Posted by: y4ku24 | September 11, 2009

Branding: Take it to the next level

[Update blog: New category, BANK IDEA. Koleksi idea gila-gila aku, yang kebanyakannya memang tak boleh pakai. Don’t try these at home!

Lama tak buat cerita santai/lawak. Apa kata kita rileks-rileks dengan entri santai. Maaf aku merepek sikit bulan-bulan puasa nih.]

(www.mikeshapircartoons.com)

(www.mikeshapircartoons.com)

Satu hari, Dolah Taram, billionwan(?) terkenal, panggil anak-anak buah dia ke bilik mesyuarat. Ada meeting penting katanya.

Dolah: Aku panggil korang arini untuk bincang pasal satu perkara. Seperti mana korang semua tau, client-client kita seperti Neslet, Pamper dan Maggy telah guna khidmat kita untuk mempromosikan barangan mereka. Hasil dari kekreatifan idea syarikat kita yang bagiuh-dok-ada, banyak di antara produk ni dah jadi kata nama utama kepada produk-produk sejenisnya.

Ubat gigi orang dah sebut callgate, lampin orang dah sebut pamper. Kita telah berjaya hijack Bahasa Malaysia itu sendiri. Hahaha!

Anak-anak buah: Hahaha. (Sambil tepuk tangan penuh bangga)

Dolah: Tapi, itu cerita lama. Client-client kita dah boring. Diorang kata strategi tu dah tak efektif. Diorang nak kita fikirkan strategi baru yang lagi bes. Kita nak buat brainstorming. Sapa ada idea baru untuk propose kat mereka?

Hakim: Bos, saya ada satu cadangan bes untuk tingkatkan brand client-client kita to the next level.

Dolah: Oh, bagus Hakim. Ini yang aku nak dari pekerja-pekerja aku. Silakan terang. Tapi kalo aku tak suka, secara automatiknya you’re fired! Hahaha!

Hakim: Hahaha….(dahi berpeluh)

Erm, kan bos sebut tadi kita telah jadikan brand produk-produk tu kepada kata nama? Apa kata lepas ni kita tukarkan brand tu jadi kata kerja pulak?

Dolah: Hm…Cuba bagi contoh?

Hakim: Contohnya, ‘Ibu sedang memampers adik’ atau ‘Setiap hari ayah berBMW ke pejabat’.

Dolah: Oh, bagus, I like it! Cuba bagi lagi contoh-contoh bes lain.

Hakim: ‘Adik sedang berplay station 2‘, atau ‘Saya sedang mengolgate gigi’, atau ‘Para readers entri ini sedang berWarungkampung (hak cipta terpelihara, harap maklum)’.

Dolah: Ha ha, sempat lagi ko promote blog ko ye. Nasib baik aku suka idea ko, kalo tak dah kena fire dah ko. Semenjak siri ‘A-perintis’ tu, makin gian lak aku nak pecat-pecat orang nih.

Hakim: Ehem, tau takpe. But wait boss, there’s more!

Dolah: Ada lagi?

Hakim: Dah alang-alang kita jahanamkan bahasa sendiri, apa kata kita jadikan brand ni kata sifat skali?

Dolah: Fuh, macamana tu? Cuba bagi contoh?

Hakim: Contohnya dalam iklan-iklan kita, kita ubuh kata-kata seperti ‘Lelaki yang segak bergaya itu sungguh adidas‘! Ataupun ‘Rambutnya hitam kesunsilkan‘! Amacam bos?

Dolah: Marvelous! Idea ko memang mantap! Aku suka!

Lepas ni mesti ada pihak yang akan cuba mendewan bahasakan kita, tapi takpa, pedulikan mereka, asal kita dapat untung cukup! Wahaha!

Anak-anak buah yang lain: Wahaha! Amerika sungguh bos kita ni! (Sambil tepuk tangan)

-y4ku24 @ w4run8k4mpun8-


Responses

  1. =D

    kekadang kita sendiri x sedar kita yg merosakkan bahasa kita sendiri..kononnya atas nama kemajuan, kemodenan, akademik, etc..

    koreksi diri…

  2. hebat betul idea ni, bila boleh dimulakan projek mega ini.

    aku setuju dgn hakima.

  3. aduh, jangan terkejut bro kalau tiba2 pintu diketuk oleh polis DBP🙂

  4. @hakima: tahniah sbb dpt fhm mesej tersirat.🙂

    @miqdad: nak mula? tunggu greenlight dr bos!

    @cucutokjanggut: saya akan hantar Siddiq utk berdiskusi dgn mereka nanti. heh heh.

  5. mak aiii.panjangnya la jenama tu..orang sampai terpaksa membaratkan jenama sebab nak diterima ramai…tapi, tak mustahil kot hehe..

  6. berWarungkampung? itula jenama yg paling bagus..

    masih mengekalkan keaslian bahasa melayu, menggunakan bahasa melayu dan tidak dipengaruhi oleh bahasa inggeris…

    teruskan berWarungkampung! =D

  7. salam ramadhan..
    hahaha..menariknye idea bro kali ni,
    mmg x dinafikan produk skrg dijadikan sbg kata nama..
    slalu gak dgr ayat cm ni.. Wahhhh~~~ cantiknye senyuman die, senyuman colgate tu..
    dan lg 1, gg die putih berseri ibarat colgate..
    hurm,,macam2 la org kite ni..huhuhu

  8. @iliana:🙂

    @KA: insyaAllah, akan diteruskan!

    @fauziah: salam ramadhan. dah lain dah skrang. senyuman mukmin. kan lagi sedap bunyinya..hihi.

  9. ‘bahasa jiwa bangsa’

    hmmm, adakah jiwa2 kita sekarang sudah terpengaruh dengan jiwa2 kebaratan???

  10. ya, saya cadangkan pekerja yang tidak cemerlang di-altantuya-kan.

    • wow itu kena pakai C* tue…bahaya2
      =P

  11. hehehe..memang kelaka…adeh! rase gelakkan diri sendiri pulak.. huhu… makna katanya kita ni dah lame bebeno sebati dengan barangan buatan orang luar..

  12. @ina: bukan jiwa kebaratan, jiwa keprodukkan. hihi.

    @zacharias&KA: Dolah Taram kata, istilah tu ‘cannot go’. heh heh.

    @qamarun: itu matlamat produk2 ni diiklankan.😉

  13. salam..lme x singgah…

    haha..produk2 ni da men-transformers-kan bhs kite ek…

    agk2 lps ni ape lak?adik sdg ber-halagel di bilik mandi??hu~

  14. macam mana dengan berblog?

  15. Salam memang betul kita tidak sedari telah merosakan bahasa sendiri. Meraka dengan bangganya telah memecahbelahkan bahasa………. fikir-fikirkan balik bagi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memang memeningkan dan Menhancurkan fikiran………

  16. Salam memang betul kita tidak sedari telah merosakan bahasa sendiri. Bagi mereka lebih pentingkan diri sendiri daripada bahasa. Memang teruk dan bila difikirkan bagi tempat Dewan Bahasa dan Pustaka memang memeningkan jiwa……..

  17. @abidasman~: salam. halagel jenis shampoo ke?

    @zacharias: itu namanya mengambil pinjam bahasa inggeris dalam bm tu. dewan bahasa tak marah. huhu.

    @Ct Liha: salam. lagi2 zaman skrang bdk2 sekolah guna tulisan ringkas, sampai terpengaruh dalam karangan peperiksaan. nasib baik tak kerja kat dewan bahasa…huhu.

  18. haah..2 r 2…dok lg jpon…
    halagel ni produk sabun,ubt gigi etc yg halal…insyaAllah…sy sndri xnh gne..

    respon psl tulisn ringkas..ni lucu sket r..kwn pna cite,kwn ni org ganu..adk dia nk trial upsr mse 2..dlm krgn g tulis “pinggang”..pdhl nk cite ‘pinggan’..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: