility at work again.

Mengetahui masalah psikologi manusia ini, safety maintenance pada masa kini tidak terlepas dari memikirkan perkara ini juga ketika merancang kaedah pemeriksaan yang terbaik, bagi mengelakkan kemalangan/kerosakan berlaku akibat diffusion of responsibility.

Nasihat dari program TV Jepun

Jadi, macamana nak counter fenomena ini? Katakanlah korang berada dalam situasi Kitty Genovese di atas. Keliling korang adalah perumahan. Apa yang boleh korang buat selain hanya jerit mintak tolong, yang kemungkinan besar hanya akan trigger fenomena The Bystander Effect?

Di dalam satu program Jepun aku tengok satu ketika dulu, dia memberi penyelesaian untuk perkara ini. Kawasan perumahan di Jepun lazimnya terdapat nama keluarga (surname) di depan pagar rumah masing-masing. Seboleh-bolehnya cuba usaha untuk peka dengan nama-nama ini, walaupun kita tidak kenal. Jadi sekiranya insiden di atas berlaku, jerit minta tolong BERSAMA salah satu nama keluarga yang rumahnya berdekatan!

“Encik Suzuki, tolooong!!”

Ok, aku tahu, di Malaysia mana ada orang yang tulis nama di pagar rumah. Tetapi sebenarnya bukan menjerit nama orang itu yang ingin ditekankan untuk counter fenomena ini. Cara untuk elakkan The Bystander Effect ialah dengan menunding jari (pinpoint) seseorang untuk diminta tolong, daripada meminta tolong secara umum.

Untuk contoh di atas, sekiranya Cik Kitty itu jerit nama Encik Suzuki dan dia dengar dan tak tolong, alamatnya dia akan dituduh kerana tidak menolong mangsa. (Walaupun, of course kalau dah insiden seperti pengsan tu memang tak boleh nak tolong apa-apa lah!)

Perkara ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam semua jenis keadaan. Cikgu-cikgu sekolah sekalian, pernah mintak murid-murid memberi idea, tetapi semua buat dek saja? Atau pengurus program yang apabila meminta volunteer, semua buat dek saja? Aku rasa korang tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.

Itu bab solusi untuk ‘mangsa’. Untuk para ‘bystander’ pula?

Satu lagi solusi ialah, bila kita ada pengetahuan ini, jinak-jinakkan diri untuk TIDAK menjadi salah seorang bystander. Jika ada sesuatu yang tidak kena di depan mata, seperti yang disarankan di video di atas, jangan buat dek saja, bertindaklah (sekadar yang mampu)!

Akhir kata, sebelum aku muatkan dalam entri berikutnya yang berkaitan, boleh la korang bertafakur dan fikir-fikirkan, dimanakah peranan syariat Islam dalam mengurangkan fenomena The Bystander Effect di dalam komuniti sosial? Lu fikirlah sendiri (dulu)!

Silakan komen, supaya sama-sama dapat berdiskusi. Ya betul, aku tengah cakap dengan kamu yang membaca artikel ini!

(Setelah baca artikel ini, adakah korang MASIH seorang ‘bystander’? Heh heh.)

-y4ku24-

===================================

Rujukan: The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell.


Responses

  1. alamak, touching lak bila tengok video yg second tu.. tingat kat Nurin(2007) … mungkin kes dia ada lah sama.. tak ada orang yang ambik pusing pun kalo dia menjerit pon…

    Dan memang kadang kadang terjadi pada diri sendiri, sangat tak ambil pusing kalo dikalangan ramai orang…

  2. islam menggalakkan kita ‘ambil port’ dan tidak sekadar menjadi bystander…

    4:95 Not equal are those believers who sit (at home) and receive no hurt, and those who strive and fight in the cause of Allah with their goods and their persons. Allah hath granted a grade higher to those who strive and fight with their goods and persons than to those who sit (at home). Unto all (in Faith) Hath Allah promised good: But those who strive and fight Hath He distinguished above those who sit (at home) by a special reward,-

  3. salam.
    Hurmm.. Takut juga bila dunia semakin jadi macam ni. Or memang sedia macam ni..
    Kepada ALLAH jua mohon segala perlindungan..

  4. @aznie: kalo sapa ingat kisah hero di New York yang turun ke landasan kereta api untuk selamatkan orang yang terjatuh di situ. kalo difikirkan balik, bukan saja perlu berani ambil risiko sebab bahaya, tetapi perlu berani menjadi satu-satunya orang yang BERTINDAK!

    saya tabik spring kat mamat tu…

    @zacharias: thank you for the insight. right on.😉

    @candle lilly: salam. mungkin sudah semakin menjadi, sebab manusia di bandar sudah mula tidak kenal satu sama lain, jadi lebih susah utk menolong. teringat cerita kampung saya, di mana kalau ada kes kecurian, apabila dijerit “Pencuri!”, tak kira siapa, semua akan pergi kejar pencuri itu!

    Dalam keadaan ini, kalo jadi pemangsa lebih menggerunkan!!

  5. Salam.

    Psikologi manusia adalah topik yg paling saya minati. Saya sarankan yakuza membaca buku BLINK karya Malcolm Gladwell; jika tidak pernah dibaca.
    Ada satu topik dlm buku itu yg menekankan ttg efek “preconception” and “stereotype”. Topik ini dikaitkan dgn satu kes dimana 4 polis telah menembak seorg lelaki african american sebyk 41 kali. Padahal dia seorang yg tidak bersalah.
    Blink byk mendalami konsep pemikiran manusia dlm waktu kecemasan dan dlm keadaan dimana manusia perlu membuat keputusan dgn cepat.
    Efek “bystander” ini sungguh menarik perhatian. Dlm pandangan saya, perkara ini sering berlaku; walaupun bukan dlm keadaan kecemasan.
    Contohnya: Jika dlm suatu kelas besar, seorg guru meminta seseorg untuk kehadapan untuk mengamil kertas untuk diberi kepada semua murid.
    Perkara ini pernah berlaku dalam kelas saya. Oleh kerana semua pelajar mengharap orang lain untuk mengambil tanggungjawab itu tiada seorang pun yg bergerak kehadapan sehinggalah lecturer saya menjerit “What’s your problem? Didn’t you hear me? COME TO THE FRONT AND GET THE PAPERS!”
    Kadang-kadang majoriti itu tidak semestinya lebih bagus.
    Sekadar berkongsi.
    Maaf kalau ada informasi yg kurang tepat atau yg menyinggung perasaan sesiapa.

    Sekian.

  6. Salam

    btl2..lg2 kt mlysia ni kalo perasan,bab accident.
    sume sebok tgk je..tlgnye xnk.
    mungkin jg sbb bystander effect.
    aritu kt tv3 rasenye diorg buat survey konon2 ade accident,then jln tu mule jam teruk.
    tp utk mase 4ptg smp 7mlm cume 2org je dtg tlg.
    tula btape prihatinnye rakyat mlysia..=p hehe

  7. @ salam ukhwah, cereal (harapnya ni bukan nama sebenar awk😛 )
    terima kasih atas perkongsian. saya memang peminat buku2 Malcolm Gladwell, dan semua buku dia menarik (kecuali yg paling baru, sbb bagi saya agak hambar). beberapa article di dalam blog ini (juga akan dtg insyaAllah) ada berkait dengan buku beliau. mungkin saudara/i (?) rujuk artikel ‘TMF: Pelajar Cina power matematik?’. byk perbincangan hangat di situ.😀

    selain dari buku beliau, buku oleh Dan Ariely (Predictably Irrational) amat bes bagi yg minat tentang psikologi manusia.

    @adk y4ku24: salam. yes, tepat sekali. eksiden kat msia adalah bukti besar efek bystander ni. mmg menunggu readers utk highlight benda ni. huhu.

  8. sikap “ambil tahu”, “ambil kisah” itu ada masanya perlu.
    dalam Islam, berdosa kalau kita makan hingga kekenyangan sedangkan jiran kelaparan. (kena check hadith – akak tak ingat)
    maksudnya – kita kena prihatin tentang hal ehwal kebajikan jiran-jiran…
    tapi, bukan setakat ambil tahu untuk mesyuarat tingkap semata-mata…
    itu takut pula jadi penambah dosa mengumpat…
    yang penting – “ambil tahu” dan “ambil kisah” supaya empunya diri tahu dirinya masih di”ambil berat” oleh yang lain…

  9. Salam.. erm.. menarik tul isu ni…

    ada satu lagi fenomena yang seakan-akan serupa yang saya pernah belajar dulu, iaitu “conformity”.

    its a type of social influence yg menyebabkan kita change our behaviour according to the social norm kat satu2 tempat tu so that orang tak pandang kita pelik. just to fit in. Walaupun benda tu againts our own principles or judgement.

    Pelik kan manusia ni? macam lalang.. susah nk cari orang yang sanggup dipandang pelik semata-mata nak tegakkan kebenaran.

  10. salam…

    sy dpt rasa yg masyarakat skarang mmg dah kurang sensitiviti terhadap persekitaran…sy juga kadang2 same je…

    SALAH SATU FAKTOR, apabila kt lebih byk berinteraksi dgn mesin dari berinteraksi dgn org dan rasa kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa…

    contoh mudah… dulu kalau nk byar bil kena p pjabat pos, skarang bleh online je…

    jadi interaksi semakin kurang antara manusia yang berperasaan…

    tapi ada satu tips yang boleh dikongsi, kalau nak mudah rasa bertanggungjawab, doakan lah mereka, contohnya sentiasa doakan kebaikan untuk jiran kita, insyaallah, hati kita akan sentiasa rasa bertanggungjawab terhadap mereka…

  11. Baik, saya yang dah terbaca datang mengkomen pula =p

    memang kagum dgn entri kali ni..mengaum~

    yang saya perhatikan fenomena sekarang, manusia ni lebih mudah bertindak ke ats sesuatu yg spesifik [jelas]..kalau nk fikir kenapa jd mcm tu pula, mungkin ke sebab kehadiran teknologi? manusia ni sudah terlalu disenangkan sehinggakan malas untuk berfikir dan sering ambil mudah..walaupun ianya psikologi, tetapi psikologi tu kebanyakannya terbentuk akibat persekitaran..sama seperti budaya yang terbentuk dari masyarakatnya sendiri..

    wallahualam~

  12. belajar psikologi manusia sangat menarik..tengok video-video kat atas terkena lak atas batang idung sendiri yang selalu ragu-ragu untuk bertindak..bile nak bertindak automatik tengok orang lain dulu ada tak yang nak bergerak..huhu

  13. setelah baca entry ni samapai abes, memang terasa diri ini salah satu yang menyumbang pada ‘bystander’ tu..huhu

    sangat menarik. baru tau ada teori ni
    sememangnya banyak terjadi dalam kehidupan kita seharian

  14. @a.z.haida: x kenal, maka x cinta, maka x tlg?🙂

    @budak pantai: salam. tq for the input. alhamdulIllah, dpt satu ilmu baru.

    @ina & Iliana: salam. setuju. kurangnya interaksi sesama manusia meningkatkan efek ini. thanks for the tips too.🙂

    @qamarun & izan: samalah kita. dah terkena, faham2la utk sama2 berubah😀

  15. Salam,

    entri mengaum dari warungkampung. betul2 terkena batang hidung sendiri. dulu, masa kecik2 ade sorang jiran saya yang sering dipukul ayahnya. boleh dikatakan tiap2 hari kena pukul. since, rumah kami ni rumah teres dan hanya bersebelahan..saya dapat mendengar dengan jelas suara si anak menangis dan merayu si ayah. saya dengar. saya tahu. tapi saya tidak berbuat apa-apa. rasa bersalah sangat pada budak tu. harap dia membesar dengan baik.

    menjadi pelajar perubatan, saya berdepan dengan pelbagai ragam manusia. ibu tunggal, anak luar nikah, multple sexual partner ..isu-isu sensitif macam ni dibicarakan secara terbuka dikalangan kami. namun, sedih. tidak pernah sekalipun saya mengajak pesakit ke arah Islam walaupun sekadar bertanya sudah solat ke belum? sedangkan mad’u ada di depan mata, hanya menunggu kita menyatakannya walau dengan sepotong ayat. fikiran perlu lebih positif (sebab selalu takut kena marah dengan pesakit) dan berani menyuarakannya. positif thinking and dare to make an action.

  16. ~bismillah…

    ~terdiam membaca entri ini.

    ~betui la kan, adakalanya kita lebey prefer utk berdiam diri dan hanya memerhati.

    ~setuju dgn budakpantai pasal conformity.

    …mmg agak susah utk kita ke kanan apabila ramai yg ke kiri…

    …mungkin la sesekali buley jd flexible, tp adakalanya perlulah available…

    ~gudjob, keep it up~

  17. @ madziani: salam. memang betul, kalau difikirkan betul2, rasanya semua kita pernah alami satu situasi ‘Bystander effect’ ni. cuma dari entri ini saya harapkan kita sama2 menjadi orang yang mengambil tindakan yang sewajarnya selepas ini insyaAllah.

    berkenaan client tu, of coz diorang akan melenting jika kita ‘pandai2’ nak tegur diorg. teringat ustaz hasrizal (saifulislam.com) menceritakan isteri beliau menghadapi masalah yang sama, bilamana terpaksa bertanyakan pesakit tua yang berkopiah samaada dia kuat minum arak ke tak (kerana amat bersangkut paut dengan simptom penyakit yang dia ada).

    disini perlunya kepada dakwah secara hikmah. semoga saudari diberi kekuatan utk menegur secara hikmah insyaAllah.

    @ teratai biru: salam ukhwah. Nabi saw mengajar kita, sedangkan ketepikan batu di tengah jalan (supaya tak merbahayakan org) pun dikira sedekah, inikan lagi menolong orang yang dalam kesusahan, betul tak?🙂

  18. Assalamualaikum wbt…
    Teringat pesan seorang senpai kepada saya yang berbunyi “boleh jaga tepi kain orang tapi jangan sampai masuk dalam kain orang”.Kita boleh ambil tahu,ambil kisah dan ambil berat tentang orang di sekeliling kita lebih-lebih lagi di kala jenayah bunuh dan lain-lain yang semakin berleluasa pada hari ini.
    Masyarakat hari ini lebih berani untuk melakukan jenayah berbanding mencegah jenayah.Sesungguhnya mencegah kemungkaran lebih susah berbanding menyuruh ke arah kebaikan.
    Sekian,wassalam.

  19. Mungkin juga perasaan MALU tak bertempat menguasai diri apabila berada dalam kalangan orang ramai untuk memulakan tindakan. Malu bertindak kerana risau dianggap sebagai penyibuk atau mungkin juga risau tindakan itu salah dan dianggap sebagai bodoh (bahasa kasar).
    Kalau sy berada di situasi adik dalam video klip tu, ntah apa la tindakan yang sy buat…

  20. […] 1) The Bystander Effect […]

  21. hurm.

    Bystander effect ni..sebenarnye mmg berlaku kat malaysia.
    Dalam 2-3 tahun lepas ada TV3 try buat lebih kurang scene kt dalam video kat atas.
    Dia buat2 rebah pengsan dekat dgn kawasan yang paling ramai orang, kat depan pintu komuter, ampes..smua pandang je..langsung xde yang nak tolong. kecewa btol ku dgn komuniti dalam sosaiti ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: