Posted by: y4ku24 | September 2, 2009

K3n4p4 y4ku24 d4n W4run8k4mpun8?

[Update blog: Kepada pembaca-pembaca setia yang budiman, hari ni aku nak perkenalkan kat korang logo Warungkampung yang baru aku jadikan favicon aku (imej yang ada kat sebelah alamat laman web kat bahagian atas window internet tu) , kepada korang yang tak perasan. Satu kejayaan tahap tersengeh-sorang-sorang-sebab-syok-sendiri bagi insan jahil IT macam aku.

Introducing, the ‘Warungkampung mug’!

Yes, the 'W' is for Warungkampung!

Yes, the 'W' is for Warungkampung!

Simple dan senang nak ingat. Harapnya korang sudi membookmark atau menshortcut blog ini ya!]

Okeh, entri kali ini diskusi santai je. Kepada yang berminat nak tahu kenapa aku guna nickname y4ku24 dan nama blog warungkampung.

Tentang y4ku24

y4ku24 ni datang daripada alamat email aku. Time aku buat email ni, aku masih di tempat persediaan untuk ke Jepun. Entah kenapa, sebelum ke Jepun, aku suka dengan nama tu. Macho dan stylo. Nak guna ‘yakuza@…’, orang dah amik. Nak guna ‘yakuza(nombor)@…’, jadi sulit lak orang nak ingat. Akhirnya bila tengok ada availibility untuk ‘y4ku24@…’, aku terus ambik!

Tapi bila aku datang Jepun, barulah imej aku terhadap ‘Pak Ya’ bertukar. Timeexplain email aku kat member Jepun tukar 4 kepada A, 2 kepada Z, dan bila diorang faham maksud sebenar emel tu, diorang gelak yang tak berapa nak gelak. Gelak campur terkejut. ‘Ha!ha!…ha? biar betul budak ni?’. Mungkin itu yang diorang fikir.

Nak cerita tentang Pak Ya ni akan jadi berjela, jadi aku tak cerita panjang kat sini. Cuma nak sebutkan ada juga good side of them.

Ketika gempa bumi di Hanshin (kawasan sekitar bandar Kobe), pihak kerajaan dikritik hebat kerana lambat bertindak dan kelam kabut, lebih lambat daripada kumpulan Pak Ya Yamaguchi-gumi. Sekerek-kerek diorang pun, time tu diorang bersama untuk tolong mereka yang memerlukan dengan bekalan makanan dan lain-lain. Boleh rujuk tentang ni kat sini.

AlhamdulIllah setakat ni takdelah apa-apa masalah yang membabitkan alamat emel ni. Cuma kadang-kadang kalo tulis emel kat orang kena tendang ke spam, sebab alamat pelik!

y4ku24, nama je ganas, orangnya berhati baik! Yeah!

Tentang Warungkampung

Sebelum ni aku suka guna istilah warung kopi, atau pendeknya warkop kat dalam komuniti aku. Macho je nama. Tapi malangnya orang dah amik nama blog tu. Fikir punya fikir, akhirnya aku tukar kepada warungkampung (cuma pendek dia tak sedap, tu sebab aku tak guna).

Aku guna nama blog ni sebab aku suka blog ini dijadikan tempat berbincang dan bertukar pendapat. Macam perbincangan orang-orang di warung kampung. Kadang-kadang perbincangan serius gile. Tapi kadang-kadang cerita pasal anak kucing tompok dia mati kena langgar kereta semalam.

Macam-macam ada!

Cuma dua benda yang mungkin wujud di warung kampung yang aku tak suka bincang di sini:

1) Soal politik.

2) Kutuk mengutuk, kecam mengecam sapa-sapa, kecuali z***i*. Ha, tau takpe.

Yang lain, aku alu-alukan komen pedas/tajam (jangan mencarut dan kurang ajo udah, dan kalo aku balas balik dengan komen pedas gak jangan marah ar ye, heh heh), malah kalo ada yang nak kongsi artikel korang sendiri kat sini. Aku bagi full credit kat korang, jangan risau (kalo boleh original la, kalo tak aku bagi credit kat orang asal la maksudnye).

[Kepada semua yang sudi dan setia bertenggek di warung kampung aku ini sehingga sekarang (zacharias, KA, ina, Ct Liha, Ibnu Salleh, nusk, ainen, arsaili, cikgu eya, tembakau, ustazah ilina, ‘Atiqah, Kak Su, Kak Haida, adik-adik aku, malaya, budakpantai, fauziah, izan, shah…ah, ramai la pulak nak tulis semua!), silent readers sekali pun, terima kasih daun keladi aku ucapkan. The cup of coffee tu bermaksud, kalo aku jumpa korang bila-bila nanti, bagi aku belanja korang secawan kopi yang real punya. Sound je kat aku nanti, “Wei Luqman, bila nak belanja nih?”, aku akan faham.

Kecuali aku takde duit time tu, so aku akan buat-buat blur.

InsyaAllah, dengan lebih daripada 50 draft entri yang sedia ada sekarang, blog ini akan bertahan lagi, atas support yang korang bagi.]

-y4ku24@w4run8k4mpun8-


Responses

  1. Assalamualaikum en. luqman,

    Sedang asyik meng’qada’ bacaan entri-entri lepas di blog ni, tetiba sahaja ada entri baru. Tihihi…

    Mula-mula baca y4ku24, saya baca huruf dan numeric mcm BSICUB4. Sedap juga bunyinya ttp tak tahu maksud. Amatlah jahilnya. Mmg x nampak bacaan ‘yakuza’ tu. Lama-lama kemudian, saya pk punya pk, lahai… yakuza! Memang ganas nama itu. Adalah terkata sedikit dlm hati, ‘apalah tulis campur2 begini, pening kepala atuk nenek nak baca’ er… saya muda lagi. Macam nickname dekat MySpace, i$L4meTeRniTy (tukarkan ‘e’ kpd simbol internet ‘e’, ‘R’ kpd simbol hakcipta R dlm bulatan tu, dan ‘y’ kpd simbol yen) dan byk lg. Ya Tuhan, sakit mata skjp. Tetapi tak dinafikan, kreatif memang kreatif, malah mencabar minda nak baca dan membuatkan minda alert kepada nama-nama camtu sebab selalu baca nama senang jer, ni nak kena beri perhatian sikitlah in order to read and understand the word. In another way, good trademark utk komersilkan diri sendiri juga supaya mudah dan sentiasa diingati. Keh, keh…

    Heh, panjang pula melalut di pagi hari ni. Minta maaf dan salam ramadhan! =)

  2. salam,

    list pembaca setia luqman lbh panjang dr list pembaca blog akak yang dah berusia lima tahun… jeles ni… hihihi

    apapun, gambatte ne

  3. @ Balqis: waalaikumsalaam Cik Balqis. salam Ramadhan juga. oh ye, lupa nak masukkan nama awak skali. sori ye. :p

    @ Kak Haida: salam. tak pjg mana la kak, berbanding bloggers lain yang beratus malah beribu pembaca setia. saya tulis nama2 tu pun sebagai penghargaan kpd mereka (dan akak) saja.🙂

    insyaAllah, gambarimasu!

  4. salam bro luqman,

    mesti org jepun tu pandang serong kat saudara…samalah cam kat malaysia kalau letak namanya ah long…confirm org lari hehehe

    warungkampung = warpung/warkamp@warcamp..

    x besh bunyi nya🙂

    owh tu kira aktif la tue yg membaca dan mengomen blog saudara…

    and banyak giler draft entry…..sugoi na!

    byk idea…..bagus2…

    bila nak belanja bro luqman? hahahaha =P

    semoga sentiasa maju jaya!

    p/s: sentiasa menantikan artikel baru saudara luqman….and bila nak ajar bhs jepun dlm blog😛
    atau mungkin saudara akan menulis dlm bhs jepun lak hehhee

    byk lak komen…

  5. Assalamualaikum…

    mase blog ni bincang pasal topik serius komfirm mesti baca sambil minum kopi..huhu( “)

  6. salam,

    mmg kreatif nickname tu..hehe
    mula2 susah nak phm, tp skrg dah jelas dah

    TQvm.. sgt terharu! (^-^,)

    Salam Ramadhan ye

  7. Salam Ramadhan [alamak ada mug kopi~]

    oleh kerana saya ni memang asyik dikritik dan suka mengkritik dalam hal-hal seperti pengimejan, nak kritik sikit boleh tak? [tak boleh? takpe, ni kira asah bakat sendiri ni]

    sekali tengok, saya ingat W=wordpress. rupanya WarngKampung..kenapa tak jadikan W kepada WK? [macam wak pula jadinya ya hehe, wak jaman]

    apa pun, dah naik satu tangga warungkampung nampaknya. satu kemajuan! congrats congrats~

    yakuza tu, kalau tuan rumah tak bagitau dalam e-mail dulu, memang saya pun tak tahu apa tu y4ku24..jenama bagus tu..unik ^^

  8. @KA: Salam KA. Takde la sampai cuak mana, tapi nampak la diorang jadi pelik, sebab apa saya guna nickname tu.

    Papehal, kalo terkeluar idea, saya tulis n save draft dulu, supaya tak hilang camtu je. kalo ada masa pastu baru tulis penuh. cuma bab mengajar bahasa Jepun tu tak la kot. banyak dah website yang boleh cari pasal tu.🙂

    terima atas wish. kalo jumpa nanti boleh je belanja, no hal!

    @nmw: Walaikumsalaam. minum tu nak bagi rileks kepala ke, nak bagi tak tertidur tengah-tengah baca sebab boring? huhu.
    salam Ramadhan.

    @izan: salam. semoga setia membaca ye.🙂 Salam Ramadhan juga.

    @Iliana: Salam Ramadhan. eh, sama dengan lgog wordpress? mana ada….hihi.😀
    thank you for the wish!

    mug kopi tu antara lain ialah sebab, saya suka minum kopi! hihi.

  9. salam…

    macam2 kes pun ada…haha~
    xpe2… saye setia dgn blog abg Luqman ok!
    (^_~)V
    really enjoylah warung kampung ni
    hehe..

    (^_^)V
    smile in peace!

  10. 50 drafts? wowww…… entry setiap minggu pn boleh bertahan untuk beberapa bulan, tanpa perlu perah otak cari idea…

    Ana suka lepak sini… ya, kadang isu nya serius, kadang skop perbincangan santai saja… memang selayaknya digelar warungkampung… ^^

    All the best, blogger… ^^

  11. I first knew about y4ku24 ni from your father when I asked for your email address. Plan nye nak gi jepun la konon2. plan terbengkalai sampai sekarang.

    Dalam hati “eh, gile ke budak ni.. ganasnya email…” haha

  12. @Candle Lilly: Salam Ramadhan. Maaf ye, tak tertulis nama Candle Lilly kat dalam senarai tu. Anyway, thanks for the support! Saya akan usaha maintain kualiti blog ni!🙂

    @cikgu_eya: idea tu ada, tapi saya ni bukan jenis laju menulis. kadang2 satu entri tu, tulis separuh, pastu save dulu. berkali-kali save baru siap! lagi2 utk TMF ar, sbb berat, pjg n perlu rujukan sahih.🙂

    thanks for the wish!

    @Zacharias: after my father himself knew about my email address, he eventually adopted it too! y4ku2454! sadly I can’t mail to that email again…:)
    rasanya antara pengunjung2 blog ni, zacharias antara paling senang untuk dibelanja nanti kot. nama pun saudara.😀

  13. Salam abang Luqman mula2 kenal blog nie ustazah ilina yang cakap kat sekolah pastu teringat pasal blog nie bodek2 internet cari….

    Cari punya cari tengok2 perbualan y4ku24 ngan ilina kat chat box (mase tu hati ngan gembiranya kata “dapat”) blog nie…..

    Bila first buka jerit dlm hati (haaa cam ne nak sebut nama nie –y4ku24–) perah punya perah otak cam ne nak sebut yeeeee
    Dan sampai sekarang saya ingat sebutnya ……. secara jujurnya tersebut yafourkutwetyfour sampailah baca entri kali ini laaaa sebutnya yakuza keeee

    laaa malunye………. minta maaf , minta maaf , minta maaf sebab salah sebut siap salah teka lagi janji lepas nie sebut yakuza…… yeee

    e-mail yang unik saya sukakan nama warungkampung tu……………

    p/s kita x pernah jumpa….kan so cam ne nak belanja kopi………….

    Sekian, Wasalam…….

  14. Tak apa, Bro Luqman ni, kalau orang perempuan seceruk mana pun dia OK untuk belanja. Maklumlah, dalam proses saringan. haha.

    Kalau laki, memang kena datang rumah la.

    Tu aa. Balik cuti bukan nak singgah rumah aku.. eh ada kot, aku yg takde kat rumah..

    • owh zacharias, ye ke? merasa nasi minyak la tak lama lagi la tue…

      to bro luqman, jangan lupa jemput ye =P

      hmm…klu kena dtg umah, kenala tahu umah…dimanakah rumah saudara?

      p/s: jangan marah ahh nanti cepat tua hehehhe

  15. slm ramadhan =)

    entry kali ni mcm nk sambut ulangtahun warungkampung la plak….

    kalu cm tu nk flash back ckit cm ne bleh terlepak dan terus melepak kat sni…hmm, sume disebabkan assignment LAJ100(bhs jepun)…search je randomly, akhirnya tersinggah la kat sni…

    thanx sumbangan entry yg membantu dgn jayanya =)

    p/s separuh masa kedua ramadhan, bersama tingkatkan prestasi diri, mgkin ini ramadhan yg terakhir buat kt

  16. @Ct Liha: Salam Ct Liha. uish, malu la plaks ustazah bgtau kat sekolah, padahal blog picisan je. bab baca salah tu, biasa je, tak kisah pun, asal ingat nickname tu. huhu.
    mmg kebanyakan rakan siber dlm warungkampung ni saya tak pernah jumpa pun, jadi kalo dapat berjumpa gumbira juga saya. time tu boleh la saya belanja.😉

    @zacharias&KA: ada la datang aritu, zacharias je takde. 1st time gi pasar malam ngan cu timah.🙂
    bab belanja tu boleh je, tp bukan nak ajak berdating! ada rezeki jumpe la tu. bab alamat rumah tu takleh bgtau sini la, nanti leh tanya kat private emel ye.

    @ina: salam ramadhan. alhamdulIllah sekiranya ianya sedikit sebanyak membantu. tanggungjawab sesama Muslim berkongsi ilmu pengetahuan.🙂
    terima kasih kerana masih setia bersama blog ini!

  17. Salam’alaikum bro Luqman,
    Teruskan menulis. Saya pendatang baru sekadar silent reader sahajalah.

    Terima kasih kerna berkongsi ilmu dan pengalaman. Terus terang saya katakan saya ni susah nak follow blog orang tapi alhamdulillah content dan experience yang dikongsikan disini sentiasa menarik perhatian saya, so I’ll be hanging around huhu.

    Salam ramadhan. Jom mengejar lailatul qadr!

  18. salam LailatulQadar…
    erm, tu la kan…
    xpe, x kisah pun x letak nama…
    ada apa pada nama, tapi xde pd ingatan dan hati serta pengertian kan…hehe..
    erkk, betul ke nk belanja kopi ni???
    macam yakin je suatu hari nanti, kita dpt jumpa!
    see ya!
    (^_^)V

  19. salam… lawa simbol baru tu..hehe..macam simbol java pun ade cume cawan nye senget sikit, pehtu ade huruf w.. hakcipta terpelihara..

  20. @Aki: Waalaikumsalaam Aki. terima kasih kerana menjadi pembaca setia. tapi nanti jgn segan2 lontarkan komen sendiri ye, saya nak dgr juga pandangan org luar. baru diri sendiri pun boleh maju.😉

    selamat memburu lailatul qadr jua!

    @Candle Lilly: salam LailatulQadar. dpt jumpe ke tak tu, saya tak yakin lah, tapi bab belanja kopi tu saya yakin insyaAllah!😀

    @qamarun: salam. thanks, heh heh. guna simbol tu pun sbb aku suka minum kopi. nanti satu hari kalo betul2 bukak warung, aku guna simbol tu ar. :p

  21. sekadar silent reader kt sini…tp kadang2 senyum jgak sorang2 bila baca entri…first time msuk sini bila anak sulung msuk um aaj pada 27.4.2009…ayah plak yg curious…google anything to do with malaysian student in Japan…anak nampak cool je..anyway thank to bro luqman for yr effort n contribution..salam aidil fitri..

  22. Salam Luqman san…tengah qadhak…entries luqman san yg tertinggal… logo yg sungguh bermakna..lambang kemesraan dan kesantunan… ye la ..bila ada tetamu bertandang..kita terus je jamu dia air teh ke..kopi ke.. atau bila bertemu kenalan di jalanan …kita belanja dia minum2… jngn lupa kalau balik Malaysia jemput singgah rumah boleh la ustazahlina belanja makan2… semasa ramadhan baru ni ustazahlina dpt belanja rakan blog Balqis yg pulang bercuti …


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: