Posted by: y4ku24 | October 16, 2009

This Month’s Feature: The 100 (Who is No.1?)

[Blog update: AlhamdulIllah, entri ini adalah entri ke-100 blog warungkampung nih. Tepuk tangan ramai-ramai! Sempena entri yang penting ini, aku ingin berdiskusi tentang buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History oleh Micheal Hart.

Sebelum tu, kita tengok ranking Top 3 Most commented entry sepanjang setahun blog ni berjalan:

Most Commented: 1) TMF: The hidden messages in water (42 comments) 2) TMF: Kenapa pelajar cina power matematik? (35 comments) 3) Parenting tips: Antara Ayah dan Alex Ferguson & Jepun dan konsep gakko houmon (28 comments)

Kepada yang berminat untuk membaca entri-entri kat atas tu, boleh search tajuk tu kat sebelah kanan skrin ye.

P.S.: Takziah buat keluarga mangsa bencana gempa bumi di Indonesia. Semoga ruh mereka yang pergi dicucuri rahmat Allah. Amiin.]


Pada 1978, seorang sejarahwan barat telah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ yang agak kontroversi. Buku ini menyenaraikan kesemua mamat-mamat berpengaruh yang telah menjejakkan kaki di muka bumi.

Yang besnya buku ni, senarai ini tak tertakluk kepada satu bidang saje. Ada saintis, ada pejuang agama, ada politikus, ada ahli muzik. Jadi korang boleh bayangkan dalam senarai ni ada Einstein si afro, Beethoven si pekak, dan lain-lain.

Kesemua mamat-mamat feymes kat atas dimuatkan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dalam sejarah, hasil daripada kesan yang telah diorang semua tinggalkan kepada generasi akan datang.

Nak tahu senarai mamat-mamat feymes ni? Leh cek senarai tu kat sini. (Jangan risau, raaaamai yang aku pun tak kenal! Tapi Khalifah ‘Umar al-Khattab masuk dalam senarai gak!)

Aku sendiri tabik kat Micheal Hart kerana ‘berani’ mengeluarkan senarai begini. Bukan senang wo! Kalo 100 orang berpengaruh dalam sains boleh tahan la sikit, ini merangkumi semua bidang tu! Bayangkan berapa ratus (ribu?)  jam dia abiskan untuk kaji semua orang dalam senarai tu, pastu kena pulak ubuh nombor kat setiap orang!

Tak mustahil kalo ada hard core fan seseorang, contohnya peminat Pak Abraham Lincoln dan Pak Leonardo Da Vinci (yup, diorang tak masuk list!) mesti tensyen gilaks sebab mamat yang diorang minati tak layak masuk ranking.

Ditambah pula dengan rungutan hardcore fan mereka yang tersenarai yang rasa ikon diorang tu lebih layak ranking lagi atas. Aku rasa Micheal Hart ni mesti takleh tido malam awal-awal keluarnya buku ni sebab orang asyik call dia suruh tukar senarai tu.

Itu satu isu sebab apa buku ni agak kontroversi. Lagi satu faktor buku ni kontroversi adalah sebab pemilihan pemegang tempat pertama senarai ni. Sapa lagi kalo bukan nabi junjungan kita, Muhammad Ibn Abdullah s.a.w.!


Meh kita bedah buku sikit:

1. Micheal Hart sendiri tau yang pemilihan orang pertama ini akan menjadi kontroversi besar. Mana mungkin orang barat yang majoritinya beragama kristian boleh setuju dengan keputusan tempat pertama ni. Entah-entah ramai tak tahu pun siapa dia Muhammad Ibn Abdullah!

Itu sebab belum apa-apa, awal-awal lagi dia terus defend pendirian dia, macam tau-tau je akan dikritik:

‘My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

(Saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai orang-orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan segelintir pembaca dan akan dipersoalankan oleh sebahagian yang lain, tetapi hanya beliau sahaja yang amat berjaya sama ada di bahagian agama dan juga sekular.)

Supremely successful tu! Bukan very successful, bukan greatly successful. Supremely successful! Super!

Tapi kalo kita baca balik statement tu, Micheal Hart menyebut yang Nabi Muhammad s.a.w. amat berjaya dalam agama DAN sekular.

Hm, Nabi s.a.w. ajar sekularism?

Senang ceritanya, Micheal Hart nak cerita kepada umum yang Nabi s.a.w. berjaya dalam hal-hal spiritual dan jugak duniawi (politik, ekonomi dan sosial), walaupun kita orang Islam semua sedia maklum Islam MERANGKUMI politik, ekonomi dan sosial. RasulUllah diutuskan untuk menyampaikan Islam. Jadi apabila baginda mengajar cara berekonomi secara Islam, cara mentadbir negara secara Islam, maka sudah pasti itu sebahagian daripada Islam.

2. Micheal Hart ni sampai sekarang aku tak tahu dia ni beragama atau atheis (ada sapa tahu?). Tapi yang pasti dia bukan orang Islam.

Cuba korang tengok kenyataan ni:

‘Moreover, he is the author of the Moslem holy scriptures, the Koran, a collection of certain of Muhammad’s insights that he believed had been directly revealed to him by Allah.’

(Tambahan pula, baginda merupakan penulis buku suci orang Islam, al-Quran, koleksi fikiran baginda yang Muhammad percaya diwahyukan kepada baginda daripada Allah.)

Kita faham yang kenyataan ni bercanggah dengan fahaman umat Islam. Muhammad s.a.w. adalah RasullUllah, penyampai/messenger Allah. Bila baginda menyampaikan sesuatu bukan bererti itu hasil penulisan/pemikiran baginda. Sama la macam aku tulis entri ni, tak bererti buku The 100 tu aku tulis!

Dan ini pun memang banyak dinyatakan di dalam al-Quran, bahawa ayat-ayat al-Quran itu sendiri adalah wahyu dari Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w. hanyalah sebagai penyampai, bukan ayat-ayat al-Quran itu terbit hasil pemikiran sendiri.

Contoh insiden di dalam sirah Nabi s.a.w., di mana Saidatina Aisyah difitnah berzina dengan seorang sahabat (maaf aku terpaksa ringkaskan cerita). Nabi s.a.w. tidak memberi kata putus menidakkan kenyataan itu, malah sehingga baginda mendongak ke langit menunggu beberapa hari untuk menerima wahyu dari Allah memberi kata putus terhadap insiden itu. Akhirnya barulah diberitakan bahawa kenyataan itu hanyalah merupakan fitnah belaka.

Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. adalah penulis al-Quran, sudah pasti baginda tidak akan tunggu lama untuk menulis ayat yang menidakkan kenyataan itu, sebab cuba korang bayangkan betapa Nabi s.a.w. diuji secara spiritual ketika itu dengan fitnah camtu. Seberat-berat fitnah pulak tu.

3. Kalo fikir-fikirkan, aku rasa boleh juga kita katakan kehebatan yang dimiliki Nabi s.a.w. ini juga merupakan salah satu mukjizat (kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada nabi-nabi) baginda. Mana taknya, andaikata sepanjang 1400 tahun lebih setelah Nabi s.a.w. wafat terdapat orang yang lebih berpengaruh dari RasulUllah, mesti kita tersentak.

(Contohnya:) “Uish, Ayah Pin dapat pengaruh 1 billion orang anut agama dia dalam masa setahun? Mungkinkah agama Ayah Pin tu…?”

Maka insyaAllah Allah kekalkan Nabi Muhammad s.a.w. akan kekal menjadi individu paling hebat pernah menjejak muka bumi ni sehingga hari kiamat, sebagai salah satu bukti kebenaran mesej yang disampaikan baginda.

4. Mungkin tak ramai yang lekatkan istilah ini kepada batang tubuh Nabi s.a.w., tetapi kita kena ingat bahawa Nabi s.a.w. juga adalah seorang GENIUS. Nak tahu betapa geniusnya baginda, boleh baca entri TMF yang lepas aku di sini. Nak baca seluruh article berkenaan Nabi Muhammad s.a.w. di dalam buku tu, boleh ke link ini. Cuma beringatlah yang dia ni menulis dari sudut ‘orang luar’. Ada yang bercanggah dengan fahaman kita.

Akhir kata, mari sama-sama berselawat ke atas kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w.

ALLAHUMMA SOLLI ‘ALAA MUHAMMAD, WA ‘ALAA AALI MUHAMMAD!

-y4ku24@w4run8k4mpun8-


Responses

  1. 2 thumbs up untuk entry ini. pernah dengar tentang rasulullah dapat ranking 1st dalam orang berpengaruh dunia. cumanya baru tahu ianya ada dalam buku.

    memula ingat michael yang nyanyi lagu gaza tu. hehe. wiki tulis dia ni jewish american. allahua’lam

  2. MashaAllah =)

  3. waah….menarik sangat..tapi tak sempat korek dengan mendalam lagi entri ni.minggu ni periksa. lepas periksa sambung baca.
    terima kasih kongsikan di sini^^

  4. @puding: oo, die jewish american ek? mungkin juga…

    @bintang: utamakan periksa ye, warungkampung tidak bertanggungjawab ke atas keputusan periksa anda!😀

  5. hmm, agaknye apa yg die dpat daripada menulis ttg list nie??
    lagi2 ltkkan Rasullah sbg ranking 1st.
    apdahal, ada yg tak btol jgk..
    Tq sbb wat entry psl nie,
    Pernah dgr psl buku nie tp tak sempat nk jenguk2

  6. salam.
    waa..xsangke ek.
    org bkn Islam pn mmg xle nk nafi kn kehebatn Nabi S.A.W
    tq share such input. tp seryes rmai dlm list tu yg xpenah denga pn.hu~
    34/100..ok?tu pn ade yg tau2 gitu je.hehehe (loser x?)

    *xdpt bc detail..later eh.nk final jg.daokn..

  7. Salam
    lamenye x buka laptop
    Habis aje PMR jauh dari tension2 belum sampai seminggu terus buka entry nie……… lepaskan rindu nak lihat blog nie…..
    Huu menarik tentang nabi Muhamad dapat ranting no 1 dalam sejarah dunia……….
    memang x dapat nafikan kehebatan pemimpin yang Terulung nie………

  8. subhanallah…
    mmg xdpt dicanggah kehebatan junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD S.A.W…
    xsiapa leh kate x…
    tanx for sharing this great entry xD..

  9. @izan: kena ingat tak semua org barat anti-islam, dan saya tabik micheal hart sbb berlaku adil dalam hal ni. mungkin dia tulis buku ni sbb itu dia punya kepakaran. mungkin juga asalnya dia buat thesis. wAllahua’lam..

    @adk y4ku24: salam. 34/100 tu ok la tu! tapi kalo ikut standard markah, fail la.hihi😉

    @ct liha: salam. macamana PMR aritu? semoga dapat keputusan yang terbaik.

    @tim790: orang arab sebut, ‘laa syukran ‘ala waajib’ (tak perlu berterima kasih atas kewajipan,iaitu kewajipan berkongsi ilmu)🙂

  10. subhanallah..
    Allah tunjukkan kehebatan rasulullah melalui org bkn islam..supaya mereka dan juga org islam sendiri berfikir lebih mendalam ttg islam..wallahu’alam..

  11. salam..
    subhanallah…
    hebatnya kekasih Allah ini xde tandingan nye..
    krn Allah tlh memilih baginda dan Allah jg yg mnjge baginda..
    peribadi mulia baginda dihrp dpt dicontohi brsme..

  12. http://rs418.rapidshare.com/files/272667801/The_100-Ranking_of_Most_Influential_Peop…pdf

  13. PMR yang hari tu ……. Agama senang sangat soalan yang keluar soalan yang ana jawab masa ujian bulanan x sangka masuk hati senang aje jawab soalan sebab dah ade point dlm otak ….
    Math pula soalan kertas 1 senang (asa cam x caya aje senangnya) sebab ade bahasa Melayu kalau BI jawabnye pening kepalalah he he he… Alhamdurillah boleh jawab….. cuma yang susah sains kertas 2 banyak soalan yg x dijangka keluar…. n’ kertas sej soalanya mencabar yang lain BM GEO SEJ and KH(Perdagangan) memang Ok….. Abang Luqman doakan CTLIHA dapat result yang baik yeee =) …….

  14. Subhanallah.. memang Nabi Muhammad S.A.W insan terulung! Moga kita termasuk dlm golongan yg mendapat syafa’atnya.. ameen..

  15. @zalizabrina/abidasman/ainen: thank you for the comments🙂

    @ah nyu: thanks for the link bro!

    @Ct Liha: semoga mendapat keputusan yang terbaik. all the best! usaha sudah, sekarang hanya tinggal doa dan redha.

  16. salam….

    wahhhh….lamanya menunggu entry terbaru saudara….rasa macam kurang gula dan garam…bila tiada

    thanx for the input….pernah belek buku ni dan baca pasal rasulullah je…

    memang pujian dia ke atas rasulullah menarik….bagaimana dia menepis jesus sebagai lebih berpengaruh drp rasulullah

    x silap saya satu alasan dia ialah nabi muhammad menyebarkan sendiri agama Islam dan berjaya menyebarkan nya…

    sedangkan kristian tidak disebarkan oleh jesus tetapi oleh rakan-rakannya (12 disciple)….

    selain itu seperti saudari bgtau pasal nabi isa lebih kepada spiritual build-up

    sedangkan nabi muhammad spiritual dan fizikal build up…

    teringin nak beli buku ni tp ramai yg tak kenal maka macam kurang berbaloi huhuhu

    p/s: WELCOME BACK!!!! =D

  17. actually..i already wrote the same entry too =p
    tp, x siap hoho..this book really nice to read and share..lg 1 buku yg best 1001 Inventions : Muslim Heritage in Our World..ataupun, boleh follow update mereka di muslimheritage.com..awesome~

  18. Subhanallah! Entry yang best! Dah lama mendengar pasal buku ni tapi tak terbeli-beli lagi. Insha’Allah macam nak beli dari Amazon je lepas ni eheh.

    ‘Aqilah

  19. @KA: yup, disebutkan dalam tu St John (atau St Paul, aku tak ingat) lebih berpengaruh dalam menyebarkan agama kristian, tapi nabi Muhammad saw bertanggungjawab secara direct atas penyebaran Islam.

    kalo minat sejarah, ok gak la beli, tapi kalo sekadar nak baca tentang Nabi Muhammad saw, elok baca kat tenet je!😀

    @iliana: thanks for sharing🙂

    @Aki: sama macam komen saya kat KA, kalo minat sejarah saya syorkan beli, tapi kalo tak, tak perlu la. pengalaman dari orang yg beli tapi hampir kesemuanya tak baca😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: