Posted by: y4ku24 | February 10, 2010

Gelagat Si budak Kansai

[Update blog: AlhamdulIllah, ringan sungguh rasa kepala setelah habis semua misi untuk melayakkan aku memiliki ijazah Masters. Lega sungguh! Sekarang bolehlah aku mula menulis kembali di blog ini, sekali gus mengubat penyakit gatal-gatal jari aku.

Tuan-tuan dan puan-puan, ini walung punya tauke sudah mali…]

*     *     *

Osaka, heart of Kansai (source: gigazine.jp)

Sepanjang aku berada di Jepun, ada satu ‘golongan’ orang Jepun yang amat menarik minat aku.

Orang Kansai.

Golongan orang Jepun yang unik. Lawak lagi sporting.

Pernah sekali aku berkenalan dengan seorang budak Kansai di summer school.

“Oh, kamu dari Osaka?!…Bang!” sambil buat isyarat tangan macam pistol ke arah dia.

Dengan selamba, dia buat reaksi kena tembak! Wow, dia memang betul orang Kansai! Baru saja berkenalan, tapi sporting abis!

Ya, style aku nak cek ‘keaslian’ dia ni orang Kansai ke tak ialah, tembak dia! Bukan kata tembak pistol, kalo buat-buat ‘belah’ dia dengan pisau katana pun dia akan layan buat-buat kena belah!

Awal-awal dulu, aku ‘was-was’ bila disebut di dalam TV yang bukan saja budak-budak, malah orang tua Kansai sekali pun, kalo di buat ala-ala tembak pistol atau belah pisau, mereka akan berlakon macam kena tembak/belah!

Tapi setakat ni sudah 2-3 orang Kansai aku sendiri dah ‘tembak’.

Semua ‘mati’.

Kepada mereka yang tak pernah dengar istilah orang Kansai, mereka ini adalah penduduk Jepun yang duduk di Kansai, kawasan di selatan-tengah kepulauan Honshu, di area Osaka, Kobe, Nara, Kyoto dan lain-lain. Mereka ini mempunyai loghat bahasa Jepun sendiri yang terkenal berbanding loghat lain, iaitu Kansai-ben. Macam loghat Kelantan di Malaysia jugak la. Tempat lain ada loghat juga, tapi loghat ini agak terkenal, dan tak ramai orang boleh faham!

Tersenyum aku sorang-sorang tengok gelagat diorang.

Agaknya kalo aku buat dekat orang K.L. camtu, mahu kena gelak aku.

Kalo buat kat Amerika pulak, aku akan di chop pengganas tak tentu pasal. (“Awak menunjukkan tanda-tanda ingin membuat keganasan. Sila ikut kami ke balai polis…”)

Itu satu karakter unik mereka. Sporting dan lawak. Bukan saja buat aksi yang aku sebut di atas, malah banyak lagi lawak basi yang diorang akan layan!

Pelik lagi ajaib. Diorang tak semestinya peramah, tapi sifat sporting tu ada. Bukan orang luar saja, orang Jepun lain pun pandang budaya ni satu budaya yang pelik.

Cuba tengok video clip di bawah pulak. Maaf kepada yang tak boleh faham bahasa Jepun, tapi hanya tengok gelagat mereka sudah cukup.

Tapi sebelum itu, aku perlu story kat korang tentang gelagat ‘layan lawak basi orang’ ni. Dalam bahasa Jepun, ia dipanggil noritsukkomi (ノリつっこみ). Bila ada orang budak lawak basi (contohnya bagi berus sabut untuk ganti mikrofon), diorang akan layan (cakap serius, kononnya memang betul-betul mikrofon).

Noritsukkomi, layan lawak basi orang lain, just for the fun of it. Dan disebabkan diorang layan tu yang jadi lawak! Memang kepakaran orang Kansai. Mari kita saksikan!

[Nota: Dari awal, noritsukkomi pasal mikrofon, tukar jadi berus sabut. Dari 1:30, noritsukkomi pasal handphone, tapi tukar guna terung. Dari 2:16, noritsukkomi yang sama, tapi kali ini kat Tokyo (bandar yang jauh dari Kansai). Tak menjadi! Dari 3:36, noritsukkomi pasal kamera, tapi tukar guna sejenis agar-agar.]


Tapi aku hairan kenapa orang bahagian Kansai saja yang perangai huha-huha macam ni. Pernah aku bertanya kat sensei aku.

“Kalo ikutkan sejarah, ketika Tokyo menjadi pusat pentadbiran, kawasan Kansai merupakan port perniagaan. Pekedai di sana nak tarik pelanggan kena banyak bercakap dan peramah. Mungkin bermula dari situ kot.”

Hm, logik juga.

Aku ada seorang member dari Osaka. Kalo dia ada asyik bergelak ketawa je kitorang. Dan menjadi satu challenge bagi aku untuk buat budak Kansai untuk gelak. They’ve heard it all. Memang lawak tu kena original/timing baik punya, baru diorang akan gelak. Tak semena-mena aku pulak yang puas sebab dapat buat diorang gelak.

Untuk birthday dia tahun lepas, kitorang belikan dia Mac book, sebab dia asyik sebut dia teringin nak beli Macbook. Tapi kitorang tak beli Macbook Apple tu (gile hape, baik beli untuk diri sendiri!), tapi buku kanak-kanak McDonald’s (sebab di Jepun diorang tak sebut McD bila bercakap pasal McDonald’s, tapi diorang sebut Mac. Jadi kitorang belilah ‘Mac’book untuk dia!)

Dia tergelak besar bila terima hadiah tu…

“Memang Macbook yang ni la yang aku nak!!”

Nice noritsukkomi!!!🙂

P.S.: Kepada student Malaysia kat Jepun, kalo ada kawan Kansai, cuba try buat lawak-lawak kat atas. Menjadi sih!!

-y4ku24 l1k35 K4ns41 p30pl3!-


Responses

  1. Salam.
    Hehe..Thanks alert Post email..

    Dan,
    Hahahahaha..
    Rasa2nya pernah jgk kena kt diri sendiri part camera tu!!! (takde rasa, mmg kena!)
    Punya la cari mana lense kamera time kwn minta tlg amik gmbr, lama jugak duk tilik-tilik kamera tu.. Nape pelik semacam ek kamera dia??? Ishhh..Tiba-tiba bunyi dari sebelah, “canggih giler camera Adi!!!”
    Erkk,rupa-rupanya dia bagi buku kecik sama saiz dgn kamera digital biasa..
    Malu rasa kena gelak!!! huk2.. =(
    Macam mana boleh tak perasan ni???

    Tapi tak mengapa, bukan senang nak buat orang gelak kan!!! (^_^)

  2. Salam…..patut la kat Osaka ramai artis komedi….Naruhodo…..:)

  3. heyhey the man is back

  4. suka lawak ‘macbook’ tu…
    suka sebab he got the joke and was sporting enough to laugh
    dibuatnya orang yang tak sporting – mesti tarik muka dan tanya balik – korang ni tak faham-faham lagi ke???
    silap-silap haribulan dicampak atau dipijak-pijak ‘macbook’ tu.
    oh!

  5. salam

    haha, the man is back!

    teruskan menulis bro!

  6. omoshirokatta ^_^
    sesuai utk release tension pas habis exam ni
    arigatou…

  7. @Candlelilly: salam. kalo kat Msia mmg org buat utk pekena member, tp kalo buat kat Kansai, sekadar nak beramah mesra, dan tak tersinggung.🙂

    @mas78: salam ukhwah. yup, sana mmg the heart of japanese comedy.

    @tembakau: heh heh. back with a vengeance!😛

    @a.z. haida: sbb dia sporting yg kitorg buat tu. “Fuyo, siap ada banyak ‘screen’ tu!”, dia cakap, sambil belek2 halaman macbook tu.😀

    @apex: salam. will do, insyaAllah!😉

    @eyeme: i guess my timing was right.🙂 try ar buat dekat member Kansai nanti. huhu.

  8. mungkin sebab bahagian bawah cuaca panas,so hati diorang lebih warm banding dengan orang atas.kalau tohoku ni lagi la,sesejuk yuki yang bertimbun-timbun di sini..huhu.

  9. menarik:)

  10. Salam.. he3… tahniah Luqman san.. (still smiling).. mmg “sempoi” la kan Kansai ni kan… sepatutnya…mak ayah pun kena ada skill ni tau… buat lawak and main belakon2 dgn anak2 mcm real… cikgu2 pun… kena ikut mcm ni mana yang sesuai… baru la happening…

  11. Yoshh..setuju!!!
    sebab tu la sikap sporting dan “tak kisah” tetap diperlukan dalam masyarakat.
    Hahaha.. unique sungguh caranya!

  12. […] Jepun ! Bahan santai terbaik, ubat letih dari palajar Master. Sasuga. Memang kagum . Teruskan lagi. DISINI. Tulisan saudara […]

  13. @AsadulQalb: dengarnya musim sejuk sana pun sejuk juga, walaupun salji tak selebat di situ. mungkin teori tu tak berapa tepat. huhu.

    @nusk: welcome to the funny side of japan😉

    @ilina: salam. terima kasih. betul2.🙂

  14. fuh, aku respek la tahap sporting derang ni. despite kesibukan orang2 jepun. maybe aku tak pernah gi jepun..

    maybe depa ni jenis laid back sket kot…

  15. hehe ske tgk m.cik2 pn sporting..cumel

  16. @zacharias: dikalangan member saya yang dr Kansai, yg laid back (org sini panggil ‘my pace’) pun ada, yg rajin gilaks pun ada. rasanya mana2 bhgian jepun pun sama.

    @adk y4ku24: makcik2 kita pun sporting gak😉

  17. haha, lawaks & nampak harmoni… slamat kmbali mnulis =)

  18. salam..
    hehe..ske3…santai2…

  19. hehe..adeh sakit perut gelak tak boleh tahan..tak sangka la pulak ek ade segolongan orang yang macam ni..hehe.. sebab saye pun ade member suka layan orang duk buat bang-bang ni..dengan mak die sekali join..hehe.. kelaka betul la diorang ni..

  20. salam…akhirnya penantian yg panjang utk bahan bacaan…

    menarik nya pengalaman tue…

    dulu singgah tokyo dgn nagoya…xde lak camtu…hmm….

    ni x sabar2 nak kembali ke jepun hehehhe

  21. @ ina: thanks!

    @ abidasman: salam. saya pun suka gak.

    @ qamarun: member qamarun org Kansai?

    @ KA: salam. mak aih, jgn la jdkan ni bahan bacaan utama! banyak lg buku2 bermanfaat yg jauh lebih layak di panggil bahan bacaan!

    nagoya tak termasuk dalam kansai, tp diorg pun ada keunikan tersendiri juga, seperti nagoya-ben!

  22. Lawak, macam2 gelagat manusia di dunia ni ye hehehe

  23. hehe, smat gler org kansai.. nnt nk try ekperimen kt sensei dr osaka laa.. hrp2 jd laa..

  24. kawan saye orang kelantan malaysia je..

  25. haha.. mase pegi osaka, sekejap jek.. (sementara tunggu flight kansai Airport –> KLIA)kami takut-takut sbb dlm JRail tu depan kiteorg ade muke mafia tak-hengat and jari kelingking nya takdek! adoi.. hubby kate yakuza la kot.. betui ka? huk huk..

  26. @whitehijab: macam2 ada🙂

    @mr batch28; try ar.kalo x jd,sensei ko tipu die dr osaka! haha.

    @qamarun: maaf, x dapek den nolong. tp org kelantan pun ada gaya sendiri, menarik gak🙂

    @ainen: sah sah pak ya la kalo camtu. nak tunjuk allegiance, diorg potong jari. yg muka ganaz2 org bawahan je, yg atas2 muka biasa je. ada saya cerita sikit psl diorang dalam entri ‘K3n4p4 y4ku24 d4n w4run8k4mpun8?’.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: