Posted by: y4ku24 | August 31, 2009

This Month’s Feature: Ada apa dengan dimensi? (Part 2 of 2)

[Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-52 aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia, tak kira agama atau bangsa. Merdeka badan, merdeka fikiran, itu yang diharapkan. Alang-alang korang tengah cuti, apa kata korang cuba dalami sejarah Malaysia yang tak ramai yang tahu. Boleh tengok kat entri aku, ‘Apa itu Hartal?’ (credit to Fahmi Reza and crew)

Nota: Kalo nak faham dengan penuh entri ni, aku sarankan korang baca TMF yang lepas.]

Alam 3D yang sungguh indah. SubahanAllah! (http://photography.nationalgeographic.com)

Alam 3D yang sungguh indah. SubahanAllah! (http://photography.nationalgeographic.com)

Sebelum aku masuk kepada topik perbincangan, aku nak korang sama-sama fikirkan soalan di bawah. Soalan ni setua zaman Yunani, dan selalu orang yang tak percaya kepada Tuhan (athiest) akan cuba pekena orang lain yang berTuhan.

Soalannya berbunyi begini:

“Allah Maha Kuasa dan Maha Mencipta kan? Kalo ya begitu, boleh tak Allah mencipta satu batu yang besar dan beeeerat sangat, Dia sendiri tak boleh angkat?”

Hmm, very tricky question!

Kalo jawab boleh, akan nampak seolah-olah Allah bukan Maha Kuasa, sebab tak boleh angkat batu tu.

Kalo jawab tak boleh, akan nampak seolah-olah Allah bukan Maha Mencipta, sebab tak boleh cipta batu seberat itu!

Jawapan soalan ini aku suka kaitkan dengan perbincangan kita kali ini.

Dari perbincangan TMF yang lepas, aku nak highlight beberapa poin sebenarnya:

1) 3D itu juga sebahagian alam ciptaan Tuhan.

Ya, aku rasa ini benda pertama yang nak aku highlightkan. 3D itu sendiri salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Bila dianjurkan untuk sama-sama fikirkan tentang alam, secara automatik kita akan mula fikirkan tumbuh-tumbuhan, binatang, matahari dan bulan, tetapi sikit yang berfikir juga tentang dimensi, betul tak?

2) Kesimpulan dari TMF yang lepas

Dari cerpen Kulop dan Meon yang lepas, jika kita tukar Kulop jadi makhluk 3D dan Meon jadi makhluk 4D, kita boleh simpulkan kelebihan yang makhluk 4D ada berbanding makhluk 3D adalah seperti berikut:

– Makhluk 3D (seperti kita) hanya mampu melihat sebahagian daripada keseluruhan bentuk makhluk 4D, jadi bagi makhluk 3D, dia nampak makhluk 4D boleh ‘menjelma’ jadi bermacam bentuk. Shapeshift, orang putih sebut.

–  Makhluk 4D boleh nampak keseluruhan sisi makhluk 3D (depan belakang, kiri kanan, atas bawah kita!) dalam satu-satu masa. Malah, boleh nampak organ dalaman makhluk 3D! (Untuk difikirkan memang mustahil, tetapi jika kita fikirkan kembali yang kita dapat lihat keseluruhan makhluk 2D, kita jadi mudah faham)

– Tanpa perlu jelma ke dalam dunia 3D, makhluk 4D boleh ‘kacau’ kita. Nak cubit ke, nak geletek ke, dalam keadaan kita tak tahu dari mana datang ‘gangguan’ tu dan tak boleh nak buat apa-apa. Malah, makhluk 4D boleh ganggu organ dalaman kita sesuka hati juga! Secara fizikalnya kita tak dapat nak halang!

– Makhluk 4D boleh tarik kita ke dunia 4D, dan munculkan balik kita ke dunia 3D tanpa banyak masalah, sebab kita boleh buat benda yang sama dengan makhluk 2D. Ketika itu, kita akan hilang sekejap dan muncul semula. Bukan saja kita, of course mereka sendiri boleh wujud dan hilang ke dunia kita sesuka hati.

Dari kesimpulan di atas, jika diaplikasikan ke dalam dunia kita ni, are you thimkim what I am thimkim?

Ya, aku setuju dengan pendapat zacharias dan tgera dalam TMF sebelum ni. Teori aku (teori saje, mungkin salah, mungkin betul) ialah para Jin adalah makhluk 4D atau lebih dari itu, atau senang cerita makhluk yang lebih dimensi dari 3D. Kalo korang cuba tukar semua perkataan makhluk 4D kat atas dengan perkataan Jin, korang akan nampak yang berita-berita yang selalu kita dengar tentang Jin ini fits perfectly dengan ciri-ciri makhluk dimensi lebih tinggi/upper dimension. Rasanya itu sudah cukup kukuh untuk dijadikan hujah.

Hujah-hujah tambahan aku adalah seperti di bawah:

1) Satunya, Al-Quran dan Nabi saw sendiri memang iktiraf kewujudan Jin, so bukanlah sekadar fahaman karut. Malah, di dalam Al-Quran sendiri terdapat satu Surah khas berkenaan makhluk ini, iaitu Surah Jinn.

“Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembahKu” [Surah Adz-Dzaariyyat: 56]

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kelebihan (dan kekurangan juga) berbanding kita. Mereka juga akan dihisab (diadili) di akhirat kelak berkenaan amalan mereka*.

2) Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular di dalam rumahnya lalu ular itu mati. RasulUllah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan Jin yang telah Islam. Maka apabila kamu lihat suatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan**”

3) Bila Jin ganggu atau kacau kita, kita memang tak boleh buat apa. Nyoroklah di dalam bilik, pakai baju besi sekali pun. Hanya yang boleh menjadi ‘pelindung’ atau penyembuh ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa. Di sini kita boleh nampak yang ayat-ayat suci Al-Quran MERENTASI DIMENSI.

“Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan Jin kepadamu (Nabi Muhammad s.a.w.) yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata diamlah kamu***. Maka tatkala selesai, mereka pun kembali ke kaum mereka untuk memberi peringatan.” [Surah Al-Ahqaaf: 29]

4) Islam melarang kita meminta pertolongan daripada makhluk Jin yang mempunyai kelebihan berbanding kita.

Jika kita fikirkan tentang ini, kita akan merasakan betapa cantiknya nasihat ini.

Mari ingat kembali kisah Meon dan Kulop. Bila Meon story yang dia ada kelebihan tarik Kulop ke dunia dia, Kulop sebut

“Meon, ko memang poweeeer!”,

sebab dalam dunia 2D Kulop, nak hilang sesuka hati macam tu mustahil. TAPI, bagi Meon, kelebihan/kuasa yang dia ada tu BIASA bagi dia. Bukan satu benda yang pelik. Mana taknya, member-member se-3D dia semua boleh buat benda yang sama.

Aku rasa sama jugalah kita dengan Jin. Bagi Jin, nak kacau manusia, nak jelma sesuka hati dan lain-lain semua benda biasa, kelebihan biasa yang Allah bagi kepada makhluk dimensi atasan yang menetap di dunia mereka sendiri, dimana meraka akan dihisab tentang perbuatan mereka itu. Makhluk halus sentiasa bersifat ofensif (menyerang), manakala manusia sentiasa bersifat defensif (bertahan)*.

Yang tak bagusnya ialah bila kita ni yang kagum dengan ‘kuasa luar biasa’ yang mereka ada dan puji mereka berlebih-lebihan. Secara semula jadi, bila dah dipuji malah dipuja pula, mereka mula menjadi angkuh dan riak.

Kat Jepun ni, orang Jepun suka kagum yang budak Malaysia boleh cakap 3 bahasa, sedangkan diorang hanya boleh cakap satu bahasa saja. Pujian seperti “Sugei(Hebatnya)!!” tu dah banyak kali dapat, rasa nak muntah pun ada. Tapi katakanlah mereka sampai tahap puji lebih-lebih kita atas kelebihan yang kita ada tu, walaupun pada asalnya bagi kita benda tu biasa je. Tak ke kita akan rasa angkuh?

“Haah la, boleh tahan gak power aku nih. Jepun negara yang maju pun rakyat dia tahu satu bahasa je.” sambil kembang hidung.

Mulalah timbul sifat riak dan angkuh, lalu mendekati sifat syirik. Nau’zubIllah (kami berlindung dengan Allah daripadanya).

Boleh fahamlah perasaan Jin-jin ini bila ada yang sampai tahap sembah mereka untuk dapatkan pertolongan mereka (untuk dajal orang, untuk menang nombor ekor dan lain-lain). Nampaklah di situ hikmah kenapa Islam melarang kita meminta pertolongan para Jin. subhanAllah!

3) Bab alam ruh pulak camne?

WAllahua’lam. Itu kena pakar bab itu untuk jawab. Aku tak mampu untuk jawab.

4) Allah pula bagaimana?

Ha, sekarang baru nak jawab soalan cepumas kat atas!

Keyword dalam soalan di atas ialah BERAT.

Allah mencipta alam ini beserta dengan hukum yang perlu di patuhi. Dalam erti kata lain ialah sunnatUllah, atau law of nature. (Ada aku bincang perkara ini dalam TMF berkenaan makanan yang lepas.)

Law of nature ini manusia akan jumpai setelah membuat kajian dan eksperimen. Dari kajian-kajian ini, timbullah hukum-hukum alam termasuk graviti dan berat.

Maha Suci Allah dari terikat dengan hukum alam yang Dia sendiri mencipta. Oleh kerana soal berat itu sendiri adalah termasuk ciptaanNya, jawapan soalan di atas ialah, SOALAN ITU SENDIRI TAK RELEVEN!

Seolah-olah kita reka robot yang berbateri, pastu kita timbulkan persoalan, “Boleh tak manusia hidup tanpa bateri?”. Kita ni BEBAS dari kongkongan bateri, jadi soalan itu tak logik!

Sama juga berat, DNA dan lain-lain, dimensi ini juga ciptaan Allah. Oleh kerana Allah tidak terkongkong di dalam ciptaanNya, persoalan samaada Allah berada di dimensi yang lebih tinggi tu takkan timbul, malah tak releven.

TAPI, kalo nak bincang lebih lanjut bab ni:

i) Kita boleh lihat Maha Kuasanya Allah yang berupaya mencipta alam 3D dan dimensi yang lebih atas lagi. Walaupun manusia dah mula faham konsep alam 3D ni, ia masih sebahagian kecil daripada ciptaan-Nya! Kerdil sungguh kita nih!

ii) Sebagai jawapan alternatif untuk persoalan kepada artikel Saifulislam.com yang lalu, iaitu ‘Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur’ bilamana ada pelajar perempuan bertanyakan Ustaz Hasrizal “Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?”. Sedangkan alam 4D yang masih dalam linkungan ciptaanNya PUN kita tak dapat nak fikirkan secara logik, inikan lagi ingin melihat Si Maha Pencipta. Otak kita tak sampai ke tahap itu!

Erm, itu je kot untuk kali ini. Apa-apa benda menarik untuk dibincangkan, boleh kita bincang di ruangan komen.

-y4ku24-

==============================
Rujukan: Makhluk Halus oleh Ustaz Harun Din dan Kuliah Agama oleh Yusuf Estes.

* Untuk maklumat lanjut berkenaan makhluk halus, dan apa bezanya syaitan, jin, iblis, ifrit dan qarin, sila dengarkan penerangan daripada seorang pro, Ustaz Harun Din di dalam buku PDF beliau, ‘Makhluk Halus’. Penuh dengan fakta menarik tentang makhluk halus di dalam e-buku nipis ni. Aku syorkan korang baca dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

** Syaitan adalah kumpulan jin yang ingkar perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api.

*** Allah telah datangkan sekumpulan Jin kepada RasulUllah s.a.w. untuk mendengar Al-Quran. Ketika mereka mendengar, sebahagian daripada mereka memperingati teman-teman yang lain supaya diam dan mendengar Al-Quran tadi.


Responses

  1. Salam,

    Br. Luqman, tidak ada kepastian samada jin dan syaitan menikmati dimensi yang lebih tinggi daripada dimensi kita. Mungkin mereka juga berada di dalam dunia tiga dimensi.

    Sekiranya mereka juga berada di dalam dunia tiga dimensi, persoalannya, apakah dinding yang mendindingi antara manusia dan mereka?

    Apakah terdapat cara untuk manusia meloloskan diri melepasi dinding itu? Apakah hanya jin dan syaitan sahaja yang tahu cara-cara untuk meloloskan diri melalui dinding itu?

    Apakah indera keenam, ketujuh kita telah dibutakan oleh Allah untuk membolehkan kita melihat ciptaan-ciptaan lain yang berada di sekitar kita?

    Jika ini dibangkitkan, indera kita yang panca(lima) itu telah membataskan kita untuk meyaksikan keadaan yang lebih luas di dalam dunia tiga dimensi.

    Untuk itu, saya lebih suka berpendapat bahawa jin dan syaitan juga berada di dalam dunia tiga dimensi. Tetapi pembutaan indera darjat tinggi menyebabkan keterbatasan manusia dalam penyaksian peristiwa alam yang ghaib di dalam dunia tiga dimensi.

    Umpama orang yang dibutakan matanya,menyebabkan dia hanya dapat menikmati dunia berdasarkan empat indera sahaja. Dia boleh mengetahui kewujudan gajah, tetapi tidak dapat mengetahui rupa gajah tersebut.

    Setara dengan analogi ini, manusia yang menikmati panca indera sahaja tidak dapat meyaksikan sesuatu yang hanya dapat disaksikan oleh mereka yang dianugerahkan enam indera atau lebih.

    Sekian sahaja dari saya.

    Ibnu Salleh.

  2. salam brother luqman,

    saya pernah dengar ceramah seorang ustaz ni,

    dia cakap jin ini kalau seekor langgar kita, macam angin yang langgar tak terasa apa pun…

    yg boleh mengganggu manusia tue bila banyak nya bilangan dia yang mengganggu kita…tue yg boleh buat macam2

    dengan alasan kita berjasad tetapi mereka tidak..

    mungkin pandangan ibnu salleh ada tepatnya…lebih kepada pancaindera….

    atau jin ini consist of 4D and 2D…semua nya atas izin Allah…

    disebabkan dia 4D maka dia dpt merentasi sesuatu jarak dengan cepat ibarat angin…

    tetapi dgn izin Allah dia hanya 2D bila gangguan manusia itu tidak dapat dirasai

    owh tp dia juga boleh jadi 3D bila manusia boleh melihat dia…

    semuanya dengan izin Allah….

    wallahualam…

    harap2 membantu =P

  3. @ Ibnu Salleh dan KA: Salam Ramadhan diucapkan. AlhamdulIllah, terima kasih diucapkan di atas input. Saya suka blog ini dijadikan medan perbincangan, dalam etika perbincangan yang baik seperti ini.

    Mungkin pendapat anda juga tidak salah. Entri di atas adalah dari pemikiran sendiri sahaja. Disebabkan pemikiran manusia terbatas dalam konteks ini, maka mungkin boleh dibuat beberapa andaian.

    Jika Ibnu Salleh dan KA membaca e-book Ust Harun Din itu, terdapat riwayat2 menarik untuk dihayati, antaranya peristiwa seorang sahabat RasulUllah berjumpa dengan lembaga Jin yang berbentuk gajah, tetapi boleh memasuki celah-celah pintu.

    Dan juga kisah Nabi Sulaiman a.s. yang tercatit di dalam Al-Quran, di mana ada pengikutnya yang offer untuk memindahkan istana Ratu Balqis dalam sekelip mata. Teleportasi mungkin?

    Bila saya termenung memikirkan peristiwa-peristiwa ini, saya fikir ia ‘lebih mudah’ dibayangkan sekiranya kita menyebut tentang dimensi yang lebih atas. WAllahu’alam.

    Mana-mana pendapat pun, ada satu yang sudah pasti: Maha Suci dan Maha Besarnya Allah!🙂

  4. salam….

    mungkin atas dasar 4D boleh melakukan apa kepada dimensi di bawahnya…

    maka itu yg dia boleh pada menjadi mana2 dimensi dr 4D, 3D,2D dan 1D…

    oleh itu peristiwa yang disebut oleh saudara luqman di komen berlaku…

  5. hahaha menarik. mgkn encik sudah baca, tp kalau blum sy nk share link mistisfiles.blogspot.com .

  6. “Allah Maha Kuasa dan Maha Mencipta kan? Kalo ya begitu, boleh tak Allah mencipta satu batu yang besar dan beeeerat sangat, Dia sendiri tak boleh angkat?”

    Pendapat saya. Soalan ini adalah relevan. Jawapannya adalah Allah tidak mencipta sesuatu yang berat hingga Dia tak boleh angkat. Sebab bila bincang sifat Allah ni, kita kena tengok semua-semua sifat Allah. Dan satu benda kita belajar, Allah tak lakukan benda yang sia-sia.

    Aku bagi contoh satu lagi benda yang Allah tak boleh lakukan. Allah tak boleh ada ibu bapa, dan tak boleh beranak pinak. Selari dengan aqidah islam. Ini berbeza dengan aqidah kristian yang percaya Allah boleh beranak pinak.

    Sekian, terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: