Posted by: y4ku24 | August 20, 2009

Budaya mencacatkan diri sendiri

Masa: Musim PMR senior setahun atas aku.

Tempat: Asrama lelaki.

Aku time tu Form 2. Sedang siap-siap untuk ke perhimpunan sekolah. Terdengar perbualan senior Form 3 yang baru nak masuk pergi mandi.

“Wei, ari ni kita paper apa?” tanya Si A.

“Bahasa Inggeris” jawab Si B.

“Haha, aku tak study lagi!!!” Si A jerit.

“Mak aih, gile ke hape die nih! PMR tu, bukannya periksa biasa!” aku bermonolog. Tak berani ar cakap kuat-kuat, nanti aku pulak jadi ‘punching bag’ senior-senior time tensen dengan PMR, cam cerita junior aku yang lepas.

Aku pelik ada perangai manusia camni. Dah la tak study, boleh dengan bangganya cerita dekat member pulak tu

Rupa-rupanya, ini sifat semulajadi manusia. Dan semua antara kita ada. Dalam dunia psikologi, sifat ini dipanggil Self Handicapping, atau Mencacatkan Diri Sendiri (?). Ya, kita suka mencacatkan diri sendiri!

Jom kita faham apekebenda self-handicapping melalui senior aku kat atas. Cuba korang bayangkan situasi SELEPAS exam paper B.I. tu.

Satunya, kalo dia GAGAL.

Duanya, kalo dia LULUS.

Ketiganya, kalo dia lulus dengan CEMERLANG.

Kalo dia gagal, dan orang lain tahu dia tak study, orang akan cakap:

“Oh, tak terkejut mana la. Dia tak study langsung aritu….”

Kalo dia lulus, orang akan cakap:

“Pergh, boleh tahan, tak study boleh lulus tu!”

Kalo dia lulus dengan cemerlang pulak, orang akan cakap:

“Fullamak! Habis genius budak nih! Tak study langsung dapat A tu!”

Mana-mana situasi di atas, paling teruk pun orang akan kata yang tak la terkejut dia gagal, nama pun tak study aritu.

Jadi, kalo ikut teori ini, fikiran kita secara tak langsung akan terset, lebih elok jangan study! It’s in our best interest NOT to study! Kalo study pun, biar ala kadar cukup, cuma abis study separuh je. Jadi kalo tak dapat jawap, nak buat camne, aku sempat study separuh je! Ada la ALASAN.

Fuh, otak manusia ni. Berfikir untuk jahanamkan masa depan sendiri betul.

Tapi situasi kat atas adalah jika orang lain TAHU kita TAK study. Kalo orang lain tak tahu, mungkin akan backfire pula!

“Ape hal mamat tu, B.M. pun boleh gagal. Biar betul…”

Itu sebab senior aku kat atas tadi sebut kuat-kuat kot. Biar semua orang dengar yang dia tak study. Kalo tukar ayat yang disebut, jadilah:

“Aku tak study wei, jadi kalo aku gagal faham-fahamlah. Kalo aku lulus, nampak sangat aku power! Pujilah aku! Wahaha!”

Itulah istilah self-handicapping. Dia mampu untuk study, ada banyak masa, tapi saja malas, supaya kalo dia gagal, dia ada alasan. Kalo dia lulus, maksudnya dia lebih power dari budak-budak lain yang study!

Jadi, kalo orang lain TAK tahu, maksudnya kita takkan buat perangai self-handicapping ni?

Oh tidak, kita masih akan buat juga! Sebab apa?

Kita tengok situasi dia study gile-gile pula.

Satunya dia LULUS, atau lebih baik, lulus dengan CEMERLANG.

Keduanya, dia GAGAL.

Untuk yang pertama, diri sendiri akan tersenyum sorang-sorang, “Berbaloi aku study banyak-banyak. Ada hasilnya!”

Untuk kedua, diri sendiri akan menghadapi konflik dalaman, “Aku dah study habis baik, itu pun tak lulus jugak?”

Dalam situasi ini, samaada akhirnya positif, atau negatif. Banding dengan yang atas tadi, samaada positif (lulus), atau neutral (gagal). Atas konflik inilah, ramai yang ambil langkah di atas. Dari belajar habis-habisan, baik belajar sikit-sikit, ada rezeki dapat la lulus cemerlang.

Ada lagi satu sebab kita berself-handicapping nih, yang bila aku tahu, aku terpaksa akui juga ada pada diri ini tanpaku sedari. Kita tak nak akui diri sendiri tak mampu untuk belajar dengan baik, atau lampi (lambat pickup) kalo kita study habis-habisan, tapi gagal juga.

Aku fikir di sini Islam ada jalan penyelesaian. Islam ajar kita konsep TAWAKKAL dan REDHA.

Jika kita gagal, kita redha. Itu ketentuan Allah. Kita merancang, Allah menentukan. Di situ pastinya ada HIKMAH.

Kita yang berself-handicap ini telah hilang satu nilai. Nilai USAHA sebelum bertawakkal. Mudah kita sebut “sudah ditakdirkan begitu…”, tanpa ada usaha 100% dari diri sendiri (aku tergolong sekali lah nih).

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul tak?

Muhasabah diri menjelang Ramadhan.

P.S.: Maklumat lanjut berkenaan Self-handicapping.

-y4ku24-


Responses

  1. salam,

    1st to leave comment??hi8…
    self-handicaping…
    diri juga tersentak dgn entry kali ni..
    terpikir..kita sendiri yg xnk ambil risiko..
    sdgkn konsep tawakkal adalah yg terbaik ..😄

  2. salam,

    1. pernah seseorang yang lebih bijaksana mengatakan sesuatu along the line of “Allah tidak bertanya pada kita tentang hasil usaha kita, tapi Allah akan bertanya adakah kita telah berusaha. Gagal atau berjaya, itu hak Allah menentukan. Usaha atau tidak, itu atas kita untuk ikhtiarkan (dengan izin Allah semestinya)”

    2. akak minta maaf atas salah silap sepanjang perkenalan. semoga kita dalam kesihatan yang baik dan terlindung dari wabak juga diberi kesempatan untuk berpesta ibadah dalam Ramadhan seterusnya meneruskan momentum ibadah khusus dalam bulan-bulan berikutnya… insya Allah

    3. semoga kita diberi rezeki bertemu dan menghidupkan lailatul qadr tahun ini dan tahun-tahun akan datang, insya Allah

    4. natsu ni bukak puasa sekitar jam berapa di nihon? raya agak2 masa kelas ke masa cuti? tahun ni ada sambutan raya kat taishikan tak? (hehehe, belum puasa dah sibuk tanya pasal raya… sabar jelah kan)

    5. apa kata kalau luqman kongsi cerita sikit pasal soalan sensei dan kawan-kawan nihonjin berkenaan puasa dan raya?

    5. sekali lagi – maaf sebab buat ala-ala mini blog entry di sini…

  3. eh silap, no 5 dua kali pulak dah…

  4. self handicapping: sikap semulajadi manusia… hmm…jd sume org ada sikap tu…x byk ckt…

    samada perasan @ x, setiap org mesti ada reason knape dia ‘mencacatkan diri’ sendiri…

    selagi memberi kesan +ve, its ok… kalu nk fkir ape org kate… hmm, serabut kpala…

    tp, kalu mmberi kesan -ve… tu namenye ‘merencatkan diri’… parah tu…

    jd pkir la, mane yg baek…

  5. Macam mana kes orang yang study bersungguh-sungguh, tapi dia cakap kat orang dia tak study.

    Jadi dia akan dapat manfaat kedua-dua situasi. Haha. Orang malaysia suka buat macam ni. Oh cakap tak study, Oh paper susah. Tengok2 dia score macam orang gila.

  6. @ tim790: salam ukhwah dan salam Ramadhan! Nabi s.a.w. ajar kita untuk ikat tali unta dulu, baru tawakkal unta tu tak hilang. di situ boleh nampak saranan USAHA dulu sebelum TAWAKKAL.🙂

    @ kak haida: terima kasih atas input itu.
    salam Ramadhan, dan saya juga mohon maaf atas kesilapan selama ini. mari tingkatkan ibadat!
    – hari ni maghrib pukul 6.23, semakin pendek, tapi akan teruji dengan kepanasan musim panas! embassy tak tau pulak akan buat sambutan atau tak.
    – bab soalan raya, tak ramai yang pernah bertanya saya, tapi puasa pernah. erm, akan difikirkan.

    @ ina: yang bagi kesan negatif tu, saya rasa diri dia takde jati diri, atau inferior complex.🙂

    @ zacharias: haha, itu perangai student jepun gak!😀 kononnya nak rendah diri, tp aku rasa nak dptkan manfaat org self handicapping gak.

  7. bukan setakat perangai org belajar kat sana, kat mesir pun sama… study sembunyi2.. pastu ckp kat org.. tak study.. jumpa kawan2 yg study..ckp kuat nye dia study…pastu.. tengok2 result yg kata tak study tadi…huh.. mengeluh deng dibuatnya… result tinggi pada org.. huhuhu. V(“,)

  8. hmm…alamak sendiri pun pernah buat perkara yg mencacatkan diri sendiri…ala masa zaman hingusan lagi hehehe

    anyway Luqman

    selamat bertarawih, bersahur dan berpuasa selama sebulan…

    selamat menyambut bulan ramadhan…. =)

  9. Salam Ramadhan! teringat kat Idrisiah dulu.. luqman is one of the best student maa! still remember when you subsribed Readers’ Digest to Idrisiah!!! woh oh! i was so jealous at that time.. er.. were you really subscribed them?? haha..

  10. @ salam ukhwah d’udin. kita serupa~😀

    @ KA: kita semua ada sifat ni, aku pukul rata! hihi
    selamat menyambut bulan ramadhan di negara orang juga!

    @ ainen: salam remadhan! mana ada, mamat tido ada la..tapi reader’s digest tu mmg pernah langgan dulu. skrang pulak yg tak baca dah. haha.

  11. salam luqman…

    tahun ini dan seterusnya insyaAllah aku akan sambut kat jer

    cukup lah berpuasa di luar…

    kau masih di jepun ke? bila cuti?

  12. eh tertinggal…

    maksud aku sambut di Malaysia jer

  13. salam KA.

    bagus ar tu. tau ni aku tak dpt blk. ada setgh tahun lg nak complete masters insyaAllah.

  14. salam luqman

    setengah tahun lagi? hmm…sempat ke kalau nak lawat luqman kat jepun nanti???

    ke luqman bercadang nak buat Phd lak =P

  15. Salam Ramadhan buat Encik Luqman entri sama budaya kat sekolah saya ade pelajar yang memang x study boleh dapat tinggi dari kami yang study nie boleh buat saket hati kadang2 dia dapat markah tinggi paling paling dapat tahu dia macam2 guna taktik nak lulus tapi tak study….
    memang sakit hati betulah dengan budaya nie ape2 pun tawakal kpd Allah….

  16. @ KA: salam. huhu, skrang tgh peak season sibuknye, sbb dah nak abis dah. kena siapkan tesis dan lain-lain. bab phd tu, masih tengah difikirkan…

    @ Ct Liha: Salam Ramadan Cik Ct Liha. haha, teringat zaman sekolah dulu, ada gak pelajar cemerlang yang membuatkan diri sendiri jeles. tapi atas semangat jeles tu, saya salurkan untuk motivate diri sendiri untuk lebih berusaha! semoga Ct Liha pun mempunyai semangat yang sama.🙂

  17. salam…
    owh dah nak habis dah…

    kalau dpt buat phd bagitau la

    boleh gak jalan2 cari makan kat jepun nanti…

    hehe =P

  18. itulah, entah bila nak sampai jepun nih.

    Dulu kat sekolah, saya ni pun jenis tak study juga. Bila score bagus, ada member yang baik dgn cikgu tak puas hati, ada ke dia suruh cikgu tu mark balik kertas saya…

  19. hehe salam zacharias

    tula….bila la nak sampai…

    saudara ni study kat mana?

  20. saya dah habis belajar. sekarang dah kerja.

    Tiba-tiba tengok iklan quran medic, rasa macam nak buat medic pulak.

    Nanti la kena istikharah ni

  21. ooo….dah kerja.

    nak buat medic? ada rancangan mahu ke mana?

  22. salam.
    Ya. Memang tak terfikir mende ni kalu tak der orang beritahu. Memang aku telah menipu diri sendiri dengan cara yang telah diceritakan di atas. Menyesalnya sekarang. Buat apa hendak disorok jika buat mende baik.

  23. @ miryanz: salam ukhwah, salam Ramadhan. sama2 kita perbaiki diri dalam bulan Ramadhan ini.🙂

  24. Sentiasa Mendoakan kejayaan yg cemerlang kepada semua anak didik yg PMR / SPM / SMPI UM / Maktab perguruan Ilmu Khas….dan rakan-rakan blog yg sedang bertungkus lumus study…terutamanya la Luqman san… All d best 4 U

  25. haih.memang…
    memang manusia suka buat macam ni..
    suka je cakap tak study,padahal…

    ke kelas.nanti sambung baca.tq!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: