Posted by: y4ku24 | August 24, 2009

Lima tahun yang lalu…

[SALAM RAMADAN diucapkan kepada semua pembaca setia (dan yang baru berjinak-jinak untuk membaca) blog Warungkampung yang beragama Islam. Semoga Ramadan korang kali ini lebih baik dari yang lepas. Dari y4ku24 serta Siddiq Cerdas dan keluarga.]

[Update blog: AlhamdulIllah, hari ini genaplah setahun blog Warungkampung nih. Walaupun banyak topik yang dibincangkan, layout dan design tak banyak berubah. Sebab aku ni pemalas. Tapi insyaAllah akan cuba diubah design bila masuk entri ke-100.]

Ramadhan kali ni mengingatkan aku tentang sesuatu.

Tahun lepas, terpampang di muka depan akhbar tempatan:

[Berbuka puasa dengan ARAK]

Aku mengucap panjang. Sampai ke tahap ini sudah Malaysia…

Ketika itu aku teringatkan suatu cerita yang diceritakan senior aku lima tahun yang lalu.

“Kamu tahu tak, orang Islam negara X tu suka minum arak. Tetapi time ramadhan, sebagai menghormati bulan mulia, mereka berhenti. Tapi bila masuk 1 Syawal, sebagai merayakan Aidil Fitri, mereka minum balik!”

cerita seniorku. Dalam tara tergelak, aku sedih memikirkan umat akhir zaman. Aduhai, Islam sekadar warisan saja, bukan pilihan.

“Hm, mungkin itu sebabnya bala turun kat negara mereka satu ketika dahulu, jika umat Islam di sana selalai begitu” aku bermonolog.

Sekarang aku termenung panjang, memikirkan nasib tanah air tercintaku pula. ‘Sekurang-kurangnya’ mereka berhenti sebagai menghormati bulan Ramadhan, orang kita BERBUKA PUASA dengan air hina itu!

Ya Allah, selamatkanlah tanahairku. Janganlah kerana sebahagian dari hambaMu yang bergelumang dengan dosa menjadi alasan buatMu untuk menghantar bala di tanahair kami yang masih ramai lagi mencari keredhaanMu. Semoga bala wabak H1N1 ini juga semakin sembuh. Amiin.

Rakan-rakan di Malaysia, jaga diri dan kesihatan di musim wabak H1N1 ya.

Salam Ramadhan. Semoga amalan ibadah kita pertingkatkan.

[Nota: Aku bukan suruh teka negara mana X tu, aku sekadar nak ajak sama-sama bertafakur. Harap tiada yang bertanya kat aku negara apa X tu.]

-y4ku24-


Responses

  1. salam ramadhan semoga kedatanganya kali ini membawa seribu erti

  2. salam ramadhan

    sama-sama lah kita berdoa agar ramadhan ini akan meningkatkat daya tahan ummah drp anasir luar…amin

  3. salam..
    mcm pernah tgk scene macam ni kat channel dicovery / travel & living.

    Time kenduri kawen diorg minum..tapi pengantin perempuan pakai tudung..tu y kadang2 blur jugak

    wsslm..

  4. @ arsaili: Salam Ramadan jua.šŸ™‚

    @ KA: Salam Ramadan. amiin.

    @ cima: salam siber. terima kasih kerana mengunjung blog saya. hm, macam-macam ada ek…

    wassalaam.

  5. H1N1 yang semakin serius di Malaysia sekarang ni juga boleh dianggap sbg satu bala.

    Semoga kesedaran yang masih ada pada kita ni dapat meneruskan risalah Rasulullah SAW hingga ke akhir usia dunia. Ameen.

    Ramadhan Kareem.

  6. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua……… dan Pulihkanlah H1N1

  7. salam ramadhan;

    islam hanya sebagai warisan, sbb tu ramai yang x rasa nikmat islam berbanding yang mencari sndiri kebenaran tu

    jadi, marilah kita saling ingat mengingati

    ‘may the spirit of Ramadhan be with you and always’

  8. AMEEN…semoga ALLAH perkenankan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: