Posted by: y4ku24 | September 7, 2009

Sepetang bersama…Saudara-saudara Turki

Ada sesuatu dengan sahabat-sahabat Turki di sini yang aku sangat suka. Selain daripada selalu mendengar tentang sifat hospitality mereka, aku sendiri beberapa kali mengalaminya dan kagum dengan sifat murni yang diorang ada ni.

Bergambar bersama sebahagian besar komuniti Turki

Bergambar bersama sebahagian besar komuniti Turki (kamera aku punya, tapi apsal muka aku paling tak nampak sekali?)

Tahun ni adalah kali ketiga aku di ajak untuk bersahur di rumah mereka. Ya, bukan berbuka, tetapi bersahur! Takde angin takde ape, tiba-tiba je ajak bersahur kat rumah diorang! Kalau kat Malaysia mungkin ajak berbuka tu biasa, tapi ajak bersahur mungkin susah nak jumpa.

Aku pun terfikir kenapa diorang suka ajak bersahur. Mungkin mentaliti diorang ialah, dengan makanan yang diorang hidangkan pagi tu, sebab menjadi tenaga sepanjang hari, jadi diorang pun dapat banyak pahala kot. WAllahua’lam.

Kebanyakan orang-orang Turki yang aku kenali di Sendai ini jenis lebih banyak senyap. Pendiam, tapi berhati baik, lagi-lagi bab hospitality nih. Sebelum ini pun, kalau diajak untuk bermain bola, bukan saja diberi tumpang kereta diorang, malah ketika waktu rehat dihulurnya pula air jus dan air kosong untuk sama-sama minum! Malu kitorang dibuatnya pertama kali bermain bersama. Dah la pergi dijemput, datang melenggang!

Itulah diorang ni, dalam tara senyap-senyap diorang, berhati baik. Dari segi penglibatan dalam komuniti Islam kat sini jarang kedengaran, tetapi aku selalu dengar berita yang diorang sendiri telah membuat kelas pengajian Al-Quran untuk Japanese sisters yang baru menganut agama Islam, atas inisiatif sendiri.

Nampak gayanya diorang lebih suka berada luar dari pemerhatian. Off the radar, omputih sebut. AlhamdulIllah, aku berkesempatan untuk berkenalan dengan diorang walaupun selalu off the radar, dan diorang pun senang nak masuk dengan kita.

Mungkin sebab orang Malaysia pun jenis cool dan bersopan santun macam diorang kot. (Ye ke sopan santun?)

Ahad yang lepas, pukul 2.30 pagi kitorang berlima bertolak ke rumah diorang yang tak la jauh mana. Sampai-sampai, terus dijemput ke laman tamu yang agak luas (bagi standard rumah kat Jepun ar. Kalo standard Malaysia, semua kat sini kecik!). Rumah diorang bersih, walaupun duduk 6 orang.

Terus dipelawa untuk minum teh dalam teapot dua tingkat diorang tu. Hidangan terhidang, apa lagi, kitorang pun menyantap beramai-ramai, sambil berbincang tentang perbezaan budaya Islam di sana dan Malaysia.

“Di Turki kami tetapkan tarikh Ramadhan dan Syawal ikut pengiraan. Jadi, bukan kata Syawal tahun ni dah tahu bila nak sambut, Ramadhan tahun depan pun kitorang dah tahu!” diorang cakap.

“Diorang tetapkan hari puasa dan raya di Jepun ikut keputusan di Malaysia, sebab Malaysia ialah negara Islam terdekat dengan sini.” kitorang cakap pulak.

Bersahur bersama Nuri (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan)

Bersahur bersama Nuri (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan). Dah abis makan baru ingat nak tangkap gambar...

Jam mula menunjukkan pukul 3.30. Subuh sudah hampir. Akhirnya kitorang Subuh berjemaah sebelum bertolak pulang.

Oh saudara-saudara Turkiku, sungguh budi pekerti korang membuatkan aku membuak-buak ingin berkelana ke Turki!

-y4ku24-


Responses

  1. Salam bro,

    nampaknya mmg org turki baik2 belaka

    ramai yg meng’endorse’ diorg ni…

    sedap ke masakan turki diorg??

  2. salam..
    slmt berpuasa..
    first time ni dgr ajak tuk bersahur..biasanye ajak berbuka..
    bagusnye diorg ni..
    eh, ade gmbar teko 2 tingkat.. unik.
    air kluar ikut dua2 muncung tu ke? x penah tgk teko cm tu.first time gak..
    hehehe

  3. teapot 2 tingkat tue camne guna?

  4. @KA: masakan dia kering, tapi sedap ja. yang dijemput pun time sahur, jadi lebih berbentuk masakan breakfast.🙂

    @fauziah&mar: salam fauziah dan mar. salam Ramadan, salam ukhwah.🙂
    teko tu satu yang kat atas penuh dengan teh pekat, satu lagi dengan air kosong panas. mula2 ubuh teh pekat, pastu campur air kosong ikut pekat mana yang kita suka.

  5. saye pernah ke turki…agak betolla ape yg awak cakap..org turki cam low profile dalam mende2 baik….sy blaja kat mesir nampak banyak beza org mesir dengan org turki nih…hehe ade pro dan kontra masing2…..

    (generalisasi idea)

  6. Salam y4ku24,
    Bila kak su baca n3 ni kan, ada bbrapa perkara yg terlintas.

    1. Mrk ajak bersahur sbb bila makan ramai-ramai, lebih berselera.

    2. Kalau ajak berbuka puasa, nafsu makan terlebih dan itu tak elok utk badan sbnrnya.

    3. Pahala solat Subuh berjemaah amat besar, jd mrk mengambil peluang ini untuk mengaut kelebihan tu. Ye lah, tak kan lepas makan nak balik terus.

  7. ya, akak pun tertawan dgn sikap baik org turki yg menyenangkan…

    kat masjid asakusa dulu ada mamat turki yang suka bersedekah cheese/jus keluaran turki. dia kecewa kerana cuma sesekali dapat berterawih di masjid atas faktor kerja yang tidak menentu masa, dan cuba tebus kekecewaan dengan mencari peluang memberi makan org berbuka puasa… (jus yang dia sedekah bukan berkotak- kotak je, malah berkarton-karton)

    dekat takadanobaba ada kedai turki yang jual kebab ayam halal. kalau pergi sana masa ramadhan atau lepas raya, biasanya dia bagi dessert percuma. nak solat kat situ pun boleh – walaupun cuma di dapur (tingkat atas) tapi diorg tau kedudukan kiblat dan ada sediakan sejadah. cumanya satu la yg pak ustaz tak suka pasal kedai turki tu (dan banyak kedai india yang dipunyai org islam) – ada jual arak segala macam jenis…

  8. @pemenang: salam ukhwah. terima kasih atas perkongsian.🙂

    @suara: salam kak Su. setuju apa yg kak sebutkan tu. banyak pahala diorang dpt, walaupun sekadar bersahur ala kadar.

    @a.z.haida: bab arak di restoran tu, nanti satu hari nanti insyaAllah saya cuba kongsi pengalaman berharga.🙂

  9. Apa lagi, bro? Next year jom!

  10. Dia tak ajak berbuka. dia takut orang mesia tekejut tengok derang buka puasa, sampai dah nak masuk waktu isya baru solat maghrib. hehe

  11. Mcm tu rupenye.. sungguh bersopan santun betul deme.. My sis in law been to Turkey before for summer camp fascilitator, and she was asked to romove her hijab! it is because their law said so! law created by kamal artarturk… hmm.. sangat menyedihkan…

  12. @Ibnu Ahmad Shah: Let’s gone!

    @Zacharias: tak pun diorang yg dah tau kelahapan orang msia makan!😀

    @ainen: boleh rujuk diari kembara Ustaz Hasrizal di http://www.saifulislam.com, di mana beliau sebut yg org turki ni ada pemisahan yang nyata samaada dia berketurunan sekular atau pengamal tegar islam. jadi mereka berasa hairan bila dtg ke negara seperti negara kita, sbb bercampur aduk.

    tak ada pengalaman ke sana, jadi tak berani ckp byk, cumanya di atas adalah dari pengalaman ustaz yg sudah berulang-alik ke turki lebih kurang 20 kali!

  13. boleh disimpulkan yang mereka sangat memuliakan tetamu…

    kagum, kagum jugak, so ape kate kt contohi mengikut kesesuaian keadaan kt…. =)

  14. hmmm..org kte xajk saho coz:
    1)liat bgn pg nk msk(xde r sume)
    2)yg bgn pn,mke bgn tdo mamai2 tros g dapo mkn..xde nk siap2 de..mne xnye..bgn da abis wktu..mk msk kn..
    3)kalo ajk buke..konon meriah byk mknn,pdhl g borong kt bazar je kot…hehehe

    ~alasn yg sje drekacipta~

    ehem3…sy bsedia nk ikt gk y4ku24 n ibnu ahmad shah 2..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: